Bab 15

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Aby, bangun sayang." Seseorang menyapaku dengan lembut.
Aku mencelikkan mataku dan mendapati ada seorang wanita yang cantik dihadapanku. Aku bangun dari riba Alyn.
"Eh, ma. Bila mama sampai?" Soalku yang masih mamai. Kawan-kawanku masih lagi tidur tak sedar.
"Baru je. Dah solat belum ni?" Soal mama pula. Aku melihat ke arah jam di lapangan terbang itu.
5.15 pagi.
"Ha, belum. Tak sedar pula tadi." Aku menggosok mataku, membetulkan pandangan.
"Ha, dah, bangun ajak ni, kawan-kawan ni, pergi solat subuh dulu. Mama tunggu sini." Ujar mama. Aku hanya akur. Aku mengejut Alyn, Hannah dan Eca lalu kami berlalu ke ruang solat di lapangan terbang tersebut.
Selesai kami menunaikan solat subuh, kami pun keluar dengan segarnya.
"Assalamualaikum, makcik." Alyn menyapa mama.
Mama bangun dari kerusi, "Waalaikumussalam, semua sihat?" Soal mama kepada Alyn, Eca dan Hannah. Mereka bertiga bersalaman mesra dengan mama. Mereka ni memang rapat dengan mama. Suka sangat kalau jumpa mama, buka gosip pasal aku.
"Sihat, cik. Tapi, si Sakinah ni, cik. Dia pening pusing-pusing sikit katanya." Jawab Eca. Hannah mengangguk-angguk. Aku mencuit Eca. Tak perlu pun sebenarnya kau beritahu mama.
"Ya, ke? Hm, panas semacam je ni. Jangan pengsan sudahlah. Mama tak bawa ubat pula." Balas mama sambil merasa dahiku.
"Tak apa, ma. Sikit je ni. Cuaca kat Kanagawa ni lagi sejuk dari kat Tokyo. Kita tunggu siapa, ma?" Aku pelik melihat mama tercari-cari sambil asyik melihat jam pada telefon pintarnya.
"Oh, kawan mama. Dia kata dia nak ambil mama kat airport. Nanti, kita duduk rumah dia selama beberapa minggu ni. Sebab mama tak jumpa guesthouse untuk kita tinggal. Hotel semua penuh. Lepas tu, bila mama contact dia, dia yang minta kita tinggal rumah dia. Tak ada siapa pun di rumahnya." Cerita mama panjang sambil masih tercari-cari kawannya itu.
"Ooo, okey." Kami duduk di situ sambil menunggu.
"Eh, tapi kan, mama dengar anak dia bujang. Muda lagi. Handsome pula tu." Mama menjongketkan sebelah keningnya memandangku sambil sikunya menolak aku. Aku memandang mama pelik.
"Err, ada pula mama ni. Kesitu pula dia." Ujarku. Mama, Alyn, Hannah dan Eca hanya ketawa. Suka pula kawan aku bertiga ni gelakkan aku, ye?
Setelah beberapa lama kami menunggu akhirnya, sampai juga orang yang dikatakan itu. Sejujurnya, waktu itu aku dah berasa pening lain macam.
"Ha, tu pun dia." Dengan lajunya mama bangun dari kerusi dan terus mendapatkan kawannya itu. Kami mengekori mama sambil membawa bagasi. Rygo pula entah apa angin dia pagi itu, dia nak duduk dengan Alyn.
Aku membawa dua bagasi. Satu bagasi aku yang berwarna ungu dan satu lagi bagasi mama yang berwarna rosegold.
"Ah, sashiburi. (Ah, long time no see.)" Ujar mama lalu memeluk dan berlaga pipi dengan mak cik itu. Kami disuruh oleh mama untuk memanggil mak cik itu obaa-san. Obaa-san bermaksud mak cik dalam Jepun. Aku agak terkejut ya, dengar mama berbahasa Jepun. Aku tak pernah tahu, serius.
"Sashiburi." Obaa-san teruja berjumpa dengan mama, begitu juga mama, teruja jumpa obaa-san. Setelah habis sesi mak-mak ini berpelukan, obaa-san perasan aku dan kawan-kawanku dibelakang mama.
"This is your youngest daughter, right?" Obaa-san senyum lebar memandang aku. Aku membalas senyumannya lalu menunduk hormat.
"Hajimemashite, obaa-san." Ucap aku lalu menunduk hormat.
"Hajimemashite." Balas obaa-san gembira. Wah! Kenapa teruja semacam sahaja obaa-san ni.
"Kawaii yo. (Comel.)" Ujar obaa-san berbisik pada mama. Walaupun berbisik, bukannya aku tak dengar. Ha, ini nak kembang hidung sebab kena puji. Haha!
"Where is your son? He doesn't come along?" Soal mama.
"Ah, he's going to park the car for a while." Jawab obaa-san sambil tercari-cari. Hari ini, semua orang nak tercari-cari orang. Aku pun tercari-cari. Manalah tahu dia betul kacak. Haha! Kalau dia baik boleh lah. Calon suami aku pun tak ada lagi ni. Haha! Ha, merepek, Sakinah, merepek. Baru lepas SPM, dah fikir kahwin. Jauh lagi perjalanan kau, Wan Sakinah.
"Ha, mama!" Seseorang memanggil obaa-san. Mama? Mungkin yang panggil itulah anak obaa-san agaknya. Mari kita lihat, kacak tak dia. Dia termengah-mengah setibanya dihadapan kami.
"Tsukareta. (Penat.) Finally I found you. I was so panicked just now." Ujar lelaki itu. Alah, manja betul. Emaknya baru hilang sekejap dah panik macam apa. Mesti baik budak ni.
Aku memandang dia dan cuba mengecam dia, "EH? Ry-Ryoga-san?!" Aku terkejut. Apa pula lagilah kejutan yang aku dapat ni? Aku penat asyik mendapat kejutan yang tak henti-henti.
"Awak buat apa kat- ah!" Tak sempat menghabiskan soalanku kepalaku berasa amat pening. Aku berpaut pada Alyn dan Eca. Wah, tak dijangka boleh berjumpa balik secepat ini. Baru berapa jam berpisah tadi aku rasa.
"Sakina-chan! Daijoubu desu ka? (Awak okey ke?)" Soalnya kerisauan. Mama dan obaa-san dah pandang kami berdua pelik macam apa dah.
"Da-Daijoubu." Jawabku sambil menunduk memandang lantai. Mataku berpinar-pinar.
"Eh? Sakina-chan? Kanojo wa Sakina? (Dia ni Sakinah?)" Soal mama.
Aku melihat Ryoga mengangguk sambil tersenyum. Ah! Aku dah tak boleh nak fikir apa dah. Mulut mama masin sangat. Aku pun pengsan lah di situ dengan jayanya.
(Ryoga POV)
"She collapse again? Poor her." Ujarku. Tolonglah, aku tak suka tengok dia pengsan. Kesian.
"Again? She had fainted before this?" Soal obaa-san, mama kepada Sakinah.
"Yes, I found she fainted infront of a shop a few days ago." Balasku sambil memandang Sakinah dengan muka yang berkerut.
"Oh, thank you because you have take care of my daughter." Obaa-san berterima kasih sambil memandang Sakinah yang terbaring di kerusi lapangan terbang itu.
"Now, let's go to my house." Ajak mama. Kami hanya akur. Aku dengan pantasnya terus pergi mengambil kereta yang aku baru sahaja parkir tadi.
*******
Sakinah dibawa masuk ke dalam rumah, ke dalam sebuah bilik yang mama sudah sediakan untuk mereka. Rumah ni memang banyak bilik. Ada beberapa lagi bilik kosong.
"So, that is Sakinah, huh? The girl that had took your heart?" Kata mama dengan jiwangnya.
"Mama, hazukashii. (Mama, malulah.)" Ujarku sambil mataku ditutup dengan tenang. Mama ni, janganlah cakap depan mama dia. Mama hanya ketawa.
Aku duduk di sofa dengan mama di sebelahku. Obaa-san pula di sofa satu lagi mendengar.
"Ryoga-kun, how you can know her?" Soal obaa-san ingin tahu.
"I... accidentally met her when she almost fell on a cement at Tokyo." Jawabku. Tak habis lagi jawab.
"Lucky her because Ryoga-san was there. He saved her." Tambah Alyn yang tiba-tiba muncul keluar dari bilik. Dia tahu aku tak akan beritahu aku selamatkan Sakinah. Yalah, takkan aku nak kata 'ya! Saya yang selamatkan dia! Kalau saya tiada di situ, entah entah dia dah tak ada.' Kalau aku buat macam tu depan obaa-san dengan oka-san, nanti ada yang merah dua-dua pipi. Silap haribulan, tak ada rumah aku lepas ni.
Alyn duduk di sebelah obaa-san, "Hontou desu ka? (Really?) Ryoga-kun, hontouni arigatou. (Terima kasih banyak-banyak, Ryoga.) You saved my daughter. Ryoga-kun wa yasashii. (Baik sungguh Ryoga ini.)" Ujarnya sambil menunduk banyak kali kepadaku.
"Aa, ii-e. Betsuni. (Aa, tak adalah. Tak ada apa tu.)" Balasku sambil tersenyum.
"Ehem! Ryoga, so?" Soal mama sambil pandang aku macam apa je. Sabar je lah dengan kerenah mama aku ni.
"Hai', nani?~ (Ya, apa?~)" Soalku semula dengan lembut sambil memandang mama. Mama, jangan macam-macam di sini. Aku tahu sahaja niat mama aku seorang ni.
"Ah, nandemonai. (Ah, tak ada apalah.)" Oka-san mendengus kasar. Aku tahu je apa yang mama cuba katakan. Aku ketawa memandang mama yang berlalu ke dapur. Alyn pula masuk semula ke dalam bilik setelah mengambil barang di ruang tamu tadi. Obaa-san mengekori mama ke dapur. Nak masak sarapan agaknya. Apalah yang jadi pada Sakinah di dalam bilik? Entah dah sedar entah belum.
******
(Sakinah POV)
"Ah!" Aku mengerang kesakitan akibat kepalaku yang sakit.
"Ha! Hoi! Sedar pun kau! Berjanggut kitorang tunggu kat sini." Kata Hannah disisiku terus memukul aku.
Aku cuba untuk duduk. Eca menolong aku untuk duduk.
"Ya Allah, kau ni! Pengsan balik budak ni nanti." Ujar Alyn kepada Hannah. Mereka bertiga bergelak ketawa. Hah, yalah, macam nilah kawan. Aku tengah sakit sampai dah pengsan sedar balik, boleh ketawakan aku pula?
"Eh, gelak pula." Aku memandang sekeliling bilik tersebut. Bilik apa ni? Tak ada rupa hospital pun. Takkan hospital Jepun macam ni kot?
"Weh, korang, kita kat mana ni? Eh, kejap. Mak aku mana?" Soalku bertalu-talu. Tempat apa lah yang mereka ni bawa aku?
"Kita kat rumah mak Ryoga. Mak kau ada kat dapur dengan obaa-san tengah masak sarapan. Kau nak bubur tak? Nak bubur aku minta tolong obaa-san buatkan." Terang Alyn.
"Rumah mak Ryoga? Jap, apa yang berlaku ni? Aku mimpi ke?" Soalku lagi tidak percaya sambil menampar pipi sendiri.
"Dia ni, geramnya aku. Nak tangan aku pula dikenakan pada pipi kau? Lagi sedap, weh." Kata Eca mengangkat tangan. Aku menyengih menggeleng kepala.
"Yalah, rumah mak Ryoga. Kanagawa. Kan mak kau kawan baik dengan mak dia." Alyn cuba untuk fahamkan aku.
"Ha? Tak faham. Jap, anyway, tak apalah bubur tu. I'm fine." Ujarku menolak pelawaannya.
"Ah, sudahlah kau. Sampai kesudah kau tak faham." Balas Hannah. Aku hanya kebuntuan.
"Aku pergi ambil makanan kejaplah untuk kau. Ke kau nak makan kat bawah?" Soal Alyn.
"Bawahlah. Ada pula datang rumah orang lepas tu, makan kat bilik." Ujarku cuba untuk bangun. Aku bangun lalu mencapai tudungku.
"Jom, kitorang tolong kau." Kata Alyn.
"Ha, kau jelah. Kitorang turun dulu. Hahaha!" Hannah dan Eca terus ketawa dan keluar dari bilik.
"Cis, macam ni lah kawan!" Kami berdua menggeleng-geleng melihat telatah Eca dan Hannah.
Aku dan Alyn berjalan berdua keluar dari bilik. Hannah dan Eca selamat sampai di meja makan dah.
"Ha, aby. Okey dah? Risau mama." Ujar mama. Mama juga sudah selamat duduk di meja makan.
"Okey je, ma. Sikit je ni. Tak ada apalah." Balasku tersenyum.
"Obaa-san, gomenasau. I just make trouble." Kataku pada obaa-san sambil menunduk hormat.
"Daijoubu, nandemo. (Tak apa, tak ada apalah.)" Balas obaa-san tersenyum.
Kami mula makan setelah dipelawa oleh obaa-san sendiri.
"So, you guys have a plan this evening?" Soal obaa-san.
"Hm, saya boleh bawa. Jalan sini je. Tengok-tengok tempat kat sini." Ujar Ryoga. Kami memandang sesama sendiri. Kemudian, kami semua memandang mama.
"Ryoga..boleh cakap Melayu?" Soal mama sedikit terkejut.
"Hai', boleh cakap sikit." Balasnya tersenyum.
"Wow! I'm so proud of you." Kata mama lalu menyambung makan. Ryoga menyengih.
"Haa, back to the question, it sounds fun. Teringin juga nak berjalan-jalan kat sini. Boleh kan, ma?" Soalku. Mama mengangguk memberi kebenaran untuk kami keluar. Obaa-san dan Ryoga juga mengangguk.
*******
"Nak pergi mana dulu?" Tanyaku kepada Ryoga yang berjalan disebelahku.
"Erm, Kai's house. He said, if I want to go out, he wants to follow me. Dia tak tahu yang awak dengan saya sekarang." Kata Ryoga. Aku hanya mengangguk. Uish, nak juga tengok rumah Kai. Eh? Sekejap, ayat dia tu. Aku seorang je dengan dia ke apa?
"Weh, Sakinah. Kita nak pergi mana ni?" Soal Alyn di belakangku.
"Rumah mak mertua kau." Ujarku. Aku ketawa.
"Mak mertua aku? Apa kau merepek ni?" Soal Alyn berkerut. Aku hanya senyum dan diam.
"Tu rumah dia. Let's go call for him." Ujar Ryoga. Kami menyeberang jalan.
"Konbanwa, Kai-kun!" Ucap Ryoga dari luar rumah. Pintu rumah tersebut terbuka.
"Ryoga-kun, konbanwa! Sashiburi!" Ujar seorang wanita yang berumur.
"Obaa-san, sashiburi." Ujar Ryoga kembali.
"Oh, kore wa Sakina-chan, Alyn-chan, Eca-chan to Hanna-chan. (Oh, ni, Sakinah, Alyn, Eca dan Hannah.) Karera wa boku to Kai no tomodachi. (Mereka ni kawan saya dan Kai.)" Kata Ryoga memperkenalkan kami pada wanita itu.
"Hajimemashite, obaa-san." Ujar kami berempat lalu menunduk.
"Hajimemashite." Balas mak cik itu.
"Aa, etto, ohairi kudasai. Douzo. (Aa, ha, masuklah. Silakan.)" Ajaknya.
Alyn masuk dahulu disebabkan mak cik itu hanya tertumpu pada dia dari tadi, diikuti dengan Eca, Hannah, aku dan Ryoga.
"Ini mak Kai ke?" Bisikku pada Ryoga. Ryoga hanya mengangguk.
"Kai! Ryoga-kun wa koko ni. (Ryoga ada ni ha.) Hayaku. (Cepat turun.)" Mak cik itu memanggil Kai.
Seorang perempuan turun dari tangga dan dia yang menyahut panggilan emak Kai itu.

Siapa pula perempuan ni? Eh, eh, Ryoga ni, pandang lain macam sahaja pada perempuan itu. Sakinah dah panas dah tu. Haha! Apa-apa sahajalah mereka ni. Kenapa Sakinah panas? Sakinah suka pada Ryoga dalam diam ke? Aii, lain macam mereka ni. Tak apa, tak apa, kita tunggu apa yang jadi.

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 01:20:28 

Miss Sakura, again mistake 1) sashiburi is wrong (hisashiburi is correct) 2) kawan mama, obaasan (obaasan maksudnya nenek, perempuan tua. kawan mama tu lebih kurang sebaya mama dan sblm tu panggil makcik, sepatutnya panggil dia obasan) 3) ryoga-san pun dengan mama sakinah, where is his manners? (hai, nani? is totally rude, sepatutnya guna hai, nandesuka, obasama?) 4) bila perkenalkan orang, jangan guna kore sebab kore untuk barang 5) Kai, Ryogakun wa mo kitandayo (Kai, Ryoga dah sampai) baru betul 6) hayaku orite (turun cepat)

Fukumen Hime
2021-03-23 01:20:28 

Miss Sakura, again mistake 1) sashiburi is wrong (hisashiburi is correct) 2) kawan mama, obaasan (obaasan maksudnya nenek, perempuan tua. kawan mama tu lebih kurang sebaya mama dan sblm tu panggil makcik, sepatutnya panggil dia obasan) 3) ryoga-san pun dengan mama sakinah, where is his manners? (hai, nani? is totally rude, sepatutnya guna hai, nandesuka, obasama?) 4) bila perkenalkan orang, jangan guna kore sebab kore untuk barang 5) Kai, Ryogakun wa mo kitandayo (Kai, Ryoga dah sampai) baru betul 6) hayaku orite (turun cepat)


NovelPlus Premium

The best ads free experience