BAB 15

Romance Completed 18280

"Aku terima nikah Nur Zahara bt Ismail dengan maskahwin 300 ringgit tunai!".

"Sah!".

Doa pun dibaca oleh tok kadi. Hafiy menadah tangan berdoa agar segalanya yang dilakukan ini mendapat keberkatan dari Allah. Ingatannya terlayar kepada seraut wajah Mariam Syuhada. Apa yang dibuat isterinya sekarang? Lupakah dia pada dirinya.

Setelah menyarung cincin tanda mengikat setia perhubungan, Zahara penuh santun menyalami lelaki itu yang kini sah menjadi suaminya. Dia berdebar. Adakah disebabkan permulaan hidup bersama orang baru?

Hafiy segak mengenakan baju melayu berwarna putih yang dihadiahkan sendiri oleh isterinya. Zahara juga begitu. Mereka kelihatan sedondon hari ini. Dengan ditemani ayah kepada Hafiy, maka akad nikah telah menjadi saksi bahawa mereka termetrai sebagai suami isteri.

Keluar sahaja dari pejabat agama, Encik Shamsul segera pulang ke rumah. Bukan kerana dia masih marahkan anak lelakinya itu, ini disebabkan hatinya menjadi sebak tiba2. Dia tahu menantunya membawa hati yang lara. Dia tahu Mariam Syuhada tak mampu nak melihat semua ini.

Hafiy kini berdua bersama Zahara di dalam kereta. Masih tiada sebutir perkataan yang keluar diantara mereka. Zahara yang masih kekok begitu juga Hafiy yang belum bersedia.

"Er.. balik rumah Ara ke?".

Hafiy tersentak. Wajah isteri yang baru dikahwininya sebentar tadi dipandang.

"Balik rumah abang jelah".

Abang? Lain betul dipendengaran Zahara.

"Takpelah.. balik rumah Ara. Situ tempat Syu. Ara taknak kacau. Boleh, kan?"

"Er.. yelah. Abang nak singgah ambil baju dulu".

Zahara hanya mengangguk. Mariam Syuhada, terima kasih. Maafkan Ara.

Kereta dipandu laju menuju ke rumah milik Hafiy. Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam tak bercakap. Lagu di radio yang menjadi peneman mereka berdua. Entah kenapa Hafiy menjadi kekok pula. Segan untuk memandang wajah Zahara.

"Erm.. tunggu kejap. Abang nak ambil baju".

"Biar Ara tolong?".

"Eh, takpe! Syu dah sediakan".

Hafiy keluar dari perut kereta meninggalkan Zahara sendiri. Jantungnya berdegup laju. Kenapa dia merasa segan pula?

"Apesal aku tak boleh nak pandang mata dia ni? Ish!". Tangannya dipegang di dada nya.

Dup.. dap.. dup.. dap!

"Jangan macam2, Ara! Kau terima dia sebab nak larikan diri dari Hakim. Ingat tu!".

Kelibat Hafiy muncul dengan sebuah beg kampung berwarna hitam. Kereta kembali dipandu menuju ke rumah Zahara. Sepanjang ketiadaan Mariam Syuhada, Hafiy akan menetap di rumah Zahara. Kebetulan dia mengambil cuti seminggu. Mujur cutinya masih ada.

Sampai di halaman rumah, Zahara bingkas keluar dahulu dari kereta. Pagar dibuka dan pintu juga dibuka luas. Hafiy mengekori dari belakang. Suasana rumah Zahara tak selengkap rumah miliknya, tapi masih lagi kemas dan cantik dengan hiasan2 kecil di meja.

"Duduk dulu.. Ara ambilkan air".

Hafiy menurut. Sofa empuk itu menjadi alas punggungnya. Matanya masih tak berhenti memandang sekeliling. Seperti ada yang lain dengan hiasan ini. Berbeda dengan apa yang pernah dia nampak sebelum ini.

"Ah! Mungkin dia hias meja ni kot. Tu yang nampak cantik". Gumamnya.

Air kosong dihulurkan kepada Hafiy. Dia menyambut mesra seraya meneguk sedikit. Hilang hausnya. Zahara duduk disebelah Hafiy dengan jarinya digenggam kuat. Dia merasa cuak pula!

"Er.. seminggu abang stay sini. Ok, kan?".

"Er.. ha. Ok2!".

Kembali diam. Hafiy melihat Zahara dari ekor matanya. Wanita itu seperti takut berdekatan dengannya.

"Ara boleh bukak tudung tu. Takde siapa pun.. cuma abang".

Bukak? Ohmaaii! Yang ni aku bertambah cuak!

"Er.. boleh Ara cakap sikit?".

"Apa dia?".

Hafiy membetulkan duduk menghadap Zahara sepenuhnya.

"Ara kahwin sebab nak larikan diri Ara dengan Hakim.. abang tau kan?".

Hafiy mengangguk. Dia sudah menghadam ayat itu lama.

"Jadi, Ara bersyukur sebab Ara diterima baik oleh Syu. Ara taknak dia salah faham dengan Ara. Ara taknak lukakan hati dia".

"Kejap! Apa yang Ara nak cakap sebenarnya?".

Zahara menggenggam kuat jemarinya. Berkali2 dia menghela nafas panjang.

"Ara cuma minta kita jadi macam biasa. Abang dengan life abang, Ara dengan life Ara. Abang tak perlu sentuh Ara pun".

"Apa maksud Ara ni?".

"Ara terlalu terhutang budi dengan Syu. Kalau dia tak izinkan, kita takkan kahwin. Ara taknak Syu terseksa. Cukup Ara dah kongsi suami dia. Ara taknak yang lain. Abang tak perlu fikir banyak. Senang cerita, Ara hanya isteri luaran abang. Abang tak perlu nak bersama dengan Ara. Maksudnya, kita tak perlu ada hubungan.."

"Abang faham!". Potongnya. Perlahan2 dia menjauh. Kepalanya diurut kuat.

"Abang sayang Ara. Bukan sebab apa".

"Ara taknak! Cukup Ara ada tempat perlindungan.."

"Jadi, abang ni sebagai apa? Tempat teduhan sementara Ara ke? Abang mampu bersikap adil".

"Bukan macamtu. Ara cuma rasa bersalah dengan Syu. Ara tau abang akan adil. Tapi, miliki abang dah cukup buat Ara. Ara tak perlu lain. Ara akan sayang abang tapi Ara harap abang faham".

Hafiy terkedu. Ujian apa yang dah menimpa aku ini, Ya Allah? Adakah sebab aku bersalah pada isteri aku sehingga Zahara membuat aku seperti ini?

"Abang nak tidur kejap, penat!". Hafiy bingkas bangun untuk menuju ke dalam bilik.

Sesaat, dia terkedu dengan cadar putih milik Zahara.

"Ara beli mana?".

"Eh? Hurm.. Syu hadiahkan".

Hafiy bungkam. Patutlah isterinya beriya2 ingin membelikan cadar baru. Sangkanya untuk diganti di rumah mereka.

"Kenapa?".

"Er.. takde. Abang nak tidur kejap".

Hafiy membuka baju melayu putihnya dan diganti dengan baju tshirt lusuh hariannya. Zahara masih membatu di pintu. Dia agak terkejut melihat susuk tubuh Hafiy yang tak berbaju.

"Buat apa tercegat situ? Nak tidur dengan abang sekali ke?".

"Er.. ah.. tak! Ara nak pastikan.. er.. takpelah!".

Zahara bingkas berlari keluar dari bilik. Merah wajahnya saat ini. Dia menampar2 bibirnya yang terasa kebas.

"Kau kenapa, Ara?!".

Zahara menggigit bibir bawah. Malu betul! Kenapa lah boleh terkejut macamtu. Hish!

"Ara!".

Laung Hafiy dari dalam bilik. Dengan jantung yang masih berdegup kencang, dia menurut juga masuk ke dalam bilik.

"Teman abang tidur. Sini!". Dia menepuk tilam disebelahnya. Hampir ternganga Zahara mendengar.

"Dengar tak?".

Zahara mengetap bibir. Nak tak nak, dia terpaksa mengikut arahan Hafiy. Tudung dibuka perlahan. Terserlah rambut hitamnya separas bahu. Hafiy terpegun. Cantik sekali!

Teringat akan kata2 kawannya di warung beberapa bulan lepas.

"Fiy, takde istilah kahwin sebab kesian, kahwin sebab terpaksa kalau akhirnya kau akan sayang jugak kat dia. Mengaku jelah!".

Aku memang sayang dia! Aku ikhlas sayangkan dia!

Zahara perlahan2 naik ke atas katil. Lengan Hafiy yang sudah lama didepangkan menjadi tanda agar kepala Zahara diletakkan diatas lengannya. Begitu dekat sekali jarak antara mereka berdua sehingga Zahara mampu mendengar detak jantung Hafiy. Bau perfume Hafiy masih tak hilang. Wangi! Dagu Hafiy mengena kepalanya. Lengan suaminya erat dipinggang.

"Permintaan Ara abang boleh tunaikan. Abang hormati keputusan Ara. Tapi, tanggungjawab lain Ara kena buat. Ara tetap isteri sah abang. Abang layan Ara sama macam abang layan Syu. Takde kurang takde lebih. Jadi, tolong layan abang sama rata".

Pelukan dikemaskan. Hafiy terus melelapkan mata bersama Zahara dipelukannya. Dia sudah berjanji untuk berlaku adil. Hafiy akan melayan sebaik2nya isteri yang ada sekalipun Zahara menerima bukan kerana sayang.

Zahara ralit memandang wajah suaminya. Debaran di dada semakin berkurang. Entah kenapa, dia merasa bahagia bersama Hafiy walaupun baru sahaja dia bernikah dengan lelaki itu. Wajah yang bersih membuat hati Zahara terpaut dan terpikat. Sebuah senyuman terbit di bibirnya.

Ya Allah, pelihara hubungan kami berdua. Ameen!

***

"Hoi! Termenung apa!".

Mariam Syuhada terkejut. Menganggu ketenangan alami betul! Berdegup kencang jantungnya. Nasib tak arwah!

"Kau.. memang suka nak bagi aku gone!".

"Eleh, gone ke sekarang?". Hafiza mengambil tempat disebelah kawannya. Kakinya dicecah ke dalam air terjun yang sejuk.

"Termenung apa?". Soalnya kembali. Wajah Mariam Syuhada dipandang.

"Takde apa lah!".

"Iyelah tu! Teringat Hafiy la tu?".

Mariam Syuhada tersentak. Sebaris nama yang membuatkan dia tak betah duduk disini. Dia rindukan lelaki itu.

"Dia dah sah kahwin".

"Kau ok?".

Hafiza menoleh kearah Mariam Syuhada. Riak wajah kawannya biasa. Tak menunjukkan tanda2 sedih atau apa.

"Kan aku dah cakap, aku redha. Biar abang Hafiy bahagia".

"Baiknya hati kau! Kalau Hafiy sia2 kan kau jugak, tak tahulah aku nak cakap apa".

Mereka bermain air. Kaki dikocak kuat dalam air terjun. Mujur tiada sesiapa disini.

"Aku kena kuat. Jangan risau la".

"Aku doakan kau tabah! Kau tak mesej laki kau?".

"Taknak la!".

Hafiza berkerut. "Kenapa?".

"Biarlah. Kan ke baru kahwin. Mesti nak mesra2". Mariam Syuhada tergelak kecil.

"Macamanalah kau boleh kongsi laki kau? Kau ni memang pelik la".

Hafiza menggeleng kepala berkali2. Tak dapat dia nak membayangkan kalau dia diminta untuk bermadu. Ish, simpang malaikat aje! Aku taknak hak aku orang lain dapat. Seram deh!

"Kau fikir apa?".

"Er? Takde apa2. Eh, kau dah makan belum?".

"Dah, tadi. Kau lambat sangat, aku dah lapar gila".

"Sorry, aku banyak kerja tadi. Malam tadi lena tidur? Ada nyamuk ke?".

"Eh, takdelah, ok je. Best tidur sini. Tenang je tambah2 ni bunyi air terjun ni".

Mariam Syuhada menghirup udara segar. Jarang2 dia dapat bercuti seperti ini. Masa anak dara dulu pun dia banyak menghabiskan masa dengan tempahan makanan. Tak sempat nak bercuti, dah kahwin pula.

"Baguslah! Kalau perlu apa2, bagitau je aku".

"Iyelah, bos kan?". Serentak mereka tergelak besar.

"Haih, tenang betul aku duduk sini. Nanti, nak selalu datang sini la. Boleh?".

Mariam Syuhada memandang Hafiza disebelahnya. Menunggu jawapan.

"Boleh aje. Tapi, lepasni takde diskaun tau!".

"Eeii,, aku bayar full, ok!". Lengan Hafiza dipukul kuat. Sengaja nak mengusik!

"Eh, malam ni aku takde kat sini tau. Aku kena ikut mak aku keluar. Tak dapat nak teman kau".

"Erm.. takpe. Aku ok aje. Nanti kirim salam mak kau ye. Tak sempat lagi aku nak jumpa".

Hafiza tersenyum. Mariam Syuhada dah seperti sebahagian keluarga mereka. Mak dan ayah Hafiza sudah mengenali Mariam Syuhada lama.

"InsyaAllah! Eh, aku kena gerak dulu. Kau jangan lama2 kat sini, nanti ada yang skodeng!". Hafiza sengaja membuat suara seram. Acah2 ada hantu.

"Ek? Biarlah". Mariam Syuhada membuat muka seposen.

"Erm.. lupa pulak aku kawan aku ni tak takut hantu".

Mariam Syuhada ketawa mengejek. Hafiza bangun lalu terus meninggalkan Mariam Syuhada sendiri. Wanita itu kembali bermain perasaan sendiri.

"Abang rindu Syu tak?". Gumamnya. Bibirnya tersenyum manis.

Serentak, henset Mariam Syuhada berbunyi.

Ank umi sht ke? Knp x call umi?
~umi~

Mariam Syuhada menepuk dahinya. Dia memang terlupa benar nak menelefon Puan Faizah. Pasti uminya menunggu.

"Aih, duit habis pulak!".

Sorry umi, syu lupa. Kredt Syu hbs. Nnt syu call umi. Syu baik2 aje kt sini. Umi jgn rsau.
~Syu~

Ok! Ank umi jgn fkr yg brt2. Umi sntiasa doakan ank umi bahgia.
~umi~

Mariam Syuhada tersenyum sendiri membaca mesej tersebut. Puan Faizah pasti risaukan keadaannya sekarang tambah2 Hafiy selamat bernikah pagi tadi.

Ok umi! Thnks, syg umi. Syu ok aje. Kt sni best! Tenang je tmptnya, nnt ad mse kita bcuti kat sni
~syu~

Iyelah syg. Ayh kirim slm. Ok, nnt kita msj lg
~umi~

Mariam Syuhada letak balik henset ditepi nya. Udara yang segar dihirup tak henti. Tenang sekali! Air terjun yang sejuk mencengkam ke urat nadi. Memanggil2 Mariam Syuhada untuk terjun ke dalamnya.

Harini ramai yang berkunjung ke homestay milik Hafiza. Mujur sahaja bilik dia agak tersorok dari orang lain. Paling kurang dapat juga sedikit privacy. Rimbunan pokok yang melatari tempat ini kelihatan sejuk sekali. Tak jauh dari tempat Mariam Syuhada duduk sekarang, ada taman permainan dan meja batu untuk kegunaan pengunjung yang hadir.

"Er.. maaf ganggu. Boleh tak anak saya nak tumpang mandi sini?".

Soal seorang wanita lingkungan 30an bersama anak perempuannya yang melekap di dukungan.

"Eh, boleh aje. Mandi la. Takde siapa2 pun".

Wanita itu meletakkan anaknya kedalam air terjun dan duduk bersebelahan Mariam Syuhada.

"Saya Nina. Maaflah ye, air terjun kat depan tu ramai sangat". Dia menghulurkan salam dan disambut mesra Mariam Syuhada.

"Takpe! Saya pun bukan mandi sini. Saya Syuhada. Panggil aje Syu. Dari mana ni?".

"Saya dari Johor. Bercuti sini bawak anak. Sajelah nak tenang2 hati ni".

"Ohh.."

Mereka kembali diam. Sesekali suara Nina kedengaran memesan anak perempuannya. Comel sekali keletah anak perempuannya.

"Berapa tahun dah?".

"5 tahun dah. Semalam hari jadi dia".

"Ohh, selamat ulangtahun buat anak. Siapa namanya? Comel betul!".

"Madihah. Terima kasih".

"Suami tak ikut sekali ke?".

"Suami saya dah meninggal".

"Er.. maaf! Saya tak tahu".

Nina tersenyum manis. Dia menggeleng laju tanda tak mengapa. Tangannya bermain air yang sejuk kedinginan.

"Arwah suami saya meninggal tahun lepas. Saya cuma ada Diha je".

"Ooh. Sekarang duduk dengan parents balik ke?".

"Taklah! Saya duduk sendiri. Rumah milik arwah suami saya. Kenalah hidup berdikari, kan?".

Mariam Syuhada tersengih. Kesian! Budak yang masih kecil sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Tapi, Madiha masih mampu tersenyum.

"Dia tak rindu ayah dia?".

"Dulu masa awal2, memang teruk! Malam2 mengigau teruk saya nak jaga. Baju suami saya memang tak buang sebab nak bagi dia peluk. Tapi, dia dah banyak mulut ni, dia sendiri tau. Saya lega".

Mariam Syuhada terdiam. Ada insan yang masih kurang kasih sayang tapi mampu tersenyum dan bahagia. Aku? Cukup kasih sayang dari kedua orang tua aku dan suami aku. Tapi, masih tak boleh nak tersenyum.

"Datang sorang ke?".

Mariam Syuhada mengangguk.

"Cuti2 malaysia!".

"Yelah jugak tu. Belum kahwin ke?".

"Dah, alhamdulillah!".

"Eh, mana suami nya? Tak datang sekali?".

Mariam Syuhada tersenyum kelat. Soalan Nina dibiarkan tak berjawab.

"Diha, jom! Tadi janji kejap je". Laung Nina.

"Eh, biar lah dia tengah seronok tu. Kesian pulak".

"Tak boleh, Syu. Dia ada asma tu. Lama2 dalam air takut pulak saya. Saya tinggal kat homestay depan sana. Sebelah kedai runcit Pak Ali tu. Senang2, singgah la. Saya lama lagi kat sini".

"Er, yelah! InsyaAllah, ada masa saya singgah".

Madiha sudah pun mendekati Nina. Hujung baju ibunya dipegang.

"Hi comel! Nama aunty, Syuhada. Lepasni, Diha boleh panggi aunty Syu".

"Ok aunty Syu. Selamat berkenalan". Ujar Madiha dengan pelat nya. Terhibur hati Mariam Syuhada melihatnya.

Kalau dia punya anak, pasti comel seperti ini!

"Selamat berkenalan, sayang! Jumpa lagi nanti, ok?".

Madiha mengangguk laju. Wajahnya tersenyum riang.

"Ok lah, Syu. Saya balik bilik dulu. Jumpa nanti ye".

Nina terus melangkah meninggalkan Mariam Syuhada. Semakin lama hilang susuk tubuh itu dari pandangan. Tanpa sedar, dia memegang perutnya yang kempis.

"Bila aku berpeluang mendapat zuriat?".

Mariam Syuhada tersenyum nipis. Dia mengusap2 perutnya berulang kali. Tak putus2 dia berdoa agar Allah meniupkan ruh seorang bayi didalam rahim nya. Hanya itu anugerah yang paling dia nantikan sehingga ke hari ini.

"Aku percaya Allah akan bagi satu hari nanti".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Dia berjalan kembali menuju ke bilik. Bingkai gambar pernikahan dia dan Hafiy ditatap lama.

"Abang, Syu rindu abang!".

Dia kucup lembut wajah suaminya.

"Ya Allah, berikan aku kebahagiaan dan keredhaanMu. Aku ingin menjadi yang terbaik buat Abang Hafiy dan umi dan ayah. Jadikan aku isteri yang sentiasa taat pada suami".

Sempat dia berdoa didalam hati. Bingkai gambar diletak kembali. Mariam Syuhada melelapkan mata sebentar untuk berehat. Dia masih mempunyai baki empat hari disini. Moga suaminya bahagia dengan Zahara dan mendapat apa yang dikehendaki.

Abang, moga sayang abang tak terabai.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience