Bab 3

Romance Completed 207871

Hari ni, Intan akan bertemu dengan tiga lagi rakannya yang turut sama terlibat dalam operasi ini. Intan dan tiga lagi rakannya telah menetapkan tarikh, masa dan tempat perjumpaan semasa keempat-empat mereka selesai taklimat. Begitulah kebiasaannya yang dilakukan oleh Intan dan mana-mana yang terlibat dengan operasi begini.

Hari ini mereka berempat telah berjanji untuk berjumpa jam tiga petang di sebuah restoran mamak sahaja, tempat ramai orang dan mudah untuk berselindung. Mujurlah rakan-rakan setugas keempat-empat mereka baik hati untuk menukar shift, jika tidak perjumpaan ini tidak dapat dilakukan.

Orang yang pertama sampai adalah Shukri atau Keri, kemudian Intan, diikuti pula Nasir atau Chet dan akhir sekali Liza. Mereka berpakaian seperti orang lain kerana tidak mahu menonjol.

Mereka memilih meja tepi dinding di bahagian dalam. Di sebelah kanan mereka pelajar-pelajar sekolah yang masih beruniform, di hadapan pula sepasang suami isteri yang sudah berumur bersama seorang budak lelaki lingkungan umur 5-6 tahun, mungkin cucu dan di belakang pula berhampiran dengan peti ais minuman sejuk.

Intan mengambil tempat duduk berhadapan dengan pasangan tua, di sebelah kanannya Liza, di hadapan pula Keri dan di kiri Nasir lalu membuat pesanan.

"Awak semua okey ke?" soal Intan pada anak buahnya.

"Bolehlah Puan" jawab Keri sambil mata memerhati sekeliling.

"Keri, awak baru kali pertama buat penugasan ni ke?" soal Intan dengan memandang tepat pada wajah Shukri.

"Dah banyak kali juga Puan" jawab Shukri serba salah.

"Kalau dah banyak kali mesti tau S.O.P macam mana?" ucap Intan yang masih belum mengalihkan pandangannya. Anak buah yang lagi dua orang tu sudah tidak senang duduk, ada buat salah ke.

"Panggilan perlu diubah. Hanya panggil nama. Lupa?" tanya Intan.

"Maaf Puan, eh Intan. Adoi.. Rasa macam pelik la pulak. Sebelum ini biasanya yang terlibat sekali semua anggota je, tak ada pegawai kanan, ini kira kali pertama ada pegawai kanan. Jadi kekok sikit Puan, eh Intan." suara Shukri sangkut-sangkut.

Mengeluh sekejap Intan.

"Demi tugaskan. Saya tak nak disebabkan perkara kecil macam ni akan jejaskan tugas" terang Intan. Terangguk-angguk mereka bertiga.

"Ada apa-apa lead ke? Dah sebulan kita kerja di situ" soal Intan sambil satu-satu wajah anak buahnya dipandang.

Baru sahaja Nasir hendak menjawab pesanan makanan dihantar. Masing-masing mengambil makanan yang dipesan dan meneguk air. Haus, dengan cuaca panas begini.

"Saya belum dapat apa-apa lagi, hari-hari terpacak depan pintu tu. Lenguh dah kaki berdiri. Haih, tak pernah-pernah saya buat tugas jadi security ni" jawab Nasir sambil diteguk air sekali lagi. Dahaga sungguh tu.

"Awak pulak Keri?" soal Intan sambil gelas air dipusing-pusing di tangan. Intan hanya minum sahaja.

"Saya kat atas tu pun tak ada jumpa apa-apa yang mencurigakan. Nasib saya baik sikit la dari Chet sebab kerja dalam air-cond tapi penat jugalah kerja jadi despatch ni. Asyik merempit je kerjanya" balas Shukri.

"Liza?" tanya Intan lalu menoleh pada Liza di sebelahnya.

Baru Liza nak buka mulut, laju sahaja Nasir menyampuk.

"Liza tak apa la, kerja dia makan aja, tengoklah badan pun dah macam belon" usik Nasir sambil ketawa.

"Eh, kau apa tau, ingat kerja kat dapur tu tak penat ke? Basah kering, basah kering tangan ni tau" marah Liza. Menggeleng kepala Intan dengan anggotannya duaorang ni. Suka sangat menyakat satu sama lain.

"Tapi betul, saya pun tak ada apa-apa info lagi. Ada juga risik-risik tapi belum ada hasil" tambah Liza.

"Patut lah kali ni tempohnya lama, rupa-rupanya payah juga nak cari maklumatnya. Tak apa, kita buat kerja macam biasa. Jangan menonjol sangat, ada apa-apa cepat-cepat maklum HQ. Kalau macam tu, sampai sini saja, jumpa lagi dua puluh lima hari dari hari ini. Waktu yang sama tapi lokasi, restoran nasi ayam rempah simpang depan tu" terang Intan.

Tidak lama selepas selesai makan, mereka beredar mengikut haluan masing-masing.

Dah seminggu kejadian terlanggar Caden. Itu la kali pertama dan terakhir jumpa dia. Hm.. Macam mana nak buat kerja ni. Risik tu risik juga, tapi tak ada pulak yang pelik.

"Tahniah Amira, minggu depan cuti kahwin kan" kata Aishah sebaik Amira melangkah masuk ke bilik rehat.

Tersenyum simpul Amira dengan ucapan Aishah.

"Terima kasih, nanti jemputlah datang kenduri, buat di kampung, kat Perak" ucap Amira, ceria wajahnya.

"In sha Allah.. Kalau dapat cuti. Tapi tu la, jauh la pulak" kata Yati.

Yati ni walaupun kerja di bahagian pengurusan tapi suka habiskan waktu rehat di bilik rehat bawah ni. Katanya seronok dapat berbual-bual dengan rakan sekerja. Bagus Yati ni. Sesetengah orang tu, mana nak campur. Katanya tak setaraf, cit. Memilih.

Sedang rancak berbual bersama beberapa orang lagi rakan yang sedang berehat, En Rahim muncul di pintu bilik rehat. Mata melilau seperti mencari seseorang.

"Hah, Intan. Sini kejap" panggil En Rahim.

"Ada apa En Rahim" soal Intan sebaik datang menghampirinya. Nak apa pulak ni. Jangan nak suruh stayback dah la..

"Saya nak awak gantikan Amira untuk bersihkan pejabat dan bilik rehat Tuan Caden sementara Amira cuti kahwin dua minggu ni. Mulai esok, awak akan ikut Amira. Amira akan tunjukkan awak apa perlu dilakukan untuk membersihkan pejabat dab bilik rehat Tuan Caden" panjang penerangan En Rahim.

Terkejut juga, tapi dalam masa yang sama, lega. Paling tidak dapat juga pantau apa yang ada dalam pejabat Caden tu.

"Baik En Rahim" jawab Intan.

Sebaik En Rahim keluar. Yati, Aishah dan Amira meluru ke arah Intan.

"Wah... Tahniah Intan" ucap mereka berselang seli.

"Tahniah apanya. Buat kerja kot" tak faham aku dengan perempuan-perempuan ni.

"Tahniah la. Bukan senang tau nak dapat jadi housekeeping pada Tuan Caden. Bertuah Intan, padahal baru je kerja kat sini" kata Yati.

Intan hanya mampu tersengih. Kalau lah mereka tahu tujuan dia berada di sini..

"Memang la pilih Intan, orang cantikkan.." kata Azmi yang sedari tadi duduk diam di sofa hujung.

"Eh, kau ni. Jeles ke?" kata Aishah tak puas hati.

"Tak ada masa aku nak jeles. Kau ingat Tuan Caden saja-saja ke nak kau gantikan Mira?" ucap Azmi lalu bangun dan keluar dari bilik tersebut.

Apa maksud Azmi dengan kata-katanya tu.

"Dia dah kenapa? Datang bulan ke apa" kata Aishah.

Dia memang tak sebulu dengan Azmi ni. Selalu sangat cari pasal dan ada saja tak kena pada pandangan matanya.

"Dah, Intan tak payah dengar cakap si Azmi mamak tu, dia memang tak boleh nak tengok orang senang sikit. Jeles tak tentu hala" kata Yati sambil melepaskan jelingan pada Azmi yang berlalu pergi.

Intan masih diam dan memikirkan apa yang dikatakan Azmi.

"Intan, Tuan Caden tu baik la. Bukan macam adik dia Tuan Cleine tu. Dah la mata keranjang, mulut manis tapi bila dah sangkut, memang habis la..." kata Amira yang sudah duduk di sofa.

"Maksud Mira, habis macam mana?" tanya Intan yang mula tertarik. Dah lama kerja kat sini, baru hari ni ada cerita mengenai Cleine tu.

"Sebelum ini ada dua-tiga orang pekerja sini yang memang tergila-gilakan Tuan Cleine tu, memang cantik la macam Intan" eh, sempat pulak diselitnya nama Intan sambil senyuman dilemparkan.

"Saya tak cantik mana pun Mira, tak payah nak buat lawak ye, kalau bezakan saya dengan Latif tu, dia lagi cantik kot" sangkal Intan. Ye la, korang tak kenal siapa Intan kan.

Jangan pelik kenapa nak bezakan dengan lelaki pulak. Latif ni seorang lelaki lembut, kulit memang cantik. Badannya boleh tahan sado tapi lemah lembut, wajah pulak licin, satu jerawat pun tak ada. Jeles kaum perempuan dengan lelaki seorang ni.

"Lepas tu apa jadi dengan diaorang tu?" soal Intan lagi. Suspen la pulak.

"Mula-mula tu masa kerja pantang ada waktu lapang, mesti hilang. Bila dicari rupanya ada dengan Tuan Cleine di bilik dia. Nak tegur pulak serba salah, ye lah, ada dengan boss kan. Tapi lama-kelamaan, diaorang ni dah tak macam dulu" terang Amira yang sedang meneguk air mineral. Cuaca panas-panas macam ni memang cepat dahaga walaupun bekerja dalam tempat air cond.

"Tak macam dulu tu macam mana?" pelik la pulak. Jadi macam mana?

"Sebelum ni, diaorang ceria dan sentiasa nampak sihat dan cantik tapi lama-lama tu diaorang nampak lesu sangat." sambung Amira.

"Kadang-kadang tu dah habis waktu kerja tapi tak balik lagi sebab Tn Cleine panggil jumpa dia. Lepas tu ada juga dengar cerita dari security yang bertugas kat basement, nampak orang-orang Tuan Cleine ni bawa diaorang naik lif tapi tak pasti tingkat berapa. Tak lama lepas tu nampak ada beberapa orang lelaki yang pelik naik lif pulak" kata Aishah pula yang duduk di kerusi meja makan.

"Tapi apa yang pelik kalau naik lif dari basement tu, saya pun naik lif tu jugak." tanya Intan lagi. Pening la diaorang ni.

"Pelik la, basement tu khas untu pekerja sahaja, sebab kita kena touch kad pekerja pada scanner gate tu" terang Yati. Haah, macam mana boleh lupa ni. Kepala diketuk perlahan.

"Mungkin diaorang kawan Tuan Cleine ke?" kata Intan, tidak mahu terlalu awal bagi conclusion.

"Kalau kawan, biasanya akan ikut pintu biasa bagi semua pelanggan. Kebanyakan yang datang tu pulak semua dari kenalan Tuan Cleine sebab orang-orang Tuan Cleine yang akan iring naik ke atas. Lelaki yang datang tu pulak, berbeza-beza. Tak ke pelik tu" terang Aishah lagi.

Hm... Macam ada sesuatu je ni. Tapi itu tak menunjukkan apa-apa bukti. Haih.. Payah betul la.

"Dah tu apa jadi dengan pekerja-pekerja tu sekarang ni?" soal Intan lagi.

"Ntah la, ada yang kata dah berenti kerja, ada yang kata lari macam tu aja. Tapi lepas dari kejadian tu, memang dah tak nampak dah" terang Aishah.

"Tapi itu sebelum Tuan Caden ambil alih, sekarang ni tak tahulah. Kalau sebelum-sebelum ini, selalu jadi macam tu. Kadang-kadang tu ada pelanggan perempuan datang menginap di sini tetapi bersama-sama dengan ramai lelaki. Biasanya yang arrange bilik untuk mereka adalah Tuan Cleine. Rasa macam sesuatu je" kata Amira pula.

"Eh, korang. Dah la, waktu dah time ni. Nak naik atas, masuk office. Lambat nanti mengaum pulak Tuan Caden tu" tambah Amira. Kelam kabut keluar dari bilik rehat.

Selepas Amira keluar, yang lain juga turut keluar kerana waktu rehat sudah tamat. Tugas perlu dilakukan seprti biasa.

Nak kena maklum HQ ni. Tapikan, takkan aku pulak nak kena merenyih kat Cleine tu. Ish, takkan tiba-tiba je. Dia kenal aku pun tak. Hm.. Macam mana ye.. Fikir Intan fikir.. Esok je la fikir.. Penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience