"Kau duduk dulu dekat sini. Minggu depan kau dah boleh start kerja. Ingat, jangan lari dari aku."
Tania mengangguk laju. Dia memandang sekeliling bahagian rumah milik lelaki yang baru sahaja dijumpai olehnya itu. "Bilik kau dekat atas. Paling hujung. Kalau ada apa-apa, bagitahu aku." Lelaki itu melangkah naik ke atas. Tania yang kagum akan rumahnya besar itu hanya mengangguk dan tidak membalas.
Dia berjalan naik ke atas bersama dengan lelaki itu. Mulutnya tidak berhenti tersenyum dari tadi. Lelaki yang berada di hadapannya itu mengerutkan dahi tanda pelik dengan kelakuan Tania.
"Kau sedar tak yang sekarang ni kau tengah kena culik?" Tania memandang ke arah lelaki itu. Dia tersengih. "Habis tu? Awak nak saya buat apa sekarang ni? Menangis? Meraung minta tolong? Malas saya." Tania memeluk tubuhnya. Wajah lelaki itu dipandangnya lama.
Lelaki itu mengeluh perlahan. "Selama aku buat kerja ni, kau seorang je yang tak takut dengan aku. Yang lain semua nampak aku terus nak lari." Tania mengangguk faham. "Buat apa saya nak takut? Awak bagi saya tinggal dekat sini. Bagi saya kerja. Okay lah tu." Tania menjawab selamba.
"Lupa nak tanya. Nama awak apa eh?" Soal Tania ingin tahu. Dia menatap anak mata lelaki itu menginginkan jawapan serta merta. Lelaki itu memeluk tubuhnya.
"Zuhair."
"Zuhair? Sedap nama tu. Kenapa awak culik saya?"
"Sebab kebetulan aku nampak kau tadi."
"Ouhh macam tu. Awak kerja apa? Kerja apa yang awak nak bagi saya?"
"Arhh! Kau ni banyak tanya lah!"
Tania ketawa kecil. Senang melihat Zuhair marah. "Terima kasih sebab culik saya." Zuhair mengangkat sebelah keningnya. Apa maksud Tania tadi?
--
"Awak!"
Zuhair terjaga. Dia melirik ke arah jam di dinding. Tepat pukul 6:30 pagi. Zuhair bangun dari pembaringannya. Pintu bilik dibuka kemudian dia memandang datar ke arah Tania.
"Nak apa? Awal betul kau kejut aku." Tania tersengih. Dia menunjuk ke bawah kemudian menjawab, "Sarapan dah siap!" Jawab Tania. "Kau kejut aku sebab tu je? Kau makan je dulu. Aku tak lapar." Riak muka Tania berubah terus.
"Penat tau saya masak. Jom lah makan. Nanti teman saya pergi suatu tempat tau." Zuhair menatap anak mata Tania. Sungguh tak ada rasa takut di dalam diri gadis itu.
"Kau ingat aku apa? Senang je nak suruh aku bawa kau merata tempat."
Mulut Tania memuncung ke depan. "Bukan merata. Satu tempat je. Boleh lah!!" Zuhair mengaru kepalanya yang tidak gatal. Meluat pun ada tengok perangai Tania sekarang ni.
"Aku mengantuk lah, Tania. Boleh tak bagi aku tidur. Five minutes, please." Zuhair memohon. Tania yang mendengar hanya mengangguk perlahan.
"Lima minit."
Zuhair mengangguk perlahan. Dia kembali menutup pintu bilik kemudian menyambung tidurnya semula.
--
"Kau nak pergi mana? Kau kejut aku tak sampai lima minit aku tidur tau tak?" Tania tersengih. Dari tadi Zuhair membebel tidak berhenti. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Saya nak jumpa adik saya. Sekejap pun jadi lah." Zuhair mengangkat satu keningnya ke atas.
"Ikut kau lah. Asalkan kau tak menyusahkan aku." Tania mengangguk perlahan. Dia masuk ke dalam kereta selepas saja Zuhair menghidupkan enjin kereta.
"Pakai tali pinggang keledar. Aku tak nak kau mati, jadi hantu lepastu kacau aku." Tania lagi sekali mengangguk. Dia memasang tali pinggang keledarnya kemudian memandang ke arah Zuhair. Senyuman diukir buat lelaki itu.
"Tak payah senyum lah. Muka kau kalau cantik tak apa." Zuhair mula fokus di atas jalan raya. Langsung tidak dipandangnya wajah Tania yang berubah kerana ucapannya tadi.
"Kalau awak nak tahu, saya ni perempuan paling hot dekat kampung saya tau. Pandai je awak cakap saya hodoh. Cili mulut satgi hari tahu." Zuhair tersenyum kecil. Dia tidak menjawab. Matanya fokus melihat ke arah jalan raya.
--
"Aku keluar sekali dengan kau."
Tania mengangguk. Dia menunggu Zuhair keluar dari kereta kemudian berjalan mendahului lelaki itu. "Rumah saya kecil je. Tak macam rumah awak. Besar, dua tingkat pula tu." Tania bercakap perlahan. Zuhair yang mendengar langsung tidak menjawab. Malas mahu melayan Tania pada saat ini.
Mereka sampai di hadapan pintu utama rumah Tania. Pintu itu diketuknya perlahan. "Assalamulaikum, Adik!" Tania memberi salam sebelum memanggil. Zuhair hanya melihat dengan tangan bersilang memeluk tubuhnya.
Seorang budak lelaki berlari anak ke arah pintu utama rumahnya. Tombol pintu dipulas kemudian dia membuka pintu itu. Wajah yang tadinya muram terus berubah ceria melihat orang yang sudah lama dinantikan olehnya.
"Kak Nia!"
Budak lelaki itu memeluk erat tubuh Tania. Senyuman lebar terukir dibibirnya. Tania tersenyum kecil. "Adik sihat? Sorry Akak balik lambat. Akak sakit, abang ni yang tolong akak." Budak lelaki itu mengalihkan pandangannya ke arah Zuhair. Senyuman diberi sebagai hadiah buat lelaki itu.
"Terima kasih sebab tolong akak Akif. Nanti Akif balas jasa abang. Bila Akif dah besar!" Zuhair tersenyum mendengar kata-kata Akif. Dia mengusap lembut kepala budak lelaki itu.
"Tak payah balas. Aku bukannya baik sangat pun kau nak balas bagai." Lembut saja dia menjawab. Akif tersenyum kecil. Dia memandang ke arah Tania kemudian menarik kakaknya itu supaya menyamakan tinggi mereka. Dia membisikkan sesuatu.
"Ha?! Abah tak balik dari semalam lagi?" Akif mengangguk perlahan. Dia memegang perutnya. "Akif lapar. Akif dah tak makan dua hari. Akif takkan mati kan?" Tania pantas menggeleng. Tubuh Akif digendong olehnya.
"Biar akak masak untuk Akif. Akif nak makan apa?" Akif tersengih. Dia menunjuk ke arah majalah yang terbuka di ruang tamu rumah mereka. Zuhair mencuri pandang ke arah majalah tersebut. "Kau nak makan tu, budak? Bagus juga taste makan kau eh." Tania menggeleng perlahan.
Dia menurunkan Akif kemudian memegang kedua belah bahu adiknya itu. "Nanti Akak masak, okay?" Akif yang mendengar terus mengangguk laju. Tania tersenyum. Dia memandang ke arah Zuhair.
"Saya nak cakap dengan awak sekejap boleh?" Zuhair mengangguk perlahan.
hi semua. maaf kalau ada typo ye..
Share this novel