Bersahur pagi itu, Syahid bangun lebih awal dari selalu. Selalunya nenek yang akan sediakan makan dan minum mereka. Tetapi kali ini Syahid pula yang mengambil alih tugas itu.
Melihat nenek sudah bangun Syahid tersenyum. Dia tahu reaksi neneknya sedikit terkejut melihat dia bangun lebih awal dan menyediakan makan minum mereka bersahur. Tetapi air muka nenek tetap tenang seperti selalu.
Saat separuh nasi sudah dijamah, Syahid merenung tentang bagaimana dia akan membicarakan hasratnya untuk bekerja sambilan di gerai mak Omar. Dia tahu neneknya sangat prihatin dan mungkin tidak akan bersetuju dengan keputusannya untuk bekerja di luar sekolah. Tetapi Syahid juga sedar bahawa dia perlu melakukan sesuatu untuk membantu neneknya, terutamanya dengan situasi kewangan mereka yang semakin terjejas.
Setelah selesai makan, Syahid mengumpul keberanian untuk memberitahu tentang niatnya.
"Nek, Syahid ada satu perkara nak cakap kat nenek." ucapnya dengan suara yang agak gementar.
Nek Kiah mengangkat wajahnya, merenung reaksi si cucu dengan penuh perhatian.
"Syahid nak duit belanja ya?"
"Bukan, nek. Bulan puasa kat sekolah mana makan. Semua orang puasa. Syahid....Syahid
nak kerja sambilan kat gerai mak Omar boleh tak, nek?" akhirnya dia meluahkan keinginannya dengan hati yang berdebar.
Nek Kiah terdiam sejenak, menunjukkan ekspresi yang campur baur antara kehairanan dan kebimbangan. Syahid menunggu dengan nafas tertahan, tidak tahu apa yang akan dijawab oleh neneknya. Tetapi dia benar-benar berharap agar keputusan nenek tidak mengecewakan permintaannya.
Dengan keizinan Nek Kiah, Syahid merasa seperti sayapnya telah diberikan kebebasan untuk terbang. Dia melangkah dengan langkah ringan di sekolah, senyumnya merekah cerah seperti matahari pagi yang menyinari hari baru.
Ketika tiba waktu rehat disekolah, Syahid bergegas menuju tempat biasa di mana dia selalu bertemu dengan Omar. Dia melihat Omar sedang duduk di bawah pokok besar, sambil membaca buku.
"Omar!" dengan suara bersemangat Syahid menyapa sahabatnya.
Omar mengangkat kepalanya dan tersenyum melihat Syahid menghampirinya disitu.
"Aku nak tanya kau ni." Syahid duduk disamping Omar dengan wajah berharap.
"Tanya apa? Macam serius je. Kau nak minta jawapan matematik aku ya?" tebak Omar menyengih.
Dia tahu akan kekurangan Syahid dalam mata pelajaran tersebut. Setiap kali belajar tentu Syahid minta dia sedikit jawapan.
Kadang-kadang, dia tak layan. Kadang-kadang dia bagi juga.
"Bukanlah. Aku nak tanya pasal kerja kat gerai mak kau. Boleh tak kalau aku nak kerja
dengan mak kau kat bazar? Macam kau tu."
"Hah? Kerja dengan mak aku? Tapi kenapa pula? Mak aku mana mampu nak bayar gaji orang kerja. Aku tolong pun sebab aku ni anak dia. Kalau bukan aku, siapa lagi nak tolong mak aku."
"Tapi aku tak minta gaji mahal-mahal. Mak kau bayar aku Rm10 sehari pun tak pe."
"Rm10?" Omar terkejut.
"Mana boleh. Nanti tak banyaklah untung jual kuih mak aku. Kalau dua orang, mak aku kena bayar Rm20."
"Alah, kau tanyalah mak kau dulu. Aku sorang je. Bukannya ada orang lain lagi. Kitakan kawan. Aku nak tolong mak kau sambil dapat pengalaman. Aku akan buat apa saja yang mak kau suruh."
"Ish....susahlah. Sebab mak aku tak pernah cakap dia nak ambil pekerja. Lagi pun bukan semua kuih kat gerai tu mak aku yang buat. Ada juga orang lain hantar minta mak aku tolong jualkan."
"Macam tu lagi senang. Aku boleh tolong jualkan kuih orang lain tu. Kau jual kuih mak kau. Nanti banyak untung, mak kau boleh bayar gaji aku. Kan senang tu."
"Ah, aku tak tahulah. Kalau kau nak kerja, tanya dengan mak aku sendiri. Dah, aku nak balik kelas."
Dengan jawapan Omar yang kurang pasti, Syahid berasa sedikit kecewa. Namun, dia tetap bersemangat untuk mencari jalan bagaimana untuk mendapat pekerjaan digerai mak Omar.
#cerpen #authorciciaida #author #reading #lovereading #penulisnovel #cerpenraya #ceritaramadhan #raya #dollowers #highlights
Jangan lupa follow, like and share cerita2 CA kat sini. Tq pada yg selalu support tu. Love sangat ????
Share this novel