CHAP 1

Romance Series 74213

"Anya.. kau kena tolong aku. Kali ni je... please.. aku janji. Aku sanggup belikan kau apa-apa je yang kau nak. Kali ni je." Kata Bahr yang sednag merayu di sebalik telefon.

"Kau ni Bahr, ni kali kesepuluh dah tau kau cakap macam ni. Benda yang sama. Takkan lah setiap kali kau ditimpa kesusahan, kau nak harapkan aku, mana pergi kawan kau yang lain. Aku baru nak balik kerja ni gila.." kata Anya.

"Please lah Anya... Please.." kata Bahr. "Aishh! Satu hari kau tak susahkan aku memang tak sah! Dah lah aku ke sana, kau tunggu!" Kata Anya mengubah hala pemanduan menyelamatkan rakan baiknya yang kini dicari oleh seorang lagi mangsa yang sudah diputuskan tetapi tidak dapat menerima hakikat.

Bahr Malik, usahawan muda.. hanya dengan kekayaan, figura yang tampan, semuanya ada tinggal petik jari memanggil gadis yang memang akan sediakan menyerahkan hati dan raga kepada lelaki itu apabila lelaki itu sudah berkata manis.

Dia? Oppss... Dia tidak akan sesekali jatuh ke perangkap lelaki tu, baginya lelaki itu red flag yang harus dihindari. Stok begitu dijadikan suami, minta selisih!

Tapi, ya.. bagaimana dia menjalinkan persahabatan dengan lelaki ini.. Ceritanya bermula tiga tahun yang lalu.

(Flashback ke Jamuan Hari Jadi)

"Selamat hari jadi Becky.." kata Anya. Becky namanya, tapi nama sebenar Bahriah Mariam, entah mana datang Becky. Rakannya dari zaman universiti. "Auww.. terima kasih sebab datang tau Anya, aku tahu kau tak berapa selesa dengan parti macam ni. Sorry sangat." Kata Becky.

Becky tahu Anya seorang yang tidak sukakan ramai orang. Tu sudah pasti dan mesti. Tapi, demi rakan baik. "Alah.. benda kecil je lah. Dah, ni hadiah kau.." kata Anya. "Terima kasih bestie.. sayang kau. Ni kau nak tak aku kenalkan semua sepupu aku?" Kata Becky. "Tak perlulah.. dah, baik aku tolong mak kau dekat dapur." Kata Anya.

"Mummy.." panggil Anya manja. Puan Betty hanya tersenyum melihat gadis di hadapannya ini. Gadis yang dia harus berterima kasih kerana mahu berkawan dengan anaknya yang sentiasa menjaga anaknya daripada terus dipengaruhi dengan perkara yang tak baik.

"Ya Anya. Ahh, ni Mummy nak kenalkan, nilah kakak Mummy, namanya Datin Bahreah. Tapi, panggil je Aunty Reah." Kata Mummynya.

Anya terus menyalam perempuan di hadapannya, sesuai dengan gelaran. Ya, pemakaiannya memang sesuai dan sangat berkelas.

"Ahh, ni mana anak buah aku tu? Tak sampai-sampai lagi ke?" Soal Betty. "Entah lah dik. Kakak pun tak tahu." Kata Aunty Bahreah, soft-spoken apabila berkata. Terpanah sedikit Anya. Untung siapa dapat aunty ni oiii ...

"Anya ke namanya, boleh tolong Aunty tak?" Soal Aunty Baherah. "Kalau Anya, boleh je.. apa dia Aunty?" Soal Anya. "Ahh, Kak Ierah.. Anya ni apa je yang tak bolehnya, dia lah budaknya yang adik selalu cerita tu.." kata Aunty Betty.

"Ahh.. sudah, apa yang diceritakan tu?" Bisik hati Anya. "Bagus kenalkan dengan anak akak, mana lah tahu berubah.. macam Becky tu.. akak pun tahu kan dia macam mana dulu. Budak Anya ni lah yang nasihat dia." Kata Aunty Betty.

"Ahh.. bagus juga tu. Kalau spesis macam nilah, akak pun tak pening kepala dengan anak akak tu." Kata Aunty Bahreah.

"Siapa yang mereka cakapkan ni?" Soal Anya. "Ahh.. Anya, ni... Boleh tak cucikan dekat luar rumah. Bukan apa, tak muat nak cuci dekat sini. Boleh kan?" Soal Aunty Bahreah. Tempat air diberikan kepada Anya. "Boleh je Aunty.. Anya boleh buat." Ramah Anya.

"Panggil Mama je tau, macam Anya panggil Mummy." Kata Aunty Bahreah. "Baik Mama." Kata Anya sambil tersenyum canggung.
***
"Adoi!" Jerit satu suara lelaki yang entah dari mana. Anya yang di luar rumah menoleh ke belakang.

Lelaki sedang memegang kakinya tidak jauh daripada situ. Anya terus bergegas mendekati lelaki itu, mungkin salah satu tetamu yang hadir.

"Encik okay ?" Soal Anya. Lelaki itu hanya merenung Anya. "Can you help me sweetheart, my leg.. it seems.." belum sempat diceritakan, Anya terus membawa kerusi dan menyuruh lelaki itu duduk, sangat pantas perlakuan Anya. Terkejut lelaki itu.

"Encik, saya buka kasut Encik ye. Maaf.." kata Anya. Lelaki itu hanya merenung gadis di hadapnnya. Comel.. sangat comel,.polos pun boleh dikatakan. Innocent.. ya, perkataan yang tepat menggambarkan gadis ini. Sangat cantik dan manis...

"Encik.. encik.." kata Anya melayangkan tangannya ke wajah lelaki itu. "ahh.. yes Candy, why??" Kata lelaki itu.

"Kasut Encik ni, ada paku. Saya dah buang dah." Senyum Anya. Terpana lagi lelaki ni. Senyumannya sangat ikhlas jika dibandingkan dengan perempuan yang dia jadikan mangsa.

"Terima kasih..." Kata lelaki itu.

Itulah pertemuan pertama mereka, dan bagaimana mereka boleh menjadi rakan baik. Jangan risau... Akan diceritakan satu persatu.
***
(Sekarang)

"Pheww.. nasib baik kau ada Anya." Kata Bahr, Anya masih meneruskan pemanduan. "Habis tu, kereta kau macam mana ?" Soal Anya. "Ahh.. biarlah. Nanti pemandu aku ambilkan." Kata Bahr.

"Kau nilah.. bila lah nak berubah, kesian weii kau asyik mainkan perasaan perempuan. Tapi, eyalah.. aku pun malas nak bahas. Kau tu bukannya muda.. lima tahun lebih tua dari aku kutt.." kata Anya.

Bahr hanya ketawa, "sepatutnya kau kenalah panggil aku Abang. Macam Becky tu, dia panggil aku Abang tau." Kata Bahr.

"Sebab dia sepupu kau, gila! Dahlah kau nak ke mana, aku hantar balik lah ye." Kata Anya. "Ya, tulah yang terbaik. Hantar aku balik. Aku kena siapkan kertas kerja aku untuk meeting esok." Kata Bahr.

"Baik Bos.. memang kerja aku ni jadi pengawal pribadi kau. Sampai ke tua lah aku jadi macam ni, kesian bakal suami aku nanti." Kata Anya.

"Tak kesian tu, kalau bakal suami kau ialah aku, kawal aku sampai halal." Kata Bahr.

"Gila.. menyesal juga aku kenalkan kau dengan model-model aku." Kata Anya.

Oh, belum diceritakan.. Anya seorang pereka fesyen, namun melihatkan dirinya.. orang pun boleh terkejut mengetahui pekerjaan Anya yang tidak sesuai dengan pemakaiannya yang terlihat biasa.

Namun, tidak pada rekaannya. Rekannya sudah beberapa kali dipanggil di Paris.
***
Anya sedang mengeringkan rambutnya. Sedang dia berfikir untuk memikirkan rekaannya untuk dijahit, satu panggilan telefon nyaring berbunyi.

"Ahh, apa lagi kau nak? Malam dah ni.. aku tak nak bantu kau. Aku sibuk ni nak lakar baju aku." Kata Anya.

"Anya.. tolong.." mendayu suara Becky. "Becky, kenapa ni? Mana Bahr? Kenapa telefon Bahr ada dekat kau?" Soal Anya.

"Tolong aku, Anya.." tangis Becky. "Kau tunggu dekat situ. Aku datang sekarang, kau wasap aku tempat kau sekarang." Arah Anya.

Memang dua orang ni sahaja yang sentiasa ada kesusahan, dan penyelamat mereka sudah semestinya..

"Anya Inayla .."

"Apa pula kali ni? Malasnya aku sepupu dua orang ni!" Rungut Anya.

Boleh follow ig Killa untuk more teaser chapter after this.. ig : miss_penulis. apa macam Chapter 1? okay tak??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience