SEMINGGU sudah Ellya perasan akan perubahan suaminya yang semakin menyendiri kadang kala kerap termenung di luar rumahnya..dia pastu suaminya mengalami hari yang sukar..
“Awak ada masalah ke? Penat eh jaga saya?”
“Eh mana ada tak baik cakap macam tu. saya pening pasal ofis sikit ni ada problem biasa jelah wakk..bila kerja delay banyak lah yang bertindan” Bohong Irsyad
“Sebelum ni ada masalah ofis pun takda pulak awak risau macam ni..ni sampai makan pun dah tak fokus”
“Yelah mana boleh fokus..ada bidadari cantik depan mata”
“Eee dia ni kan..”
Sambil Ellya cuba mencari tangan suaminya..dia tahu akan suaminya itu hanya berbohong supaya dia tidak risau..
dia cuba memberi kekuatan kepada suaminya..namun pantas tangan Irsyad melepaskan tangan Ellya, Ellya tersentak.
“Sorry..saya nak tidur jom..” ajak Irsyad, Ellya terkesan mengapa Irsyad perlu berubah, sejak kebelakangan ni Irsyad jarang menyentuh Ellya.
Ellya masih tidak dapat melelapkan matanya..wajah Irsyad ditenung..
‘Apa masalah yang awak tengah lalui ni..adakah berkaitan hal dulu? Hal awak perlu berkahwin dengan Tania..’ Air mata Ellya sudah berjujuran..walaupun mulutnya yakin membenarkan suaminya untuk berkahwin lagi..namun jauh disudut hatinya menidakkan perkara itu.
“Morning..harini kita ada appointment yay..jom siap”
Ellya tidak terkutik..dia hanya melihat perwatakan Irsyad yang sibuk menyiapkan dirinya..
KRINGGGG KRINGGG! Telefon Irsyad berbunyi..
Irsyad menjauhkan dirinya apabila mengangkat panggilan tersebut..Ellya berasa curiga..Irsyad tidak pernah menjauhkan diri apabila menerima panggilan..
‘Ish perasaan kau je tu’ desis hatinya
“Okay Puan from result..we found that ur chemo are doing well & ur cancer also had decrease from what can i say is jangan terlalu gembira..kerana dia boleh merebak lebih teruk”
“Alhamdulillah..see sayang? Saya kan dah cakap awak kuat.. this is new improvement tau” sambil mencium dahi isterinya, Irsyad memuji.
Ellya juga tidak dapat menggambarkan bahagianya..
Selesai berjumpa doktor Irsyad mencadangkan mereka untuk terus pulang kerana Irsyad perlu berjumpa kawannya..
“Awak..nanti kalau ada apa apa call saya & nak makan apa2 panggil bibik je okay? Jangan cuba buat sendiri”
“Iyeee..jangan risau saya bukan budak kecik lagi”
“Eleh bukan budak kecik tapi perangai manja mcm baby”
“Alah manja dengan suami pun..suami tak layan huh..”sedikit keluhan didengari
“Errr..dahla saya pergi dulu bye!”
Di sebuah shopping complex..
“Weh lama gila doh kita tak datang sini..thanks lah kalau takda kau siapa jelah nak teman aku”
“Alah kau ni Ara mcm tak biasa pulak..ni aku nak tebus balik salah aku tu aku teman kau”
“Bukan salah kau. Salah Haris tak guna tu!”
“Kau still tak boleh lupakan dia kan hahahaa”
“Gila kau tak lupa, dah kalau kena macam tu siapa je boleh lupa”
“Tapi kau mesti impress dengan dia sekarang, dia dah jadi Doktor kau tahu”
“Ahhh aku taknak tahu dia jadi Doktor ke, PM ke lantak dia aku dah memang taknak dia”
“Wuishhh betul2 berdendam ni. Padahal dalam hati suka lagi..hahaha kan kan?”
“Takda lah dah suka orang lain..hahaha”
“Siapa? Kau dah pandai berahsia eh sekarang..”
“Ada lah..orang tu org terdekat aku je..haha”
Irsyad sudah menelan air liur takkan dia pulak yang Laura suka..mustahil..
“Weh jom lah makan situ..tadi kau nak makan kan”
“Haa jom jom”
Sambil berjalan Husna dan rakan kerja nya terhenti seketika..
‘Tu bukan Irsyad ke..siapa pulak perempuan sebelah dia tu’ desisnya
“Weh kau tengok siapa?” Soal rakannya
“Haa takda apa..tengok kedai makan tu nampak sedap.”
“Nak try ke?”
“Taknak lah..lain kali..”
Tangannya laju menggapai telefon bimbit untuk menangkap gambar Irsyad bersama perempuan itu.
SEND! Gambar itu dihantar ke Ellya.
Ellya sedang berehat terdengar bunyi whatsapp masuk ditelefonnya..
Husna bff send a picture
Ellya membukanya...
Lama ditenung gambar itu.. di zoom beberapa kali..tangannya sudah menggeletar..
“Ni bukan laki kau ke? Ke aku salah orang? Cuba kau check laki kau kat rumah ke apa?” Soal Husna bertubi tubi
“Betul. Tu Irsyad.” Hanya itu sahaja balasan Ellya, lalu dia tidak membalas lagi whatsapp Husna dibiarkan..dia perlu ketenangan..
Air matanya jatuh..
‘Jadi betul lah..awak tak sentuh saya sebab ada perempuan lain’ Tangisannya semakin laju..pening dikepalanya semakin mencucuk... dia tumpas.. badannya tidak seimbang..
“Puan!! Puann!!” Bibik menyambut badan Ellya di panggil panggil Ellya namun tiada sahutan..
bibik menelefon Irsyad, namun berkali kali tidak berangkat lalu dia menelefon ambulans untuk membawa Ellya..
Sampai sahaja Irsyad dirumahnya didapati rumahnya gelap..dipanggil bibik..
Tetapi tiada sahutan..dia pergi ke biliknya Ellya tidak ada..
tangannya mengeluarkan telefonnya
No battery
Menandakan tiada batteri, dia mengecas telefonnya dan menunggu.
“Hello, bibik kat mana Ellya mana!!”
“Bibik di hospital Tuan..bibik telefon Tuan langsung tidak berjawab jadi bibik telefon ambulans saja”
Telefon dimatikan Irsyad keluar semula untuk pergi ke hospital..Ellya perlukannya.
“Doc..Doc mcm mana isteri saya? What happened?”
Doktor Syifa hanya menggelengkan kepala
“Puan Ellya terlalu stress..sehingga menyebabkan dia boleh lost balance & collapse”
“Stress?”
“Yes..have you check on her?”
“Yeah i do,always.”
“You should..if not she will getting worst”
“I will..thanks Doc”
Doktor Syifa berlalu pergi dan Irsyad masih berfikir..apakah yang membuatkan Ellya begitu stress sehinggakan boleh pengsan..
“Bik..apa yang jadi di rumah tadi?”
“Bibik enggak tahu Tuan..bibik lagi sedang kemas di ruang tamu..lalu bibik masuk ke bilik Tuan mahu menanya Puan mahu makan apa terus Puan jatuh”
“Takpa..ni kita balik dulu ambil pakaian Puan lepastu kamu stay rumah je”
“Baik Tuan”
Setelah selesai baju disiapkan.. Irsyad bergegas ke hospital, Doktor memberitahu Ellya sudah sedar.
“El? Macam mana boleh jadi mcm ni”
Terbit kerisauan Irsyad pada isterinya
Ellya tidak menjawab, malah terus berpaling badannya membelakangkan Irsyad.
Panas hatinya apabila teringatkan gambar yang dihantar oleh Husna. Terpancar senyum lebar Irsyad bersama wanita itu.
“El..kenapa ni..”
Masih berdiam.
“Takpala kalau awak taknak bagitahu..ni bibik cakap awak tak makan lagi..kita makan ye.. saya ada belikan bubur”
Sedang Irsyad ingin menyuapkan bubur tersebut ke mulut Ellya, air mata Ellya sudah berjujuran..
“Heyy..kenapa ni..apa yang awak sedihkan sangat?”
“Awak dah sedia ada pengganti saya?”
“Apa awak cakap ni Ellya? Pengganti? Siapa? Bibik? Hahahaha”
Masih mahu bergurau
“Awak tahu siapa.” Lalu Ellya berbaring semula dan tidak memandang Irsyad di belakangnya.
Irsyad sudah dapat meneka maksud Ellya, jadi Ellya tahu dia keluar bersama Laura.
“Laura. Nama dia, dia kawan baik saya dulu masa kolej. No worries, we were not more than that” terang Irsyad, tetapi Ellya merasakan gadis itu pasti menyimpan perasaan pada suaminya.
Share this novel