BAB 32

Family Series 2595

“Ish Irah slow sikit jerit tuh. Nak ke nenek, mak ngah dengan pak ngah dengar ?” kata Alisha. Adirah menekup mulutnya.

“Farhad dengan Fadzil…diorang bergaduh besar dengan aku sebab Fadzil nak ajak aku pindah and duduk sekali dengan Lina. Ad tak setuju sebab aku kan nak SPM. Kalau aku pun tak setuju jugak nak ikut Fadzil kan” kata Faridah.

“Lah kau dah nak habis sekolah kot. Takkanlah Fadzil nak ajak kau pindah sana terus” kata Alisha.

“Kenapa Fadzil nak ajak kau pindah ?” tanya Adirah.

“Dia kata aku tak sesuai duduk bersama mak ngah dengan pak ngah tuh. Yelah mak ngah duduk rumah jadi suri rumah je kan. Pak ngah kerja tak tentu masa dekat KL. Aku memang membantah terus apa yang Fadzil cakap. Aku kan dah cakap yang aku duduk je dengan mak ngah temankan dia apa semua. Fadzil terus bantah dengan apa yang aku cakap” kata Faridah.

“Ish apa lah masalah dia tuh” kata Adirah menggelengkan kepalanya.

“Farhad tu pulak dia tak setuju sebab apa tujuan Fadzil dengan Lina berkahwin. Fadzil cakap dia nak jauhkan diri dari mak ngah dengan pak ngah. Bila Ad nasihatkan dia kena marah. Dia kata perangai Ad pun lebih kurang je. Langsung tak balik rumah mak ngah dengan pak ngah tuh. Ad pun ada kerja jugak” kata Faridah.

“Yang sampai bergaduh ni kenapa sebenarnya Ida ?” tanya Adirah.

“Dah masing-masing tak puas hati, Fadzil tumbuk muka si Ad tuh smpai berdarah habis hidung dengan mulut dia. Aku sikit lagi nak kena lempang dengan Fadzil. Mujur lah pak ngah dengan mak ngah halang dia. Ad dengan aku cerita lah apa yang berlaku” kata Faridah.

“Pastu apa jadi pulak ?” tanya Adirah.

“Fadzil kena tampar dengan pak ngah. Dia kurang ajar sangat dengan ayah masa tu. Pak ngah terus halau Fadzil dengan Lina keluar dari rumah tu. Fadzil keluar Ad pun berambus jugak. Ad sendiri yang cakap dia takkan ada abang lagi dah. Sampai lah sekarang” kata Faridah.

“Sampai sekarang ? Habis ada ke Fadzil dengan Farhad balik rumah mak ayah kau ?” kata Alisha.

“Ada. Cuma tu lah Fadzil balik dulu lepas tu Farhad balik pulak. Aku tengok Fadzil bila balik first bulan puasa tuh aku memang dah benci gila. Lama-lama aku boleh terima lah yang di betul-betul berubah. Cuma Farhad tuh tak tahu kenapa dengan dia” kata Faridah.

“Okay la tu Fadzil dah berubah. Patutlah diorang tak call kita langsung sejak lepas balik rumah ni. Apasal dengan Ad tuh Ida ?” tanya Alisha.

“Mak ngah tuh, pergi tampar Ad tuh. Tak tahu lah kenapa tapi mama kata dia ada lah kutuk Fadzil dengan Lina tuh. Sebab tu lah dia langsung tak tanya khabar sampai sekarang. Entahlah Ad tu apa masalahnya” kata Faridah.

“Cerita pasal Fadzil nih, Lina tuh macam mana sekarang ? Dia tuh tak pernah balik sini. Last jump Lina masa wedding dengan Fadzil. Tu jelah kita dapat jumpa dia kan” kata Adirah. Alisha mengangguk.

“Kalau aku cakap ni jangan heboh pulak. Kalau jumpa Fadzil nanti jangan cakap pasal Lina. Takut dia terasa pulak kan” kata Faridah. Alisha dan Adirah mengangguk.

“Fadzil dengan Lina dah bercerai beberapa hari lepas” bisik Faridah kepada Adirah dan Alisha.

“Astaghfirullah..” kata Adirah.

“Kenapa pulak bercerai diorang tuh ?” tanya Alisha.

Perbualan mereka semakin perlahan kerana bimbang penghuninya seperti Nek Tipah, Puan Yusnita dan Encik Shuhaimi terdengar nanti.

“Tak tahu Irah. Aku dengar macam tu jela. Time tu lah yang pak ngah sakit jantung tuh sebab terkejut and marah dengan Ad tuh” kata Faridah.

“Marah dengan Ad sebab apa pulak ?” tanya Adirah.

“Kan masa Ad datang rumah aku masa puasa tuh. Ada lah dia cakap something bukan-bukan pasal Fadzil. Cakap pasal diorang akan bercerai la apa lah. Tu yang mak aku tampar Ad. Ayah aku marah habis call Farhad langsung tak angkat. Sebab Farhad sumpah macam tu dekat abang sendiri. Last-last bercerai betul. Yelah siapa je tak marah kan then start lah serangan jantung dia” kata Faridah.

“Ad pun tak boleh la cakap camtuh. Tu kan hal rumah tangga Fadzil dengan Lina. Haih tak dapat la jumpa Lina sekali lagi” kata Adirah.

“Itulah. Takperlah Fadzil datang sorang je nanti. Terpaksalah raya macam ni je. Macam tak meriah je raya tahun ni” kata Faridah.

“Eh kau SPM kan tahun nih. Rasanya trial dah habis pun. Result kau macam mana ? Okay ke tak ?” tanya Adirah.

“Aduh kenapa kau tanya pulak result aku macam mana. Gagal tahu tak. Takde A langsung. Tiga mata pelajaran aku gagal. Math, ekonomi dengan sejarah. Tiga-tiga gagal habis” kata Faridah.

“Ouh yeke. Macam mana dengan mak ayah kau ? Kena bebel lah” kata Adirah.

“Ingat tak kena bebel ? Kena lah hmm. Balik memang aku kena masuk kelas tuisyen kawan mak ngah tuh. Dah la mahal tapi nak buat macam mana” kata Faridah.

Alisha sedang merenung sahaja ke luar jendela yang masih terbuka. Dia mengelamun sahaja.

“Irah. Tengok kembar kau tuh. Senyap je” bisik Faridah kepada Adirah.

“Isha. Kau mengelamun tengok luar kenapa ? Teringat Lan pakwe kau ke kat sekolah ? Hahaha” kata Adirah sambil tersengih.

“Serius lah Irah ada boyfriend ? Lan tu siapa” tanya Faridah.

“Kau ni Irah tak payah lah kecoh dekat Ida. Ishh” kata Irah sambil mencubit paha Adirah.

“Sakit lah eee macam drakula lah kuku kau nih” kata Adirah.

Faridah tersengih sahaja.

“Pakwe si Irah nih. Dah jadi ex pun. Dulu ada pakwe langsung tak nak berbual dengan aku. Dua hari sebelum cuti sekolah Lan mintak break dengan dia. Terus cari aku weh hahaha” kata Adirah.

“Untung betul kau ada pakwe Isha. Aku ni walaupun elok lah dipandang dekat sekolah, satu lelaki pun tak nak dekat kat aku. Kalau ada pun memang playboy. Euw tak mau lah aku” kata Faridah.

“Memang sakit lah kalau kau dapat playboy Ida. Macam Isha ni jugak. Lepas je break memang ramai perempuan suka dekat Lan tuh. So pergi mampus la dengan Lan tuh” kata Adirah.

“Irah. Ish kau ni aku bukan teringat pasal Lan. Aku…teringat pasal ayah dengan mak lah. Ayah tak pernah balik sini pun. Bila lah dia balik sini nanti” kata Alisha.

“Hm Isha. Maaf lah aku tuduh kau. Ayah kan pergi kerja. Sabar lah mana tahu dia balik nanti kan” kata Adirah sambil menepuk bahunya.

“Kerja apanya kalau dah berapa tahun tak balik nih” kata Alisha. Adirah menggelengkan kepala sahaja.

“Erm Irah kembar kau memang macam ni ke ?” tanya Faridah.

“Tiap raya je mesti dia tanya sorang-sorang. Mana entah ayah. Ayah pun pergi kerja tak balik sampai bertahun-tahun” kata Adirah.

“Kau sebut pasal pak long kan. Aku teringat masa kita kecik dulu. Dia yang buat mak ngah sampai berparut kepala. Jelas lagi sampai sekarang. Rasanya kita tengok macam tu je then mennagis la bila mak ngah terbaring dengan darah banyak” kata Faridah.

“Aku tahu Ida. Walau apa pun. Tu ayah aku jugak kan. Hm sampai hati ayah tinggalkan kita. Nenek jela yang jaga makan minum sekolah kita semua. Dengan duit hasil jual nasi lemak dekat depan rumah sana tu lah tampung duit untuk sekolah. Kadang-kadang dapat duit sendiri sebab kerja ikut member-member aku” kata Alisha.

“Ouh korang kerja dengan kawan-kawan kau. Kerja apa korang ? Nenek tahu tak ?” tanya Faridah.

“Kerja katering je. Ikut kawan-kawan aku kerja katering dekat mana-mana tempat ke contohnya kerja kahwin ke event dekat Ipoh sana ke. Selalunya Sabtu Ahad paling busy. Nenek tahu pun asalkan kitorang kerja halal. Ada la duit sikit jugak kan” kata Alisha.

“Wah korang kerja eh. Aku tak pernah kerja pun. Tapi ada la kerja bila bosan-bosan duduk rumah time cuti sekolah ke. Itu pun jual murtabak masa puasa je. Dapat la duit sikit kan. Hantar dari rumah aku ke rumah-rumah jiran lain. Sedap jugak murtabak mak ngah buat. Nanti esok try la suruh buat murtabak” kata Faridah.

“Eh boleh je kan. Try la mintak esok kan hehehe” kata Adirah sambil tersengih. Faridah mengangguk sahaja.

“Weh Ida. Ada movie tak best-best dekat handphone kau. Bosan nih” kata Alisha.

“Eh mesti ada. Korang minat cerita seram kan. Aku bukak kejap. Mesti korang suka. Tapi Isha kau pergi tutup tingkap kejap. Kau yang bukak tadi kan” kata Faridah.

“Yelah Ida aku jugak yang kena” kata Alisha sambil menutup tingkap rumahnya.

.

“Aduh alamak apa pulak bala lagi dekat depan nih. Teruk sesak jalan nih. Nak raya pun macam-macam jammed ke” kata Fadzil seorang diri apabila dia menghadapi kesesakan jalan raya yang sangat teruk lima minit yang lalu. Dia memicit kepalanya.

Farhad yang baru bangun dari tidurnya dan melihat jam di tangannya. Hampir pukul 12 malam.

“Dah sampai ke Fadzil. Uish ya Allah jammed teruk sangat nih. Aku ingat 10 lebih baru sampai tadi” kata Farhad.

“Tu lah pasal. Tak tadi aku berhenti kereta kejap dekat Sungai Perak. Aku duduk je dalam kereta nak bagi kereta ni sejuk kejap. Kereta ni panas semacam je so aku berhenti dekat R&R kejap. Aku rasa tak sampai lagi lah exit ke Bagan Serai” kata Fadzil.

“Ouh yeke. Habis terus sangkut lah nih. Dah lebih 5 jam atas highway nih. Macam-macam jammed pulak atas jalan. Nak buat apa je nih. Agaknya bila nak sampai nih” kata Farhad.

“Entah lah Ad. Kalau dah teruk sangat nih, rasanya pukul 2 baru sampai kot. Biasanya kalau jammed kereta ada la jalan sikit je tapi ni tak. Tak gerak langsung nih. Entah-entah ada eksiden besar dekat depan sana” kata Fadzil.

“Mungkin kot. Cuba check waze ke tengok ada eksiden ke” kata Farhad. Fadzil membuka telefonnya.

“Alamak. No service weh. Check fon kau Ad ada tak line ?” kata Fadzil. Farhad membuka telefonnya juga.

“Fadzil…aku punya pun no service jugak. Tengok la nih takde line langsung. Betul-betul takde line tengah hutan nih” kata Farhad.

“Ya Allah jangan lah kereta rosak tiba-tiba nanti. Mati lah aku kalau jadi apa-apa. Aku nak balik kampung nih” kata Fadzil dalam hati.

“Okay tak kau Fadzil ? Berpeluh semacam je kau” kata Farhad.

“Eh aku okay je Ad. Sangkut teruk nih haih macam mana la nih” kata Fadzil. Farhad mengangkat bahunya tanda tidak tahu

“Aku tutup air cond nih tau . Aku nak bukak tingkap. Kang tak pasal-pasal habis minyak. Nak pergi pam minyak memang jauh lagi lah” kata Fadzil.

“Sejuk betul angin luar nih. Kadang-kadang panas sebab banyak kereta. Apa kejadah la sesak kereta malam-malam ni” kata Farhad.

“Hm Ad. Kau ni memang dari dulu sampai sekarang tak berubah perangai. Ada je yang kau rasa tak kena then kau bengang. Tapi hati kau baik jugak” kata Fadzil.

“Kau pun lebih kurang jugak. Pelik kenapa kau tiba-tiba berubah sejak kebelakangan nih. Dulu kau bukan macam nih tau. Jarang jumpa mama dengan ayah kat rumah. Nak dibandingkan dengan aku pun, kau jarang betul balik rumah mama dengan ayah kan” kata Farhad.

“Entahlah ada la tiba-tiba hati aku terbukak nak berubah lah and aku malas nak buat kerja-kerja teruk lagi dah. Lagi satu Lina tuh terikut jugak dengan perangai aku sejak aku couple dengan Lina. Beberapa bulan tuh la yang aku macam nak terdetik hati la nak berubah lepas aku gaduh dengan kau dan Ida tu. Aku cakap la dengan Lina tuh” kata Fadzil.

“Kau cakap dengan Lina yang kau nak berubah ? Lina ada cakap apa-apa ke ?” tanya Farhad.

“Yelah aku ada cakap dengan Lina yang aku nak berubah and tak nak la buat kerja-kerja teruk macam dulu. Aku nak didik bini aku untuk jadi isteri solehah. Tapi Lina macam tak setuju. And aku rasa Lina tu dah berubah sangat. Dia dengan aku dah jarang bercakap. Masa puasa ada lah tiga kali je aku dapat berbuka dengan Lina. Hari lain Lina busy sangat. Entah apa yang dia busy tu” kata Fadzil.

“Aku rasa Lina dah terbiasa hidup bebas dengan kau dari dulu lagi kan. Kau ada ke nasihat suruh ubah dia ke apa ke ?” kata Farhad.

“Macam-macam Ad. Aku malas la nak tengking dia apa semua. Dia pun tak suka aku berubah tak tahu kenapa. Aku ingat lagi masa lepas berbuka dengan Lina tuh. Aku rasa tu kali terakhir aku berbuka dengan dia masa tuh. Dia nak keluar pakai baju lawa-lawa lagi” kata Fadzil.

.

Tiga minggu lepas

“Sayang, lawa baju nak pergi mana tuh. Lain sangat la baju sayang tuh” kata Fadzil terkejut melihat baju isterinya yang sangat jarang dan ketat.

“Kenapa b ? Ada yang tak kena dengan pemakaian saya ke ?” tanya Azralina.

“Ketat sangat tuh awak pakai tuh. Takde baju yang elok sikit ke sayang ?” kata Fadzil.

“Saya kan nak pergi majlis parti kawan saya. Memang la pergi parti kena pakai baju macam nih. Takkanlah saya nak kena pakai baju kurung pulak” kata Azralina.

“Bukan macam tu Lina. Awak pakai lah baju yang elok sikit. Sayang, kan awak dah janji yang awak akan berubah macam b jugak. Mana janji awak yang awak cakap dulu” kata Fadzil.

“Yang awak nak sibuk pasal pakaian saya ni kenapa ? Dulu awak yang suruh saya pakai baju macam nih kalau nak pergi parti ke club ke sama-sama dulu. Oh lupa Fadzil, yang awak nak berubah jadi ustaz kan. Hahaha” kata Azralina.

“B tahu salah b sebab b yang suruh awak pakai macam tu. Tapi sayang, b memang betul-betul nak berubah. Ni dah bulan puasa. Kita nak cari pahala kan ? Awak yang setuju dengan saya kan. Sekarang awak tak setuju pulak ke ?” kata Fadzil.

“Apa yang buatkan awak berubah ? Saya tak nampak pun awak berubah ke apa ke. Sama je macam dulu kan ? Sekarang awak nak berlagak baik macam malaikat pulak ke ? Please lah you, kalau nak berubah bukan cara macam nih” kata Azralina.

“Apa salahnya b nak berubah ? Kalau nak pergi parti boleh. Tapi pakai lah pakaian yang elok sikit. Tak malu ke kalau orang-orang semua tengok awak pakai macam nih ? Tutup aurat wajib sayang” kata Fadzil.

“Nak cakap pasal malu pulak ? Dulu kita pergi club kita parti sama-sama sampai kita mabuk dekat luar ada ke awak rasa malu ? Awak siap nak goda saya dalam kereta dulu. Pun masa awak tengah mabuk. Takde pun awak rasa malu kan ? Dah lah awak. Kalau awak nak berubah dari dulu lagi bukannya sekarang. Takde guna awak nak berubah sekarang. Bye” kata Azralina sambil keluar dari pintunya dan menghempas pintu rumahnya. Fadzil terdiam dan melihat sahaja isterinya keluar sahaja.

Fadzil terduduk di atas sofa dan menangis seorang diri sambil berdoa dalam hati.

“Ya Allah kau bukakanlah hati kepada isteriku Azralina supaya terbuka hati untuk berubah supaya dia dapat dekatkan dirinya kepadaMu ya Allah. Ampunkan aku atas dosa-dosa silamku ya Allah” kata Fadzil dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience