Bab 37

Romance Completed 15358

(Dini POV)
Aku, Alyn dan obaa-san menuju ke hospital. Dengar kata, Ryoga sudah sedar. Wah, seronoklah Sakinah ni.
"Ohayou gozaimasu." Ucap kami bertiga setelah melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Ryoga!" Jerit obaa-san lalu memeluk anaknya itu.
"Mama, daijoubu ka? (Mama, okey ke?)" Soal Ryoga.
"I'm the one that should ask you that. Are you okay? Still feeling pain?" Soal obaa-san.
"No, not at all. Who are they?" Soal Ryoga menunjuk ke arah kami berdua, aku dan Alyn. Kami berdua memandang sesama sendiri. Kami pelik.
"Kau dah kenapa tak kenal kitorang?" Soal Alyn.
"Ha? Siapa korang?" Balas Ryoga pula. Kami memandang ke arah Kai yang hanya ada di situ. Obaa-san turut pelik.
"Ryoga, you don't know them? They are Sakinah's friend." Kata obaa-san.
"Sakinah? I don't know who Sakinah is, mama. Why everyone keep mentioning her name?" Soal Ryoga sedikit mengeluh. Kami semua terkejut.
"Ka-Kau tak kenal Sakinah?" Soalku.
"No, aku tak kenal siapa dia. Dia pun aku tak pernah jumpa. Dahlah, tadi ada seorang perempuan bertudung dalam bilik aku. Entah siapa dia. Tidak pula dia beritahu nama dia." Kata Ryoga.
"Mana dia?" Soalku dapat meneka siapa yang dia maksudkan itu.
"Entah, lari. Koichi said that he wants to look for her." Kata Ryoga selamba.
Kami semakin terkejut malah, kami menjadi lebih panik.
"Kai-kun? Where is Sakinah?" Soalku.
"I don't even know because I just arrived here." Jawab Kai juga panik. Pergh! Kes parah ni. Bakal isteri sendiri pun tak kenal.
"Okay, everyone relax, okay? Try call her first." Kata obaa-san. Aku cuba membuat panggilan.
"No answer." Jawabku.
"Try to call Koichi." Kata Kai pula.
Alyn pula mengambil giliran untuk mencuba.
"No answer too." Jawab Alyn. Kami menjadi semakin risau. Ryoga pula hanya mendiamkan diri kerana tidak faham apa-apa.
'Tok tok tok'
Pintu bilik itu diketuk bertalu-talu.
"Come in." Ryoga menyahut ketukan itu.
Seseorang melangkah masuk dengan kasut bertumit tinggi 6 inci.
"Ohayou gozaimasu." Soal seorang perempuan berambut perang beralun.
"Ah, Haruka-chan! Ohayou." Jawab Ryoga gembira. Aku pula yang sakit hati melihatnya.
Oh, ini ke Haruka yang Sakinah cerita itu? Banyak kali dia ulang cerita tentang dia ternampak Ryoga bersama Haruka di kafe hari itu. Penat aku mendengarnya. Sekali dia cerita, aku tak ingat nama perempuan ini. Sekali aku tanya nama perempuan itu, berkali-kali dia ulang cerita yang sama.
"Obaa-san, sashiburi. (Obaa-san, lama tak jumpa.)" Katanya.
"Sashiburi." Jawab obaa-san ringkas.
"What are you doing here, Haruka-chan?" Soal Ryoga dengan senyuman yang paling lebar.
"I want to see you. I just heard that you have conscious from your coma. So, I rushed to come here." Katanya tersenyum manis. Aku tak tahulah manis ke sinis.
"Waa, Haruka-chan wa yasashii. (Waa, baiknya awak.)" Mereka bersembang berdua. Malas aku mahu mendengarnya. Kami keluar lalu sambung untuk cuba menghubungi Sakinah. Baru tahu, sebab apa dia lari.
(Sakinah POV)
Aku berlari ke Ueno Park. Mana lagi tempat aku, kan? Aku duduk di kerusi biasa itu.
"Kenapa tiba-tiba je dia jadi macam tu?" Soalku sendiri. Tangisan aku ditahan dari hospital sehingga aku sampai di sini.
"Apa lagi yang nak jadi ni?" Soalku lagi. Aku menangis sepuas hati.
"Rygo, why he did this to me?" Soalku membelai Rygo yang tidur di ribaku.
Rygo selalu tahu jika aku ada masalah ataupun aku sedang bersedih.
Dia naik ke atas bahuku. Nak bermanja lah tu. Aku rasa tenang bila Rygo ada sentiasa di sisiku.
"Rygo, bonda nak cakap something ni. Jangan marah dia, okey? Bonda tahu Rygo dengar segala-galanya tadi walaupun Rygo tidur dalam poket. Don't mad at him, okay?" Ujarku sambil teresak-esak pada Rygo. Aku tahu dia faham sahaja apa yang aku cakap.
"Dahlah, daripada asyik menangis sahaja, buat batal puasa aku sahaja nanti pada bulan Ramadhan ini, lebih baik goncang glob yang dia bagi tu kuat-kuat sebab aku sedang marahkan dia sekarang ni." Kataku sendiri.
Aku mencari glob aku di dalam beg. Aku mencarinya dengan penuh kepanikan. Aku terkejut. Hilang? Tiada? Mana ia pergi? Aku mengingati satu-satu tapakku sepanjang dari rumah obaa-san ke hospital. Kali terakhir aku pegang adalah di rumah.
"Rygo~ mana glob bonda?" Soalku. Semakin bertambah kuat aku menangis.
"Oh! Aku selit bersama bunga-bunga tadi. Aku pegang ia dengan bunga-bunga tadi." Kataku sendiri. Aku mengesat air mataku. Glob itu tak boleh hilang. Itulah barang yang dia bagi.
Aku mengeluarkan telefon aku. Banyak panggilan daripada Alyn dan Dini. Patutlah, mod senyap. Ceh!
Aku menelefon mereka semula. Dengan satu deringan sahaja panggilan itu dijawab.
"Helo?"
"Helo, Sakinah. Kau kat mana ni? Puas kitorang cari. Kau okey tak ni? Ni abang kau di sini." Kata Dini.
"Aku on the way ke hospital semula. Kata dengan abang aku okey. Korang di mana?" Balasku.
"Kitorang kat luar. Abang kau ada di sini. Dia risaukan kau ni. Tak apalah, jumpa kau di hospital nanti." Kata Dini. Aku mematikan talian.
"Rygo, masuk dalam poket cepat! Bonda nak pecut balik hospital." Kataku. Rygo hanya akur.
Aku berlari ke hospital dengan laju. Setibanya aku di hadapan bilik Ryoga, aku menarik nafas dengan panjang. Aku memulas tombol pintu bilik itu.
"Sumimasen. (Excuse me.) I accidentally left something here." Kataku memasuki bilik itu lalu terus menunduk hormat. Tak sempat pun nak pandang Ryoga.
"Oh, come in." Kata seorang perempuan. Aku pelik, sejak bila Ryoga tukar suara?
Aku berdiri dengan betul. Betapa terkejutnya aku melihat Haruka ada di situ dan tangannya dipegang erat oleh Ryoga! Aku menahan tangisanku lagi. Pintu kedengaran dibuka.
"Sakinah, panik kitorang cari-" Suara Dini terdiam apabila melihat aku terpaku di depan pintu. Dia nampak benda yang sama dengan aku rasanya.
"Sakinah." Panggil Dini lembut.
"Why are you starring at us like that? Dah ambil barang tu, terus keluarlah! Tercegat di situ lagi buat apa?" Kata Ryoga. Aku sempat memandang ke arah Haruka yang tersenyum sinis.
"Sakinah, sudah. Mari keluar." Kata Dini lagi memujukku. Dia memelukku lalu membawa aku keluar.
"Dini, macam mana dia boleh jadi macam tu?" Soalku sambil menangis. Aku dipeluk erat oleh Dini.
"Aby! Are you okay? Where have you been? I'm looking for you everywhere in this hospital! Please, jangan buat abang panik macam ni lagi. Why are you crying?" Soal abang yang baru tiba di situ.
Aku terdengar Dini berbisik pada abang sesuatu. Aku hanya mahu melepaskan segalanya dalam pelukan Dini itu.
"He will sorry for that!" Kata abang kemarahan lalu mahu melangkah masuk ke dalam bilik Ryoga.
"Onii, no! Biarkan dia. Adik malas nak kacau dia bersama Haruka. I'm begging you don't mad at him. Dia tak bersalah." Kataku memberhentikan pergerakan abang. Dini melepaskan pelukannya. Aku dan Dini duduk di kerusi itu.
"It's okay. I can't do anything about that though." Kataku lagi. Mereka semua menunduk.
Seseorang melangkah keluar dari bilik Ryoga.
"Ehem, you are Sakinah, right?" Soal seseorang. Kami semua mengangkat muka, memandang ke arahnya.
"Yes, I'm Sakinah." Kataku lalu berdiri.
"Oh, I see. Erm, I just want to warn you something." Katanya.
"If you know that Ryoga doesn't like you, just accept it. Don't ever think that to get close to him. He's mine." Sambungnya lagi.
"Haruka, don't disturb her." Kata abang.
"Why you like to backup her, Koichi-kun? She's not anyone. Even Ryoga always said about her. But, it's a long time ago. Not like now. He hates you." Kata Haruka dan ayat yang terakhir itu merujuk pada aku.
"He doesn't hate me." Balasku.
"Oh, is that so? You are wrong." Balas Haruka pula.
"Haruka! Yamero! (Berhenti!)" Kata abang kemarahan.
"Stop backing her up. Who is she to you?" Marah Haruka pula.
"She's my little sister. You know that Ryoga doesn't like to see anyone including YOU disturbing his friends, right? So, don't disturb her. She's my little sister and I am one of his best friend. Go away from here." Kata abang beralih berdiri di antara aku dan Haruka.
"Okay, I won't disturb her. But, you have to remember one thing, Sakinah. Our wedding is next month. Don't forget to come. Thank you." Balas Haruka tersenyum sinis lalu menuju ke pintu utama hospital itu. Muka aku berapi dan menjadi merah.
Untuk tidak menangis, aku gantikannya dengan bebelan dan kemarahan.
"Berani gila dia cakap dengan aku macam tu. Tak boleh jadi ni!" Kataku kemarahan. Abang dan Dini memandang aku serentak.
"Onii~ Dini~" Akhirnya aku menangis juga di situ. Aku duduk semula di kerusi di situ.
"I don't want to come to their wedding. Menyakitkan hati betullah!" Kataku sambil menangis. Tapi, kali ni, menangis aku bukan jenis menangis yang aku nak berseorangan. Kali ni, aku nak orang pujuk. Sebab itulah, aku tak lari ke Ueno Park kali ni. Penat aku berulang-alik.
"It's okay. I will talk to him later." Kata abang memujukku.
Aku mengesat air mataku, "No need. I just want to forget all that happen. Dini, jom teman aku jalan-jalan. Aku nak lupakan dia! Aku tak kira! Aku nak dia keluar juga dari kepala aku! I hate him! So much! I don't love him and I won't love him!" Kataku lalu menarik Dini keluar dari hospital itu.
"Ughh!! Sakit hati aku! Kenapalah aku ni ditakdirkan bertemu dengan dia?" Soalku kemarahan.
"Sudah, tak perlu nak salahkan takdir. Nama pun takdir. Dah tertulis namanya. Kai ada bagitahu aku tadi. Doktor kata hentakan kepala dia sangat kuat sampai dia hilang ingatan tentang apa yang terjadi sepanjang beberapa bulan lepas. Dia hanya amnesia jangka pendek. Now, we have to help him." Kata Dini.
"If we can't help him, what will happen?" Soalku.
"Kau nak dia kahwin dengan Haruka?" Soal Dini. Aku cepat-cepat menggeleng.
"So, tak payah nak tanya benda pelik-pelik. Tolong je dia." Kata Dini.
"Tapi, dia memang betul-betul dah benci aku sebab kes 'ceroboh' bilik pagi tadi." Kataku mengeluh.
"Tak apa, kita biar dia tenang dulu. Dia keluar dari hospital nanti, kita plan something." Kata Dini. Aku mengangguk.
*******
_14 Ramadhan_
Laungan azan Subuh daripada telefonku bergema.
"Hah, dah azan. Alhamdulillah, sempat habiskan." Kataku.
"Hm, dahlah, kerja kau, basuh pinggan." Kata Dini lalu ketawakan aku.
"Hm, yalah." Aku hanya akur. Selesai kami menunaikan solat Subuh, aku mencari glob salji aku di dalam beg. Marah-marah pun tak adalah betul-betul aku benci dia.
"Eh, weh, ada nampak tak glob salji aku?" Soalku.
"Eh, aku macam ada nampak. Tapi, di mana, ya?" Kata Alyn.
"Ni lah..dekat...alahhai, kat hospital! Ha, kat meja kecil sebelah katil Ryoga tu." Kata Dini pula mengingatkan aku kepada sesuatu.
"Ya Allah! Itulah tujuan aku balik hospital semalam. Lepas tu, aku terus lupa. Weh, aku nak kena ambil glob tu." Kataku.
"Tak apa, jom pergi hospital sama-sama. Siap cepat." Kata Dini. Aku mengangguk.
Setelah kami bersiap, kami terus menuju ke hospital. Setibanya di hadapan pintu Ryoga, jantungku berdegup kencang.
"Hm, korang tak payah masuklah. Korang tunggu sini je. Aku je masuk. Aku tak nak libatkan korang dalam hal ni." Kataku. Mereka mengangguk lalu hanya menunggu di luar itu. Aku memulas tombol pintu perlahan.
"Ohayou gozaimasu. Sumimasen, I want to take my stuff." Kataku perlahan.
"Nak ambil apa lagi?" Soalnya sedikit kemarahan.
"My globe." Jawabku perlahan sambil menunduk.
Dia memandang glob di mejanya itu, "This one?" Soalnya. Baru sahaja dia nak mencapai glob itu, dengan tak semena-mena dan secara tak sengajanya dia tertepis glob salji kesayangan aku itu.
Mataku terbuntang luas melihat glob salji itu jatuh pecah berkecai.
(Dini POV)
"Kesian Sakinah, weh, Ryoga buat macam tu pada dia. Agaklah kalau tak ingat orang pun." Kataku sambil menggeleng-geleng. Alyn mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.
'PRANG!!'
Kedengaran sesuatu pecah di dalam bilik Ryoga. Kami berdua sudah takut apa-apa jadi pada Sakinah di dalam bilik itu.
Kami masuk ke dalam bilik itu.
"Sakinah!" Panggil kami. Kami melihat dia sudah terduduk di lantai.
"You know what Ryoga-san, that globe is a special one. The one that you left for me. Saya tak boleh nak bayangkan kalau glob itu pecah, dan sekarang glob itu pecah." Kata Sakinah sayu. Aku lihat dia terlalu sedih melihat glob itu pecah.
"If you really hate me, just say it to me. Be honest. Saya tak berharap banyak pun pada awak." Kata Sakinah lagi sambil mengutip sisa glob yang pecah itu sambil masukkan ke dalam plastik. Sedih betul aku tengok.
"Tapi, kalau awak masih anggap saya kawan rapat awak, saya harap awak dapat layan saya dengan baik. Thank you for everything, Ryoga-san." Kata Sakinah berdiri setelah selesai mengutip sisa glob itu. Muka Ryoga ada lah juga rasa bersalah. Kami keluar dari hospital itu.
"Sakinah, pecah habis ke tu?" Soal Alyn. Sakinah mengangguk perlahan.
"Padahal, dia pernah cakap pada aku, kalau marahkan dia, jangan goncang glob ni sampai pecah pula. Kau tengok sekarang, dia marahkan aku, dia pula yang pecahkan glob ni." Balas Sakinah lemah.
"Dah, jangan nangis lebih-lebih. Bulan puasa ni, tak elok. Hari ni, aku dengar cerita dia dah boleh balik." Kataku.
"Di-Dia dah boleh balik?! Ha, sudah, kita kat rumah, macam mana?" Soal Sakinah agak terkejut.
"I don't know. Tengok jelah, apa akan jadi." Kataku lalu kami pergi berjalan-jalan. Biarlah, nak tenangkan si Sakinah ni.
__Petang itu__
(Sakinah POV)
"Tadaima!" Ucap seseorang dari luar pintu rumah. Kami bertiga terkejut lalu memandang sesama sendiri.
"Alamak! Dia dah balik! Matilah aku, matilah aku." Kataku mundar-mandiri di dalam bilik itu.
"Tak apa, aku pergi buka. Bila obaa-san dah panggil makan nanti baru kau keluar tahu." Kata Alyn. Alyn keluar dari bilik dan diekori oleh Dini.
"Ah, Ryoga..san. Okaeri." Kata Alyn. Aku meletakkan telingaku di pintu.
"How you two can be here?" Soal Ryoga.
"We..live here with obaa-san. She said that..she feel lonely when you are not home." Jawab Dini.
"Oh, you are Dini and Alyn, right?" Soal Ryoga lagi.
"Yes, we are." Jawab mereka.
Aku dengar tapak kaki berjalan melepasi pintu bilikku.
"Ah, Ryoga, okaeri." Kata obaa-san. Dari dapur lah tu.
"Hehe, mama, where is Tiara-chan?" Soalnya. Tiara juga dicari dulu.
"She's at the backyard. Let her play. We eat first, okay?" Kata obaa-san.
Jantungku berdegup semakin kencang. Aku memejamkan mata menunggu panggilan daripada obaa-san.
"Sakina-chan!" Adui, diseru dah.
"Hai', obaa-san." Sahutku.
"Come out for break fast. The time has come." Kata obaa-san.
"Haahlah, dah nak Maghrib." Kataku sendiri merenung ke arah jam tanganku.
"Hai'!" Jawabku. Dengan perlahan aku membuka pintu bilik.
Semua sudah duduk di meja makan. Kerusi yang kosong hanyalah di hadapan Ryoga. Mereka ni, nak kata tak bijak, pandai juga di dalam kelas dahulu. Agak-agaklah nak bagi aku duduk depan dia yang memang benci dengan muka aku ni.
"Mama, why is she here?" Soal Ryoga tak puas hati.
"She's my friend's daughter. She lives with us." Kata obaa-san. Aku duduk di hadapannya sambil menunduk.
"Lives with us?" Soal Ryoga terkejut.
"Ryoga, shh. Just eat. I don't want to hear any complain about her anymore, okay? She is a nice girl." Kata obaa-san lagi.
"Hai'." Jawab Ryoga sepatah, masih tidak berpuas hati denganku.
Aku habis makan dulu sebelum mereka semua. Aku tak selesa dengan dia yang pandang aku lain macam daripada tadi. Aku bangun dan mengangkat mangkuk dan gelas ke dapur.
Tidak berapa lama kemudian, Alyn dan Dini datang sambil tersengih-sengih.
"Hm, letak sahajalah." Kataku. Mereka berdua letak mangkuk dan gelas mereka lalu lari ke bilik untuk menunaikan solat Maghrib.
"Sakina-chan, ignore what he said earlier, okay? I'm happy that you are here." Kata obaa-san.
"It's okay, obaa-san. I'm fine." Balasku tersenyum. Aku menutup pili air.
"But, obaa-san, can I ask you something?" Soalku.
"What is it, dear?" Soal obaa-san pula memberi keizinan untuk aku bertanya.
"Is it true that next month Ryoga and-" Kata-kataku terbenti setelah melihat Ryoga di belakang kami.
"Erm, I will ask you about that later, obaa-san." Balasku. Obaa-san mengangguk lalu menuju ke biliknya.
"Eh, macam mana awak boleh ada kat sini, ya?" Soalnya. Aku tidak menjawab.
"I'm asking you." Katanya lagi. Aku masih tidak mengendahkan dia.
"Fine, if you don't want to answer my question." Ujarnya lalu meletakkan mangkuk dan gelasnya ke dalam sinki. Dia menuju ke biliknya juga.
"Janggal! Pelik! He's not my Ryoga!" Marahku sendiri sambil kembali mencuci pinggan manngkuk.
*******
"Dah, dah, cepat pergi." Kata Dini. Aku mengangguk.
"Bye, aku pergi dulu." Balasku.
"Sakinah, payung?" Soal Alyn.
"Tak apalah. Sekejap je ni." Balasku. Dia mengangguk.
"Diari kau." Ujar Dini.
"Eh! Diari aku! Pergh, hilang ni, habis nyawa aku." Balasku. Aku berlari ke arah Dini lalu mengambil diariku itu. Aku hanya memegangnya. Nanti-nanti lah aku letak dalam beg.
Aku menuju ke studio mereka. Aku ke sana untuk bawakkan minuman sahaja. Salah satu usaha untuk bagi dia ingat.
"Konnichiwa!" Ucapku gembira dari luar pintu studio.
"Ah, konnichiwa! Aby, kenapa ada kat sini?" Soal abang gembira.
"Hehe, tadaa, I bring something for everyone." Jawabku.
"Hm, masuklah." Kata abang. Aku melangkah masuk ke dalam studio itu.
"Eh? Sakina-chan! Waa, it's been a long time I didn't see you." Kata Takuya.
"You're the one that missing. Naoya mo. (Naoya pun.) Watashi janai. (Bukan saya.)" Balasku. Dia menyengih. Ryoga pula hanya memandang kami pelik. Dia pelik melihat aku rapat dengan kawan-kawannya.
Aku meletakkan begku, diari dan plastik yang berisi makanan itu di atas meja.
Rygo pula keluar dari poket bajuku lalu pergi ke arah Takashi dan Abang Koichi. Aku tak berjaket hari ni. Malas aku nak pakai berlapis-lapis.
"What brings you here, Sakina-chan?" Soal Yusuke.
"Here, some hot chocolates and mochas." Kataku lagi.
"Hot chocolate?" Soal seseorang. Kami semua menoleh ke arah suara itu.
Mukanya berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Ryoga, daijoubu?" Soal Kai.
"I-I'm fine." Jawabnya.
"O-Okay." Balas Kai teragak-agak.
"Hm, I have to go now. Bye, see you guys soon." Kataku. Aku mencapai beg lalu keluar dari studio itu.
*******
Setelah beberapa lama aku berjalan-jalan di sekitar situ, aku mencari telefonku di dalam beg.
"Eh, kejap, mana diari aku?" Soalku sendiri.
"Diari! Uff, mati aku." Aku teringat aku letak diariku di atas meja di studio. Aku menepuk dahiku sendiri.
"Sakinah!! Eihh! Cuainya kauu!" Marahku pada diri sendiri.
Aku berlari semula ke studio. Hari didapati gelap dan ramai orang aku melihat membawa payung. Sah, hari nak hujan. Kan Alyn dah pesan tadi, bawa payung, tapi, degil. Tak nak. Padan muka kau, Sakinah!
"Konnichiwa!" Ucapku di luar pintu studio. Tiada sahutan. Tak mungkin.
"Tak! Takkanlah dah balik. Jangan, nyawa aku tu!" Aku meratapi diari di luar pintu.
"Huhu~ diari." Aku bersedih di situ. Semakin lama hujan semakin lebat, aku semakin kebasahan.
"Tak apalah, minta tolong onii lah." Aku mengeluarkan telefonku dari dalam poket seluar. Meredhakan diari itu seketika. Aku melihat ke arah skrin telefonku. Aku mendail nombor Abang Koichi.
"Helo, onii." Ujarku sayu setelah panggilan itu dijawab.
Aku memusing untuk menuju pulang ke rumah.
"Aduh!" Kepalaku terhantuk sesuatu. Bukan sesuatu, tetapi orang.
Terbuntang mata aku setelah mendapati seseorang yang aku sangat kenal di hadapanku sedang memayungkan kami berdua. Aku mendongak memandang dia. Terdiam terus aku dibuatnya.
"Aby? Are you there? Aby?" Panggil onii berkali-kali. Tapi, aku terpaku memandang dia di hadapanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience