Bab 4

Romance Series 9630

BAB 4

Aishah sudah lama menunggu menyebabkan dia rasa bosan. Dilihatnya Maisarah sudah lama tercegat di depan kaunter dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Aishah pun bangun mendapatkan mamanya.

“Mama!Lamanya Icha tunggu mama. Mama dah belikan aiskrim Icha ke belum?" soal Aishah tidak puas hati kerana aiskrim yang dia mahukan belum lagi dia dapat. Wajahnya masam mencuka. Maisarah pula tersengih keran dia tahu salahnya lambat membuat pesanan. Terlupa kerana ralit bersembang dengan Fakri. Padahaal bukannya perlu beratur panjang pun.

"Eh, sorry sayang. Mama sedang borak dengan kawan lama mama ni. Kejap ye. Mama belikan sekarang juga," kata Maisarah terus membuat pesanan untuk tuan puterinya itu. Dia pasti Aishah mesti sudah bosan menunggunya di meja.

Setelah membayar ais krim yang dipesan, Maisarah terus menyuakan cawan aiskrim itu kepada anaknya.

"Mia, ni anak mia ke ni? tanya Fakhri dengan riak terkejut. Maisarah mengangguk mengiakan soalan Fakhri itu.

"Aku tak tahu pula kau dah kahwin. Kawan-kawan sekelas kita dulu pun tak ada pula bercerita fasal ni. Dah besar pun anak kau," kata Fakhri lagi. Maisarah tidak terkejut dengan kenyataan Fakhri itu.

"Icha, salam uncle ni sayang. Ni Uncle Erry." pinta Maisarah kepada Aishah supaya bersopan dengan tetamunya. Aishah segera menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dan mencium tangan Fakhri. Fakhri menyambut salaman itu dengan senyuman dan mengusap kepala Aishah.

"Uncle Erry ni, kawan mama masa sekolah dulu. Erry, ni anak aku. Aishah Dalina Lim," Maisarah memperkenalkan anaknya. Aishah hanya mengangguk dan beredar ke meja dia menunggu tadi. Maisarah mengekori dari belakang. Fakhri juga mengikut setelah diajak oleh Maisarah untuk berbual panjang.

"Kawan-kawan sekelas kita pun tak tahu aku dah kahwin Erry. Aku kan tinggalkan kolej matrikulasi dulu sebelum kita tamat pengajian. Tak sempat pun nak tukar nombor kontak dengan semua. Aku pun kahwin mengejut juga. Tak beritahu semua orang pun. Buat kecil-kecilan je. Lepas dah kahwin tu, aku pun jarang lagi balik ke kampung ni. Mak dan ayah aku je la yang selalu ke KL," jelas Maisarah apabila melihat Fakhri masih lagi terkejut dan seperti tidak percaya dia sudah berkahwin dan punya anak.

“So,where is your husband?”tanya Fakhri ingin tahu. Aishah menarik baju Maisara meminta mamanya mengelap sisa aiskrim yang comot di mulutnya.

“Apa kata kau pergi beli aiskrim dulu.Nanti aku ceritakan sambil kita makan. Tapi hopefully, wife kau tak marahlah aku sembang lama-lama dengan kau ni,”usik Maisarah sambil mengangkat keningnya.

“Aku mana kahwin lagi lah. OK, aku datang semula sekejap lagi,”jawab Fakhri tersenyum. Fakhri dari dulu sememangnya pemurah dengan senyuman. Dengan pipinya yang tembam itu, dia nampak comel pabila tersenyum. Itulah yang membuatkan Maisarah geram dan suka bergurau dengannya.

“Uncle, Icha nak lagi aiskrim tau!”sempat lagi Aishah memesan kepada Fakhri supaya membeli makanan kegemaranya itu.

"OK. No problem" balas Fakhri laju.Maisarah yang berada di sebelah menjeling anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience