Cumanya aku malas nak besarkan isu ni. Kes perempuan weh... Malu siot woo nak heboh-heboh.
“Apa kau panggil aku? Mamat bajet bagus? Ayat kau memang siot daa...” Muka dia menyinga habis.
“Naahhhh!! Mampus kau!!”
Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi tembakkan. Aku terkaku. Layla yang entahbila berada di depan aku terkulai jatuh. Namun sempat aku menyambutnya. Perlahan-lahan aku ampu badannya sampai ke ribaku. Mataku terancap pada cecair merah yang mengalir keluar dari badan Layla .
“Allahuakhbar!! Layla !!” Aku menjerit kuat. Tangannnya aku genggam erat, tangan aku sebelah lagi pegang tempat luka.
“Layla , bertahan sayang. Aku bawak kau ke hospital. Bertahan sayang.” dengan segala kudrat yang ada, aku mengangkat badan Layla dan melangkah perlahan-lahan turun tangga bangunan rumah flat. Sal mamat tu aku dah tak fikir dah. Yang penting sekarang Layla . Aku mesti selamatkan dia.
“Aku bukan jenis yang kemaruk harta. Kata-kata aku tadi hanya gurauan aku dengan Layla . Aku memang ada hati dengan minah ni. Tapi aku sedar siapa diri aku. Cuma budak penghantar surat aja. Jadi rasa yang menghuni dalam hati, aku biarkan sepi. Aku sudah cukup bertuah kerana gadis cantik dan semolek dia sudi berkawan dengan aku.
Nyawa aku sudah tinggal separuh. Rasa letih sudahmenguasai separuh dari semangat aku kini. ‘Ya Allah berilah aku kekuatan.’ merintih aku berdoa dalam hati.
Aku minta bantuan orang yang sedang berkumpul ditepi tembok flat. Nasib jugak penghuni sini semuanya baik-baik belaka. Terkejut mereka dengan apa yang terjadi. Menurut mereka bunyi tembakkan tu adalah bunyi mercun lebihan dari budak-budak nakal yang tinggal kat situ. Tak sangka pulak diorang yang tu bunyi tembakkan. Bila aku tiba dibawah dengan keadaan Layla yang berlumuran darah baru mereka tercengang-cengang dengan apa yang terjadi.
Share this novel