11

Other Series 56144

TAK keruan Eirfan dibuatnya. Pusing kiri pusing kanan. Pusing lagi kiri, pusing lagi kanan. Hati dia sebak, risau dan paling tak boleh blah, dia cemburu. Ya, dia cemburu!

"Ara dah pergi Kuantan. Ikut encik Ehsan. Katanya last minute job!"

Itu yang dia dengar melalui Hasma petang tadi setelah dia mencari Natrah. Benar-benar tak senang duduk dia gara-gara seketul Natrah itu! Arghhh!! Natrah betul-betul dah berjaya porak-perandakan hatinya. Dia bagai nak gila mencari Natrah ke sana sini. Tapi gadis itu buat tak tahu saja. Dicall tak jawab, di WhatsApp pun tak reply. Sengaja betul Natrah menguji hatinya.

Sudahlah dia dimarahi tanpa sebab dan alasan. Sekarang Natrah pamit tanpa memberitahu dia. Pergi pulak dengan Ehsan. Berdua lagi tu! Setahu dia, Natrah takutkan sangat si Ehsan itu. Namun kenapa sekarang sudi pulak nak berdua-duaan dengan Ehsan? Walaupun atas alasan kerja! Arghhh! Tak habis fikir dia. Apa salah dia?

Kenapa susah sangat Natrah nak bagitahu salahnya? Jika benar dia ada berbuat kesalahan, dia pasti akan perbetulkannya demi Natrah. Ini tidak. Natrah tetap berdiam diri. Iya tidak, menafikan juga tidak.
"Ara, kenapa awak buat saya macam ni?!"

Eirfan mengeluh panjang. Dia tak punya pilihan melainkan terpaksa bertanya sendiri duduk perkara sebenar daripada Azizah dan Hasma. Manalah tahu ,mereka bisa membantunya sementelah mereka sangat akrab dengan Natrah.

NATRAH menghempas tubuh di atas katil queen size itu. Lenanya! Tilamnya sangat empuk dan selesa. Badannya yang kepenatan itu sungguh suka menerima layanan dari tilam itu.

Baru saja nak pejamkan mata, pintu biliknya diketuk. Natrah malas nak angkat. Dia tetap berbaring sambil mencuba untuk melelapkan matanya. Namun lenanya sekali lagi terganggu dengan bunyi ketukan di pintu.

"Aduihai... Siapalah rajin sangat buat lawatan jam-jam macam ni?" Matanya sempat mengerling ke dinding jam. Sudah pukul 7.45 malam. Dia mengantuk dan betul-betul kepenatan. Walaupun tidak sampai sejam jarak perjalanan mereka, tetapi dia tetap merasa penat sehinggakan dia ketiduran ketika di dalam kapal terbang. Bahkan ketika sudah sampai pun, dia tidak sedar sehinggalah Ehsan sendiri yang membangunkannya.

Sekali lagi, pintu biliknya diketuk. Namun kali ini ketukannya lebih kuat. Lantas, membuatkan Natrah terpaksa mengalah dan bergegas menuju ke pintu. Terkuak saja pintu bilik, dia kaget melihat figura Ehsan terpacak di situ. Lelaki itu sangat santai mengenakan kemeja T lengan panjang dan seluar jeans. Sesuatu yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Dan kemachoan lelaki itu juga terserlah dari sebelumnya yang sentiasa berwajah bengis.

"Awak memang kaki tidur ke? Tidur tak kira tempat! Saya ketuk banyak kali pun tak dengar" rungut Ehsan sambil berdiri bersilang tangan. Penampilan Natrah yang kusut-masai itu sangat mencuitkan hati. Walaupun kelihatan messy, namun babyface nya tetap tidak mampu disorokkan.


Natrah ketap bibir. Banyak kali apa kebenda? Dia ketuk tiga kali je kot! Menyampah betul! Ganggu orang nak tidur je. Apalah dia buat kat sini jam-jam macam ni? Tak reti penat ke?

"Cepat siap! Turun bawah!" gesa Ehsan. Galak saja matanya memerhatikan gelagat Natrah yang dari tadi menguap sahaja. Penat sangat ke? Macam dia pulak yang bawak kapal terbang tu!


Terbeliak biji mata Natrah dengan arahan Ehsan itu. Office hour sudah berlalu, namun Ehsan ini tetap saja mengarahkannya itu ini! Matanya yang layu kembali segar.

"Turun bawah buat apa?"


"Makan. Awak tak lapar ke? Atau awak nak saya bawak makanan masuk dalam bilik awak? And I serve you like a maid?" sindir Ehsan sambil angkat kening.


Natrah mengeluh. Bukan Ehsanlah namanya jika tak menyindir!

"Yelah-yelah!"

SETELAH membuat pesanan, Natrah mahupun Ehsan masing-masing melayan perasaan sendiri. Mereka tidak berbual dan suasana sangat sepi antara mereka. Ehsan masih sibuk dengan tabletnya. Ada beberapa kendalian projek yang masih perlu diselesaikan sebelum bertemu dengan klien esok pagi. Dan semuanya haruslah sempurna. Dia tidak mahu sebarang kecacatan, jika tidak dia akan membawa nama buruk kepada syarikatnya.


Duduk menopong dagu, tangan Natrah dari tadi bermain-main dengan gelas kaca di hadapannya. Dia bosan berdua dengan Ehsan di situ. Jika lepak bersama Hasma atau Azizah, pasti keadaan mereka riuh semacam. Atau jika berdua dengan Eirfan, pasti gurau senda menghiasi perbualan mereka. Arghh!! Eirfan lagi.


Sedarlah hati! Orang tu dah nak jadi milik wanita lain. Tak guna berharap pada yang tak sudi. Hu hu hu.. Sejak dia lancarkan perang dingin dengan lelaki itu, sejak dari detik itu lelaki itu tak pernah berhenti menghubunginya. Ada saja misscall dan WhatsApp darinya. Tetapi Natrah malas hendak ambil pusing. Untuk apa dia dirayu lagi sedangkan dia bakal bergelar suami Aliya dalam beberapa hari lagi. Arghh! Sungguh dia tak faham maksud hati dan keinginan lelaki itu.

"Natrah, please be silent!" tegur Ehsan, radang tatkala bunyi ketukan dari gelas kaca itu mengganggunya.

Serta-merta Natrah menghentikan perlakuannya. Wajahnya direnung oleh lelaki itu membuatkan pipinya tiba-tiba berbahang. Erghh!!

"Awak memang takutkan saya ke?" Tablet yang Ehsan pegang, ditolak ke tepi. Kerjanya sudah selesai. Sejak kebelakangan ini, dia ada mendengar dari beberapa stafnya mengenai ketakutan Natrah terhadap dirinya. Di situ, dia mula menilai dirinya sendiri. Adakah dia terlalu tegas atau dia memang ditakuti oleh semua stafnya?

Duduk Natrah yang bersandar pada bahu kerusi segera ditegakkan. Tanpa sedar, laju saja dia mengangguk kepalanya.

"So betul awak takutkan saya?"

Belum sempat Natrah menjawab, pelayan sudah datang membawa pesanan mereka. Setelah menghidangkan pesanan mereka, Natrah cepat-cepat menyuapkan nasi briyani ke dalam mulutnya. Lapar betul dia sehingga tak sedar dia diperhatikan oleh Ehsan dalam diam.

Menyedari dirinya diperhatikan, Natrah cepat-cepat menyudahkan suapannya yang tersisa. Dia menarik nafas dalam-dalam. Wajah Ehsan ditatap.


"Bukan saya je yang takutkan bos! Semua staf kat situ pun sama. Cuma dorang tak berani nak bersuara. Yelah, bos kan garang. Wajah bengis, ketat, menakutkan, dan tak pernah senyum. Dan tak pernah nak bermesra dengan staf sendiri. Tak taulah kenapa dorang masih bertahan dengan bos"


Riak wajah Ehsan berubah mendadak. Dia tersentak dengan pengakuan jujur dari gadis itu. Natrah memang berani bersuara lantang dengannya. Dan dia memang tidak nafikan semua pengakuan itu. Namun itu memang sudah sifat semulajadinya. Masakan dia mahu merubahnya?


"That's me. Naturally" komen Ehsan lalu menyedut jus orennya.


"And I can't simply change myself just to please everyone around me" Gelas tinggi berisi jus oren diletak betul-betul di hadapan Natrah.

"Tapi adakalanya kita kena berubah, not 100%! Tapi berubah tengok pada keadaan. Taklah bermaksud yang bos kena berubah masa kat luar office hour. Nanti kalau bos tetap dengan sikap macam ni, tak mustahil banyak yang mengata di belakang" Milo ais tersedia untuk disedut. Nikmatnya bukan kepalang lagi.

Kening Ehsan bertaut. "Jadi selama ni ada yang mengata di belakang saya? And I guess you're one of them?"

Tersedak Natrah dengan soalan cepumas Ehsan itu. Soalan yang benar-benar memerangkapnya kembali. Eee mulutt!! Cepat-cepat dia gosok dada sendiri. Nasib dia tak tersembur air ke wajah Ehsan. Kalau tidak, masaklah dia nak menjawab!

"Kinda of..." sahut Natrah perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Ehsan. Dia menyungging senyuman sinis. Natrah memang berani! Dia mengagumi sikap Natrah yang satu itu.

"So kenapa awak masih stay? You know me well. Awak takutkan saya yang sentiasa bengis ni. Tapi awak masih di sini. So why?" Ehsan sengaja ingin menguji sejauh mana kebijaksanaan gadis itu menjawab.

Milo ais disedut lagi. Pertanyaan Ehsan sudah dapat diagak oleh Natrah. Oleh itu, dia tidak perlu melatah kerana dia memang sudah lama mempersiapkan jawapannya.

"Saya tak buat salah. Buat apa saya nak lari dari situ? Saya stay sebab saya percaya rezeki saya kat situ. Lagipun banyak yang perlu saya pelajari dari orang-orang seperti encik Ehsan. Kalau saya tak kuat mencari ilmu, saya akan gagal dan tumbang. Dan saya pun seperti encik Ehsan, saya tak nak jadi orang yang kecundang tanpa berjuang dahulu"


Respon dan jawapan Natrah sedikit sebanyak menyentakkan Ehsan. Dia akui, Natrah memang seorang gadis yang bijak. Tetapi kenapa pelajaran dia setakat SPM sahaja? Walhal dia punya masa depan yang cerah di luar sana.

"Lagi satu. Saya nak cari duit. Saya bukannya orang senang macam bos. Lahir-lahir je dah tengok emas, berlian, intan permata... Saya lahir-lahir je tengok longkang, lumpur, tanah, pasir dan macam-macam lagilah"

Omongan Natrah mencuit hati Ehsan. Tanpa segan silu, bibirnya tertawa kecil dengan celoteh gadis itu. Senang benar duduk berdua dengan Natrah. Takde stress langsung! Gayanya yang sempoi juga mencuitkan hati lelakinya.

"Saya rasa, saya menang besar malam ni!"

"Pardon?" Kening Ehsan bersatu. Dahinya berkerut. Kurang memahami maksud sebenar gadis itu.

"Because you laughed at me!" sahut Natrah lagi.

Dan kali ini, tawa Ehsan tidak mampu disembunyikan lagi. Gelagat dan percakapan gadis itu benar-benar memukau sanubari.

EIRFAN merasakan ada sesuatu yang betul-betul tidak kena. Tidak mungkin Natrah hanya salah faham akan hubungannya dengan Aliya. Setakat itu, itu sahaja yang mampu dia simpulkan. Pasti ada perkara lain yang sedang Natrah sembunyikan. Tetapi apa?

Dia harus ketemu Azizah dan Hasma bagi mencari jawapannya. Untuk itu, dia awal-awal lagi sudah menjadi orang pertama duduk di kantin tersebut. Dia menanti penuh sabar akan kehadiran dua gadis itu.

Saat melihat kelibat Azizah dan Hasma, dia cepat-cepat mengatur langkah mendekati mereka.

"Encik Eirfan!" Hampir tersembur air kopi panas yang dihirup oleh Azizah itu. Terkejut benar dia melihat Eirfan yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka.

"Nasib baik tak terkehel kerongkong!" seloroh Azizah lagi.

"Encik Eirfan nak duduk dengan kita orang ke?" tanya Hasma. Dia juga mempunyai sesuatu yang berlegar-legar di ruang fikirannya tentang lelaki segak itu.

"Boleh ke?" tanya Eirfan, dungu. Kalau dulu adanya Natrah di situ, tak perlu dia minta izin. Pasti awal-awal lagi duduknya sudah berlabuh di situ. Arghh!! Dia rindukan Natrah. Sangat!

"Duduk je encik Eirfan. Bukannya hak kita orang pun meja kerusi ni. Hak company!" Azizah sekadar ingin bergurau. Namun gurauannya tidak menjadi apabila wajah kelat Eirfan mula tampilkan diri.

"Sorry..." Azizah minta maaf pula. Silap dia kerana bergurau tak kena tempat.

"It's okay" Eirfan senyum tipis. Dia teringatkan Natrah tatkala omongan Azizah itu menerpa gegendang telinganya.

Duduknya sudah dilabuhkan di hadapan kedua gadis itu.

"Encik Eirfan tak nak pesan apa-apa ke?" tanya Hasma, prihatin. Bukan apa. Dia lihat wajah sugul Eirfan itu tak ubah seperti mati bini sahaja! Adakah gara-gara Natrah? Tetapi Eirfan kan nak menikah? Kenapa masih terkenangkan Natrah?


Eirfan geleng kepala. Dia tiada selera pagi itu. Semangatnya juga hilang dibawa Natrah. Hmm... Susahnya sakit asmara ni..

"Saya ada benda nak tanya kamu berdua. Pasal Ara"


Mendengarkan itu, Azizah dan Hasma saling berpandangan. Mereka sudah dapat menghidu bau-bau soalan yang bakal ditanya oleh Eirfan.


"Ada sesuatu pasal Ara yang saya tak tahu ke?"


"Maksud encik Eirfan? Kita orang tak faham" Hasma jawab dengan soalan kembali.

"Saya perasan, semenjak beberapa hari ni Ara selalu mengelak dari saya. Dan baru-baru ni saya dapat tahu yang dia marahkan saya. Itu pun Ara sendiri yang mengaku. So saya nak tahu. Dia ada bagitahu apa-apa ke pada korang?"

Seperti mampu diduga, soalan itu yang ditanya oleh Eirfan. Baik Hasma mahupun Azizah, mereka tahu asbab kepada perubahan sikap Natrah itu. Walaupun belum jelas hubungan di antara Eirfan dan Natrah, bahkan kedua mereka tidak pernah mengatakan apa-apa tentang itu, namun ada suatu tarikan antara mereka yang menyebabkan boleh tercetusnya kepada perselisihan faham ini.

"Rasanya ini berpunca dari kad jemputan perkahwinan yang encik Eirfan hantarkan pada Ara hari tu" ujar Azizah pula. Hasma mengangguk kepala, bersetuju dengan omongan temannya itu.

Kening Eirfan bertaut. "Kad jemputan?"

Kedua mereka mengangguk kepala.

"Ohh ya kad tu. Kenapa dengan kad tu?" Eirfan terkedu. Ada apa pada kad tersebut sehingga Natrah merajuk dengannya? Setahunya, kad itu sudah cukup menjelaskan hubungannya dengan Aliya.

Hasma dan Azizah sekali lagi saling berpandangan. Mereka berasa pelik dengan pertanyaan dari lelaki itu. Sendiri buat salah, sendiri tak nak mengaku! Buat-buat tak tahu pulak tu!

"Tu kad jemputan perkahwinan encik Eirfan kan?" Azizah tanya bagi pihak Hasma.

"What??!"

TOK! TOK! TOK! Pintu bilik Natrah diketuk. Seolah tahu gerangan si pengacau, Natrah lambat-lambat berjalan ke arah pintu. Siapa lagi kalau bukan si muka kerut bertingkat-tingkat itu?! Dia tu mana pernah nak biarkan Natrah hidup aman! Ada sahaja olahannya yang buat Natrah naik menyampah. Haishhh cepatlah masa berlalu!

Jam di dinding dikerling sekilas. Baru jam 9 pagi. Menurut Ehsan malam tadi, mesyuarat dengan pembekal bakal bermula pada jam 10.30 pagi. Maksudnya, ada lagi satu jam setengah baki masa. Namun kenapa Ehsan mengejutkannya seawal ini? Dia masih belum puas rehat.

Pintu bilik terkuak. Ehsan kaget melihat penampilan Natrah yang agak selekeh itu. Dengan baju tidur yang besar dari saiz badannya, dipadankan pula dengan seluar pendek paras paha. Rambutnya pula, ya ampunnn!! Naik seram dia melihat keadaan Natrah itu. Tak jauh beza dari mak lampir!


"Ya bos! Nak apa?" tanya Natrah dengan matanya yang agak mamai. Dia sempat menguap di hadapan Ehsan yang dari tadi tak lepas-lepas memandangnya.


"Ni.." Ehsan serahkan baju kot dan seluar slack berwarna hitam kepada Natrah. "Iron baju saya ni" arahnya lagi.


Mata yang mamai kembali segar-bugar mendengar arahan berbaur diktator dari seorang pemerintah itu!


"Haaa??" Natrah melirik sekilas ke arah baju tersebut. Itu ada dalam skop kerja aku jugak ke?


"Tak payah nak terkejut sangat! Ni pun salah satu kerja awak. Jangan risau. Ni saya kira OT"


Lambat-lambat Natrah menggapai baju dan seluar tersebut. Alahaii!! Pagi yang indah bertukar gelap. Ehsan punya arahan, tiada siapa berani ingkar!

"And one more thing! Please be ready in 10 minutes. Saya tunggu kat bawah. And make sure, awak tak turun dengan wajah menyeramkan macam ni!"


Selesai berkata-kata, Ehsan berlalu tanpa sempat Natrah bersuara.

"Eeeee taulah dia tu bos! Tapi tak payahlah sampai nak mengarah macam-macam. Suruh kita bersiap dalam 10 minit. Mandi pun belum. Apa pun belum. Ni, baju seluar dia ni. Pun aku jugak yang kena iron! Nama je bos ,tapi pemalas!" omel Natrah. Dia sudah kembali ke dalam biliknya. Bersiap cepat supaya bos diktator itu tak mengomel yang macam-macam. Jika tak ,jenuh dia nak menjawab!

TERJAWAB sudah segala persoalan yang membelenggu minda dan otak kusutnya. Kini, dia lebih faham dan mengerti akan segala perubahan yang berlaku ke atas diri Natrah secara tiba-tiba itu. Pantas sajalah gadis itu kerap memencilkan diri. Bahkan segala panggilan dan pesanannya diabaikan oleh gadis itu. Rupa-rupanya, ianya hanyalah kerana sekeping kad undangan perkahwinan. Natrah salah faham akan nama pengantin lelaki.

"Kami ingatkan, yang nak kahwin dengan Aliya tu encik Eirfan. Rupanya tak!" Hasma menghela nafas lega. Teringat kembali akan wajah muram dan sugul Natrah tempoh hari, semakin menguatkan nalurinya akan perasaan Natrah terhadap lelaki itu.

Eirfan tergelak kecil. Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, beban yang terasa berat kini tampak lebih ringan. Bahkan dia merasakan tiada bebanan langsung baginya.


"Tu nama kawan saya. Bakal suami Aliya. We share the same name. Tapi ejaan yang berbeza" jelas Eirfan. Segala kekusutan sudah terlerai. Lega!


"Selama ni kita orang memang tak tahu nama sebenar encik Eirfan. Yalah, kita orang tak satu department dengan encik. Lagi-lagi si Ara tu. Dia budak baru, bukan under encik Eirfan pulak tu. Tak hairanlah kalau dia betul-betul salah faham" sahut Azizah pula. Hasma mengangguk tanda setuju.


"It's okay! Yang penting sekarang, segala kekusutan ni dah terjawab. Saya dah tahu kenapa Ara bawak diri jauh sangat. Takpelah. Nanti saya sendiri akan jelaskan pada dia" tokok Eirfan lagi.

"Baguslah tu encik Eirfan. Bukan apa, naik bernanah dah telinga kami ni dok dengaq dia pasang lagu Pelamin Anganku Musnah. Pagi petang siang malam, asyik lagu tu ja yang dia dok putaq. Naik lemau tauu!" Azizah bersadu. Yalah, kalau lagunya berancak kencang atau dangdut ke, bolehlah dia layan sekaki. Ini tidak ,lagu sedih tu jugak yang dia ulang-ulang. Nasib baik teman baik! Kalau tak, mahunya dia bergaduh dengan Ara!


Omongan Azizah disambut tawa oleh Eirfan. Senang hatinya mendengar cerita gadis itu. Pelamin Anganku Musnah? Kening Eirfan bertaut.

"Ye encik Eirfan. Kita orang ni, sampai dah boleh hafal dah lirik lagu tu. Kalau masuk pertandingan Jangan Lupa Lirik, agak-agaknya boleh menang besar kami berdua!" seloroh Hasma pula. Nasiblah si Ara tu comel. Kalau tak, takde masanya dia nak tadah telinga dengar lagu jiwang tu di pagi-pagi hari.

"Ha ha. Korang ni memang lawaklah! Untung Ara dapat kawan macam korang. Hari-hari boleh gelak" puji Eirfan, ikhlas.

"Yang lawak tu, saya je. Hasma ni, sekadar menambah perasa je!" omel Azizah lagi. Dia sudah tergelak dengan kata-katanya sendiri.

Suasana bingit dan riuh dengan gelak tawa dari mereka bertiga.

"Saya rindukan Ara" ucap Eirfan tiba-tiba. Wajahnya serius. Dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Terseksa betul harus berjauhan dari gadis pujaannya.

"Alaa. Sabarlah encik Eirfan. Petang ni baliklah dorang. Nanti dah balik, encik Eirfan peluk ciumlah dia!" usik Azizah.

"Horny betullah kau ni!" kutuk Hasma.

Eirfan tergelak. Ya, dia juga tak sabar ketemu dengan gadis itu. Dan usikan Azizah itu, dia hanya akan buat jika mereka betul-betul sudah sah! Ya, dia hanya menunggu waktu yang tepat buat melamar gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience