BAB 1 : WHY AND HOW?

Drama Series 1931

PAS di tangan digenggam erat. Hampir menitis air matanya apabila dapat menyentuh pas itu. Walaupun baru pas masuk belum lagi kad pekerja, tetapi sudah cukup memuaskan hatinya. Dipandang pula para pekerja yang keluar masuk ke dalam bangunan 10 tingkat itu. Makin melebar senyumannya. Inilah yang ditunggu-tunggunya selama ini. Impiannya untuk bekerja di syarikat yang gah dan tidak asing lagi dalam industri hiburan, Blue Rose Entertainment.

Sebuah agensi hiburan yang mengumpulkan ramai bakat di bawah satu bumbung. Sesiapa yang dapat menjadi artis rakaman mereka sudah pasti akan popular dengan mudah tetapi untuk masuk ke dalam syarikat ini bukan mudah. Pelbagai ujian dan saringan yang perlu dilalui. Bukan setakat artis, pekerjaan biasa juga perlu melalui beberapa temuduga. Oleh kerana syarikat ini berprestij tinggi; ramai yang ingin menempa nama di dalam syarikat itu. Sesiapa yang dapat meloloskan diri ke dalam syarikat ini; sudah pasti dipandang tinggi oleh orang sekeliling tidak kira apa pun jawatan mereka.

Dengan semangat berkobar-kobar, dia memulakan langkah. Namun belum sempat melangkah; dia tertarik dengan figura seorang lelaki yang baru tiba di kaunter pertanyaan.

“Hi, I'm Leon Shin. I nak jumpa dengan Da'in,” ujar lelaki itu.

Dua orang wanita penyambut tetamu itu terus teruja dengan kehadiran jejaka itu. Pantas mereka berdiri dan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuknya.

“Hi, Leon Shin. I'm your fan,” ujar salah seorang penyambut tetamu itu terlompat-lompat kegirangan.

“Me too, me too,” sahut seorang lagi, ikut teruja.

“You tau lagu tu kan… lagu ‘Tralalala’, lagu ni lagu ni…”

Mereka berdua terus rancak berbual perihal lagu yang pernah dicipta dan dinyanyikan oleh jejaka itu.

Mencebik Leon Shin dengan keghairahan gadis-gadis penyambut tetamu itu.

“Leon datang sini ada apa?” soal gadis itu seraya merenung wajah kacak Leon Shin tanpa berkelip.

“I want to see Da'in. Is he there?”

“Oh, sorry. Tuan Da'in tiada di office,” balas salah seorang gadis itu serba salah.

“Fa'id?” aju Leon Shin lagi dengan wajah yang sudah berkerut.

“Maaf. Tuan Fa'id pun tiada. Kesemua boss-boss besar tak masuk office hari ini. Ada apa yang boleh I bantu ya?”

Mendengus Leon Shin. Terus jari telunjuknya mengetuk atas kaunter itu.

“Mereka yang suruh I datang sini hari ni untuk sign kontrak. Alih-alih, mereka yang tak ada.”

Wajah kedua-dua gadis itu berubah terkejut dan makin teruja mendengar apa yang diberitahu Leon Shin.

“Hah? You akan jadi artis rakaman Blue Rose? Wah, bestnya. Makin meletuplah company ni bila Leon Shin; penyanyi, rapper, producer dan song writer yang hebat ni ikat kontrak dekat sini.”

“Ha-ah, kan. Tapi kan… kenapa tak ada langsung news pasal ni? Berita gempak macam ni takkan pihak media langsung tak tahu? Tuan Da'in dengan Tuan Fa'id pun tak kata apa-apa.” Gadis itu mula kehairanan.

Lalu mereka berdua menatap Leon Shin menginginkan jawapan.

“I yang minta boss you untuk rahsiakan benda ni. I tak nak benda ni jadi kecoh. So… how’s now?” soal Leon Shin dengan kening terangkat sebelah.

“Wait a minute. I ask Miss Laila first,” ujar gadis itu seraya jari-jemarinya mengetuk pada papan kekunci mencari sesuatu lalu jarinya menyentuh earphone yang memang sudah dipakainya pada telinga.

Hanya dalam beberapa detik, taliannya dapat disambungkan dan gadis itu terus memberitahu apa yang sedang berlaku kepada gerangan di hujung talian itu.

Sedang Leon Shin menunggu gadis penyambut tetamu itu, satu sergahan mengejutnya.

“I know it! That's you, Leon! Oh my gosh… tak sangka boleh jumpa you dekat sini.”

Terus Leon Shin memalingkan wajah dan merenung gadis kecil molek dengan outfit blazer layak pekerja pejabat. Berkerut wajahnya memandang gadis yang tersengih-sengih bagai kerang busuk itu. Kelihatan gadis itu mengenalinya secara peribadi kerana teguran gadis itu berbeza dengan teguran seorang peminat.

“Who?” soal Leon Shin yang memang tidak mengenali gadis itu.

Gadis itu menghempaskan keluhan ringan.

“Yalah, tak mungkin you ingat I kan. Masa kolej dulu I cuma sambal belacan. Tak perlu pun tak apa, kalau ada tambah selera. Bukan macam you, lauk utama.”

Makin berkerut dahi Leon Shin dengan madah si gadis itu.

“Hah?”

Dilepaskan lagi keluhan sebelum menjawab kebingungan jejaka itu, “I lah. Celine. I sama team dengan you masa projek akhir dekat kolej dulu. Projek muzikal. I yang style kan semua orang masa persembahan waktu tu. Ingat tak?”

Kecil mata Leon Shin cuba mengingati memori lama itu. Dia menilik gadis itu dari bawah hingga ke atas namun ingatan pada gadis itu sangat samar.

“Oh….” Hanya itu balasan Leon Shin malas ingin memikirkan lagi. Dia memalingkan semula wajahnya menghadap dua orang gadis penyambut tetamu itu.

“Tadi I dengar you akan sign kontrak dekat sini. Wah, tak sangka. I pun akan bekerja di sini juga. Hari ni baru lapor diri.” Celine menayangkan pas masuk kepada Leon Shin.

Leon Shin abaikan saja celoteh Celine itu.

“Eh, tapi… bukan you…” Celine teringatkan sesuatu.

Memang sudah sedia maklum bahawa Leon Shin ini bergerak secara bebas. Munculnya dalam industri ini, dia memang tidak pernah bernaung di mana-mana syarikat rakaman. Namun sejak akhir-akhir ini ada desas-desus mengenainya.

“Bukan you nak sign kontrak dengan Dino Star ke?” soal Celine buatkan Leon Shin tersentak.

Terus dipalingkan semula wajahnya memandang Celine. Celine pula mengeluarkan telefonnya lalu membuat carian di Instagram.

“Hah! Ni. Posting Hasya dua minggu lalu. Dia tulis you akan join dia dekat Dino Star. So… yang tu tak betullah?”

Berdecit Leon Shin dengan apa yang diajukan oleh Celine itu. Hasya adalah sahabat mereka waktu di kolej dan Hasya merupakan artis di bawah naungan Dino Star.

“So… apa yang Hasya war-warkan ni tak betullah?” Sekali lagi Celine bertanya inginkan kepastian.

“Tak payah sibuklah,” balas Leon Shin dingin. Sedingin air batu. Wajahnya juga sudah mencuka.

“Okey, Leon. I dah buat confirmation dan Miss Laila arahkan you untuk naik berjumpa dengan dia. Ni pas sementara you dan you boleh naik ke tingkat empat.” Gadis itu menghulurkan sekeping kad akses kepada Leon Shin.

Tanpa buang masa, kad itu diambil dan ucapan terima kasih diberikan. Leon Shin terus melangkah ke arah lift dan meletakkan kad itu pada skrin yang ada di tepi pintu lift itu. Celine dengan pantas turut mengikuti Leon Shin kerana arah tujuannya juga sama.

DI dalam lift, Celine masih lagi berceloteh tanpa henti.

“You tahu tak, memang impian I nak kerja dekat sini. Setiap tahun I berusaha dan tanpa gagal pergi interview bila ada kekosongan. You pun tahukan nak lolos dekat sini bukan mudah. Tapi tuhan cakap sudah rezeki I, akhirnya termakbul juga doa I.”

Leon Shin mendiamkan diri. Dia sebenarnya tidak gemar untuk beramah mesra dengan orang yang tidak berapa dia kenali. Kalau dia bersuara pun hanya perkara yang penting saja. Biarlah orang nak kata dia berlagak; memang itu hakikatnya.

“You nak tahu tak kenapa I nak sangat kerja kat sini? Sebab Jia Bella.”

Berubah sikit wajah Leon Shin yang tegang dari tadi. Keningnya terangkat sebelah mendengar nama yang tidak asing itu.

Siapa tidak kenal Jia Bella; puteri dalam industri hiburan. Lahir saja dia sudah dihamparkan dengan kekayaan dan populariti. Anak bongsu daripada enam adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan pemilik Blue Rose Entertainment ini. Semua orang cemburu dengannya dan mengimpikan hidup sepertinya.

“I memang minat sangat dengan dia. I kagum dengan dia. Dalam usia yang muda, nama dia dah gah di seluruh Asia. She like a princess in industry. I love her so much.”

Leon Shin lihat saja keterujaan Celine bercerita mengenai figura yang diminatinya itu. Rasa jengkel dan meluat dengan ketaasuban Celine terhadap idola pujaannya itu.

“So… you join sini sebab apa? Mesti ada sebab kan? Takkan suka-suka? Ke you pun minat Jia Bella juga?” Bertalu-talu soalan diajukan Celine kepada Leon Shin.

Dengan jengkel, Leon Shin pandang saja pantulan Celine di pintu lift dengan kening terangkat sebelah.

“Ops…” Ditekup mulutnya. Celine tersedar sesuatu.

“You hate Jia Bella! So… how… why…” Tak terkata Celine dibuatnya. Dia tidak boleh mencerna kenapa Leon Shin yang membenci Jia Bella menyertai syarikat itu.

“Why?” Sekali lagi Celine bertanya dengan wajah kebingungan.

“Why do you say me, ‘I hate Jia Bella’? How do you know?” Akhirnya Leon Shin bersuara juga.

Dengan sinis Celine membalas, “All's the ‘Siblings’ knew that’s. That's why ‘Siblings’ and ‘Rimba’ always fighting.”

“Your song always dissing her. I don't know why. Jia Bella pernah ada sakitkan hati you ke? I rasa tak pernah. You dengan Jia Bella tak pernah bertemu empat mata, kan? So, why you hate her? Jia Bella tak pernah cari pasal dengan orang, tapi orang selalu cari pasal dengan dia.” Dongkol hati Celine mengingati apa yang sudah Leon Shin lakukan kepada idolanya.

“So, why are you here? I don't understand. What your motive actually? You benci Jia Bella, tapi you nak bernaung di bawah Blue Rose. Huh… funny,” sambung Celine lagi, jengkel.

“Not your business.” Ringkas saja Leon Shin memberikan jawapan. Apa yang berlaku dan sedang dibuatnya sekarang, hanya dia saja yang tahu.

“Tell me! I takkan benarkan you sakitkan Jia Bella! I dan ‘Siblings’ akan melindungi dan mempertahankan dia. So… don't you dare to touch her!” Terketap-ketap geraham Celine menahan marah.

Pintu lift terbuka. Leon Shin malas melayan kerenah keanak-anakan Celine itu. Dia terus melangkah keluar meninggalkan Celine. Terpinga-pinga Celine dengan tindakan ‘selamba badak’ Leon Shin itu. Leon Shin berhenti sekejap di depan pintu lift seraya memandang sekeliling; mencari hala tuju yang patut dia pergi. Cepat-cepat Celine keluar dari lift dengan wajah bengang lalu mencekak pinggang seraya membutangkan mata memandang Leon Shin.

“Cakap! Apa niat you sebenarnya?! Tak cukup dengan lagu-lagu you mengutuk Jia Bella, sekarang you nak serang secara berdepan pula?”

Tersumbing bibir Leon Shin ke atas. “Huh… lousy girl,” gumam Leon Shin lalu bergerak ke arah kiri.

“What…”

“Hi, Leon Shin.”

Belum sempat Celine menghabiskan ayatnya, mereka telah disapa oleh seorang wanita yang sedang berjalan ke arah mereka.

Terkedu sekejap Celine.

“I'm Miss Laila. Nice to meet you,” ujar wanita itu lagi; memperkenalkan diri. Dihulurkan tangan untuk berjabat dan Leon Shin menyambut huluran itu.

Dengan wajah yang manis, Laila meneruskan bicaranya, “Tuan Da'in memang ada inform dekat I pasal you. Malangnya Tuan Da'in hari ni ada hal emergency, so tak dapat sambut you. So dia pass mengenai hal ini kepada I.”

Leon Shin hanya mengangguk saja.

“So, come. Kita bincang mengenai kontrak dan agenda seterusnya,” ajak Laila sudah mendepakan tangan kiri menunjukkan arah yang perlu mereka tuju.

Celine yang baru tersedar dengan pantas melangkah ke arah mereka berdua lalu berdeham. Laila yang perasan kehadiran Celine mengerutkan dahi.

“Sorry. Who… are you?” soal Laila kepada Celine.

Celine terus memaniskan muka lalu berkata, “I’m Celine. A new fashion stylist that your hired. Look, I had offer letter from you.” Ditunjukkan surat tawaran yang dia sudah print kepada Laila.

“Oh, right. You are special case too,” tukas Laila.

“Special case?” gumam Celine seraya mengerutkan wajah. Terpinga-pinga dia cuba memahami maksud Laila itu.

“Yeah, you two. Special case. So, come with me, please.”

Makin tercengang-cengang Celine. Dia memandang Leon Shin; cuba mencari jawapan daripada jejaka itu. Namun hampa, jejaka itu langsung tidak memberikan kerjasama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience