Chaca tersenyum simpul. Jarinya dimainkan sesama sendiri.
"Khalis akan jadi menantu ayah."
Zap! Senyumannya lenyap. Matanya membulat sedikit. Chaca menoleh memandang Khalis yang kelihatan terkejut. Kemudian Adam yang mengetap bibir. Terasa impiannya musnah. Fikir ayahnya mahu menjodohkan dirinya dengan Adam. Sudah lama dia menaruh hati pada lelaki itu. Malam ini... malam kehancuran angannya.
"Uncle, Khalis bukan apa.. Khalis sebenarnya dah ada calon. Maaf uncle."
"Keputusan uncle muktamad! Uncle dah bincang dengan parents Khalis. Mereka dah setuju."
Khalis Rayyan bangun. Muka diraup kesal. Dia bangun masuk ke dalam bilik. Kedengaran pintu dihempas kuat.
Tinggal mereka bertiga di meja makan itu. Adam ikut bangun mahu meninggalkan meja.
" Duduk Adam."
Adam menghela kasar. Hatinya hancur tatkala ini. Mahu tak mahu dia akur juga dengan perintah ayahandanya.
"Ayah tahu kamu cintakan Chaca. Tapi ingat.. kamu dah bertunang." keras lontaran suara Tan Sri Zaidi.
Chaca Amira terpempan. Raut wajah Adam dipandang. Benaknya dipenuhi dengan soalan. Namun dia tahu ini bukan masa yang tepat mahu menanya.
"Majlis perkahwinan antara Chaca dengan Khalis akan dilangsungkan bulan depan." ucap TS Zaidi tegas. Dia bangun. Langkah diatur menuju ke ruang tamu.
Chaca mengekori. Tak mahu berduaan dengan Adam. Dia pasti akan disoal. Melihat ayah angkatnya sudah mahu masuk tidur, dia bergerak ke bilik tidurnya. Pintu ditolak. Baru sahaja dia hendak menanggalkan tudung, bunyi suara menyoal dia menghentikan perbuatannya. Dia menoleh. Terkedu. Tercegat Khalis dihadapannya dengan sepasang mata helang.
"Kau sedih?"
Chaca mengangguk perlahan. Cukup membuatkan Khalis terpempan. Khalis kembali masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci. Tubuhnya terlonglai jatuh ke atas lantai. Fikirannya benar-benar kusut. Dia berdiri mendekati meja kerjanya. Laci ditarik. Sebuah bingkai dikeluarkan. Bibir diketap. Hatinya tak pernah tidak terluka walau sesaat. Khalis memegang dada. Hati dia bukan untuk kau. Ingat!
Salam perkenalan. Chapt 1 ringkas je ok. Lana update tak menentu. Bukan setiap hari update, maaf. Ok lah, nanti kalau sempat Lana belanja chapt 2 pulak. Babai mmuuahh.
Share this novel