BR 06

Romance Series 4386

Papp

Bunyi sesuatu yang membingitkan menjengah lubang telinga Humaira. Mahu tidak mahu Humaira mengangkat mukanya.

"Siapa kacau tidur aku ni?" Humaira memisat-misat matanya yang kantuk.

Terbeliak matanya apabila perasan akan kelibat berwajah bengis dengan mata yang mencerlung memandangnya.

"Ah, Dr. Lion. Eh, Dr. Leona."

Habis aku. Dahlah tersasul pulak tu.

'Kenapa dia orang tak kejut aku. Hampeh betul' Humaira mengerling mencari muka rakan-rakannya.

Masing-masing buat muka seposen.

Riak tak bersalah. Hampeh.

Bergema ruangan kuliah dengan gelak rakan sekuliahnya melihat telatah Humaira.

"Tengku Humaira siapa suruh awak tidur dalam kelas aku. Aku tak ajar eh? Sekarang jawab soalan nombor 3. Apa jawapan dia?" pelat Cinanya masih ada.

Dr. Leona anak kelahiran Sabah dan berketurunan Cina. Pensyarah subjek Biostatistik yang tegas tapi disenangi para pelajar akan sikapnya yang semangat dalam menurunkan ilmu. Jarang para pelajar berasa bosan dengan kuliahnya. Kecuali si Humaira dan mereka yang memang tidak suka dengan subjek yang berkaitan kira-kira.

"Maaf Dr. Leona."

"Ini baru minggu ke dua tahu. Jangan tidur lagi. Banyak lagi yang awak kena belajar. Tidur aja. Cepat jawab, tiga minit aja aku bagi."

Humaira kebuntuan.

Gila apa nak suruh aku jawab, aku mana dengar tadi. Apa aku nak jawab ni. Humaira bermonolog lalu matanya liar mencari raut wajah rakan-rakannya.

Mengharapkan ada yang sudi menghulurkan bantuan. Emergency sangat ni.

Nyawanya ibarat telur di hujung tanduk dah ni.

Mia perlahan-lahan menolak sekeping kertas ke arah Humaira. Mia mengenyitkan matanya.

'Jawapan, yes! Thanks Mia' ucap Humaira di dalam hati.

Dengan bangga dia menuju ke hadapan dan menuliskan jawapan mengikut apa yang tertera dalam kertas itu.

"Well, good. It is correct everyone? Ada tak yang dapat jawapan lain selain ini?" soal Dr. Leona yang menanti pelajarnya mengangkat tangan.

"Okey. Tak ada. Betul ini cara jawab dan jawapan bagi soalan nombor 3."

"Terima kasih, Mia sebab bantu kawan kamu itu."

Erkkk!!! Kantoi rupanya.

Dr. Leona menjeling Humaira dan Mia yang duduk bersebelahan. Kedua-duanya hanya menyengih sahaja.

Tiba-tiba pintu bilik kuliah terbuka. Terjengul kepala Dr. Aidil di celahan pintu itu.

Semua yang berada di dalam kelas menoleh ke arah Dr. Aidil.

Hairan.

Jarang ada pensyarah tetiba terjah masa kuliah macam ini. Pasti ada sesuatu yang penting.

Semua mendiamkan diri memerhatikan perbincangan antara Dr. Leona dan Dr. Aidil walaupun tidak mendapat butir bicaranya.

Serius nampak.

Mulalah masing-masing buat andaian. Berbisik sesama sendiri.

"Listen, class. I have a news for your guys. Aku nak semua orang diam dan tenang. Control. Behave. Kita ada kawan baru. Pelajar yang baru transfer ke sini."

"Yeah." bersorak pula mereka sekelas.

"Silakan masuk."

Semua orang tergamam melihat pelajar yang baru sahaja masuk ke dalam kelas mereka.

Rambut blonde.

Mata biru.

Kulit putih bersih.

"Mat Saleh.." gumam mereka.

Ada yang kelihatan teruja.

Ada yang biasa-biasa.

Ada juga yang mula tak duduk diam.

"Come and introduce yourself to your new coursemates."

"Hi. My name is Emir Dayyan. You can call me Emir. Nice to meet you."

Emir mengangguk ke arah Dr. Leona menandakan dia selesai memperkenalkan dirinya.

"Okay, thank you. Have a seat and everyone focus. We'll continue our class."

Riuh rendah kelas dengan kehadiran rakan baru mereka yang entah dari mana asalnya.

Tak sabar nak berkenalan.

Selesai memberikan kuliahnya, Dr. Leona meninggalkan para pelajarnya terlebih dahulu. Para pelajar yang lain turut mengikuti langkah Dr. Leona bergerak meninggalkan bilik kuliah.

Jam menunjukkan angka satu menandakan telah masuk waktu makan tengah hari dan pasti kedai makan telah memulakan jualan makanan nasi berlauk.

Mia dan rakan-rakannya masih melangguk di kerusi masing-masing memikirkan hala tuju mereka selepas ini.

"Jadi ke mana kita sekarang? Mahu balik terus dan masak atau pergi Achik?" soal Kaira selaku pemandu tak bertauliah geng mereka.

"Emmmm...kalau ikutkan aku, aku rasa aku malas nak masak tengah hari ni. Malam okey." kata Syahira yang malas hendak masak apabila matanya mula diserang rasa ngantuk.

"Kalau Syeira dah kata macam itu, aku pun malaslah. Hee, kita gi Achik aje laa. Lama tak rase ikan keli masak hijau." Humaira menyokong kata-kata Syahira.

"Eh, bila aja kau rajin masak Maira." cebik Bella.

"So, ke Achiklah kita yek." Kaira memberikan kata putus.

Mia yang menyepikan diri mendengar celoteh rakan-rakannya membuat keputusan. Matanya ralit memandang ke suatu arah.

Emir Dayyan. ANama yang amat pelik didengar dan asing bagi telinga Mia. Asal mana ya? Benak Mia berteka-teki sendiri. Kalau ikutkan rontaan hatinya, mahu sahaja Mia mendekati Emir untuk memastikan sesuatu yang mengganggu fikirannya dengan kehadiran Emir. Tetapi, akal warasnya masih mampu menegah reaksi tubuhnya.

Lamunan Mia terganggu apabila merasakan sentuhan pada bahu kanannya.

Humaira menggoncang lembut bahu Mia.

"Mia, jom kita gerak."

Segera kembali ke alam nyata, Mia membuntuti Humaira ke luar kelas.

Kaira yang sedari tadi memerhatikan tindak-tanduk Mia turut mengikuti mereka. Matanya mengerling ke arah yang ditenung Mia tadi.

Mula dah.....

"Hi Blondie, Raisya Eryn. You can call me Raisya. Nice to meet you." Mesra Raisya dengan mengukir senyuman semanis mungkin. Jejaka baru, hot pula tu. Takkan tak nak masuk jarum babe.

"Oh, I'm Emir. Sorry got to go." Emir berlalu mencari rakan sejantina. Eh, tak dilayan. Ops..

"Excuse me bro, can you help me?"

"Erk, sure." ragu-ragu Syukri membalas.

"Can you show me our class location? I'm still tak boleh nak ingat jalan to our class. By the way, I'm Emir."

"Funny la you Emir. Of course I can. I'm Syukri or you can call me Syuk."

"And this is Khairul and Hafeez."

Emir hanya mengangguk lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

"Weh, kita takde kelaskan petang ni?" soal Syukri secara rambang.

"Ada lab kimia analisis tapi kita lab minggu ketiga baru mula. So petang ni free." balas Khairul.

"Okey kalau macam tu aku nak bawa budak baru ni ronda-ronda kejap tengok universiti kita petang ni."

"Okey."

Para lelaki itu beriringan keluar dari bilik kuliah tanpa mempedulikan Raisya yang memandang mereka dengan perasaan tidak puas hati.

•••

"Perghh, handsome siak mat saleh tadi baru nak usyar dah hilang."

"Kau lambat Maira, si Raisya dah try usyar tadi."

"Serius! Cepat betul minat sekor ni. Pantang nampak lelaki handsome sikit laju je."

"Eleh mengata orang, kau apa kurangnya."

Humaira mencebik apabila mendengar komen Syahira. Suasana sepi seketika antara mereka berlima. Masing-masing senyap menikmati makanan yang diambil. Lauk masakan Kedai Achik memang sungguh menyelerakan. Lebih-lebih lagi ikan keli masak hijau, menjilat jari.

Siap menghantar pinggan, masing-masing menghirup minuman yang dipesan. Pastinya Teh Ais dan Keladi Ais yang menjadi pilihan utama. Memang kaw dan sedap rasanya.

"Korang itu budak baru kelas kitakan? Yang dengan geng Hafeez tu."

"Haahlah Maira." balas Bella yang ikut teruja memandang meja yang di tunjukkan oleh Humaira. Nampak aja mata si Humaira ini.

"Handsomenya weh. Agak-agak kalau aku tegur, dia layan aku tak?" Humaira ini boleh tahan juga kalau nampak lelaki kacak. Nak try aja.

"Cakap pasal layan tu, aku macam tak pasti sebab tadi aku nampak budak acah hot kelas kita nak try dia. Tapi sayang tak dilayan." balas Kaira yang turut menyertai perbualan rakannya.

"Takkan la, sombongnya. Takkan tak tergoda kot."

"Asal pula nak tergoda?" Bella kehairanan.

"Ye la, si Raisya itukan cantik, bergaya dan langsing. Mustahillah orang lelaki tak pandang. Mat saleh pula tu."

"Amboi Maira, tak baik berprasangka buruk dengan orang. Lagipun si Emir baru lagi. Mesti dia tak selesa. Lagipun dia student transfer. Mestilah behave." sangkal Kaira yang tidak suka dengan tanggapan Humaira.

"Dahlah, jom balik. Kitakan ada assignment nak kena buat." ajak Syahira apabila selesai menghirup habis airnya.

Laju sahaja yang lain menghirup air yang masing tersisa dalam gelas mereka.

"Jom! Jom!" Bella segera menarik tangan Mia yang hanya memasang telinga mendengar perbualan sahabatnya itu. Mengelamun sahaja Mia sejak tadi.

Mata Mia tidak lepas memandang raut wajah Emir.

Gelagat Mia mencurigakan Bella kerana Mia sudah lama tidak menunjukkan minat dekat mana-mana lelaki. Kali ini asyik pula dia memandang Emir.

Dalam tidak sedar ada sepasang mata yang memandang Mia dengan penuh rasa.

Rindu? Benci? Kasih?

Siapakah dia?

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience