BAB 22

Mystery Series 6391

"Terima kasih, akak. Nanti saya balas budi akak sebab tolong saya hehe."

Kak Lina tersenyum kemudian mengangguk. "Tak payah balas pun. Kamu ni comel sangat sampai akak tak boleh nak tolak haha.." Tania menunduk malu. Teringat pula sewaktu dia mencari Kak Lina tadi.

Hampir dia tersadung kerana berlari terlampau laju. Nasib baik Kak Lina sempat menangkap badannya. "Terima kasih, kak. Tadi akak tangkap saya hehe." Tania mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia benar-benar merasa malu kerana kejadian yang berlaku di hadapan kak Lina tadi.

"Tak apa lah. Akak suka tengok kamu ni. Lain kali datang lah lagi minta tolong akak ye." Tania mengangguk perlahan. Dia meminta diri kemudian melangkah pergi ke arah bilik Zuhair.

"Eh cik adik, Laju jalan."

Tiba-tiba ada satu suara yang menegur dari belakang. Dia tahu siapa yang bercakap dengannya itu. Laju saja langkah kaki Tania bila mendengar suara Ikmal. Ikmal yang melihat terus mengikuti langkah kaki Tania.

"Nak ke mana laju-laju ni adik manis. Nak abang tolong hantarkan?" Tania menggeleng pantas. Dia masih tidak memandang ke arah Ikmal. Ikmal tersenyum sini melihat aksi Tania tadi.

"Nak pergi mana? Saya tanya elok-elok kan?" Ikmal menarik kuat tangan Tania. Hampir saja wanita itu terjatuh akibat tarikan Ikmal tadi. Wajah Tania terlihat agak cemas. "Jangan macam ni. Saya nak jumpa dengan Zuhair sekarang lah." Tania cuba untuk meleraikan pegangan erat Ikmal pada pergelangan tangannya.

--

Zuhair meletakkan telefon ya di atas meja. Keluhan kecil keluar serta merta dari mulutnya. Tiba-tiba kepala mula terasa pening. Dia bangkit dari duduknya kemudian berjalan keluar dari bilik.

Kepala sudah mula serabut memikirkan apa yang diberitahu Irene tadi. Mengandung? Perempuan yang aku suka dah mengandung? Dia tak boleh nak terima. Zuhair mendengus kasar.

Langkah kakinya terhenti saat melihat Ikmal sedang mengacau Tania. "Ada je masalah budak ni buat. Tak boleh ke bagi aku rehat sehari?" Zuhair bergumam sendirian. Dia melangkah pergi ke arah Tania.

Tangan Ikmal yang ingin menyentuh wanita itu ditepis olehnya. "Apa aku cakap dekat kau?" Ikmal tersentak. "Ta-tak..aku gurau je dengan dia." Laju Ikmal menjawab.

Entah kenapa peluh mengalir keluar dari badannya. Dia tidak mahu kehilangan pekerjaan. Zuhair saja harapan yang dia ada. Siapa lagi yang nak tolong dia kalau bukan Zuhair. "Aku tak kacau dia dah, okay?" Ikmal tanpa menunggu lama terus berlari pergi dari situ.

Tania memandang ke arah Zuhair. Senyum manis diukir buat lelaki itu. "Terima kas-"

"Lain kali jangan datang sini dah. Kau menyusahkan aku."

Tania tersentak. Dia terus mematikan senyumannya. "Kenapa?" Soalnya kepada Zuhair. Kali ini muka lelaki itu agak serius. Tania mencuba untuk sembunyikan rasa sedihnya. "Maaf awak. Saya tak buat dah lepas ni. Saya nak lari tapi dia tarik tangan saya." Tania cuba untuk menjelaskan.

Zuhair masih tidak menjawab. Dia terus berjalan meninggalkan Tania sendirian. Serabut memikirkan Irene bercampur rasa marah melihat Ikmal mengacau Tania.

--

Telefon berdering mengejutkan Khairi yang sedang lena dibuai mimpi. Dia mengambil telefon yang berada di atas meja kemudian menekan butang angkat. "Ye?" Dia memulakan perbicaraan.

"Tolong aku, Khairi."

Khairi mengerutkan dahinya. Dia melihat ke arah Skrin telefonnya untuk seketika. "Kenapa?" Soalnya kepada si pemanggil. Untuk seketika hanya bunyi tangisan yang kedengaran membuatkan Khairi mengeluh perlahan.

"Bagitahu aku, Aqilah. Aku akan cuba bantu kau." Khairi melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kemudian menanti apa yang akan dikatakan oleh Doktor Aqilah sebentar lagi. Masih sunyi, tiada sebarang balasan dari Doktor Aqilah. Khairi masih lagi menunggu sampailah Doktor Aqilah menjawab,

"Aku mengandung."

Khairi mengangguk faham. "Okay, kau mengandung. Kau nak aku buat apa? Jadi pak sanggup?" Soal Khairi ingin kepastian. Entah apa lah yang ingin Doktor Aqilah meminta bantuannya.

"Bukan. Aku nak minta tolong. Boleh aku tinggal dengan kau sampai bayi ni lahir tak?" Doktor Aqilah bertanya. Dia sungguh sedang bingung mahu meminta bantuan siapa sekarang ni. Hanya Khairi yang ada di dalam fikirannya buat masa sekarang.

"Nak tinggal dengan aku? Kau tahu tak yang bini aku tengah mengandung? Aku nak jaga dua orang perempuan mengandung boleh mati aku." Doktor Aqilah terdiam seketika. Dia masih lagi ingin meminta bantuan Khairi. Dia dah tak ada sesiapa dah.

Khairi mengeluh perlahan. "Aku ambil kau sekarang. Kau ada dekat mana?"

--

'Kau mak bagi Irene kesayangan aku menangis ke apa ni? Mana boleh bagi perempuan lain duduk dalam rumah kita!' - Qristine

'Aku tak setuju dengan kau. Aku rasa okay je kalau Si Doktor tu duduk dengan kita. Lagi meriah kan? Aku boleh buat dia jadi mainan aku.' - Mika

Khairi mendengus kasar. "Korang ni memang tak reti diam eh? Aku tengah drive ni. Nak mati sama-sama ke?" Khairi mula bersuara. Dari tadi Mika dan juga Qristine asyik berbual tak ingat dunia. Ingat dia apa? Orang yang nak dengar isi hati diorang ke apa. Mika tersenyum kemudian membalas.

'Kalau kau nak mati, biar aku ambil alih badan kau dulu. Baru kita mati sama-sama.' Mika membalas. Dia memeluk tubuh menanti reaksi dari Khairi.

'Eh kau! Senang je kau cakap nak mati eh. Aku tak nak matilah.' Qristine membalas. Khairi pula hanya mendiamkan diri tanpa menjawab. Dia hanya fokus memandu tanpa menghiraukan Mika dan juga Qristine. Kalau dilayan memang mati diorang kat sini.

'Dah sampai tu. Kau nak aku selesaikan?' - Mika

Khairi menggeleng. Dia mematikan enjin kemudian terus keluar dari kereta. Dipastikan dahulu bahawa keretanya sudah dikunci baru dia masuk ke dalam. Saat kaki melangkah masuk, dia mendengar suara tangisan dari dalam.

"Aku dah datang ni, Aqilah. Kau duduk dekat mana?" Soal Khairi kuat. Ingin memastikan yang Doktor Aqilah mendengar pertanyaannya. "Sini." Doktor Aqilah membalas. Khairi yang mendengar terus berjalan ke arah hujung meja. Kelihatan Doktor Aqilah sedang menangis di sana.

"Kau buat apa dekat sini? Bangun. Duduk dekat atas." Doktor Aqilah mengangguk. Dia bangun kemudian melabuhkan punggungnya di atas sofa. "Kau boleh tolong aku ke, Khairi? Aku dah tak ada tempat nak bergantung." Khairi mengeluh perlahan. Dia mengangguk kemudian membuka kata,

"Kemas barang kau. Aku bawa kau balik rumah aku. Bini aku dah tahu kau nak tinggal dengan kami. Bawa semua barang keperluan kau." Khairi mengarah. Doktor Aqilah yang mendengar terus bangun kemudian masuk ke dalam bilik. Baju-baju semua dimasukkan ke dalam beg.

--

"Jemput masuk, Doktor."

Irene mengukirkan senyuman buat Doktor Aqilah. Doktor Aqilah membalas senyuman Irene kemudian melangkah masuk ke dalam rumah. "Maaf menganggu." Irene menggeleng perlahan. "Tak ada lah. Mana ada menganggu. Doktor boleh duduk dekat sini sampai anak Doktor lahir. Bila ye?"

"Akhir bulan 10" Jawab Doktor Aqilah. Dia memandang ke arah Irene yang terlihat sedang keletihan itu. Irene tersenyum lebar. "Sama macam saya lah ye. Maaf, boleh saya panggil akak Qilah tak?" Doktor Aqilah hanya mengangguk. Khairi pula sudah naik ke atas meletakkan beg-beg Doktor Aqilah di dalam bilik.

"Jom makan. Saya ada masak sikit untuk akak." Doktor Aqilah mengangguk perlahan. Dia mengikuti Irene berjalan ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience