Bab 95

Romance Completed 207871

"Morning sunshine" ucap Caden lalu melabuhkan cium di dahi Intan. Intan yang masih mamai-mamai, semakin mengeratkan pelukan pada tubuh sasa Caden dan wajahnya dirapatkan pada dada itu lalu dicium sekilas.

"Sayang.. dah pukul enam pagi. Kita bangun. Nanti lewat" ajak Caden sambil mengelus rambut Intan.

"Erm.. kena balik hari ni ke.." Intan masih lagi memeluk rapat tubuh Caden. Ketawa Caden dengan soalan Intan. Caden kemudian bangun lalu menuju ke bilik air untuk bersihkan diri, sementara itu Intan masih lagi bermalasan di atas katil. Mengantuk dan selesa sangat dengan keadaan yang sunyi dan tenang macam ni. Laju saja mata menyambung lena.

"Sayang" panggil Caden lalu pipi Intan disentuh dengan tangan sejuknya. Terperanjat Intan, terus bangun duduk jadinya.

"Abang.. sejuk la.." marah Intan tapi dengan suara yang meleret bunyinya.

"Come" Caden hulurkan tangan pada Intan yang sudah duduk tegak di atas katil itu. Dengan malas, Intan sambut juga huluran tangan Caden.

"Dah, cepat mandi. Abang tunggu kita jemaah sama-sama" kata Caden.

+++

"Sayang, ada lagi barang yang tertinggal?" soal Caden pada Intan yang sedang bersiap.

"Rasanya macam tak ada, semua sayang dah kemaskan tadi" balas Intan. Jam di pergelangan tangan dijeling. Kejap sahaja sudah menginjak ke jam sembilan pagi. Tadi, selepas subuh mengantuk punya pasal, habis ditariknya Caden baring bersamanya di atas katil. Asalnya hanya nak teman, last-last dengan Caden sekali layan tidur.

"Okay, siap. Jomlah kita sarapan dulu" ajak Intan pada Caden yang sudah menantinya di luar bilik sambil berbual di telefon. Sebaik Intan datang hampiri, talian terus dimatikan. Jemari Intan dipaut dan bersama berjalan menuju ke cafe.

Sebaik sahaja selesai sarapan, Malim bersama Lan telah membawa beg dan menyimpannya di dalam kereta lalu kunci diserahkan semula pada Caden.

"Tuan, Puan, Pak Karim ada bekalkan buah kampung. Saya dah masukkan dalam kereta Fahmi." terang Malim.

"Ooh.. ye ke. Sampaikan terima kasih saya pada Pak Karim" ucap Caden.

"Sampaikan juga terima kasih saya pada semua staf di atas kerjasama semua sepanjang saya dan isteri ada di sini begitu juga semasa majlis malam tersebut" tambah Caden lagi.

"Dah memang tugas kami Tuan. Tuan pun bukan selalu datang sini" balas Malim. Caden hanya angguk.

"Terima kasih Malim. Saya balik dulu" ucap Intan pula.

"Mari sayang" ajak Caden.

Fahmi yang sejak tadi lagi berada di sisi kereta terus melolos masuk apabila melihat Caden dan Intan juga melakukan perkara yang sama. Fahmi terpaksa memandu sendiri kerana Carlos telah pulang awal bersama Shira. Caden memulakan pemanduan dan Fahmi mengekori dari belakang.

Disebabkan bertolak sudah agak lewat, Caden tidak singgah di mana-mana dan terus sahaja pulang ke rumah. Lebih kurang jam sebelas setengah pagi, Intan, Caden dan Fahmi selamat sampai.

Beg dan barang-barang sudah di bawa keluar dari kereta. Waktu itu Abang Budin turut sama membantu Fahmi untuk membawa beg ke tingkat atas. Buah-buahan yang ada di dalam kereta yang dipandu Fahmi turut di bawa keluar dan ada juga yang dibekalkan untuk Fahmi. Untung ada kebun, boleh juga merasa buah-buahan kampung.

"Tuan, kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu" kata Fahmi pada Caden yang berada di hadapan rumah bersama Intan.

"Terima kasih Fahmi, cuma saya nak awak tolong hantar kereta untuk dicuci. Nanti claim pada Yati" pinta Caden.

"Baik Tuan. Tuan, Puan saya balik dulu" ucap Fahmi lalu membolos masuk ke dalam kereta dan kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah.

"Sayang okay? kalau penat, sayang naik rehat. Nanti Kak Sal dah siap masak, abang panggil sayang" kata Caden pada Intan yang berdiri di sisinya.

"Tak juga. Sayang nak kemas beg dengan nak cuci kasut operasi ni ha, selut" kata Intan sambil ditunjukkan kasut operasi yang berselut tapak dan keliling kasut yang diletakkan di tepi rak kasut.

"Sayang nak basuh di mana?" soal Caden pada Intan.

"Hm.. kat luar tu la, ada paip air" tunjuk Intan pada paip yang digunakan untuk menyiram pokok di taman.

"Okay, kalau macam tu abang tolong sayang kemas beg dulu, nanti petang sikit baru cuci kasut" kata Caden lalu menarik jemari Intan masuk ke dalam rumah.

Sebelum melangkah ke tangga, Caden singgah di dapur menjenguk Kak Sal.

"Kak Sal, nanti dah siap masak, panggil saya dan Afrina di atas ye" pinta Caden pada Kak Sal yang sibuk menyiapkan bahan untuk memasak.

"Baik Tuan" balas Kak Sal. Intan dan Caden kemudian terus melangkah ke tingkat atas.

Beg pakaian yang berada di luar bilik diangkat Caden lalu di bawa ke dalam bilik. Intan kemudian duduk bersimpuh sambil mengeluarkan pakaian yang kotor dan masukkan ke dalam bakul pakaian kotor yang diambil dari di dalam bilik air. Habis semua baju dikeluarkan tiba-tiba ada satu kotak baldu empat segi terkeluar dari beg.

"Eh, kotak apa ni?" soal Intan lalu kotak diambil dan dibuka.

"Wow.. cantiknya" ucap Intan. Waktu itu Caden baru melangkah masuk ke dalam bilik dan bila ternampak Intan membuka kotak tersebut terus kaki melangkah menghampiri Intan dan duduk berlutut di belakang Intan lalu rantai leher yang ada di dalam kotak terus dicapai dan dipakaian pada leher Intan.

"Untuk sayang ke?" soal Intan sambil menoleh pada Caden. Cantik sangat ni..

"Ye sayang, untuk sayang. Lama dah abang letak dalam beg sayang, ingat nak buat surprise tapi sayang tak perasan" ucap Caden sambil tersenyum.

"Sorry.. memang sayang tak perasan tapi buat apa beli untuk sayang, mesti mahal ni" ucap Intan sambil rantai beserta loket bentuk bujur diusap.

"Sayang.. sepanjang kita berkahwin, sayang tak pernah nak minta abang belikan apa-apa. Jadi apa salahnya abang belikan untuk sayang. Suka tak?" soal Caden lalu cincin pula diambil dan disarungkan pada jari manis tangan kiri Intan.

"Abang.. thanks" ucap Intan lalu memaut leher Caden dan dihadiahkan ciuman pada kedua-dua pipi, hidung, dagu dan akhir sekali bibir seksi itu. Caden juga turut membalas pelukan Intan sambil cium dilabuhkan pada dahi.

"Sayang.. abang kerja keras selama ni semua untuk sayang" ucap Caden.

"Thanks abang" ucap Intan sekali lagi.

"Sayang, rumah yang abang cakap nak jadikan pusat tahfiz tu dah siap. Abang Ingat nak buat kenduri doa selamat sikit. Kalau hari jumaat ni okay tak?" soal Caden sambil melabuhkan duduk di sisi Intan di atas lantai.

"Sayang okay je" balas Intan sambil tangan menyambung semula kerja yang tertangguh tadi.

"Hm.. rumah ni tak nak buat doa selamat juga ke? Ni rumah baru kiranya kan, sebab abang tak pernah tinggal sini lagi sebelum ni" kata Intan. Terdiam Caden, iya lah..

"Kalau macam tu jumaat ni kita buat kat tahfiz, jumaat depan di rumah kita pula. Kita jemput pelajar tahfiz tu sekali" cadang Caden.

"Okay juga, boleh jemput kawan-kawan sekali kenduri kat rumah ni" kata Intan.

"Nanti abang bincang dengan Carlos untuk persiapan tempat dan makanan" kata Caden lagi.

+++

Tok tok tok

"Tuan, Puan, makan tengah hari dah siap" panggil Kak Sal dari luar bilik.

Intan kemudian menolak daun pintu bilik.

"Okay Kak Sal, kejap lagi saya dengan Caden turun" balas Intan lalu daun pintu bilik ditutup semula.

Waktu itu Caden sudah terlena di atas katil, pasti penat. Serba salah pula mahu mengejutnya tapi tak kejut bangun, lapar pulak nanti. Perlahan Intan menghampiri Caden yang pulas lenanya. Wajah Caden diusap lembut sambil mengejut untuk bangun.

"Abang.. abang.. bangun, kita makan" ajak Intan. Caden dilihat perlahan membuka mata lalu menggosok mata dengan jari.

"Sorry sayang, abang terlena. Makan dah siap ke?" soal Caden lalu bangun duduk.

"Dah, jomlah kita turun" ajak Intan.

"Okay, abang ke bilik air sekejap, nak cuci muka" kata Caden. Tidak lama keduanya turun ke ruang makan.

"Tuan, Puan, makan" ucap Kak Sal yang sedang menuang air oren ke dalam gelas.

"Sini lah makan sekali, panggil Abang Budin sama. Makan ramai-ramai selera sikit" ajak Caden. Kak Sal kemudian bergerak ke bahagian pintu belakang dapur dan menjerit memanggil Abang Budin.

Berselera Intan dan Caden makan tengah hari, Caden siap bertambah. Mana taknya, dapat makan ulam raja dengan sambal kelapa. Intan ingatkan Caden tidak pandai makan ulaman kampung, rupanya memang favorite.

Selesai makan dan meja siap dikemas, Intan dan Caden ke ruang tamu berehat sambil menonton tv di sofa. Mulanya Intan elok saja bersandar pada lengan Caden tapi ntah bila elok pula kepala didaratkan pada ribaan Caden dan terus lena menjemput.

+++

Intan terpisat-pisat bangun dari sofa. Tak silap tadi dia tidur di ribaan Caden, macam mana pulak dia boleh baik punya lena siap berbantal. Dijeling jam di dinding, uih! dekat lima setengah petang. Lamanya dia tidur. Terus menguap Intan, berair tubir mata. Jari naik mengesat.

"Alamak! kasut" laju Intan bingkas bangun dan meluru ke luar tapi dilihat elok kasut operasinya sudah dicuci bersih dan disandarkan pada bangku batu berhampiran paip air.

"Hai sayang.. dah bangun" tegur Caden dari belakang. Berpeluh-peluh Caden dengan t-shirt sendat dan seluar sportnya.

"Abang.. dari mana ni, berpeluh-peluh" tegur Intan lalu tuala di leher Caden diambil dan mengesat peluh di wajah, leher dan lengan Caden.

"Abang jogging, kat kawasan rumah je. Rasa macam lama tak keluar peluh" balas Caden lalu botol air di tangan diteguk.

"Abang ke yang basuhkan kasut sayang?" soal Intan.

"Ye, kenapa?" soal Caden pelik.

"Abang.. kenapa abang basuh, kasut tu. Sayang boleh basuh sendiri" kata Intan serba salah. Bukan dia tak boleh basuh.

"It's okay, tak susah pun. Abang basuh kereta tadi, alang-alang abang basuhkan kasut sayang sekali. Ish, tak ada apa pun." balas Caden lalu tangannya naik mengusap rambut Intan.

"Abang ni.." muncung-muncung bibir Intan.

"Dah-dah. Kalau sayang nak balas pertolongan abang basuhkan kasut sayang tu, sayang tolong buatkan abang cucur udang kuah kacang macam hari tu, abang nak makan. Malam ni abang nak makan cucur tu je" pinta Caden sambil dikenyitkan mata pada Intan. Terus tubuh Caden dipeluknya.

"Abang peluh la sayang" kata Caden tapi tidak ditolakpun pelukan itu, makin ditarik rapat adalah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience