"Hai Maksu, hai Paksu, hai Suf, hai Mika!" tegur Saraa riang di dapur.
"Hai kak Saraa!" Mikail membalasnya dengan senyuman lebar.
Paksu dan Sufrina hanya memerhati sahaja gelagat Saraa yang menegur mereka dengan mesra itu. Hairan.
"Happy nya kamu harini Saraa," Maksu tertawa melihatnya.
"Of course lah happy. Kenapa nak sedih pulak, kan?" tawanya sinis.
"Hmmm ye la, betullah tu. Buat apa nak sedih kalau boleh gembira, kan,"
"Wahh Mika nak jadi macam kak Saraa lah. Happy je selalu," sampuk Mikail tiba-tiba sambil bertepuk tangan.
"Mika, kan kakak dah cakap kalau makan, Mika tak boleh bercakap," tegur Suf dingin lalu mencubit lengan kecil Mikail.
Mikail terus memuncungkan mulutnya apabila mendengar teguran kakaknya itu. Dia menggosok-gosok lengannya yang dicubit itu. Saraa menjeling Sufrina kerana kasihan akan Mikail. Dia terus mengusap kepala Mikail.
"Kalau akak ada adik mesti akak akan layan adik akak baik-baik. Kesian dengan Mika," ujarnya sinis untuk menyindir tindakan Sufrina.
"Suka hati akulah. Adik aku," jawab Sufrina perlahan.
"Oh sebab dia ni darah daging kau, jadi suka hati kau la nak layan dia macam mana? Kau ikut perangai siapa pulak ni?" sindirnya lagi.
Air muka Maksu terus berubah apabila mendengar kata-kata Saraa. Dia seperti berkecil hati dengan kata-kata tersebut. Sufrina pula hanya menggenggam tangannya menahan geram dengan sindiran Saraa.
Saraa yang perasan akan perubahan air muka Maksu terus mengubah topik perbualan.
"Maksu masak apa ni?"
"Maksu masak mihun goreng. Saraa nak ke?" Maksu memaksa dirinya untuk tersenyum.
Belum sempat Saraa menjawab, Paksu sudah terlebih dahulu mencelah.
"Mihun goreng ni cukup-cukup untuk kita makan je kenapa awak nak ajak orang lain makan pulak?" ujarnya.
Saraa tersentak mendengarnya.
'Perangai kau dari dulu sampai sekarang masih lagi tak berubah rupanya'
"Takpelah Maksu. Lagipun Saraa ada order pizza tadi. Kejap lagi sampai lah dia tu," Saraa menjawab soalan Maksu dengan senyuman hambar.
"Kalau kau dah order pizza, kenapa kau sibuk jugak tunjuk muka kat sini?" sinis Paksu sengaja untuk mengenakan Saraa.
"Laa Saraa tak tau pulak yang dapur ni kawasan larangan untuk Saraa. Paksu tak payahlah fikir kalau Saraa pergi kat dapur ni je Saraa nak makan makanan Paksu. Ada macam-macam lagi benda yang Saraa nak buat kat sini selain daripada melantak makanan Paksu," Saraa mengenakan Paksunya kembali.
"Ish kau ni kan..," Paksu mengetap giginya kuat.
"Abang, dahla," tegur Maksu yang rimas dengan perangai suaminya yang suka berbalah dengan Saraa.
"Dahla Saraa malas nak bersoal jawab dengan Paksu. Lebih baik Saraa buat coffee je," Saraa terus membancuh air kopi yang disukainya.
...
Sedang Saraa menikmati air kopinya di ruang tamu, pekerja penghantaran pizza pun datang dengan sekotak pizza bersaiz large.
"Thank you," ucapnya mesra kepada penghantar pizza tersebut.
"Yes! Finally!" dia terus duduk di sofa dan membuka kotak pizza Hawaiian Supreme tersebut lalu menikmatinya.
"Kak Saraa, akak makan apa tu? Sedapnya bau," tegur Mikail mendekatinya.
"Akak makan pizza," jawab Saraa ringkas.
"Wahhh mesti sedap kan?" Mikail menelan air liurnya.
Niat Saraa untuk memberikan Mikail sepotong pizza terus terbantut apabila melihat Sufrina juga mendekati mereka.
"Mika nak? Kalau Mika nak, Mika suruhlah ayah Mika belikan untuk Mika. Akak lapar sangat ni, tak dapat nak kongsi dengan Mika," Saraa memuncungkan mulutnya. Dia sengaja berkata begitu di hadapan Sufrina untuk melihat reaksinya.
"Dia ni budak lagi kan? Tu pun nak berkira ke?" tegur Sufrina kasar apabila mendengar kata-kata tersebut.
"Budak ke bukan budak ke sama je bagi aku. Kalau kau boleh layan dia, adik kau dengan teruk, kenapa aku perlu layan dia baik-baik pulak? Dia bukan adik aku.
Lagi satu, kenapa aku perlu kongsi makanan aku dengan korang sedangkan makanan korang pun aku dilarang untuk makan?" ujarnya sinis lalu menikmati semula pizzanya. Dia tidak menghiraukan pandangan Mikail yang masih tidak lepas dari memandang pizzanya itu.
'Kejamnya kau Saraa'
'Suka hati akulah. Ni makanan aku'
"Akak sepatutnya tahu membezakan antara layanan yang buruk dan layanan untuk mengajar," Sufrina mempertahankan dirinya.
Saraa hanya mengendahkannya sahaja.
Sufrina terus menarik tangan Mikail apabila Saraa tidak mengendahkan mereka.
"Jom Mika. Nanti akak belikan untuk Mika,"
Saraa tersenyum puas mendengarnya.
...
Usai menunaikan solat asar, Saraa menguatkan hatinya untuk berjumpa dengan Maklang.
"Hai Maklang!" tegurnya dengan nada mesra. Senyuman manis menghiasi bibirnya.
"Eh Sa..Saraa," Maklang terkejut apabila Saraa datang ke 'rumahnya'.
"Kenapa Maklang terkejut ni?"
"Takdelah. Maklang terkejut sebab Saraa sudi nak jumpa dengan Maklang," Maklang tersenyum.
"Saraa, Maklang nak cakap sesuatu...," Maklang sayu.
Saraa menelan liurnya.
'Sabar Saraa, sabar'
'Kau kena tunjuk yang kau dah okey'
"Maklang nak mintak ma..,"
"Kita cakap pasal benda lain boleh tak?" Saraa terus mencelah kerana tidak mahu mendengar kata-kata maaf keluar dari mulut Maklang.
Maklang mengeluh lemah mendengarnya.
'Mungkin dia belum sedia nak maafkan aku'
"Saraa nak cakap tentang apa?" tanyanya.
"Apa-apa," jawab Saraa ringkas.
"Hmm minggu ni ada majlis akikah anak Fira kat rumah mak mentua dia. Saraa nak ikut?"
"Kak Fira ada baby baru?"
"Ha'ah. Kami bercadang untuk pergi kat sana dua hari sebelum hari kejadian. Jomlah ikut," ajak Maklang.
"Siapa jugak yang ikut?" tanyanya.
"Semua," jawab Maklang ringkas.
"Kalau macam tu takpela. Saraa jaga rumah je," ujar Saraa untuk mengelak daripada ajakan tersebut. Dia takut jika dia tiba-tiba gagal mengawal perasaannya apabila melihat perangai ahli keluarganya itu, dia akan menimbulkan kekecohan di majlis orang.
"Betul ke ni?"
Saraa mengangguk.
Tanpa mereka sedari, Haris telah mendengar perbualan mereka seketika tadi.
"Oh jadi kau soranglah kat rumah ni nanti? Cantik," Haris bermonolog seorang diri sambil menggigit bibirnya.
Dia masuk ke biliknya dengan senyuman yang lebar.
"Maklang, Saraa nak mintak sesuatu," ujar Saraa tiba-tiba.
'This is your time, Saraa!'
"Saraa nak mintak apa?"
"Saraa nak mintak Maklang bayar balik hutang yang Maklang dah pinjam dengan ayah Saraa dulu,"
"Hu..hutang?"
"Ha'ah. Saraa satu-satunya anak ibu dan ayah. Jadi semua harta ibu dan ayah akan jadi milik Saraa, termasuk duit yang Maklang pinjam dulu. Walaupun Maklang pernah kata ayah mungkin dah halakkan duit yang Maklang pinjam tu, tapi Saraa tak halalkan selagi Maklang tak bayar balik," terang Saraa mendatar tanpa memandang wajah Maklang.
"Jadi kamu sebenarnya nak jumpa Maklang sebab ni je?" hati Maklang terguris kerana sangkaannya bahawa Saraa sudah boleh menerimanya salah sama sekali.
"Sebab apa lagi yang Saraa perlukan untuk jumpa dengan Maklang? Takkan nak berbual kosong pulak?" percakapan Saraa yang mesra pada mulanya tadi kini sudah berubah sinis.
"Hmm baiklah Saraa. Maklang faham. Nanti Maklang mintak duit dengan Fira untuk bayar hutang Maklang kepada Saraa. Sekarang ni Maklang takde duit dulu," nada Maklang kembali sayu.
Saraa tersenyum sinis mendengarnya.
"Baguslah kalau macam tu. Tak payah nak bagi banyak sangat alasan," ujarnya lalu beredar meninggalkan Maklang sendirian.
...
"Abang tersengih-sengih macam kerang busuk ni dah apahal?" tegur Syaza apabila melihat suaminya masuk ke dalam bilik dengan tersengih-sengih.
"Suka hati abanglah. Bukan kacau Syaza pun," marah Haris.
"Hmm ye lah," Syaza mengalah kerana tidak mahu berkelahi dengan suaminya.
Haris mengambil tempat di sebelah isterinya.
"Syaz, kita pergi kat rumah mentua kak Fira bila?" tanyanya sambil meletakkan kepalanya di bahu Syaza untuk mengambil hati Syaza.
"Kalau tak silap Syaz, Jumaat ni kot. Kenapa?"
"Abang rasa abang tak dapat ikutlah," Haris memanjakan suaranya.
"Kenapa tiba-tiba je ni?" Syaza curiga.
"Kawan abang call tadi. Dia kata nak ajak abang cari kerja kat kilang baru di pekan tu. Syaza jugak yang selalu suruh abang cari kerja, kan?"
"Betul ni?"
"Betul sayang," Haris cuba meyakinkan isterinya itu.
"Nanti kalau Syaza dah sampai kat sana, Syaza share lah location kat abang. Nanti abang menyusul keesokan harinya," sambungnya lagi.
"Hmm okeylah. Mudah-mudahan abang diterima," Syaza mula mengukir senyum kerana percaya akan kata-kata suaminya.
"Amin,"
'Bodohnya bini aku ni nak percaya semua kata-kata aku' gelak Haris dalam hati.
Share this novel