Malam itu Zetty Amani dan rakan-rakannya sedang melepak bersama di ruang tamu sambil menonton berita 8 malam.
“Weh tengok ni, minggu depan ada pesta rumah hantu. Korang nak pergi tak?”
Tanya Melissa bersungguh-sungguh sambil menunjukkan iklan mengenai pesta tersebut.
“Rumah hantu?”
Muka Baizura mula berubah.
“Err, ala perlu ke pergi. Aku takut la.”
“Hisy kau ni Bai, yang jadi hantu tu orang la. Kalau hantu betul, awal-awal lagi aku terus cabut.”
Melissa tayang muka selamba.
“Aku nak pergi la pasal sebelum ni aku tak pernah pergi lagi.”
Laju Zetty bersetuju.
“Serius ni Zetty?”
Soal Melissa inginkan kepastian.
“Serius la wei, kau tengok muka aku ni dah serius macam cipan dah ni.”
Zetty menayangkan mimik muka serius. Berkerut-kerut mereka memandang Zetty yang berusaha keras mengubah mimik mukanya.
“Haha. Jangan wei nanti tak laku susah pulak.”
Baizura mula menyakat Zetty.
“Huh, kau tu sama jer masih single mingle lagi. Aku ni setia pada yang satu.”
Zetty tersengih.
“Eleh, takat hero Shinichi Kudo kartun kau buat apa. Kalau gitu aku pun nak setia kat Nobita la.”
Baizura memerlinya. Zetty hanya mencebik.
“Huh, takat Nobita aku tak kisah pun. Ambik ajelah. Kalau kau nak amik Shinichi aku, masuk medan perang dengan aku dulu. Haha.”
Zetty tidak mahu mengalah.
“Kau ni…”
Baizura tidak sempat menghabiskan ayatnya.
“Weh, korang ni kan kalau satu hari tak gaduh tak leh ke? Naik berbulu telinga aku dengar korang duk bising macam itik terlebih beli insurans. Pok-pek ajer.”
Melissa terlebih dahulu memotong line membebel macam mak nenek.
“Eleh, kau tak payah la nak bazirkan air liur membebel mak nenek oii. Bai, kau nak pergi tak ni?”
Zetty cuba kembali pada topik utama.
“Err, aku takut la. Kang hantu-hantu tu cekik aku, habisla. Aku ni dah la takde pakwe lagi.”
“Heh, kau ni kalau penakut tu cakap je la. Tak payah bagi banyak alasan.”
Melissa memarahinya.
“Ala Bai, bila lagi kau nak jadi berani. Mereka tu pakai make-up jer pun. Jom la.”
Ajak Zetty lagi.
Baizura berfikir sejenak.
5 minit berlalu…
10 minit berlalu…
“Weh makcik, lama gila kau fikir. Kau fikir apa haa?”
Zetty menyoal Baizura dengan nada tidak puas hati.
“Hehe. Actually aku terfikir kalau aku masuk, aku nak mintak hantu-hantu tu punya tandatangan la.”
Kata Baizura sambil tersengih.
“Ya Allah, kenapa la aku ada kawan yang letak otak kat siku ni. Kau ni nak pecah rekod Malaywood ke?”
Melissa menggeleng kepala dengan sikap Baizura.
“Aku nak buat kenangan la weh. Korang jugak yang suruh aku jadi berani masuk rumah hantu kan.”
Baizura cuba membela diri.
“Mana ada orang sempat nak mintak tandatangan. Aku rasa mahunya pengsan dulu bila nampak hantu-hantu tu.”
Zetty menerangkan pakai logik akal.
“Hmm. Yela, korang ni kacau daun betul la. Aku pergi la nanti.”
Akhirnya Baizura setuju.
Serentak aku dan Melissa tersengih membayangkan wajah Baizura bila berada di rumah hantu nanti.
Share this novel