BAB 8: Takut..

Drama Series 28608

Malam itu bulan tampak indah menyinari kegelapan. Bintang-bintang yang berkelipan setia menemani bulan. Angin yang sepoi-sepoi bahasa membelai rambut hitam panjang yang dimiliki Fatin. Nescafe di tangannya masih berasap menandakan ia masih segar.
Mata Fatin hanya tertumpu ke langit sementara fikirannya melayang entah ke mana. Dato' Rohan menjengah Fatin yang berada di beranda luar rumahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Dato' Rohan pun apalagi mulalah terancang plan nakal untuk mengenakan Fatin di fikirannya. Terjingkit-jingkit dia menghampiri Fatin. Walau jasadnya semakin menghampiri Fatin namun dia masih tidak sedar akan kehadiran Dato' Rohan. Dato' Rohan menyentuh lembut belakang Fatin. Fatin terkejut terus kaku dia kat situ. Matanya dipejam rapat. Nafas mula laju.

"Aduh! Apa pulaklah yang mengusap belakang aku malam-malam ni.." bisiknya perlahan.

Walau rasa takut menerkam diri namun dia memberanikan diri dan dengan perlahan-lahan menoleh kebelakang. Dato' Rohan sudah bersedia di belakang sambil membuat muka yang menakutkan. Apabila Fatin menoleh muka Dato' Rohan ialah benda pertama yang dia nampak.

"Warghh!!!"pekik Dato' Rohan.

Dengan jantung yang bagai nak tercabut Fatin menjerit sekuat hati.

" Arghh!!! " jerit Fatin.

Dato' Rohan dengan selamba badaknya pergi ketawakan si Fatin tu terbahak-bahak. Fatin yang sedang termengah-mengah tersentak mendengar gelak tawa Dato' Rohan. Fatin membuat muka.

" Papa!!! Tak baik tau! Kalau orang ada sakit jantung dah kejong dah kat sini tau! " pekik Fatin memarahi Dato' Rohan yang sedang membongkok-bongkok ketawa.

" Sory..Sory. Jangan Marah. Papa gurau je.." kata Dato' Rohan dengan muka selamba dia.

Sakit je hati si Fatin tu ada bapak macam tu. Matanya dikecilkan. Dato' Rohan direnung setajam yang mungkin.

" Isy.. Yalah. Kenapa Papa kat luar ni? Selalunya dah tidur dah?" kata Fatin sambil menjeling bapanya.

"Hmm, saja nak tengok anak papa yang tengah termenung macam tengah tunggu orang masuk meminang.." gurau Dato' Rohan.

Muka Fatin makin ketat.

"Isy.." keluh Fatin sambil menoleh ke arah lain.

Dato' Rohan menggeleng perlahan.

" Jauh termenung tadi. Termenung pasal apa? " tanya Dato' Rohan.

Fatin kembali melihat wajah Dato' Rohan yang tengah tersengih tu. Fatin membalas dengan senyuman.

"Takde apa-apalah.." kata Fatin.

Kepalanya ditunduk ke bawah.

"Ni mesti tengah fikir pasal minggu depan kan? Nervous?" tanya Dato' Rohan.

Fatin kembali menoleh. Terangkat keningnya.

" M–Minggu depan?!!" pekik Fatin.

Dia tahu dia akan berkahwin tapi takkan secepat ni. Jiwa raganya, perasaannya dan dirinya masih belum bersedia untuk bergelar ISTERI kepada seseorang yang dia pun tak kenal. Macam mana kalau orang tu kaki pukul ke? Kaki arak ke? Ah, apapun jenis kakilah! Macam mana?

Hatinya berdebar tahap maksima.

" Yalah, minggu depan. Fatin ingat bila?" tanya Dato' Rohan.

Fatin tersenyum kelat.

" Huh. Takde apa-apalah." katanya selamba.

Fikirannya makin jauh melayang. Macam mana rupa lelaki tu? Apa jadi dengan dia kalau lelaki tu ganas? Dia dah bersedia ke? Macam-macam soalan timbul di kepala. Tapi yang ada jawapannya satu je. Fatin akan berkahwin.

Keluhan yang paling berat keluar dari mulutnya. Dato' Rohan hanya mampu melihat keresahan di muka anaknya itu.

" Dah. Papa naik atas dulu eh? Dah ngantuk dah ni. Assalamualaikum." kata Dato' Rohan sambil beredar meninggalkan Fatin.

"Ha! Lagi satu. Besok kamu kene pergi satu butik ni. Nak test baju kahwin. And jangan risau papa tahu taste kamu macam mana. Goodnight!" kata Dato' Rohan sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Fatin hanya tersenyum melihat papanya sedang berjalan pergi. Mukanya digosok perlahan. Keluhan dikeluarkan. Hatinya resah. Mungkin kerana risau atau kerana risaukan taste papanya. Masa berlalu dengan pantas. Air Nescafe di tangannya direnung lama. Kelihatan pantulan dirinya.

' Ya Allah! Kau kuatkanlah aku untuk menghadapi segala cabaran ini...' keluh hati kecilnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cuaca baik pada pagi itu. Tak terlalu panas tak terlalu sejuk. Tapi mendung. Agaknya langit pun tengah pening melihat Fatin yang dari tadi termenung tak henti-henti. Fail di atas mejanya lansung tidak terusik dek kerana termenung. Kalau macam ni syarikat dia pun boleh bankrap. Tiba-tiba ketukan kedengaran di pintu pejabat menyentapkan lamunan Fatin.

"Masuk." kata Fatin.

Nairah pun melangkah masuk dengan muka yang ceria sambil memegang secawan kopi. Fatin yang melihat raut wajah Nairah pun mula tenang sedikit. Itulah hikmat senyuman. Fatin tersenyum kembali.

"Goodmorning boss. Nah, kopi.."kata Nairah.

Fatin mengambil kopi itu dengan berhati-hati. Kopi itu masih panas. Fatin tersenyum lebar. Sesungguhnya dia memang memerlukan teman sekarang.

" Thanks. "kata Fatin.

" Thank you. So..How's your day?" Tanya Nairah.

Fatin yang baru meneguk kopi panas itu menikmati kepanasan kopi yang mengalir perlahan di tekaknya. Ahh!

" Good.. Kalau dah bawakkan kopi macam ni. Memang goodlah. Kenapa? Kau nak aku naikkan gaji kau eh?" tanya Fatin sambil mengecilkan mata.

Jari telunjuknya dituding dan di pusingkan mengikut arah jam ke Nairah. Nairah tersentak.

"Hei. Mana ada. Sory sikit aku buat kopi tu dengan jiwa raga aku yang sangatlah ikhlas kau tahu tak?" kata Nairah.

"Yalah tu." kata Fatin sambil menurunkan tangannya.

Kopi yang panas itu dihirupnya lagi. Nairah duduk di hadapan Fatin. Dagunya ditongkat kan.

" So.. Kenapa kau murung je?" tanya Nairah.

Fatin tersentak. Caring sangat Nairah ni. Macam tahu-tahu sahaja yang hatinya sedang resah. Wajahnya ditundukkan.

" Sebenarnya, aku tak tahulah apa perasaan aku sekarang ni. Ada sedih, adalah sikit gembira tengok papa aku. Tapi yang paling banyak ialah takut. Aku takut dengan apa yang akan jadi lepas aku kahwin nanti. Aku..takut." terang Fatin.

Air matanya mula bergenang. Nairah hanya mampu mendengar luahan isi hati Fatin itu. Fatin memang seorang yang tak pernah menunjukkan kesedihannya kepada orang lain. Pendam sendiri. Kerana itu dia perlu bercakap dengan Fatin.

" Weyh, kau jangan risau. Kau kahwin je kalau mamat tu buat apa-apa kat kau. Kau bagitau je kat aku. Aku akan sentiasa ada untuk tolong kau. Ok? Kalau boleh biar aku duduk serumah dengan kau. Tak pun duduk sebilik dengan kau. Hehe.." gurau Nairah.

Fatin menjelingnya. Terukir semula sekuntum senyuman yang telah layu tadi. Setitis air mata mula jatuh ke pipinya yang kemerah-merahan itu. Nairah senyum kembali.

" Isy, kau ni.. Aku tengah sedih kau buat lawak pulak. Annoyingnye.." kata Fatin.

Nairah membuat muka nakalnya.

" Of course lah. Kalau aku tak buat lawak takde maknanya kau nak senyum kan?" kata Nairah sambil bergerak ke sebelah Fatin.

Tangannya diletakkan ke atas bahu Nairah. Fatin mengerling Nairah di sebelahnya. Fatin ketawa kecil. Air matanya mengalir lagi. Tangannya mengelap air mata di pipi. Nairah turut ketawa.

" Aww!! Kau menangis Fatin." pekik Nairah.

Nairah memeluk sahabatnya itu dengan kuat sekali. Macam tengah peluk teddy bear je. Sesak nafas Fatin. Namun dia bersyukur sangat. Bersyukur mempunyai kawan yang sentiasa ada untuknya dan sentiasa memahaminya. Terima kasih Nairah..

Tiba-tiba pintu pejabat Fatin diketuk. Pintu itu terbuka perlahan. Kelihatan Idlan melangkah masuk. Nairah dan Fatin cepat-cepat membetulkan posisi. Malu. Idlan membuat muka pelik. Masih ada sisa-sisa air mata di pipinya.

" Awak menangis ke, Fatin? Kenapa? " tanya Idlan.

Risau agaknya. Buah hati dia itu menangis.

Fatin tersenyum nipis. Kesan air mata itu dilap menggunakan lengan bajunya. Fatin ketawa kecil.

" Takdelah. Mana ada. Tadi ada habuk masuk mata saya." kata Fatin.

Idlan tersenyum sinis. Nampak sangat Fatin menipu. Namun dia mengiakan sahajalah apa yang dikatakan Fatin. Tak nak nampak seperti orang yang suka menyibuk tepi kain orang.

" Dah, kenapa kau datang sini?" tanya Nairah kasar.

Idlan tersenyum kelat.

" Sebenarnya, saya nak ajak awak lunch. Awak nak tak?" tanya Idlan.

Mata Nairah dikecilkan. Soalan yang sepatutnya dijawab oleh Fatin, Nairah pula yang menjawab.

" Tak boleh! " pekik Nairah memberikan jawapan.

Fatin menoleh. Tangannya pantas menampar perlahan tangan Nairah. Nairah menoleh. Muka yang berkerut dikerutkan lagi.

" Aku tanya Fatin. Bukan kau. " kata Idlan.

Nairah tersentap. Muka psiko Nairah yang digeruni ramai mula muncul. Idlan menelan air liur.

" Jawapan aku. Jawapan Fatin jugak lah.. Dah pergi." tegas Nairah.

Terangkat kening Fatin. Idlan memandang Fatin. Apa yang mampu Fatin buat hanyalah mengangkat bahu.

" Dah! Cepatlah! " pekik Nairah.

Sekali tengok dah macam Komander tentera dah. Bergetar kaki Idlan.

" Ok–k.." balas Idlan sambil berjalan dengan cepat.

Takut dicakar singa agaknya.

Fatin menoleh ke arah Nairah. Tangan Nairah ditolak perlahan.

" Woi, yang kau buat macam tu kat dia kenapa?" kata Fatin.

Wajah Nairah kelihatan serius. Kepalanya masih tidak menoleh. Fatin mengeluh sendiri.

" Kau masih sukakan..Idlan ke? Sorylah Nairah aku takde perasaan pun kat si Idlan tu. Sumpah aku takde.."

" Sebab tulah." kata Nairah.

Fatin tersentak. Kata-katanya dipancung dengan kata-kata yang tak masuk akal. Keningnya berkerut.

" Ha?" tanya Fatin.

Nairah menoleh. Mukanya mula longgar.

" Sebab tulah aku tak boleh bagi kau rapat dengan dia. Aku tak nak dia dapat fakehope.. Kau kan dah nak nikah." terang Nairah.

" Oooh.."

Panjangnya ' Oooh ' si Fatin itu kalau dikira, nak dekat enam harakat jugaklah. Barulah jelas fikirannya yang si Nairah ni..Eh? Mukanya kembali berkerut. Senyuman nakal terukir.

" Ooh.. Kau suka Idlan lagi eh?" Tanya Fatin dengan berirama sekali.

Nairah mengeluh. Kepalanya ditundukkan. Senyuman sinis diukir di bibirnya.

" Tulah.. Kalau bertepuk sebelah tangan je. Apalah manfaatnya?" tanya Nairah sendirian.

Nampaknya Nairah ada bakat untuk berlakon drama di TV3.

" Eleh!! Bertepuk sebelah tangan konon!!" pekik Fatin sambil menyiku bahu Nairah.

Kedua-dua sahabat itu ketawa bersama.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience