Bab 50

Romance Completed 78329

“Are you sure you can give a good teamwork with us?” Lt. Darwin bertanya kepada Luqman. Memandangkan Luqman pun pernah berpengalaman dalam bidang-bidang macam ni, apa salahnya kalau mereka kolabrasi untuk selesaikan kes yang still lagi tak ada kesudahannya.

“I’m sure my friend and I can give good collaboration with your teamwork. I want to solve this case as soon as possible.” Luqman tersenyum penuh makna ke arah kawannya yang baru tiba di Filipina untuk bantu siasat kes Dariya di Filipina.

Lt. Darwin mengangguk melihat keyakinan Luqman untuk join dengan mereka selesaikan kes Dariya yang masih tak ada kesudahannya. Mungkin dengan bantuan Luqman dan kawan dia, kes ni makin cepat selesai dan dapat tahu siapa pesalah di sebalik kejadian yang berlaku.

“If you say so, I have discussed with my team and we have agreed to collaboration with you two. I hope both of you can help us with this case.”

“Sure.” Jawab Luqman.

“But can I ask something?”

“What is it?”

“I want to investigate this case with my friend first. If I get any information, I will let you know right away. Can I? You just need to believe me and my friend,” Sebolehnya dia nak siasat sedikit demi sedikit tentang latar belakang keluarga Gia. Tambah-tambah lagi Danial Louis Scott Padilla.

“This case is under of us. If you need to do something, you need to do with us. But if you want to, I’ll talk to my teamwork again but both of you need to be there too.”

“Sure.”

“Luq, kau yakin nak buat kerja ni?”

“Kalau aku tak yakin, aku takkan ajak kau datang sini tolong aku buat kerja ni. Serius Fiq, aku dah tak tahan nak berdiam diri macam ni je. Lagi aku tangguh, lagi lambat benda ni nak selesai. Aku tak boleh Fiq kalau nasib Dariya masih tak terbela.”

“Ya aku faham tapi aku mintak sangat dekat kau, tolong ikut prosedur yang kita dah janji sebelum ni. Aku faham sangat dengan perangai kau ni Luq. Kalau kau dah marah, kau suka buat benda ikut suka hati kau.”

“Ok, ok…”

“PAGI-PAGI lagi kau dah seret aku datang sini dah kenapa?” Ikutkan hati dia yang tak berapa nak stabil lately ni, nak je kaki dia yang cantik ni dah sampai ke muka Danial. Biar kena setepek penerajang perempuan.
Kalau tak, selagi tulah dia boleh buat semua benda ikut suka hati dia tanpa mintak pendapat orang lain.

Dahlah suasana dekat gudang syarikat daddy ni agak sunyi memandangkan sekarang ni hari minggu dan pekerja cuti. Ke mamat ni nak buat something dekat aku sebab tulah dia bawak aku sampai ke sini? Nampaknya aku kena siap sedia ni. Tapi, masalahnya orang suruhan dia pun ada sekali dekat sini. Agak mustahil aku nak boleh lawan diorang semua.

Gia memandang ke kiri dan ke kanan. Gudang yang penuh dengan barang-barang milik syarikat lepastu dengan construction yang baru siap mungkin dalam empat puluh peratus macam tu. Ni kalau tiba-tiba bangunan construction ni runtuh, duduk dekat hospital gamaknya aku. Takpun mati.

Mereka tiba di sebuah gudang yang agak gelap. Danial menghampiri kain hitam besar yang menutupi sesuatu. Kain hitam tersebut ditarik dan terpampang dengan jelas pada mata Gia something yang berada di hadapannya sekarang ini.

“Surprise?”

Gia menghampiri kereta miliknya yang diparkir di dalam gudang ini. Kejap! Kalau ini kereta aku, maknanya kereta yang ada dekat polis sekarang ni kereta siapa pulak?

“Sama kan macam kereta kau?”

“Kejap! Ini kereta aku! Kalau ini kereta aku, yang dekat
polis tu kereta siapa pulak?” Sudahnya sekarang dia pening.

“Kereta back up. Easy…”

Back up? Patutlah aku rasa pelik sangat bila polis cakap cap jari aku langsung tak ada dekat kereta aku. Yang ada pun cap cari Jericho je. Habis fikir aku macam mana diorang dapat buat kerja secepat ni dalam masa yang singkat. Rupanya dah plan untuk tukar kereta.

“Kau dengan mummy…”

“Brilliant, right? Aku dah tolong kau sampai tahap macam
ni jadi aku rasa kau patut balas kot budi aku?” Danial berdiri di hadapan Gia. Jarinya naik mengusap wajah Gia namun pantas ditepis oleh Gia.

“Huh! Aku memang tahu kau buat semua ni sebab nak aku terhutang budi dengan kau kan? Aku dah tahulah taktik kau dan kau jangan harap aku akan balas budi kau sesenang macam tu je sebab aku tak mintak tolong kau pun. Right?”

Danial terus mencengkam muka Gia. Geram dengan jawapan Gia. “Kau memang suka uji kesabaran aku kan? Dari dulu sampai sekarang kau suka sangat jual mahal dengan aku. Aku nak tengok dalam waktu sekarang ni kau boleh jual mahal tak lagi dengan aku?” Danial mengarahkan orang-orangnya untuk beredar keluar dari gudang. Tinggal dia dan Gia je dalam tu.

“Kau nak buat apa hah?!” Tubuhnya dihempaskan ke atas lantai. Sakit badan Gia dibuatnya bila terhempas macam tu. Dia ingat dia hempas tu kayu balak ke hah? Ini orang tau!

“Aku nak tengok bila kau dah jadi hak milik aku nanti, kau still nak jual mahal tak lagi dengan aku?” Danial menerkam Gia lalu leher Gia menjadi mangsa rakusnya.

Gia cuba menolak badan Danial dari meratah tubuhnya tapi kudrat Danial lagi kuat dari kudratnya sekarang ini. Sumpah dalam keadaan Danial macam ni dia betul-betul takut. Takkanlah tak ada seorang pun yang datang bantunya sekarang ni.

Dalam keadaan Danial sekarang berada di atasnya, Gia bertindak mengangkat kakinya sedikit lalu celah kangkang Danial disepaknya membuatkan kerakusan Danial tadi berhenti diganti dengan bunyi sakit. Gia mengambil baldi besar tersebut lalu dihempuk ke badan Danial bertalu-talu dan pukulan terakhirnya di kepala Danial sebelum dia bertindak untuk keluar larikan diri dari gudang tersebut. Sempat dia mengambil pistol yang terletak di poket belakang seluar Danial sebagai pertahanan untuk dirinya.

Ketika dia berlari keluar dari gudang, orang-orang suruhan Danial bertindak untuk mengepungnya tapi Gia lebih pantas menolak gerangan yang cuba menghalang jalannya. Dalam keadaan cemas dan takut macam ni, tak ada benda lain lagi yang dia boleh fikir kecuali larikan diri.

“INI ke gudang keluarga dia?” Kagum Taufiq melihat gudang besar berdiri gah di sekelilingnya. Bukan sebarangan orang nak boleh ada gudang banyak dan besar macam ni. Maknanya keluarga Gia ni memang keluarga yang berada sungguh.

“Miss Gia!!!” Suara yang datang dari sebelah kanan membuatkan Taufiq dan Luqman tertanya-tanya. Ada apa sebenarnya dan apa yang terjadi. Dah tu ada nama Gia pulak.

“Miss Gia!” Makin lama suara tersebut makin dekat. Luqman dan Taufiq pantas berbunyi di sebalik dinding gudang sambil mengintip sedikit. Luqman terpandangkan Gia yang sedang berlari dari beberapa orang kejarnya di belakang.

Gia? Luqman mengundurkan dirinya sedikit untuk bersembunyi dan dalam masa tak nak kedatangannya diketahui oleh Gia dan orang-orang suruhan yang dianggap orang suruhan Gia.

Namun, Luqman dan Taufik sama-sama terkejut bila tiba-tiba saja Gia menerjah mereka. Orang yang paling terkejut mestilah Luqman bila Gia merempuh tubuhnya dari hadapan. Terkejut tu tak payah cakaplah.

Gia jatuh tersembam di atas dada Luqman. Dia masih tak tahu lagi gerangan dia terlanggar. Sebaik saja angkat mukanya, terkejut dia dibuatnya bila dia menghempap tubuh Luqman sekarang ini. Dia terpandangkan pulak lelaki yang berdiri di belakang Luqman.

“Luqman?! Awak buat apa dekat sini?! Macam mana awak boleh ada dekat sini?!”

“Kalau ye pun, bangunlah dulu!”

Pantas dia bangun dari menghempap tubuh Luqman. Dia menarik tangan Luqman untuk bangun dengan segera dan mengarahkan mereka untuk mengikutnya keluar dari sini. Lagi lama dekat sini lagi tak selamat dibuatnya bila orang suruhan Danial masih lagi mengejar dirinya.

Tapi, nasib mereka tak menyebelahi apabila mereka dikepung di pintu gerbang. Gia memandang sekeliling. Mereka sudahpun dikepung dan pistol diacukan ke arah mereka bertiga bila Taufiq bertindak mengeluarkan pisau dari poketnya.

“Miss Gia…kailangan mong sundin kami (awak kena ikut kami)!” Arah salah seorang dari orang suruhan Danial.

“Hindi (tak)!”

Taufiq bertindak menarik Gia ke dalam pelukannya lalu pisau ditujukan ke wajah Gia. “Back off if you guys don’t want something happen to Gia!”

Kecut perut Gia dibuatnya bila pisau betul-betul di hadapan matanya. Tapi, ada untungnya jugak kalau aku ikut je rentak kawan Luqman ni. Boleh lepaskan diri.

“Back off!” Arah Gia. “Dapat magalit sa iyo lahat si Danial kung may mangyari sa akin (Danial mesti marah korang semua kalau jadi something dekat aku)! Mas Mabuti kayong mga lalake back off (lebih baik korang back off)!”

“Back off! I’m not kidding at all!” Orang suruhan Danial mengundurkan diri mereka sebaik saja melihat pisau yang dipegang Taufiq makin mendekat dengan muka Gia.

Perlahan-lahan Taufiq membawa Gia keluar dari situ. Luqman turut melangkah pergi sambil memandang ke arah orang suruhan Danial. Orang suruhan Danial perlahan-lahan cuba menghampiri mereka dengan pistol yang masih ada di tangan mereka. Enam orang lawan dua orang yang hanya bersenjata pisau memang kalahlah dua orang ni dibuatnya.

Sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ pantas ditahan oleh Taufiq.

“Luq! Kau pergi dulu dengan Gia naik teksi ni! Aku halang diorang!”

“Tapi Fiq…”

“Pergi je!” Luqman nak tak nak terpaksa akur jugak. Gia perlahan-lahan bergerak ke arah teksi yang berhenti.
Tapi, sempat dia menyerahkan pistol secara diam-diam kepada Taufiq.

Taufiq memandangnya dengan pandangan tertanya-tanya. “Saya bagi dekat awak. Awak belum kenal diorang ni macam mana.”

“Terima kasih…sekarang selamatkan diri awak dengan Luqman dulu.”

Gia menghadiahkan senyuman kecil sebelum turut berterima kasih dengan Taufiq sebab membantunya untuk boloskan diri. Sebaik saja mereka masuk, Luqman memberi arahan untuk terus pecut pergi dari situ walaupun hatinya berat untuk tinggalkan Taufiq seorang di situ.

Sebaik saja teksi mula memandu pergi dari situ, Taufiq bertindak menendang tangan salah seorang dari mereka sambil tangannya laju mencapai kayu yang terletak di sebelahnya lalu kesemuanya dipukul habis-habisan sebelum dia beredar dari situ dengan menahan pembonceng motor untuk membawanya pergi dari situ. Untung saja sempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience