Bab 10

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 10

"Adik... Adik..." panggil mama apabila melihat bilik kosong.

Mama terus berjalan ke bilik air kerana mendengar bunyi air menitis kerana aku sedang membuka air pancur ketika itu. Pintu bilik air diketuk.

Buk! Buk! Buk!

"Adik..." laung mama dari luar bilik air.

Aku yang sedang mensyampu rambut terkejut mendengar ketukan pintu bertalu-talu. Mendengr suara mama, aku terus menyahut.

"Adik kat luar mama. Ni kakak yang sedang mandi." Balasku sambil mata kepedihan dek air lelehan syampu.

"Mama tak nampak pun adik di luar ni. Dia dah mandi ke?" tanya mama.

"Dia dah mandi tadi. Mungkin dah siap pakai baju dan turun bawah."

"Tak mungkin, dia tak ada di bawah pun."

Aku segera mencuci rambut yang dipenuhi dengan air syampu dan mencapai tuala. Lalu pintu bilik air ku buka. Mama masih tercegat di depan pintu dengan wajah yang blur. Mungkin juga kerisauan kerana adik tiba-tiba didapati tiada dalam bilik ini.

"Adik dah keluar tadi ma. Dia mandi dulu dari kakak. Ke mana pula dia menghilang?" Aku mengerut dahi dan mula risau menjalar dalam diri.

"Itulah yang mama pelik ni. Dari tadi mama panggil kamu berdua supaya turun minum petang dengan papa tapi satu pun tak menyahut. Bila mama naik ke bilik adikkamu pula hilang tak tahu ke mana."

"Sekejap ma. Bagi kakak bersiap. Kita cari adik di bawah." Mama hanya mengangguk. Buntu berfikir di anakah adik kini.

-------

"Abang, adik tak ada di biliknya. Abang ada nampak dia turun ke tadi masa balik?" tanya mama tergopoh-gapah setelah menuruni tanggga.

Papa yang sedang menghirup air teh itu hampir tersembr dengan tindakan mama tadi. Papa turun hairan dengan pertanyaan mama. Ini kerana sah dia tidak nampak adik menuruni tangga atau lalu di hadapannya untuk keluaratau ke bahagian dapur sekali pun.

Lekas-lekas papa geleng kepala dan bangun dari tempat duduk.

"Sabar dulu. Kita cari dia. Tak mungkin hilang begitu sahaja. Pasti adik masih di sekitar rumah ini saja. Awak jangan risau."

"Macam mana saya tak risau abang. Kakak ada ceritakan sesuatu yang tak enak tentang adik tadi. Saya dah rasa tak sedap hati."

"Tentang apa pula? Apa yang adik dah lakukan?"

"Bukan tentang apa yang adik lakukan tapi apa yang mendampingi anak kita bang..." Belum habis bicara air mata mama sudah turun laju mencurah. Papa juga jadi kaget melihat mama sudah menangis. Kebingungan kerana belum dapat menafsir apa yang ingin diberitahu oleh mama sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience