dua puluh lapan

Romance Series 207196

"Ala.. sorry la bang. Shira main-main je tadi. Bukan betul-betul pun.." Shira mula memujuk Khalish yang sudah mencuka wajahnya.

Dia duduk di sebelah Khalish yang sedang memeluk tubuh di sofa. Merajuk.

"Bang.. udah udah le tu.. buruk sangat rupanya.. dah macam jeruk dah muka tu." ujarnya lagi. Lengan Khalish diusap-usapnya perlahan.

'Haish.. tak jalan pun. Ego je lebih!' gumam hatinya.

"Pergilah." ujarnya dingin. Khalish menepis tangan Shira kasar.

"Au!.. abang ni.. kasar la.. Shira bukan buat apa pun.. itu pun nak marah." Pergelangan tangannya diusap perlahan akibat ditepis kasar Khalish tadi. Shira membuat muka sedihnya.

'Gile la.. tak sayang aku betul. Tepis tangan aku macam nak gaduh pun ada.'

"Kau ganggu aku kenapa? Padanlah muke." balas Khalish lagi disertakan dengan pandangan tajamnya, menikam biji mata coklat Shira.

"Shira cuma nak gurau je pun.. bukan buat apepun.. tak kan itu pun tak boleh." Shira masih menjawab, pandangan Khalish dibalas tanpa gusar.

"Tak boleh sebab aku tak suka." jawab Khalish lagi. Dia mengalih pandangannya menghadap tingkap kaca di sebelahnya dengan wajah memerah. Masih bengang dengan Shira.

Tak pernah-pernah lagi dalam seumur hidupnya dia diperlakukan sebegitu rupa.

'Boleh dia raba badan aku tanpa kebenaran? Pastu cakap body aku ni takde punggung? Bullshit.' gumam hatinya.

Bagi Khalish, hanya suami saja yang dibenarkan melakukan apapun. Lagipun dia yakin Shira tak kisah pun tentang perkara yang berlaku di dalam lif pagi tadi. Sebab perempuan itu memang 'miang'.

Tapi.. perempuan itu tak sepatutnya memperlakukan dia sebegitu. Bukan pada dirinya.

No.

Never.

Ever.

Pada mulanya sebenarnya bukan Khalish yang meraba Shira di dalam lif itu. Ianya 'seseorang' yang lain, Khalish pun tak tahu siapa pelakunya.

Khalish mengaku bahwa dia yang lakukannya supaya Shira tak mengamuk dan pasti turut akan berikan dia masalah yang memegang title 'suami' kepada gadis itu.

Dia malas mahu bergaduh dengan sesiapapun, jadi dia menarik Shira untuk berdiri dekat dengannya agar dapat ditenangkan.

"Okay okay abang tak suka.. Shira faham. sorry ye?.. jangan la macam ni. Shira minta maaf ek? Bang..pandang la sini." Shira cuba memujuk lagi Khalish yang langsung tak mahu menoleh memandangnya.

'Haih.. baru ingat nak manja-manja tadi.. tapi jadi macam ni pulak..' desis hatinya.

'Aku keterlaluan sangat kot. Haish lembapnya kau Shira.'

Shira mengeluh perlahan sebelum mendiamkan diri sebentar. Tak lama selepas itu,

"Shira janji pada abang.. Shira tak kan sentuh abang.. Shira tak kan ganggu abang dah.. Shira tak kan buat lagi semua tu.. Shira janji. Jadi janganlah macam ni.. okay?"

Bersungguh-sungguh dia mengutarakannya. Dia tak suka jika Khalish berjauh hati dengannya, rasa seperti suaminya itu akan bosan dengannya pula nanti jika dia terlalu memaksa dan berlebihan.

'Salah aku jugak.. hurmm' wajah Khalish ditatap penuh harapan.

"Abang maafkan Shira ye? Shira janji Shira tak buat perkara yang abang tak suka lagi. Janji." tangan kanannya diangkat bagaikan berikrar. Dia berjanji pada Khalish.

Mendengarkan kata-kata Shira, Khalish tertarik. Dia akhirnya menoleh memandang Shira perlahan-lahan, masih dengan aura dinginnya.

'Perjanjian yang bagus jugak ni.. tak adalah dia ni asyik menempel dan membebel je dekat aku.' fikir Khalish.

Senyuman manis Shira ukirkan supaya peroleh kepercayaan si suami.

"Janji?" kening kanan Khalish diangkat sekali bertanya serius.

"Shira janji bang.. abang tak percayakan Shira ke?" jawab Shira yakin dengan anggukan.

"Tak." jawabnya sarcastic. Khalish masih dengan egonya. Sengaja mahu melihat sejauhmana semangat Shira untuk peroleh kepercayaannya kembali.

Perlahan-lahan senyuman Shira memudar.Gadis itu menunduk sebentar dan mengeluh lemah sambil mengetap bibir.

Tak lama kemudian, dia kembali mengangkat wajahnya semula menatap wajah Khalish dengan suatu pandangan...

Sedih?

'Kejap. Kenapa pulak ni?' Khalish mula tak sedap hati.

"Tak apalah kalau macam tu. Maaf menganggu hari En. Saya minta diri dulu En Khalish." tuturnya formal sebelum Shira mengangkat punggung berlalu keluar tanpa menunggu balasan Khalish.

Kaget.

'What just happened right now?'

Mata Khalish membulat memandang susuk tubuh Shira keluar dari biliknya tanpa menoleh lagi.

'What you have done again Umar Khalish?'

*won't updt tnght.

tq.

Share this novel

Nurrrr___
2020-07-07 10:22:39 

nak sambungan!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience