SUDAH menginjak dua tahun usia perkahwinan mereka.Setiap kali itu,ada saja kata sindiran pedas yang keluar dari mulut ibu mentuanya.Lebih-lebih lagi bila di hadapan sanak saudara ibu mentuanya.
"Tengok Dalila tu baru saja kahwin dah mengandung.Kami dari keturunan subur sempurna ni memang cepat saja dapat zuriat."
Yang ini Iris Malaeka boleh terima lagi.Tapi....
"Tak tahu pula kalau keturunan orang lain.Tambah lagi dari dari keturunan yang tak sempurna dan ada ahli keluarga yang cacat.Orang lain dah beranak pinak,dia masih macam tu."
Berdesing telinga Iris Malaeka.Dalam hati memang dah sentap habis.Mahu tak terasa bila ibu mentua sendiri tak pernah melayannya dengan baik.Bukan Iris minta ditatang bagai minyak yang penuh.Cukuplah diterima sebagai menantu tunggal Puan Yasmin.
"Ma,kenapa cakap macam tu.Nanti Iris terasa."tegur Harith.Dia takut hati isterinya terluka.Bukan sekali dua,malah sejak awal perkahwinan lagi mama nya tidak menyukai isterinya.
"Biar dia dengar.Itu lah Harith,mama cakap jangan kahwin dengan dia.Tapi Harith degil.Nak sangat keturunan yang tak sama taraf dengan kita.Kalau Harith kahwin dengan Intan kan dah boleh dapat anak sekarang.Ni habuk pun tak ada."sengaja dikuatkan suara.Biar Iris Malaeka dengar.Sakit hatinya masih belum terpadam walaupun sudah hampir dua tahun Iris Malaeka menjadi menantunya.
Sakit betul hati Puan Yasmin bila satu-satunya anak lelaki tunggalnya memilih perempuan yang tidak sama taraf dengan mereka.Malu dia nak mengaku Iris Malaeka menatunya.Lebih-lebih lagi ayah Iris Malaeka yang tempang tu sebagai besan nya.Ayah Iris hanya bekerja sebagai petani kampung.Ibu Iris pula hanya seorang surirumah.Dari segi taraf hidup pun dah berbeza apa tah lagi nak dibandingkan dengan harta dan kekayaan.
Malu dia pada kawan-kawan segolongan setaraf dengannya bila Harith beria mahu memperisterikan Iris.Jatuh air mukanya bila gadis yang dipilih jauh berbeza dengan apa yang dia impikan selama ini.Siapa tak kenal dengan Puan Yasmin yang datang dari golongan berada.Bergaul pun dengan orang yang sama taraf saja.
Masa nak kahwin pun Harith seperti tak menyempat.Hanya sekadar akad nikah dan kenduri kecil-kecilan di pihak keluarga Iris.Lepas sebulan baru Puan Yasmin buat majlis tu pun sebab Harith desak.Kalau tak sampai ke sudah dia tak mahu buat majlis.Malu bila ada kawan yang bertanya Iris anak Tan Sri atau Dato dan Datin mana.Paling koman pun mesti lah anak usahawan atau pun anak golongan berharta macam mereka.
Majlis pun buat kecilan.Hanya keluarga terdekat saja dijemput.Dia malu nak ajak saudara mara yang lain.Takut ada yang mengejek nya.Paling pantang Puan Yasmin orang memperlekehkan dia.
Paling menyedihkan bila ibu Iris hulur tangan nak salam pun dia sambut endah tak endah.Tu pun hujung-hujung jari saja.Iris nampak semua tu.Tapi dia sabarkan hati.Macam-macam cara dah dia nak buat nak pikat hati ibu mentuanya tetapi satu pun tidak kena.Yang dia dapat hanya makian dan hinaan.Malah makin kerap pula tu.
"Abang harap Iris sabar ya.Lama-lama lembutlah hati mama tu.Mama tu nampak saja keras tapi hati dia baik."pujuk Harith.
Iris Malaeka hanya kuntumkan senyuman.Tiap kali dia bersedih Harith akan memujuknya.Itu yang buatkan dia kembali bersemangat.Walaupun hakikatnya dia tahu ibu mentuanya tidak akan pernah menerima kehadirannya sebagai ahli keluarga.Hanya Harith tempat dia bergantung dan membahagiakannya.
Assalamualaikum & hai buat semua readers.... diharap semyanya sihat.. selamat membaca... #ceritarekaansemata #ilhamsendirisakuraleo 29/5/2022
Share this novel