DIA 35

Romance Completed 131781

Syaza menuruni tangga dengan rambutnya yang serabai macam mak lampir. Sudahlah belum mandi, cuci muka je. Syaza melihat sekeliling mencari suaminya.

Syaza meleret senyuman apabila memandang Nazrul di dapur dengan apron bunga-bunga. Langkah diatur mendekati suaminya itu. Syaza memeluknya dari belakang lalu meletakkan kepalanya pada belakang badan Nazrul.

"Sayang? Kenapa ni? Pergilah mandi. Bie dah masak ni." Arah Nazrul.

"Kenapa U masak? Kita makan dekat luar jelah. I nak makan ayam golek." Ujar Syaza.

"Kan bie dah masak ni. Nanti tak makan membazir pulak." Balas Nazrul.

Syaza merengus. Pelukan dilepaskan.

"Kan I dah kata I nak makan ayam golek. Kenapa susah sangat U nak faham! Tak tak nak makan dekat rumah, I tak biasa. Dahlah U masak... Nasi goreng lagi. Semalam dua hari lepas pun U masak nasi goreng! I muaklah bie!" Marahnya dengan nada tinggi.

Sabar Nazrul sabar...

"I tak tahu masak benda lain. Jadi I masak apa yang I tahu je lah. Sorry lah kalau U tak suka. Nanti I belajar masak mi goreng okay?" Ujarnya lembut, cuba memujuk hati si isteri kesayangan.

"Eee U ni. Benda tu berminyak tahu tak! Nanti muka I pun berminyak, naik jerawat! Nanti I dah tak cantik!" Nazrul mengerutkan dahinya.

"U nak cantik-cantik nak pikat siapa? I suami U. I tak kisah macam mana rupa U sekali pun. Cuma I hairan, U memang dah biasa ke bangun tengahari, arah-arah orang macam ni. Hah!? I suami U, U kena ingat tu." Ujar Nazrul.

Syaza tersentak dengan kata-kata Nazrul. Dia menundukkan wajahnya.

"Ke--Kenapa U ni? Cakap macam orang kampung."

"Memang I orang kampung pun. I bukan asal dari KL."

Tangan Syaza menekup mulutnya terkejut. Mati-mati dia sangkakan yang Nazrul berasal dari KL dan hidup sebatang kara. Syaza menangguk dengan wajah seriusnya.

"Jadi maksudnya U tipu I. U tipu parents I? U tahu tak semua orang fikir yang U orang bandar!"

"Stop it! Kita dah kahwin dan baru kahwin. I malaslah nak bertekak dengan U. I pergi kerja dulu." Ujarnya lalu menghulurkan tangannya pada Syaza.

Syaza buat muka aneh.

"U dah kenapa?" Soalnya hairan.. Nazrul mengeluh lalu menarik kembali tangannya.

"Salam pun tak." Perlinya lalu melangkah pergi. Syaza menjeling sekilas.

---

Kelopak mata Hazzar betul-betul berat dan langsung tak dapat buka tapi dia paksa juga. Kalau dia tak pergi kerja, menimbun fail dalam pejabatnya nanti.  Dia duduk tapi matanya masih terpejam.

Apabila dia membuka matanya, pandangannya kabur dan berpusing. Sebelah tangan diletakkan dia atas katil dan sebelah lagi memicit kepalanya.

Hazzar bergerak ke kaki katil dan cuba bangun tetapi hampa, seolah-olah ada sesuatu yang menyuruhnya untuk kembali duduk. Kakinya begitu lemah.

Hazzar mengerang sedikit. Kepalanya betul-betul sakit.

"Hanis!" Namanya Hanis di panggil kuat.

Tergopoh-gapah Hanis masuk ke dalm bilik Hazzar lalu mendekati.

"Abang okay ke?" Soalnya risau.

"Kalau aku macam ni, kau rasa aku okay ke? Aku takkan panggil kau kalau tak ada apa-apa!" Sempat juga dia meninggikan suara.

Hamis menggeleng sedikit.

"Abang nak apa-apa ke?" Soalnya prihatin.

"Bawak aku ke bilik mandi. Aku nak masuk pejabat." Ujarnya, Hanis mengangguk faham.

Sebelah tangan Hazzar diletakkan pada bahunya. Hanis terkaku seketika sebelum melepaskan Hazzar. Hazzar memandangnya dengan dahi yang berkerut. Dah kenapa pulak dengan Hanis ni?

Hanis menoleh ke arah Hazzar lalu meletakkan belakang tangannya di dahi Hazzar. Hazzar terkaku memandang tangan Hanis yang kini berada di dahinya.

"Abang demamlah. Tak payahlah pergi kerja. Abang rehat jelah hari ni eh?" Ujarnya.

"Kau pekak ke apa? Aku cakap aku nak masuk pejabat! Ka- " Hanis menekup mulutnya.

Sakit-sakit pun masih nak cari salah dia jer. Hanis mengeluh.

"No! Hari ni je, abang dengar cakap Hanis. Abang nak bangun pun tak dapat, masuk bilik mandi pun nak saya tolong, apatah lagi abang nak drive ke pejabat. Rehat jelah..." Ujarnya lembut.

"Kalau tak nak tolong takpe! Aku boleh buat sendirilah!!" Marahnya. Hanis memeluk tubuh.

"Kalau macam tu, cuba bangun."

Sengaja dia mahu menguji suaminya itu. Hazzar yang berasa tercabar terus bangun tanpa memaut apa-apa tetapi... Dia hampir terjatuh tapi sempat disambut oleh Hanis. Berlagak lagi! Hanis meletakkannya kembali ke atas katil.

"Abang baring jelah. Sekejap lagi Hanis bawak air dengan kain untuk lap badan abang tu. Okay?" Ujarnya Hanis lalu membantu Hazzar untuk baring.

Hanis mengisi air ke dalam bekas dan juga kain kecil. Pandangan Hanis mula berpusing sedikit. Bekas itu dia letak dia atas meja. Tanganya naik ke dahi, dan mengeluh.

"Cepat betul aku berjangkit dengan dia. Terpaksa ambik MC sekejap lagi." Dia mengeluarkan telefonnya dari poket dan mendail nombor Ryan.

"Hey bestie... Nak apa ni?"

"Tolong bagitahu boss, aku ambik MC. Tak sedap badan. Boleh?"

"Eh? Tak sedap badan? Kau... Mengandung ke ni. Haaa?"

"Aku tak mengandung lah gila. Bagitahu boss tu. Aku pergi dulu, assalamualaikum."

Dengan segera Hanis menamatkan panggilan dan membawa bekas berisi air dan kain itu ke bilik Hazzar. Sebaik melangkah ke dalam bilik Hazzar, tangannya sedang memegang telefon dan mata langsung tak berkelip.

Apa yang dia tengok?Hanis mengambil telefonnya lalu diletakkan di meja sebelah katil. Sempat matanya melihat kandungan di dalam telefon tersebut. Hanis terkaku seketika apabila melihat... Mesej lama antara Hazzar dan Ernie.

Hanis mengeluh lalu mengambil kain basah kemudian mengelap tubuh Hazzar perlahan-lahan. Hanis bangun tanpa satu bunyi lalu beredar. Hanis mengerutkan dahi.

"Hanis!" Panggilnya. Hanis berhenti.

"Kau... Kenapa diam? Tadi bukan main membebel panjang."

"Baguslah saya tak banyak bunyi. Nanti saya membebel abang marah. Tu, sambunglah mengimbau nostalgia lama dengan Ernie. Saya nak masak."

Zup!

Entah kenapa Hazzar terasa dengan kata-kata Hanis. Macam... Pedas! Hanis kembali meneruskan langkahnya.

Hazzar mengerutkan dahi lalu kembali mencapai telefonnya dan melihat apa yang tertera dan dia mengangguk faham.

"Patutlah... Cemburu rupanya. Heh!" Ujarnya lalu menggeleng kepala.

Hanis meletakkan bekas dan kain tersebut dia atas meja lalu berdiri kaku. Matanya dipejam seketika dan cuba melupakan apa yang dia lihat pada telefon Hazzar tadi.

"Dia... Masih nak dekat Ernie. Macam mana aku nak buat dia terima aku kalau dia sendiri masih teringatkan Ernie?"

Tiba-tiba Hanis terfikir sesuatu.

"Kenapa dengan aku ni? Cemburu sebab tengok atau tertengok chat lama diorang? Kenapa pulak? Eh! Aku isteri dia, memang aku ada perasaan cemburu." Ujarnya lalu mencuci kain dan bekas tadi.

Bubur yang sudah siap dimasak dimasukkan ke dalam mangkuk kemudian diletakkan di atas dulang. Hanis membawanya dengan penuh berhati-hati.

Kelihatan Hazzar sedang bersandar di kepala katil sambil membelek-belek fail kerjanya. Sakit-sakit pun masih nak kerja. Hanis ambil fail dengan wajah selamba lalu diletakkan di tepi. Hanis menghulurkan dulang tersebut kepada Hazzar.

"Apa?" Soalnya pura-pura tidak tahu.

"Makanlah... Nanti boleh makan ubat." Ujar Hanis dengan nada mendatar.

"Aku ingat kau nak suapkan aku tadi." Hanis memutarkan bebola matanya.

Bubur dicedok sedikit lalu ditiup perlahan. Sudu di letakkan dihadapan mulut Hazzar dan Hazzar terus memakannya. Hazzar mengerutkan dahinya memandang wajah Hanis.

"Kau sihat ke?" Soalnya. Hanis mengangguk.

"Muka kau nampak pucat." Apabila Hazzar mahu meletakkan telapak tangannya pada dahi Hanis, Hanis mengelak.

Bubur tersebut dia letak di sebelah Hazzar lalu bangun dan meninggalkan Hazzar. Tiba-tiba...

Buk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience