Bab 39

Drama Completed 35637

Sudah dua minggu Tiara menjalani kehidupan nya sebagai seorang anak yatim piatu.

Jikalau sebelum ini, semasa Luqman ditangkap polis Tiara banyak mendiamkan diri, kali ini keadaan Tiara bertambah parah. Kadang kala, seharian itu Tiara tidak bercakap langsung semasa di universiti.

Akmal dan Hafiz juga sudah dimaklumkan oleh Hadi tentang ibu Tiara. Mereka berdua juga turut tumpang sedih ke atas Tiara.

Hadirah dan Farhan pula sudah jelas tentang abang Tiara.

Pada mulanya, mereka berdua sangat terkejut mendengar penjelasan daripada Tiara tetapi lambat laun mereka faham sebab Tiara merahsiakan perkara itu daripada mereka.

Mereka juga sedia maklum yang Luqman sudah insaf daripada kesilapannya dahulu.

Tiara pula sudah kembali menetap di rumahnya. Puan Balqis berkali kali meminta Tiara supaya tinggal di rumah itu sehari dua lagi tetapi Tiara menolak dengan baik.

Dia tidak mahu menyusahkan mereka sekeluarga. Cukuplah keluarga Hadi sudah beri dia tumpang di rumah itu selama 3 hari dan melayan dia dengan baik sekali.
//
Ikhwan Hadi sedang berada di Penjara Sungai Udang, Melaka. Dia berada di situ atas permintaan Luqman.

Perkara yang Luqman bisikkan pada Hadi semasa mereka di kubur adalah dia mahu Hadi melawatnya di penjara. Ada perkara yang dia mahu sampaikan pada Hadi.

Hadi ke situ tanpa Tiara kerana Luqman kata padanya bahawa dia mahu bercakap bersendirian dengan Hadi sahaja.

Hadi sedang duduk sambil menunggu kedatangan Luqman. Selang 3 minit, Luqman yang berpakaian penjara dibawa oleh pegawai penjara yang bertugas.

Setelah melihat Luqman duduk, Hadi mencapai telefon di hadapannya dan letakkan di telinga. Luqman juga berbuat perkara yang sama.

"Assalamualaikum abang. Abang sihat?" Hadi bertanya dengan nada yang ramah.

"Alhamdulillah, abang sihat. Kau sihat? Tiara macam mana? Dia okey ke?" Kedengaran nada kerisauan apabila Luqman bertanyakan perihal Tiara.

Hadi cuba untuk senyum. Dia tidak mahu Luqman risau dengan keadaan Tiara sekarang. Sebaiknya, Hadi tidak perlu beritahu Luqman tentang Tiara yang tidak seceria dulu.

"Saya alhamdulillah okey. Tiara pun sama jugak okey. Tapi bang, kenapa abang mintak saya datang sini? Ada apa-apa ke bang?"

Luqman mengetap kuat gigi nya. Dia malu untuk katakan perkara ini tetapi dia harus lakukannya.

"Abang sebenarnya... Abang nak mintak maaf dengan kau. Selama abang kenal kau, tak pernah abang layan kau baik. Abang siap 'paw' duit kau 300 ringgit lagi. Abang mintak maaf. Insya Allah, nanti kalau abang keluar dari sini, abang bayar duit kau"
q Hadi tercengang seketika mendengar kata-kata maaf daripada Luqman. Tampak jelas keikhlasan di wajah Luqman meminta maaf padanya.

"Eh bang, tak apa. Saya tak terasa apa pun lah. Kalau Tiara maafkan abang, saya ni apatah lagi. Lagi satu pasal duit tu, saya halalkan. Tak apa, abang tak payah ganti apa apa pun. Dah la bang, benda yang lepas tu tak payah la kita ingat. Kita biarkan je benda tu berlalu. Semua orang pernah buat silap. Yang penting sekarang ni, abang kena kuat. Okey?"

Hadi berharap dengan sedikit kata kata semangat daripada nya dapat menenangkan Luqman Muaz.

Dada Luqman berombak menahan sebak saat mendengar kata-kata Hadi. Dia bersyukur Tiara mempunyai seorang kawan sebaik Ikhwan Hadi.

"Betul la tu cakap kau. Lagi satu, abang nak mintak kau jaga Tiara sementara abang dalam ni. Tiara dah tak ada sesiapa dah. Abang pulak dekat dalam ni. Abang harap sangat kau jaga dia. Dia je la satu satu nya darah daging abang yang abang ada sekarang ni. Abang tahu kau ni baik. Abang percaya dekat kau, Hadi. Abang harap kau tak hancurkan kepercayaan abang dekat kau"

Hati Hadi tersentuh apabila mendengar permintaan abang Tiara itu. Selain itu, dia juga tersentuh kerana abang Tiara memberikan kepercayaan kepada nya.

"Saya janji bang, saya akan jaga Tiara. Abang jangan risau, saya tak akan buat abang kecewa" kata Hadi dengan bersemangat supaya dia dapat meyakinkan Luqman.

"Nanti kalau ada apa-apa, kau bagitahu abang tau. Abang nak jugak tahu pasal dunia luar ni"

Setelah mendengar permintaan Luqman, Hadi mengangguk kepalanya sambil tersenyum.
//
Ikhwan Hadi sedang dalam perjalanan ke sesuatu tempat pula. Dia baru pulang daripada berjumpa dengan Luqman Muaz, abang Tiara.

Kata kata Luqman supaya Hadi menjaga adik perempuan nya itu terngiang-ngiang di telinga.

Wajah serius Luqman semasa membuat permintaan itu juga terbayang di kotak fikiran nya.

"Saya akan pegang janji saya bang. Saya tak akan hancurkan kepercayaan abang dekat saya. Kalau abang tak cakap dekat saya sekali pun untuk jaga Tiara, saya memang akan jaga Tiara. Kalau boleh, saya nak jaga dia sampai bila-bila" bisik Hadi perlahan.
//
Kereta hitam milik Hadi berhenti di hadapan sebuah kedai makan. Kedai makan tempat Tiara Adriana bekerja.

Hari itu Tiara tidak datang bekerja malahan sudah lama Tiara tidak datang ke situ sejak ibunya meninggal.

Tetapi, tujuan Hadi ke situ bukanlah untuk mencari Tiara tetapi dia ada sesuatu yang hendak dilakukan nya.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kedai makan itu, dia melihat Kak Aisyah sedang berada di kaunter seperti biasa.

Dia sedang ralit bermain telefon pintar nya sambil makan keropok lekor. Keadaan di dalam kedai makan itu juga tidak sibuk dengan pelanggan lagi kerana masih awal.

Hadi tidak tahu dengan siapa yang Tiara rapat semasa bekerja jadi dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Kak Aisyah sahaja.

Langkah kakinya menuju ke arah kaunter dan berhenti di hadapan Kak Aisyah.

Kak Aisyah yang merasakan ada orang berhenti di hadapannya mengangkat kepalanya daripada telefon pintar nya dan memandang Hadi.

Saat dia melihat Hadi, dia mengerutkan dahinya.

"Aku macam kenal je mamat ni, tapi siapa ek? Dia ni macam 'familiar' la. Cuba ingat, Aisyah! Siapa dia ni?" desis hati Kak Aisyah.

Matanya tidak lepas daripada memandang muka Hadi. Dia sedaya upaya untuk mengingati Hadi. Tetapi, sebelum Kak Aisyah sempat ingat apa apa, Hadi mula bersuara.

"Assalamualaikum akak, saya Hadi kawan Tiara. Akak kenal kan? Tiara Adriana"

Setelah mendengar kata-kata Hadi, sel sel otak Kak Aisyah seolah-olah kembali berhubung. Patutlah dia macam kenal, rupanya memang dia kenal.

"Waalaikumussalam. Ouh, kau Hadi kawan Tiara. Kenal sangat lah Tiara Adriana tu. Kau pernah makan dekat sini kan tak silap akak?"

"Haah, saya pernah makan dekat sini sekali"

"Ooo, nama dia Hadi. Sedap nama dia, sepadan dengan rupanya. Inilah lelaki yang Tiara rahsiakan" Sempat lagi Kak Aisyah berkata-kata dalam hati.

"Patutlah akak macam pernah nampak. Eh, mana Tiara? Dia dah lama dah tak datang kerja. Mana dia?" Kak Aisyah mencari cari kelibat Tiara. Mana tahu Tiara sengaja mahu membuat kejutan.

Terus berubah raut wajah Hadi apabila mendengar soalan Kak Aisyah itu.

"Err, sebenarnya itu lah sebab saya datang sini jumpa akak"

Dahi Kak Aisyah berkerut buat kali kedua. Dia tidak mengerti apa yang Hadi cuba katakan. Ada apa-apa ke yang terjadi pada Tiara?

"Tiara kenapa? Ada apa-apa ke dekat Tiara?" Kak Aisyah bertanya dengan cemas.

Walaupun perwatakan Kak Aisyah itu seperti kasar tetapi dia sayang akan Tiara. Dia tidak mahu ada apa apa terjadi pada Tiara.

"Tiara okey, alhamdulillah. Cuma... Dia dah lama tak datang sebab... Sebab mak dia meninggal hari tu" kata Hadi dengan berat hati.

Tersentak Kak Aisyah apabila dia mendengar penjelasan Hadi. Sungguh dia tidak sangka...

"Bila?" Hanya satu perkataan itu sahaja yang mampu dikatakan nya ketika itu kerana dia sangat terkejut dengan berita itu.

"Dua minggu lepas"

"Macam mana? Apa yang jadi?"

"Accident" Kali ini, jantung Hadi pula yang berdebar kerana dia menyimpan sebuah rahsia besar yang berkaitan dengan hidupnya.

"Innalillahiwainnalillahirajiun. Tiara macam mana? Dia okey tak?"

"Dia macam tu lah. Dia dah lain, tak macam dulu. Dia banyak diamkan diri dengan termenung. Dia pun tak banyak cakap masa dekat universiti. Muka dia pun sedih je. Kadang kadang bila dia berjalan tu, banyak kali dia nak terlanggar orang sebab mengelamun. Itupun tak tahu lah dia makan ke tak bila balik rumah. Dekat universiti dia tak makan. Kesian tengok dia, kak" terang Hadi panjang lebar.

Terbit rasa kasihan dalam hati Kak Aisyah saat dia mendengar kata-kata Hadi. Baru sekarang dia tahu sebab Tiara sudah lama tidak datang bekerja.

"Itu lah. Ish, ikutkan hati akak, akak nak pergi je jumpa dia sekarang. Kesian Tiara"

"Saya pun kesian, kak. Okey lah akak, saya balik dulu lah. Itu lah tujuan saya datang sini untuk bagitahu pasal Tiara. Nanti kalau akak ada masa, akak telefon lah dia ke, jumpa dia ke. Emosi dia memang tak stabil sekarang ni"

"Okey okey, nanti akak lawat lah dia. Hadi nak balik dah? Hah, ye lah. Terima kasih lah sebab sanggup datang sini bagitahu akak. Kalau kau tak datang, memang bila Tiara datang lah baru akak tahu. Itupun tak tahu bila. Nanti akak bagitahu dekat staf yang lain"

"Okey kak. Saya gerak dulu, assalamualaikum" Setelah mengucapkan salam, Hadi pun berlalu pergi.

"Waalaikumussalam"

Tanpa menunggu lama, Kak Aisyah bangun daripada kerusi yang didudukinya dan masuk ke dalam dapur untuk berjumpa dengan abangnya, Encik Ahmad dan Puan Sakinah.

Dia ingin beritahu berita ini pada mereka berdua.
Seperti Kak Aisyah juga, Encik Ahmad dan Puan Sakinah juga turut sama terkejut mendengar berita itu.

Sama seperti Kak Aisyah, Puan Sakinah juga rasa seperti ingin pergi berjumpa dengan Tiara waktu itu juga.

Setelah Encik Ahmad dan Puan Sakinah tahu tentang perkara itu, giliran staf kedai makan itu pula terkejut mendengar berita itu.

Mereka semua amat menyenangi kehadiran Tiara di kedai itu. Sikap Tiara yang ringan tulang, ceria dan ramah mesra membuatkan mereka semua menganggap Tiara seperti adik mereka.

Jadi, apabila mereka mendapat berita seperti ini, mereka semua berasa simpati pada Tiara.

Walaupun keluarga darah daging yang tinggal buat Tiara hanyalah abangnya sahaja, tetapi dari sudut yang berbeza, dia masih lagi mempunyai 'keluarga' yang lain.

'Keluarga' yang mengambil berat tentang dirinya.
//
Kereta Mini Cooper berwarna merah kepunyaan Nia terparkir elok di halaman rumah banglo mewah milik Encik Mikail.

Ia menandakan bahawa Nia Natasha berada di rumah.

Nia Natasha yang baru sahaja selesai bersenam di gimnasium rumahnya sedang menuju ke arah dapur untuk membasahkan tekak nya.

Dia mengelap peluhnya menggunakan tuala kecil yang berwarna merah jambu yang dililit nya di leher.

Sampai sahaja di dapur, dia mencapai gelas di rak dan mengambil air di mesin Coway. Tanpa menunggu lama, dia meneguk air nya dengan rakus sekali sambil berdiri.

Selesai minum, dia teringat sesuatu perkara. Muncul satu senyuman kecil di wajahnya. Keningnya terangkat menunjukkan dia berasa puas hati.

"Baru aku teringat, tak silap aku mak si Tiara tak sedar diri tu dah tak ada. Padan lah dengan muka kau Tiara. Aku harap lepas ni kau sedar sikit diri kau tu, cermin kan diri kau. Tak payah nak mengada-ngada dengan Hadi. Hadi dengan dia tu macam langit dengan bumi. Beza sangat. Dah lah tak cantik, ada hati nak rapat dengan Hadi. Hadi tu sesuai dengan aku"

Nia berhenti berkata kata seketika. Senyuman di wajahnya semakin lebar.

"Aku boleh bayang dah, mesti cantik nanti bila aku dengan Hadi duduk dekat atas pelamin. Bagai pinang dibelah dua"

Nia menyilangkan kedua tangannya dan terus berangan tentang 'pelamin angannya' bersama dengan Ikhwan Hadi.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience