(novantanove) 99

Other Series 152486

"Kak kak kak." kalut saja si adik berlari turun ke bahagian dapur di bawah.

Derapan kaki pada rumah separa papan itu bergema.

"Kamu ni dah kenapa Zairi? Macam kene keja hantu je?" Pn Mas, si nenek menegur si cucu yang berlarian turun ke bawah itu.

"Ad-ade orang jahat tunggu Kak Lara dekat luar.. diorang nak jumpa akak." jawab budak 8 tahun itu pantas.

"Siapa yang datang? Orang jahat? Mana kau tahu jahat?" Si ayah, En Fauzan bertanya serius.

"Tak tau la yah.. orang cina. Tapi dorang nak jumpa akak. Tengok muke macam jahat je.." adunya lagi.

Lara yang sedang makan malam beramai-ramai di meja makan terus terbantut seleranya. Siapa pulalah yang mahu bertemu dia malam-malam ini?

"Ha jap. Bia ayah tengok siapa datang." En Fauzan terus membasuh tangan dan berlalu ke depan.

"Wan, kau ikut la ayah kau. Mak risau la." Pn Rina, isteri En Fauzan menyuruh si anak lelakinya pula.

Izwan tanpa banyak hal terus mengikuti langkah ayah ke atas. Semua mata kini beralih pada Lara.

Kening diangkat gusar, "Kenapa pandang orang macam tu?"

"Kamu hutang Along ek Lara?" soal si ibu berprasangka.

"Eh mana ade la mak. Suke hati je tuduh Lara macam tu." bantahnya kalut. Ada pula dikatakan dirinya meminjam wang hingga dicari Along?

"Habis tu buat apa lelaki-lelaki cina tu cari kamu? Ke kamu..." si makcik, Pn Raha membuang pandang seperti jijik pada Lara.

"Makcik! Apa saja yang makcik fikirkan.. Lara tak pernah terlibat. Jangan nak bersangka buruk boleh tak?" jawabnya bengang.

Pn Raha dengannya memang tidak pernah sebulu seperti makcik dan anak buah yang lain. Ada saja orang tua itu hendak menyakitkan hatinya.

"Lara.."

Panggilan daripada si bapa dari muka pintu di atas menarik perhatian Lara. Terjenguk-jenguk dia ke depan. Panik.

"Lara!" panggil ayah lagi. Lara terus meninggalkan meja makan dan membasuh tangan sebelum berlalu pantas ke depan.

Tudung bawal di kepala diperbetulkan sedikit sambil kaki melewati koridor ke pintu utama.

"Ayah.. Abang Wan.." tubuh sedikit disembunyikan di belakang tubuh si abang.

Ayahnya pula sedang berbual dengan 2 orang lelaki cina yang kelihatan seperti samseng di bahagian bawah.

"Kau kenal diorang ke?" soal Izwan pada Lara serius.

"Ta-tak. Lara tak kenal." pandangannya bertembung dengan seorang lelaki cina, tajam, sebelum dia pantas melarikan anak mata.

Perasan dengan pandangan lelaki di hadapannya ke arah belakang, En Fauzan berpaling.

"Lara.. kamu betul tak kenal mereka?" soal En Fauzan yang sama lagi.

Baru saja Lara menggeleng, seorang anak buah Sheng, Riu menyampuk.

"Cik Lara. Can we talk for a while?" soal Riu dingin. Tak peduli lagi dengan En Fauzan dan Izwan yang ada bersama.

Dia hanya mahu bertemu Lara seorang dan bercakap sebentar saja.

"Tentang apa ye?" soal Lara daripada jauh. Masih takut-takut.

"It's about Ms. Tsar and Mrs. Vanni." jawabnya tenang. Langsung tidak gentar jika ada yang mahu menghalang pesanannya.

Tsar? Tak pernah dia dengar pun nama itu. Tetapi Vanni.. itu nama keluarga Dom, suami Aleena. Mungkinkah mereka ini orang-orang lelaki itu? Lara mula yakin.

"Ayah. Bang.. Lara nak cakap sekejap dengan diorang. Ayah dan abang masuk la dulu. Nanti Lara masuk." ujarnya pula.

En Fauzan nampak seperti was-was, tidak mempercayai orang luar. Dia akan menyoal Lara lepas ini.

"Hmm yela. Tapi abang kau tunggu sini. Faham?" tegas suara En Fauzan. Lara mengangguk laju.

Izwan menunggu di beranda rumah manakala Lara turun dan berbual agak jauh, tetapi masih dalam pemerhatian si abang.

"Ade apa ye sebenarnya?" soal Lara perlahan.

"Tapi sebelum tu, boleh saya dapatkan nombor telefon Cik?" soal Riu selamba. Wajah ketat itu terlihat sinis saja di pandangan Lara.

"Nak buat apa?" soal Lara pantas dengan wajah cemberut.

"Untuk saya hubungi cik." jawab Riu dengan senyuman sinis. Penuh makna. Lara sudah cuak.

Euren, salah seorang lagi lelaki menampar sedikit kuat lengan Riu sambil mengukirkan senyum tipis pada Lara.

"Maafkan dia Cik. Kami perlukan nombor cik untuk hantarkan sesuatu. Ianya sulit." ujarnya membela si rakan.

"Baik.." Walaupun ragu-ragu, phone dibawa keluar juga daripada kocek. Mereka bertukar nombor sebelum Riu menghantar sebuah pesanan ringkas berbentuk file.

Lara membuka file tersebut dan peroleh suatu jemputan. Tak sempat lagi dia membaca, Euren bertutur formal padanya.

"Cik Lara Daleesya. Cik dijemput oleh Cik Puan Aleena untuk menghadiri rumah agam Emmerich Forrestor di Black Forest, Baden-Württemberg, Jerman."

"Majlis kahwin?!" naik senoktaf suaranya menarik perhatian si abang. Mulut pantas ditepuk dengan wajah cuak dan bertanya lagi perlahan.

"Aisyah ade di Jerman ke? Dengan Aleena? Dia akan berkahwin jugak? Tapi kenapa-"

"Cik Lara." Riu memotong kata Lara, mendiamkan wanita itu.

"Seperti yang cik tahu, Cik Aisyah hilang pada hari perkahwinannya. Dia tidak hilang, Cik Aisyah dibawa Tuan Zenrich ke Jerman." Lara mengangguk perlahan sambil mencerna kata-kata Riu.

"Cik Puan Aleena menjemput Cik Lara ke kediamannya di Jerman dan dalam masa seminggu bermula hari ini, akan diadakan majlis perkahwinan bagi Cik Puan Aleena dan Tuan Dom bersama Cik Aisyah dan Tuan Zenrich." jelasnya lagi cermat.

Lara menghela nafas lega dengan berita yang diterima. Dalam hatinya syukur Aisyah tidak apa-apa dan begitu juga Aleena yang menghilang tanpa berita.

"Kami harap Cik akan hadir dan tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini memandangkan pihak polis sedang mencari Cik Aisyah sekarang berikutan kes beberapa hari yang lepas." Lara hanya mendengar tanpa mencampuri.

Teringat dirinya akan kejadian tembak-menembak semasa majlis perkahwinan Aisyah tiga hari yang lepas sebelum wanita itu hilang tanpa jejak.

Walaupun ianya tembakan sebenar dan menakutkan orang ramai, tetapi tiada sesiapa yang mati mahupun cedera sekalipun.

Kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai kes penculikan dan sekarang pihak polis sedang mencari Aisyah yang dianggap sebagai mangsa penculikan.

"Tentang flight Cik, Cik tak perlu risau. Cik Puan Aleena dan Tuan Dom sudah sediakan pesawat untuk Cik ke sana. Saya harap Cik tidak akan memberitahu sesiapapun tentang hal ini untuk kebaikan semua pihak." ujar Euren lagi.

"Terima kasih kerana meluangkan masa. Selamat malam Cik Lara." Euren ingin menamatkan perbualan.

Dia mengangguk sedikit sebagai pamitan sebelum terus berlalu ke kereta Rnge Rvr hitam yang sedia ada.

"My number, call me later or I'll call you. Tata."

Riu memberikan kad bewarna hitam pada Lara seraya mengenyit mata kirinya sekilas pada gadis polos itu dengan senyuman sebelum berlalu pergi.

Terlopong sedikit mulut gadis itu melihat perlakuan Riu. 'Dasar mamat cina miang.' desis hatinya. Kad diperhati.

Riu Shin Abdullah.

'Muallaf mungkin.' terbit senyumannya dalam diam. Kad disimpan ke dalam kocek seluar bersama phone nya.

Tak menunggu lama, dia panjangkan kaki pulang ke rumah selepas kereta itu keluar daripada perkarangan.

Soalan ayah dan abangnya cuba dihindar dan ditipu sedikit mengatakan bahwa mereka adalah rakan kepada kawan sekuliahnya.

Diri terus diloloskan ke dalam bilik dan berbaring senang menghadap siling. Nampaknya dia akan ke Jermanlah hujung minggu ini. Tak sabarnya!

~~~~~~~~~~~~

"Are you ready my love?" Aleena menoleh apabila seseorang memeluknya daripada belakang.

Pelukan dibalas erat dengan kepala sedikit mendongak. Senyuman selebar-lebarnya dihadiahkan kepada si suami.

"I am really excited about the wedding! Mesti best gile kan!" kot di tubuh Dom sedikit digoncangkan Aleena teruja.

Dom ketawa bahagia. Dieratkan pelukan pada pinggang ramping si isteri dan dilagakan dahi mereka sambil memejam mata.

Aleena juga membalas dengan melingkarkan kedua tangan ke belakang leher Dom sambil turut berbuat yang sama dengan si suami. Memejamkan matanya, menikmati saat mereka.

"Saya cintakan awak carrissima. I love you so much. So much. There is no man on earth that can take you away from me. You're my sweetheart, my soul, my happiness, my everything sayang.."

Dikucupnya dahi Aleena lama sebelum dileraikan. Sepasang matanya berkaca, begitu juga si isteri, merasai kehangatan cinta sejati mereka.

"I love you too my heaven, Danielle Mikhail." ucap Aleena dengan senyuman. Setitis demi setitis air matanya gugur di pipi dibiarkan tanpa diseka.

Dom mengesat air matanya di tubir dan begitu juga di pipi lembut Aleena. Dikucupnya wajah memerah itu manja, geram. Aleena ketawa apabila dirasakan Dom bagai menggeleteknya. Bahagia.

Lelaki di hadapannya ini adalah seorang insan kurniaan tuhan yang terbaik untuknya. Bilanglah apa saja, suaminya pembunuh, seorang yang keji, tak berperikemanusiaan atau apa-apapun.

Dia tidak kisah. Sebab jauh di sudut hati itu, Aleena tahu. Adanya kebaikan dan keikhlasan hati yang tiada siapa mampu berikan padanya melainkan dia.

The only one. HIM.

He Is A Miracle. The most..

He is like an Angel, that saved her life from harmness. He is Mika that love her more than anyone on earth can afford. And he is Dom, who protects her with all his efforts.. willing to sacrifice his life for her.

'I will not love anyone more than him. Only him. My man, Mika.' desis hati Aleena sendirian.

"Jom honey. Kita nikmati hari ni ye Mika?" soal Aleena lembut. Kekura Dom di dalam genggamannya dielus lembut.

"Sure carrissima." tangan itu ditariknya keluar dengan senyuman ke arah limousine yang sudah tersedia diiringi ke istana.

~~~~~~~~~~~~

Seperti yang direncanakan Aleena dan Aisyah, sebuah majlis perkahwinan yang gah diadakan di Schloss Solitude dengan tema bunga-bungaan dan taman.

Mereka menaiki limo dari jalan utama ke perkarangan istana. Kemudian diiringi dari laluan utama ke dewan dengan barisan tetamu jemputan dan kebanyakkan anak-anak buah Dom di Italy dan Jerman.

Dengan lengkap bertoksedo hitam, ianya seperti majlis mafia pula apabila semua anak buah Dom yang hadir berpakaian gelap yang sama.

Dom dan Zen turut mengenakan toksedo yang lebih eksklusif bewarna hitam bersama pengantin perempuan masing-masing.

Zen dan Aisyah sudah bernikah dua hari yang lalu dengan berwakil walikan si abang Aisyah ke Jerman atas permintaan terakhir si adik.

Andy juga turut ada bersama berpakaian formal dan mengiringi pengantin-pengantin ke dalam dewan sementara Faraz dijaga oleh Lara bersama Riu dan Euren sebagai jemputan dari Malaysia.

Pn Susan, ibu angkat Aleena juga ada bersama memeriahkan majlis si anak.

Ball room mewah di dalam diatur dan dihias indah dengan tertib formal. Muzik-muzik elegant dipersembahkan secara langsung menemani majlis mewah tersebut.

Dengan bufet dan layanan first class yang ditempah Dom amat menambahkan taraf majlisnya tetapi tidaklah sehingga sampai ke pengetahuan umum.

Kek setinggi semeter yang ditempah khas sebagai sambutan menjadi tarikan setiap mata yang memandang.

Singgahsana indah dihiasi menambahkan lagi seri kedua mempelai. Mereka didatangi seorang demi seorang tetamu, menyampaikan kata tahniah dan hadiah perkahwinan.

Semenjak tadi tidak lekang senyuman daripada kedua pasangan itu. Andy tersenyum lebar melihatkan kegembiraan semua yang dia sayangi.

Keadaan sekeliling bagaikan pergerakan perlahan buatnya. Menikmati saat indah ini.

Senyuman dan gelak tawa si ibu apabila diusik si bapa, senyuman malu uncle Zen dan aunty Aisyah semasa bersama.. adiknya, rakan-rakan dan semua yang ada...

'This is too much for me. I'm too happy until I can't even say a word to describe it.' monolognya sendirian.

'Difficult roads often leads to beautiful destinations.' tersenyum Andy seorang diri sambil memandang ke arah Dom.

'One of the keys of happiness is a bad memory.. They already have too much of it and deserve happiness in the end.'

"Congratulations uncle Zen and aunty Aisyah." ucap Andy perlahan.

"Congratulations too, mummy and daddy. I love you both with all my heart." air mata di tubir matanya dikesat dengan senyumandi bibir.

"Andy! Sweetie!" panggilan Aleena padanya menyentakkan lamunan seorang dirinya.

"Let's take pictures together. Marilah!" panggil Aleena lagi dari singgahsananya. Dom di sebelah wanita itu turut menggamitnya dengan tangan agar turut menyertai sama.

"Wait up!" Dengan berlari anak, dia menuju ke arah ibu bapanya dengan senyuman lebar.

'Daddy is my hero. My inspiration..'

'Mummy is my savior. My beautiful angel..'

'And I love them.'

'My family.'

'Oops! Don't forget about Faraz okay.. He is my little cute brother, that colors my days. Every single days.'

"Closer. Closer." arah si photographer pada keluarga itu.

"Wahh.. What a perfect family. " ujar lelaki tua itu sendirian.

"One two three." Klik.

-----------------------------------

A HAPPY FAMILY IS BUT AN EARLIER HEAVEN. - G.B.SHAW

Share this novel

awer
2023-06-18 23:13:38 

yeayyy..bnyak kali baca da...him 1 lg bestttt

ellysha
2021-11-18 15:50:12 

Awesome.....baru terjumpa app ni.....dan sememangnya saya mmg suka baca thriller.... can't stop reading sbb nk tahu kesudahan.....wat I can say best novel that ever I read

awer
2021-08-06 00:36:30 

tq..puas hati sgt2..author ni bebakat..memecam bahasa kuar...tp no 1 paling besttttt...muahhhcikeddd


NovelPlus Premium

The best ads free experience