BAB 8

Humor Series 8150

Kini, segalanya telah berubah. Lelaki yang pernah hadir mengisi cinta di sudut hatinya dahulu, semakin hari semakin memudar daripada ingatannya. Berkat kehadiran Eshal Zafri merangkap sepupunya itu. Wada semakin kuat menghadapi liku-liku hidupnya. Setiap kali dia rebah, pasti ada lelaki itu yang setia memimpinnya untuk bangun kembali.

Masih terngiang-ngiang lagi dalam fikirannya tentang kata-kata yang pernah dilemparkan lelaki itu kepadanya waktu itu.

"No matter what happen, awak kena kuat hadapi semua dugaan ini. Allah nak uji awak sebab awak mampu, Wada. Allah takkan uji seseorang hamba-Nya melebihi batas kemampuan kita. And one more thing, Allah bagi awak ujian ini sebenarnya untuk menyedarkan awak bahawa tak ada cinta yang lebih suci daripada cinta kita kepada Allah. Dia uji kita, sebab Dia nak kita lebih dekat pada-Nya, Wada. Awak percayalah. Saya tahu bukan mudah untuk awak terima semua ni, it's okay. Take your time."

Sungguh tenang dia mendengarkan kata-kata itu. Berada disamping lelaki itu membuatkan semua rasa sedih, kecewa, resah, dan gelisahnya seakan-akan hilang ditiup angin lalu. Baik benar hati sepupunya itu.

Dia tersenyum sendirian mengenangkan sikap sepupunya yang sangat mengambil berat tentang dirinya itu. Tak sangka, prihatin juga kau dekat aku yaa, Eshal. Hehehe.

"Awak? Mengelamun apa tu? Saya kat depan mata awak sekarang ni tau, bukan si Mika tu. Jangan cakap yang awak masih ingat dia lagi. Kalau tak, saya nak merajuk lah. Tak nak jumpa tiga hari. Huhh!" ujar Eshal sambil mencebikkan bibirnya. Eleh, nak merajuk lah sangat konon!

"Ehh, mana ada saya ingat kat dia. Alaa, awak.. Sorry lah, tak nak lah macam ni. Ishh, perangai macam budak-budak kan? Dah-dah lah tu, malu lah orang tengok. Dah besar gajah pun nak merajuk lagi," Kahkah. Kau ingat aku nak pujuk kau ke? Memang tak lah. Kau pujuk lah diri kau sendiri. Tak kuasa aku nak layan. Bisiknya di dalam hati.

"Huhh, tengok tu. Tak pujuk kita pun. Sampai hati. Dah tu, makan ais krim sorang-sorang dia pulak tu. Bukannya nak ajak,"

"Wekk, siapa suruh merajuk sangat. Padan lah muka awak," balas Wada bernada selamba. Lantas dia terus keluar dari kedai yang menjual ais krim lalu sengaja mempercepatkan langkahnya meninggalkan Eshal.

Saat dia mengaturkan langkah kakinya, secara tak sengaja dia bertembung dengan seseorang.

"Aduhh!" Jerit Wada kesakitan yang terjatuh akibat terlanggar lelaki di hadapannya itu kini. Dia memanggungkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan orang yang telah melanggarnya sebentar tadi. Mika! Si jantan tak guna tu! Dah kenapa pula aku boleh terserempak dengan dia kat sini?

"Wada! Awak okey ke? Ada sakit kat mana-mana tak?" Soal Eshal yang cemas melihat keadaan Wada tika ini.

"Ohh, jadi sekarang kau dah boleh move on lah yaa, Wada? Kau dah boleh lupakan aku? Lelaki ni siapa? Boyfriend baru kau ke?" banyak tanya pula kau! Mika menghadiahkan jelingan tajam kepada Eshal.

"Kalau ya pun aku boyfriend dia, kau dah kenapa? Senak ke tengok aku dengan dia? Come on lah, bro. Ehh by the way, mana betina sundal yang kau agung-agungkan sangat tu? Tak bawa datang shopping sekali ke?" Ujar Eshal. Panas hati dia ketika ini. Sangat membara.

"Kau dah kenapa, bro? Nak cari pasal dengan aku ke? Ini antara aku dengan Wada. Kau orang luar tak payah nak masuk campur! Kau nak fight kat sini? Ingat aku takut ke dengan kau, bro!" Balas Mika marah mendengarkan kata-kata Eshal.

"What? Takut?! Perlu ke aku takut dengan lelaki macam kau ni? Spesies yang suka sakitkan hati perempuan. Bagi dia harapan, buat dia suka kau, at last kau blah. Ohh, kau nak fight? Okey aku on je!" Belum sempat Eshal ingin melayangkan tumbukannya pada wajah Mika, tindakannya dileraikan oleh Waadah Sakinah. Nafasnya kini turun naik. Bengang sungguh dia dengan lelaki itu.

"Awak, apa ni?! Sudah-sudah lah tu. Benda macam ni pun nak gaduh-gaduh ke? Malu lah orang tengok tau tak!"

"Dan kau ni pun satu hal! Kenapa kau masih muncul di depan mata aku, hahh?" bentak Wada kasar kepada Mika.

"Wada, please. Maafkan saya. Saya tahu saya salah. But, please. Give me one more chance, sayang." rayu Mika meraih simpati Waadah.

"Wuwuwu, wait wait wait! Kau buang dia dulu, then sekarang kau nak dia balik? Ehh bro, kau ingat dia mainan kau ke? Aku takkan biarkan dia jatuh ke tangan lelaki tak guna macam kau lagi, bro! No way! No way!" ujar Eshal lantas menarik lengan Wada untuk berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience