BAB 5

Horror & Thriller Completed 5896

Aku tenangkan diri aku, keluar minum teh sekejap. Mase tu memang ramai betul orang, perasaan takut aku tadi kurang sikit. Ade la dalam sejam aku lepak, dah tenang baru balik. Sampai rumah aku tidur terus.

Esoknye aku demam, tapi masih gagah lagi nak beritahu kat semua housemate kisah aku malam tadi.

Tapi aku tak bagitau kisah sebelum ni tu bohong. Said pula macam antara percaya dan tidak cerita yang aku sampaikan itu.

Hari Isnin pergi keje, sampai pejabat je si Nora ni membebel. Habis semua orang kena dengar ‘khutbah’ dia.

Kenape ade air milo dah buat tapi tak minum kat pantry. Habis dah pantry bau milo basi. Aku pergi basuh gelas milo tu tapi sebelum tu aku tunjuk kat Said sebagai bukti.

Sejak kejadian hari tu aku dah tak berani tingggal kat pejabat seorang sampai tengah malam. Kalau ade teman takpe.

Malam Jumaat lagi malam tu, aku memang tengah seronok main game dengan Said. Die terpakse tinggal sampai lewat dengan aku malam tu… sebab kitorang pergi keje sekali, naik kereta kancil aku.

Kebetulan motorsikal Said ade masalah pula. Jadi kalau nak balik pun kene balik sama-sama lah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience