Selamat tinggal cinta

Short Story Series 1475

Selamanya.. Hanya cintamu yang merajai hati ini....

Lara pov...

Masih ku ingat saat pertama kali kita bertemu. Kau begitu menarik perhatianku. Tak sedar bibirku menguntum senyum melihat lagak gaya poyo tapi mencuit hati.

"Hai awak.. Sapaan yang kau tutur pertama kali

Dengan tersipu malu ku membalasnya tanpa berani untuk memandangmu..

" Hai juga awak... "

Bermula saat itu juga bibit bibit kemesraan kita tercipta. Dari mesra menjadi asmara. Begitu dalam Kasih kita tercipta. Senda gurau mewarnai hari hari yang kita lalui. Walau terkadang rajuk menguasai hati kita, kita mengalah demi cinta kita. Namun.. Bahagia tak kekal selamanya..

" Sayang, apa maksud semua ni? Tanya dirimu dalam nada marah dan kecewa bila gambarku bersama insan lain kau tunjukkan padaku.

" Gambar apa?... " balasku lantas mengambil gambar-gambar yang kau tunjukkan. Kelu lidahku bila tiada jawapan yang mampuku jelaskan padamu. Aku membisu.

" I never expect this from you Lara.. How could you!! I kecewa. I love you so much. Ni yang kau balas!

Dengan nada penuh kebencian kau hamburkan rasa amarah mu padaku. Aku hanya mampu membisu. Tiada daya untukku menjelaskan segalanya.

" Speak Lara! For God sake! Explain! Kenapa sampai hati hancurkan hati I?

Tetap juga aku membisu. Hanya tangisku yang pecah. Maafkan aku Kyle. Aku terpaksa. Tapi kata-kata itu hanya mampu ku ucapkan dalam hati. Tak berani ku pandang wajahmu yang memandangku dengan penuh kebencian.

"Listen here Lara. Pandang muka aku.." katamu sambil kau pegang rahangku dengan kasar.

"Aku benci kau Lara. Kau buat hatiku begitu terluka. Mulai saat ini kita putus. I don't want to see your face anymore. Semoga bahagia bersama dia.." katamu buat kali terakhir. Tanpa menoleh kearahku lagi.

"Kyle..... Tangisku semahu-mahunya sambil memanggil namamu. Aku tahu tiada gunanya aku cuba meraih kembali cintamu. Aku hanya mampu teresak-esak menangis menyesali kesilapanku membuatmu kecewa dan terluka..


~~~~~~~~~~~~~~

Kyle pov..

Sebulan selepas perpisahan antara aku dan Lara..

Satu-satu helaian album gambar antara aku dan Lara ku tatap. Tersenyum dalam kecewa melihat aksi dan gaya manjanya disampingku. Sungguh aku merinduinya. Dialah wanita yang aku paling cintai. Hingga kini aku tak mampu untuk melupakannya. Cintaku masih utuh buatnya..

"Lara sayang.. Kenapa?? Apa salah aku?? Hati kecilku berteriak.. Tiap kenangan yang tercipta bermain dikhayalanku.

Tiba-tiba...

Aku tersentak dari lamunanku bila deringan telefonku berbunyi. Lantas Ku capai lalu menekan punat hijau diatas skrin. Dari Reena. Kawan baik Lara.

" Hello.. Ada apa? Kalau pasal Lara I don't want to hear it! Jawabku kasar.

" Kyle dengar dulu. Jangan letak telefon. Kalau tak kau akan menyesal selamanya. Its about Lara. She's dying... " terang Reena.

Aku tersentak. Terkejut.

" Jangan buat lawak la Reena. I won't believe it.." Balasku masih menidakkan apa yang ku dengar dari Reena. Sesungguhnya aku juga takut mendengar berita tentang Lara.

" I tak buat lawak la Kyle. See for yourself. Nah....!" Dengan nada marah Reena menghalakan telefon kearah Lara yang sedang terbaring tak berdaya diatas katil hospital. Sayu..hancur luluh hatiku memandangnya.

"Lara kenapa Reena? Kenapa dia ada disitu? Dia sakit ke? Kenapa aku tak tahu?" bertalu- talu soalan Ku ajukan pada Reena. Reena tak mampu menjawabnya. Dia menangis tersedu-sedu.

" Lara di hospital mana Reena? Tell me.. Sekarang I datang.." tanyaku pada Reena sambil bergegas bergerak pergi setelah tahu keberadaan Lara dimana.

Sesampainya di hospital..

"Lara sayang.. What happen to you? Kenapa terbaring disini? Wake up sayang. This is not you. I know its not you. Bangun la sayang. Jom kita pulang sayang. Please jangan buat I takut. I'm so sorry for leaving you. Sorry dah marah-marah haritu. I tak maksudkannya sayang. Please wakeup!..." Tangisku.. Namun tiada reaksi dari Lara.

Reena yang memerhati aku abaikan. Biarlah dia melihat airmata jantanku yang sedang menangisi sahabatnya. Satu-satunya wanita yang kucintai sepenuh hati.

" Lara sakit apa Reena? Soalku padanya.

" Brain tumor... Jawabnya ringkas dalam tangis.

"Kenapa aku tak tahu pasal Lara sakit? Kenapa Reena?".. Dengan nada kecewa dan marah aku bertanya.

"Lara tak nak kau sedih Kyle. Lara nak tanggung sorang-sorang sakit dia ni. Dia tak nak kau tahu dia sakit. Lara kata biarlah kau benci dia. Dia tak nak kau lihat dia lemah semasa dia cuba untuk melawan sakitnya. Lara tak nak menyusahkan kau..." terang Reena. Aku hanya kelu mendengarnya.

" Sebenarnya, gambar Lara yang kau lihat dulu bersama seorang lelaki tu ialah abang sepupu Lara yang tinggal di kampung. Lara sengaja menyuruh abang sepupunya itu mengirim gambar-gambar itu pada kau. Lara nak kau jauhkan diri dari dia. Sebab Lara tau dia tak mampu untuk bahagiakan kau lagi Kyle... " kata Reena.. Aku menangis kecewa. Menyesali sikapku yang berkasar padanya saat itu.

Bunyi mesin bantuan pernafasan mengejutkanku dan Reena. Lantas kutatap wajahnya. Pucat seperti tiada darah. Mukanya cengkung namun masih cantik seperti dulu mula-mula dia kukenali. Lara membuka matanya cuba untuk memberitahuku sesuatu. Perlahan-lahanku dekatkan wajahku padanya sambil memangku kepalanya dilenganku.

" Sayang.. I'm sorry.. I have to go.. I love you so much..." hanya itu katanya terakhir kali sebelum Lara menghembuskan nafasnya. Nyawaku seakan-akan terputus dari jasadku. Aku meraung menangisi pemergian Lara. Sesungguhnya aku tak mampu untuk menerima kenyataan Lara pergi untuk selamanya. Aku tak mampu kehilangannya. Lara adalah nyawaku. Tapi apa dayaku menidakkan takdir yang telah tertulis.

Jenazah Lara selamat dikebumikan di kampungnya. Seorang lelaki menghampiriku memperkenalkan diri. Dialah lelaki dalam gambar bersama Lara. Dia menghulurkan tangan meminta maaf padaku. Tiada niat untuk menghancurkan cinta aku dan Lara katanya. Itu semua kehendak Lara. Supaya aku benci dia dan meninggalkannya. Setelah aku memutuskan hubunganku dengan Lara, Lara terus dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sampailah dia meninggal. Kata Reena, Lara tak nak aku melihatnya dalam keadaan lemah. Itulah sebab mengapa Lara cuba membuat aku percaya dia ada kekasih lain dan membencinya.

Perlahan langkah kakiku bawa pergi. Dari jauh aku menoleh ke arah pusara Lara untuk kali terakhir. Tempat Lara disemadikan. Selamat tinggal sayang. Selamat tinggal cinta. Semoga tenang di alam sana... Aminn...

Tamat....

-Lavender Ungu-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience