2. SEDUCE

Fantasy Completed 17590

"Nak ke mana lewat malam ni?" Kristine bertanya dengan mata penuh kemarahan. Perasaan itu masih belum hilang sejak kemunculan Decharabia dalam hidup mereka.

Asmodeus mengecilkan matanya, memandang Kristine. Dia masih belum terbiasa dengan kehadiran seorang isteri yang sentiasa ingin berada di sisinya dalam rumah itu.

"Aku nak keluar sekejap," jawabnya dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Kau nak jumpa perempuan tu, kan?" Kristine cuba meneka.

"Err... Perempuan? Perempuan mana satu?"

"Banyak betul perempuan kau sampai kau tanya yang mana satu?" Kristine menjeling tajam.

Asmodeus pura-pura ketawa, namun tawanya hilang sebaik menerima panggilan telefon. Sambil menuju ke kereta kegemarannya di halaman rumah, dia menjawab panggilan itu, tetapi segera mematikannya setelah masuk ke dalam kereta. Dia menghela nafas lega, menjeling ke arah belakang rumah, melihat Melvin menyimpan telefon rumah di poket seluarnya. Asmodeus tahu, dia berjaya mengelak daripada Kristine dengan bantuan Melvin.

Kristine memandang Asmodeus memandu pergi dengan laju, masih tidak puas hati.

---

Asmodeus memandu dengan penuh keterujaan, meninggalkan rumahnya. Sejujurnya, dia masih belum terbiasa dengan kehidupan pengantin baru. Setelah 35 minit, dia memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah galeri lama yang sunyi. Jam menunjukkan hampir 12 tengah malam, dan kesejukan di luar membuat Asmodeus sedikit meremang.

Tiba-tiba, bunyi pintu lama terdengar, "TEEKKKK..."

Pintu kayu jati utama terbuka dengan sendirinya. Asmodeus menolak pintu itu sedikit dan mengintai ke dalam, tiada kesan manusia. Dia menolak pintu itu lebih luas dan melangkah masuk, terkejut apabila pintu tersebut tertutup dengan kasar. Rumah itu mempunyai satu lorong menuju ke ruang tamu. Asmodeus berjalan sambil memandang beberapa lukisan cat air yang aneh di dinding berwarna hijau lumut. Bauan herba mula muncul—bau yang dia kenal, bau Decharabia.

"Asmodeus," satu suara wanita yang mengasyikkan muncul dari sebalik bilik di sebelahnya.

Asmodeus menoleh ke kanan dan melihat Decharabia berpakaian serba hitam, kainnya agak jarang, menampakkan alur tubuhnya yang langsing dan cerah. Rambut perang beralun, sesuai dengan penampilannya yang menawan. Asmodeus menelan air liur, merasakan Decharabia adalah perempuan paling seksi yang pernah ditemuinya.

Decharabia berjalan mendekatinya sambil membawa sebuah buku besar dan tebal, lalu meletakkannya di atas meja bulat di depan mereka.

"Buku apa ini?"

"Kau tak pandai baca tulisan kuno ni?" Decharabia bertanya dengan senyuman menggoda.

Asmodeus memandang tajuk utama buku lama yang dibuat daripada kulit haiwan, tertulis dengan bahasa kuno. "THE SATBURY KINGDOM...?" dia cuba meneka.

"Good job, big boy," Decharabia menepuk bahu lebar Asmodeus dengan senyuman yang menggoda.

Namun, Asmodeus tidak pedulikan buku itu. Decharabia duduk di atas meja, menyilangkan kedua-dua kakinya, menyerlahkan pahanya yang seksi sambil merenung Asmodeus.

"Aku ada sebab minta kau datang sini. Aku harap kau masih boleh baca bahasa kuno ni," ujar Decharabia, tidak pedulikan renungan nakal Asmodeus.

"Maksud kau? Kau tak pandai baca ke?"

"Ya. Aku bukan dari zaman ini. Ini zaman NAVA. Dia turunkan kuasa kepada kau, jadi kau sepatutnya pandai baca tulisan ini," jelas Decharabia.

"Aku tak nak baca," Asmodeus berlagak bosan.

"Kenapa?"

"Apa faedahnya untuk aku?" soal Asmodeus.

"Bacalah, kau akan tahu," paksa Decharabia.

Asmodeus tidak menjawab, pura-pura batuk dan menguap. "Aku ingat kau nak bagi something yang teruja. Rupanya buku. Waste my time. Aku nak balik, aku penat."

Decharabia mengeluh panjang. Dia turun dari meja dan berdiri di hadapan Asmodeus yang berlagak angkuh. Tiada cara lain, Decharabia membuka pakaiannya, berbogel tanpa seurat benang di depan Asmodeus, hanya memakai sandal tinggi berwarna hijau lumut.

Nafsu Asmodeus mencanak naik. Akhirnya, dia dapat menikmati 'makan malam' lewat malam itu. Asmodeus mula menyentuh setiap inci tubuh Decharabia dengan nafsu yang membara.

Namun, ketika sedang menikmati keasyikan itu, Decharabia tiba-tiba menolak tubuh Asmodeus yang sedang membuka seluar kulitnya. Asmodeus terpinga-pinga dengan tindakan itu, merasa maruahnya dicabar.

"Kenapa? Ada masalah ke?" soal Asmodeus, cuba mencium Decharabia lagi, tetapi tetap ditolak.

"Kita buat lain kali," Decharabia mengambil kembali pakaiannya dan kembali membawa buku di atas meja masuk ke dalam bilik.

Asmodeus tidak percaya apa yang terjadi. Maruahnya ditolak. Dia mengejar Decharabia ke dalam bilik, menarik lengan perempuan itu sehingga Decharabia merasa sakit.

"Lepaskan aku!"

"Kau yang ajak aku ke sini, kenapa buat macam ni?!" Asmodeus marah, dadanya berombak menahan marah.

Decharabia tidak peduli, memalingkan kepala, tidak mahu memandang Asmodeus.

"Kau cabar aku sebab aku tak baca buku itu?" suara Asmodeus tegang.

Decharabia tetap tidak memandangnya.

Asmodeus hilang sabar. Dia menarik lengan Decharabia dan melemparkan tubuh perempuan itu di atas katil. Decharabia menunjukkan wajah tidak selesa ketika Asmodeus menanggalkan kembali semua pakaiannya.

"Kau binatang, Asmodeus!"

"Kau yang mula, so kau harus tamatkan ini!" Asmodeus menindih Decharabia, mencium leher dan dadanya dengan rakus.

Namun, Decharabia tiba-tiba ketawa, menghentikan Asmodeus.

"Kau kenapa, perempuan!" tengking Asmodeus.

"Kau taklah hebat seperti yang aku dengar. Biasa saja," Decharabia ketawa.

Asmodeus merasa maruahnya tercabar. Dia melepaskan Decharabia dan berdiri di hujung katil dengan pandangan tajam.

"Patutlah kau senang diperbodohkan oleh perempuan dara tu. Kau tak hebat sangat. Patutnya kau teruskan saja kehidupan miskin dan cacat kau tu," ujar Decharabia dengan sinis.

Asmodeus diam, menundukkan kepalanya. Penghinaan itu mencabar egonya. Tanpa sedar, tubuhnya mula berubah.

"Ya... Begitulah Asmodeus," Decharabia tersenyum melihat perubahan itu.

Kulit Asmodeus perlahan-lahan berubah dari perang ke kemerah-merahan. Urat-uratnya mula kelihatan, menandakan amarah yang dirasainya. Senyuman Decharabia semakin lebar apabila tanduk mula kelihatan di kepala Asmodeus, suhu bilik meningkat, dan peluh mula menitik di dada Decharabia.

Akhirnya, Asmodeus berubah menjadi SYAITAN KEDUA NERAKA. Dengan mata merah menyala, dia menerkam Decharabia dan terus menikmati persetubuhan itu tanpa mempedulikan apa-apa lagi.

Decharabia ketawa riang. Inilah yang dia mahu—Asmodeus yang sebenar. Dia menikmati setiap inci tubuhnya diterokai oleh syaitan itu. Dia teringat pesanan seseorang sebelum berjumpa dengan Asmodeus:

'Kalau kau nak kembali, kau kena bersetubuh dengan dia ketika dia bertukar menjadi syaitan, bukan sebagai manusia.' - seseorang.

"That's my big boy," dia tersenyum, misi berjaya.

MISI BERJAYA.

Enjoy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience