AKASYAH duduk menunggu di dalam pejabat Aira. Apa yang mustahak sangat kakaknya suruh datang ke pejabatnya hari ini. Akasyah perhatikan segenap ruang pejabat Aira. Modelling Agency yang diuruskan oleh kakaknya sekarang ini merupakan perniagaan mummy mereka. Keluarga mereka memang terkenal dengan perniagaan.
Daddy mereka juga menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan barang kemas perhiasan wanita yang diberi nama jenama A’Love yang memang terkenal seperti jenama barang kemas lain.
Perniagaan mummy dan daddy dia juga saling bersangkut paut kerana syarikat daddy akan guna khidmat peragawati di agensi mummy untuk tujuan pelancaran mahupun promosi.
Kadang kala Akasyah terfikir juga sama ada dirinya sebelum ini pernah terlibat dalam urusan perniagaan keluarga seperti kakaknya atau tidak. Sebab sekarang ini memang Akasyah tidak bekerja dengan mana-mana syarikat keluarganya. Akasyah punyai kerjaya sendiri.
“Puan…Ini magazine yang puan nak.” Terjah pembantu Aira yang tak perasan dalam pejabat ini tiada Aira tetapi yang ada Akasyah seorang.
“Opss! Sorry Encik Akasyah. Saya ingat Puan Aira ada dalam bilik dia tadi.” Malu pembantu Aira rasa sekarang ini apabila orang lain yang berada di dalam pejabat majikannya. Sudahlah dia main terjah saja masuk tadi.
“It’s okay. Kak long keluar kejap.” Balas Akasyah.
Akasyah perasan semua pekerja dalam syarikat keluarganya seperti berhati-hati dengan dirinya. Mungkin kerana sifat tak mesra alam dia. Bukan macam kakaknya yang memang mesra dengan semua orang tak kira pekerja bawahan sekali pun. Sebab itu pembantu Aira ini dah terbiasa main terjah ke pejabat ini kerana fikir kakaknya berada di dalam pejabatnya sekarang.
Kakaknya pun satu boleh pula keluar waktu ini tanpa pengetahuan pekerjanya. Dengan dia sekali terpaksa menunggu kakaknya dari tadi.
“Oh…Kalau macam tu saya letak magazine ini atas meja dia jelah.” Jawab pembantu Aira.
Akasyah angguk. Tapi matanya terpaku melihat majalah yang berada di tangan pembantu tersebut.
“Majalah apa ni?” Tiba Akasyah ringan mulut bertanya.
“Majalah fesyen.” Jawab pembantu itu sambil tersenyum walau rasa pelik sikap Akasyah yang tidak dingin seperti selalu.
Gaya Akasyah yang seperti nampak berminat buatkan pembantu itu beri majalah tersebut pada Akasyah dari letakkan di atas meja Aria.
“Encik Akasyah bolehlah tengok sambil tunggu Puan Aria.”
Tangan Akasyah teragak mahu ambil.
“Dalam majalah ini ada artikel tentang rakan kongsi pereka fesyen yang selalu agensi kita gayakan rekaan mereka. Sebab tu Puan Aira suruh cepat-cepat saya beli majalah ni. Sebab Puan Aira kata rakan kongsi pereka fesyen tu bukan calang-calang orangnya.” Pembantu tu cuba menarik minat Akasyah.
Akhirnya Akasyah ambil juga pada tangan pembantu itu. Akasyah terus membelek isi majalah itu apabila pembantu tadi telah keluar.
Akasyah memang tak pernah berminat dengan majalah tak kira apa jenis majalah. Akasyah lebih suka membaca buku. Tapi disebabkan dia agak bosan juga sekarang ini jadi cubalah melihat isi majalah tersebut. Lagi pun saja dia nak tahu apa yang menarik sangat tentang rakan kongsi pereka fesyen yang diperkatakan pembantu tadi.
Selak helaian demi helaian tiba-tiba mata Akasyah terpaku melihat satu ruangan dalam majalah tersebut. Tangannya seperti automatik mengusap gambar yang berada disebelah ruangan artikel tersebut.
“Jadi dia ini…” Akasyah terus baca artikel yang ditulis berkaitan temubual bersama perempuan yang membuatkan dirinya akhirnya tertarik pada seseorang.
Entah kenapa senyuman terukir di bibir Akasyah tanpa dia sedari.
Mengetahui serba sikit tentang perempuan itu melalui temubual dalam majalah tersebut membuatkan Akasyah rasa gembira.
“Raisa…” Akasyah menyebut nama perempuan tersebut dengan senyuman terukir dibibir.
“Kasyah buat apa tu?”
Terkejut Akasyah mendengar suara Aira. Laju dia meletakkan majalah tadi di atas meja kakaknya.
“Kak long pergi mana tadi?” Akasyah menjawab soalan Aira dengan soalan.
“Pergi dating.” Jawab Aira tersengih sambil duduk di kerusi pejabatnya.
Entah betul atau tidak Akasyah rasa jawapan Aira.
“Ada apa kak long suruh Kasyah datang sini? Malas Akasyah nak berlengah lagi.
“Nak bagi jemputan.”
“Huh! Jemputan apa?”
“Jemputan VIP untuk pelancaran design terbaru set barang kemas A’Love.” Jawab Aira dengan muka bangga.
“Hmmm…Mummy dah bagi tahu.” Jawab Akasyah tak berminat.
Geram Aira tengok perangai adik dia yang seorang ini.
“Kasyah kena datang juga esok malam. Kena datang sebagai…”
“Partner Thia.” Potong Akasyah dengan dingin.
“Taklah…Kena datang sebagai anak CEO.” Balas Aira selamba.
Akasyah pandang kakaknya. Antara ahli keluarganya, dengan Aira saja yang Akasyah boleh duduk bersembang lama sikit berbanding mummy dan daddy mereka. Sebab itu Akasyah boleh sampai ke agensi ini kalau bukan sebab kakaknya memang tak pernah dia nak jejak mana-mana syarikat milik keluarganya.
“Ingatkan kak long pun macam mummy juga.”
Yalah. Sudah banyak kali mummy dia ingatkan dirinya untuk datang bersama Fathia.
“Kalau orang tak berminat buat apa kita nak paksa.” Akasyah pandang Aira lagi. Apa maksud kakaknya itu.
Aira yang perasan Akasyah memandang dirinya terus bersuara lagi.
“Kalau Kasyah nak putuskan pertunangan dengan Thia pun kak long okey je.”
Lagi buat Akasyah tergamam.
“Apa maksud kak long? Kenapa kak long tak kisah.”
Aira tersenyum. Mungkin dia geli hati melihat adiknya yang kurang bercakap ini tiba-tiba petah pula hari ini.
“Dah dua tahun Kasyah. Kalau kak long jadi Thia, dah lama kak long putuskan je hubungan yang tak serupa hubungan ini.”
“Mungkin sebab dulu kita orang tak macam ini. Mungkin kita orang macam pasangan yang lain sebab itu Thia tak nak putus asa.” Jawab Akasyah.
“Dari dulu memang dia tak putus asa tunggu Kasyah walaupun Kasyah boyfriend orang.” Perlahan suara Aira.
“Kak long cakap apa?” Kasyah seperti kurang dengar.
“Kasyah tetap kena datang juga esok ya. Sebab kita ada VIP guest yang sudah lama dinantikan kemunculannya.” Aira ubah topik.
Baru Aira perasan ada majalah di atas mejanya.
Teruja Aira ambil majalah tersebut.
“Yes! Dah ada pun magazine ni.”
Pelik Akasyah lihat keterujaan kakaknya seperti dapat barang kemas baru.
“Kasyah nak tengok sekali.” Pelawa Aira.
“Kak long tengok jelah. Kalau tak ada apa-apa hal Kasyah gerak dulu.”
“Betul tak nak? Kalau nak, kak long boleh bagi pinjam majalah ni dulu kat Kasyah.” Pelawa Aira lagi.
Bertambah pelik Akasyah. Bukan ke tadi Aira sangat teruja melihat majalah itu sudah ada di atas mejanya tapi sekarang sanggup meminjamkan dulu padanya tanpa melihat isi majalah tersebut sampai helaian akhir.
“Rugi tau kalau Kasyah tak tengok.” Pancing Aira.
“Tak rugi sebab Kasyah dah tengok.” Perlahan suara Kasyah tapi masih boleh didengari oleh Aira.
“Seriously?” Jerit Aira teruja.
“Kasyah gerak dulu.” Laju Kasyah keluar dari pejabat Aira tanpa hirau jeritan suara kakaknya memanggil nama dia berkali-kali.
Malas Akasyah nak berlama di pejabat Aira. Risau Akasyah kalau Aira soal dia bermacam-macam soalan. Sudahlah tadi dia terlepas cakap yang dia sudah tengok majalah tersebut.
Bukan apa. Masih terlalu awal dia cuba tunjuk perubahan sifatnya sekarang ini pada ahli keluarganya. Sebab Akasyah pun tak pasti sejauh mana sifatnya dinginnya akan berubah.
Tapi yang pasti Kasyah tahu semua ini disebabkan oleh…
“Raisa…” Sekali lagi Akasyah menyebut nama itu.
“Attraction or not? She's really something!”
Itu yang Akasyah pasti sekarang ini.
Dan Akasyah tak sabar untuk menantikan pertemuan yang sebenar kerana Akasyah yakin Raisa juga pasti berada di majlis malam esok.
Sekali lagi senyuman terukir di bibir Akasyah buat kali ke berapa hari ini kerana seorang yang bernama Raisa.
Malam ni kita publish awal sikit. Terima kasih terus support novel pertama Ana. Sudi-sudilah komen ya.
Share this novel