BAB 8

Mystery & Detective Completed 36681

‘Bella nak scramble egg macam kak Leah masaklah mommy, dua biji tanpa kuning telur, kak Leah cakap kuning telur tak baik untuk kesihatan, kolestrol,’ujar Bella pada Lisa yang sedang menyiapkan sarapan untuk anaknya.

Sengaja dia mahu menyediakan sarapan untuk keluarganya pagi ini, sejak kebelakangan ini dia terasa seperti mahu meluangkan masa dengan keluarganya, ada saja resipi baru yang dikumpulnya di Fac untuk dicuba. Awal pagi lagi dia bangun menyiapkan bihun goreng ala Singapura kegemaran mereka sekeluarga sementara Leah diarah untuk mengemas rumah sahaja.

Leah yang berada di ruang dapur ketika itu hanya senyum melihat Bella, Lisa memandang Leah tidak semena-mena darahnya menyirap.

‘Well this is your mommy and not kak Leah, as far as I remember I’m still your mother and I’m the one in charge here, my house my rules you get that!’ tegas Lisa terkesan dengan perangai Bella, Bella mengangguk faham.

Tidak lama kemudian, Abil dan Benjy turun, suara Abil yang riang menyanyi sekurang-kurangnya menceriakan suasana pagi ini dan menghibur hati Lisa.

‘Mommy, mommy look, look!’ Abil menunjukkan langkah tarian Ballet pada Lisa.

‘Wow, pandainya Abil menari Ballet, since when anak mommy belajar menari Ballet?’ tanya Lisa sambil mengajuk gaya tarian Ballet Abil, serta merta Abil dan Bella ketawa melihat telatah ibunya yang ceria pagi ini.

‘Well thanks to kak Leah, Abil memang minat Ballet dari dulu tapi tak berani cuba, kak Leah support Abil dan suggest yang Abil patut perform benda yang Abil suka buat, so Abil buat keputusan untuk perform ballet mommy,’ ujar Abil riang.

‘What? Say it again!’ berderau darah Lisa mendengar kata-kata Abil.Matanya tajam memandang Leah. Benjy yang tadinya berselera menjamah bihun goreng berhenti makan, begitu juga Bella. Abil tergamam.

Baginya kali ini Leah benar-benar melampau, ternyata segala arahannya untuk memastikan Abil berlatih piano tidak dipatuhi sebaliknya Leah membasuh otak anaknya yang baru berusia Sembilan tahun itu untuk membuat keputusan sendiri.

‘Leah, awak ingat atau pura-pura lupa dari hari pertama awak kerja lagi saya dah minta awak pastikan Abil berlatih main piano. Awak dah lupakah? Saya minta awak jaga anak saya, bersihkan rumah dan pastikan segala arahan saya dipatuhi bukan jadi ibunya! Ingat saya majikan dan awak pekerja saya, awak faham tak Leah?’ teriak Lisa, kesabarannya tidak dapat dibendung lagi. Ada saja benda yang ingin diubah oleh Leah.

Minggu lalu Leah terlebih rajin, satu rumah dibersihkannya itu termasuklah mengubah susun atur perabot mujur saja kedudukan kamera jam penggera tidak berubah. Tidak cukup dengan itu Leah membasuh baju dalam Lisa dan Benjy walhal dia sudah maklum bahawa Lisa akan membasuh baju dalam mereka sendiri dan selebihnya akan dihantar ke dobi. Baginya, Leah seakan mahu mengambil peranannya sebagai isteri dan ibu di rumah ini.

Leah menangis mengangguk faham.

‘And you Abil, forget ballet and stick to piano performance, mommy bukan suruh Abil jadi pemain piano sampai besar cuma untuk charity dinner, apa yang susah? Abil yang pilih main piano at the first place dan mommy ikut kata Abil, so stick with the plan!’

‘Enough sayang, jangan besarkan hal ni okay, jom breakfast and let the kids have their breakfast,’ Benjy mula bersuara.

‘Not a big deal? Celah mana not a big deal bila ada orang gaji dah mula memandai-mandai buat benda yang tak disuruh? tanya Lisa sambil menjeling tajam ke arah Leah.

‘Dahlah, you dah cakap apa yang you nak and I percaya dorang dah faham. Abil akan main piano and at the same time if dia nak belajar ballet kita support dan hantar dia ke kelas Ballet, multi talented anak kita,’ ujar Benjy cuba meredakan suasana, dia tahu isterinya marah dan dia merasa kasihan melihat Leah menangis di marah.

‘Yang you nak back up pembantu rumah kenapa? I tak percayalah yang suami I sedang bercakap sekarang ni, I bukan larang dia nak menari ballet tapi you pun tahu yang pihak sekolah dah tahu Abil akan main piano, kenapa nak tukar last minute? You sekarang pun dah buta oleh pembantu rumah juga kah?’ tanya Lisa pada Benjy sinis menyebabkan Benjy menengking memintanya berhenti.

Abil merasa bersalah, kalau bukan sebab dirinya yang mahu bermain ballet, pergaduhan pagi ini takkan terjadi.

‘Fine, Abil nak main ballet, nak ikut cakap Leah yang korang sayang, go ahead, and you sayang I guess you’ll better without me,’Lisa mencapai kunci keretanya lalu beredar keluar dari rumah.

‘Mommy, mommy I’m sorry,’ Abil namun tidak diendahkan oleh Lisa.

‘Sayang.. Sayang… wait sayang,’Benjy mengejar Lisa, namun Lisa laju berlari menghidupkan enjin kereta dan terus memandu laju tanpa menoleh belakang.

Benjy masuk semula ke rumah, mengambil beg laptop serta kunci keretanya lalu mengarahkan kedua orang anaknya masuk ke kereta untuk ke sekolah.

‘Tuan, maafkan saya, saya akan jemput Abil dan Bella tengahari nanti,’ ujar Leah, Benjy hanya diam berlalu pergi.

‘Fuh, buat semak otak je, ada aku kisah kalau kau nak berambus?’ marah Leah.

Dibuangnya bihun goreng yang dimasak Leah ke dalam tong sampah, dia mula melakukan tugas membersihkan rumah.

‘Hadid, kau rasa patut tak aku pecat saja budak Leah tu? tanya Lisa pada pembantu peribadinya itu.

‘Ikut suka kau, tapi kalau kau pecat dia siapa nak jaga anak-anak kau babe? Kau pun kata yang Benjy sibuk dengan projek bangunan kompeni mana ntah kau cakap haritu, kalau dah dua-dua busy siapa yang nak jaga anak pula? Aku rasa better kau bertahan dulu sementara cari nanny atau maid baru,’ jawab Hadid.

Lisa buntu memikirkan apa yang harus dilakukannya, dia menghela nafas panjang, setelah berfikir dia perlu tenangkan diri dan bertindak rasional tanpa pentingkan diri. Hadid meminta izin untuk menyambung tugasnya semula, sebelum itu sempat dia mengingatkan Lisa untuk pastikan iklan yang pihak Listerine minta disiapkan segera sebelum pembentangan selasa depan.

Lisa mengeluarkan ipad dari beg tangannya dan dia mula memerhatikan gerak geri Leah yang kini seorang diri di rumah, tiada apa yang mencurigakan. Dia kemudian menukar tarikh untuk melihat rakaman hari sebelumnya, seperti biasa Leah berbual berjam-jam lamanya dengan Abil dan Bella. Perasaan ingin tahu Lisa semakin menebal.

Mam Lisa:Tak payah ambil Abil dan Bella, saya akan jemput mereka di sekolah.

Me: Okay mam, tq

Leah mencampak telefon bimbitnya ke meja makan sebaik saja mendapat mesej whatsapp dari Lisa. Dia tertanya-tanya apa lagi agenda Lisa, harinya benar-benar sunyi tanpa ‘keluarganya’.

Lisa sudah berada di depan pagar sekolah menjemput Abil, Bella pula sedang menanti di dalam kereta.

Lisa membawa kedua orang anak perempunnya ke café kegemaran mereka. Hari ini dia membenarkan anaknya untuk makan kek dan dessert sepuas hati mereka. Dia tidak mahu pergaduhan pagi tadi mengganggu emosi anak-anaknya, selain itu dia perlu siasat tentang Leah dari Abil.

Abil berkali-kali meminta maaf pada Lisa, Lisa memeluk Abil dan jelaskan padanya tentang apa yang terjadi dan meminta Abil untuk menikmati hidangan makanan yang dipesannya.

Lisa menyusun ayat untuk mencungkil rahsia dari Abil, bila dilihatnya Abil kembali ceria dan asyik menikmati kek aiskrim stroberi kegemarannya dia mula bersuara.

‘Abil, mommy tengok Abil selalu bersembang dengan kak Leah berjam-jam lamanya, apa yang Abil bualkan dengan kak Leah?’ Lisa berhati-hati bertanya.

‘Eh macam mana mommy tahu? Mesti Bella yang bagitahu ni kan? Tanya Abil.

‘Bukan Bella, tapi mommy tahu sendiri, Abil lupakah yang mommy ni seorang supermommy? Kalau Abil sayang mommy, boleh tak Abil jawab soalan mommy dengan jujur, ini rahsia antara kita berdua okay?’Lisa memujuk Abil dan Abil terus bersetuju.

‘Mostly kami berbual tentang hobi, interest dan pasal cinta, kak Leah cakap dia jatuh cinta dengan seorang lelaki tapi buat masa sekarang diorang belum officially date, not until dia kak Leah dapat pastikan perasaan lelaki itu terhadapnya, kak Leah kata she can’t hardly wait for her first kiss, real kiss with someone special’ ujar Abil selamba membuatkan Lisa tergamam, dia tidak menyangka perbualan Abil dan Leah sampai ke tahap itu. Dia cuba kekal tenang walau marahnya membara seperti gunung berapi yang bila-bila masa saja akan menuntahkan laharnya. Dia harus mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Leah.

‘Ouhh, so Kak Leah tengah madly in love lah sekarang ni, tak mengapalah, kasihan kak Leah sunyi tiada siapa-siapa di sini, seorang diri di negara orang while her family jauh di philiphine kan, at least kalau ada kekasih boleh tolong jaga dia kan Abil,’ Lisa cuba bermain helah psikologi dengan Abil.

Abil mengangguk setuju, tiba-tiba Bella menyampuk.

‘Mana ada kak Leah sunyi, Auntie kak Leah ada je tinggal dekat Genting Highland, kak Leah kata auntie dia ada buka kedai gambar,’ sampuk Bella namun Abil bingkas menyubit adiknya. Lisa perasan tindakan Abil itu, Bella tiba-tiba merengek kesakitan kesan cubitan itu.

Lisa memarahi Abil lalu bertanyakan apa yang cuba disorok oleh Abil.

‘Kak Leah kata kalau dah berjanji kena simpan rahsia, Bella ni kan tak pandai simpan rahsia,’ jelas Abil sambil mencebik bibir pada Bella.

Lisa agak terkejut mendengar kata-kata Abil kerana setahunya Leah bagitahu yang makciknya sudah pulang ke Filipina

‘true, we must keep our promise, but this time mommy nak kenal dengan family kak Leah, just iin case ada apa-apa jadi pada kak Leah, or kita mungkin boleh buat surprise untuk kak Leah coz lately dia macam sedih je,’pujuk Lisa.

‘Abil sebenarnya tak tahu alamat auntie kak Leah, yang Abil tahu nama Auntie kak Leah Mirna dan nama uncle dia Ramos itu saja, lepas tu kalau nak cari kedai tu tak susah sebab kedai gambar tu ada satu saja dekat genting dan kalau sebut Ramos semua orang akan kenal,’jelas Abil.

Lisa menghela nafas lembut cuba menenangkan dirinya, dalam hatinya berang kerana Leah telah menipu tentang keluarganya. Dia ingat lagi yang dia cakap makciknya sudah balik ke Filipina dan takkan pulang ke Malaysia lagi kerana suaminya telah meninggal dunia akibat nahas jalan raya. Lisa merasakan yang Leah ada menyimpan sesuatu daripada mereka dan dia ingin mendapatkan kepastian dari Leah hari ini juga.

Tengahari itu Benjy diserang migraine, kepalanya berdenyut-denyut rasa mahu pecah dan dia masih lagi berada di dalam kereta mahu berehat seketika.

Tok Tok Tok

Leah yang dari tadi menyedari kepulangan Benjy akhirnya keluar menjenguk Benjy setelah merasa hairan yang Benjy masih juga belum masuk ke rumah sejak 20 minit tadi.

Benjy membukakan matanya sambal memicit-micit kepalanya yang pening, dibukanya lock pintu keretanya dan memberikan senyuman tawar pada Leah. Leah panic setelah melihat keadaan Benjy. Lalu, segera dibukanya pintu kereta dan dipapahnya Benjy keluar.Benjy menolak lembut namun Leah berkeras mahu memapah Benjy masuk ke dalam rumah.

Disandarkan tubuh Benjy ke sofa, sebentar kemudian Leah datang bersama pil tahan sakit, segelas air dan besen kecil berisi tuala.

‘Terima kasih Leah, maaf susahkan awak,’ ujar Benjy selepas menelan pil paracetamol yang diberikan oleh Leah. Leah senyum dan mengatakan yang dia hanya melakukan tugasnya saja kemudian diperahnya air dari tuala tadi lalu dilap-lap kepala Benjy. Benjy yang tak bermaya hanya menurutkan saja.

‘You janganlah malu dan segan, I buat apa yang sepatutnya Lisa buat, I bantu You sama macam I bantu Lisa okay,’ ujar Leah pada Benjy, Benjy agak kekok dengan cara Leah kerana selalunya Leah akan memanggilnya tuan atau sir.

Leah berlari ke dapur sebaik saja mendengar bunyi cerek, 10 minit kemudian dia kembali semula ke sofa bersama secawan the.

“Nah, I buatkan you chamomile and cinnamon tea, this is natural remedy to cure migraine, headache and stress, try it,’Leah memberikan teh itu kepada Benjy, Benjy meminumnya, tidak lama kemudian dia cuba bangun untuk berehat ke bilik namun Leah pantas memghalangnya.

‘You tak boleh naik, rawatan ni tak lengkap tanpa urutan, Leah memahut bahu Benjy dan disandarkannya tubuh Benjy ke Sofa. Dia mencapai minyak bunga matahari dan perlahan-lahan dia mengurut kepala Benjy, Benjy pada mulanya menolak dan hanya mahu berehat di bilik saja, namun Leah berkeras mengurut, mula dari kepala turun ke belakang telinga lalu ke cuping telinga dan turun ke bahagian leher akhir sekali bahu, begitulah turutan urutannya berulang kali, disebabkan ia menenangkan, Benjy terlena sehingga tidak menyedari yang Lisa telah menelefonnya berulang kali.

Leah memeriksa handphone Benjy dan tersenyum sinis, dia menukar mode handphone tersebut kepada silent kerana tidak mahu deringannya mengganggu tidur Benjy. Leah membelai pipi benjy lalu jarinya meliar ke bibir Benjy.

Benjy akhirnya terjaga dari tidur, dia terkejut apabila menyedari Leah sedang tidur di bahunya. Kerana terkejut dia bingkas bangun. Leah juga terjaga dari tidur namun reaksinya pula lebih tenang.

‘Kenapa awak boleh tidur sebelah saya, awak tahu tak saya majikan awak dan suami Lisa, saya juga seorang bapa?’

‘Maafkan I, mulanya I cuma duduk sebelah you sambil baca majalah tak sedar pula sampai boleh tertidur, mesti I banyak guna tenaga masa urut you dan anginnya pula berpindah kat I,’ujar Leah tersenyum kecil.

‘Apapun, saya tak boleh terima situasi ni, bagaimana kalau isteri saya tahu? Nanti dia fikir bukan-bukan?’ tanya Benjy.

Mendengar perkataan isteri mengingatkan dia pada Lisa, dan tiba-tiba Leah naik angina.

‘Selama ni dia pedulikan you ke?Dia anggap you suami dia ke?’ tanya Lisa.

Benjy seakan tak percaya dengan apa yang didengarnya.

‘Apa hak awak cakap macam tu? Awak dah melampau batas ni, awak tau tak Leah?’ bentak Benjy dan segera beredar. Menyedari yang situasi seakan tak terkawal Leah kemudia berpura menangis teresak dan tangisannya itu menyebabkan langkah Benjy terhenti.

‘You tahu tak, sebenarnyaa kita sama,kita terlalu menyayangi seseorang hingga kita tak sedar yang kitalah menderita. Telah habis kasih sayang diberikan namun mereka tidak tahu menghargainya. Kita ini seperti menunggu masa saja untuk dilepaskan pergi kerana sudah tidak membawa apa-apa faedah pada mereka, Lisa dah ada kerjaya yang hebat, zuriat untuk melengkapkan statusnya sebagai seorang wanita dan ibu dan wanita berjaya sepertinya tidak perlukan seorang lelaki. Dia sama seperti kekasih i, maksud saya bekas tunang I , I dah serahkan segala-galanya pada dia, tapi I dapat tahu dia dah bertunang dengan wanita lain tinggallah I seorang diri, malah dia sanggup meminta I melacur dari mengganggu rumahtangganya. Sebab tu I kata kita ni berada dalam situasi yang sama, punya cinta tapi diberi pada orang yang salah, bukan begitu? I cuma mahu melepaskan segala kesedihan yang telah lama dipendam, tiada seorang pun tahu kesakitan ini,’ luah Leah teresak-esak, Benjy perlahan-lahan duduk di sebelahnya dan mula menepuk-nepuk belakang Leah.

‘Maafkaan saya, apa yang cakap mungkin ada betulnya, sorry to hear about your fiancé tapi saya dan Lisa berbeza, bila awak dah kahwin awak akan memahaminya, apapun saya mahu awak tahu batas antara majikan dan pekerja, itu saja,’ jelas Benjy

‘Apa erti perkahwinan tanpa cinta?’tanya Leah, perlahan-lahan dia mendekati Benjy. Benjy duduk memerhatikan Leah. Tidak dinafikan hati mana-mana lelaki pasti akan terusik memandang tubuh montok Leah. Bukan bermakna tubuh isterinya tidak menggiurkan tapi kalau Leah dinilai secara individual, dia berada di skala perfect 10.

Leah menyentuh lembut dagu Benjy, seakan dipukau kali ini dia tidak menepis jauh sekali menghalang Leah, wajah Leah semakin hampir ke arah wajahnya hingga dapat terasa hembusan nafas Leah memanasi wajahnya. Benjy benar-benar mahu mengucup bibir Leah yang mungil, namun maatanya tiba-tiba terlihat pada kamera jam penggera yang dibeli Lisa. Benjy tiba-tiba panic dan bingkas bangun.

‘Tidak! Tidak! Ini salah, saya dah katakana tadi awak kena tahu batas awak,’tegas Benjy dan berlari ke bilik. Leah hampa kerana dia benar-benar menginginkan Benjy, dia sudah tidak mampu membendung gejolak nafsunya dan dia juga mahukan keluarga ini Benjy, Abil, Bella tanpa Lisa.

Benjy menggeleng-gelengka kepala seakan tidak percaya dengan apa yang baru saja terjadi.

‘Nafsu ni memang sial, syaitan memang sial!’ marah hati kecilnya.

Dia melihat wajahnya di cermin dan wajah isteri serta dua orang anaknya berlegar-legar, perasaan bersalah menghimpitnya. Dia teringatkan rakaman video, dia pantas berlari menghidupkan komputer, dia perlu padam video tersebut sebelum diketahui oleh Lisa.

Sebelum memadam rakaman tersebut, Benjy melihat semula rakaman sewaktu dia tertidur di sofa sebentar tadi, sukar untuknya percaya yang sebentar tadi Leah membelai wajahnya dan mencium bibirnya sebelum tidur disebelahnya. Dia mahu marah, tapi semua ni berlaku atas kecuaian dan kebodohannya. Segera dihapuskan rakaman sedari dia masa dia balik hingga sebentar tadi, namun dia sedar meninggalkan separuh rakaman video akan buat Lisa curiga, lalu dihapuskan keseluruhan rakaman untuk hari ini.

‘Tipulah kalau aku kata taka da hati pada Leah, tapi ini semua salah,’bisik hati kecil Benjy.

Sementara itu Lisa dan kedua orang anaknya telahpun, dalam hatinya mahu saja meletup seperti volkano namun ditahan amarahnya demi anaknya. Leah duduk di sofa memotong kuku sewaktu Lisa membuka pintu, Lisa berasa aneh kerana selalunya Leah akan terhegeh-hegeh menyambutnya di depan pintu. Lisa menyuruh kedua orang anaknya naik ke atas. Bella segera menurut kata. Leah masih lagi memotong kuku seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran mereka tiga beranak. Abil turut hairan melihat tingkah laku Leah, namun seperti Bella, dia juga segera naik ke atas.

‘Mana Suami saya? Saya nampak kereta dia ada di luar? Dari jam berapa dia balik?’ bertalu-talu soalan Lisa namun Leah tetap statik.

‘Awak tak dengar ke saya tanya awak ni Leah? Awak dah pekak ke?’ tengking Lisa.

Suara Lisa kedengaran sehingga ke tingkat atas dan mengejutkan Benjy. Benjy panic dan segera turun ke bawah.

‘Sayang, sayang, U dah balik?’ tanya Benjy tenang.

Leah memalingkan wajahnya sebaik saja mendengar suara Benjy. Lisa berang dengan sikap aneh Leah.

‘Leah! Dari tadi saya tanya awak soalan awak langsung tak jawab, bila my husband datang awak boleh dengar pula? Awak pekak atau pura-pura pekak?’ marah Lisa.

‘Eh mam, bila sampai? Sorry tak perasan sebab I tengah dengar lagu Selena Gomez, so sorry, ada apa barang perlu diangkat?’ jawab Leah berpura-pura, dia tahu anak beranak itu dah balik tapi sengaja dipasang earphone dan tak berlagu itu kerana dia penat melayan kerenah Lisa.

‘Tapi bila suami saya datang awak boleh perasan pulak kan? Awak ni dah lain macam saya tengok, jangan-jangan awak..’ Lisa cuba menghabiskan kata-katanya namun Benjy meminta Leah ke dapur sediakan apa yang patut sebelum pulang.

‘And you! Dari jam berapa you balik? I call berkali-kali you tak jawab kan? Ke you dah syok dengan service minah pinoy tu!’ jerit Lisa, jeritannya yang kuat itu didengari oleh Leah dan Leah bersorak-sorak riang di dalam hati kerana rancangannya untuk cetus krisis Berjaya.

‘Apa ni sayang? I tak perasan you call, I pulang dari jam dua petang tadi, kepala I migraine teruk sampai I tak larat nak text you. Kalau bukan sebab dengar suara you I still tidur kat atas. You tak payah nak fitnah-fitnah, calm down!’ jawab Benjy, ada sedikit nada bersalah, harus diakui naluri seorang isteri memang benar.

‘Leah! Awak datang sini saya nak cakap dengan awak!’ arah Lisa. Leah datang berlari-lari anak, dia segera menukar karekter innocence untuk meraih simpati.

‘Saya nak tanya awak sekali lagi, hari tu awak kata yang makcik awak balik ke Filipina kan? Tanya Lisa.

‘Yes Mam,’

‘Bagaimana pula dengan uncle awak?’

‘Uncle… er .. er.. auntie saya anak dara tua, belum berkahwin lagi puan, kenapa puan tanya soalan ni?’

‘Awak pasti yang awak jawab dengan jujur? Awak pasti? Awak pasti yang keluarga awak tiada di Malaysia ni Leah? Saya tak suka orang menipu dan saya akan cuba dengar explanation awak sekiranya awak berterus terang dengan saya sekarang! Tell me now! Diorang masih ada kat Malaysia lagi kan? Kenapa awak tipu?’ jerit Lisa.

Leah betul-betul panic, dia tidak menjangka akan kantoi sepantas ini, akalnya cepat-cepat ,mencari idea.

‘Apa ni sayang? Dari mana you tahu semua benda ni?’ tanya Benjy, dia juga turut tertanya-tanya apa sebenar yang telah berlaku.

‘Leah tipu kita dari mula lagi, dia kata dia seorang diri di Malaysia tapi sebenarnya family dia ada kat sini, saya tak boleh percayakan awak lagi,’ luah Lisa.

‘Saya boleh jelaskan Puan, saya telah lama melarikan diri dari mereka, saya mahu hidup cari duit sendiri tanpa bergantung dengan sesiapa. Hubungan saya dengan makcik saya tak bagus dan kami jarang bercakap, saya bercakap benar, maafkan saya kali ini, saya janji saya takkan tipu puan lagi,’ rayu Leah.

‘Lagi satu saya nak tanya, apa yang orang dewasa macam awak ni bualkan dengan budak-budak berusia Sembilan dan lima tahun berjam-jam? Saya nak tahu apa topik yang menarik sangat, share dengan saya, coz saya sebagai ibu yang melahirkan nak tahu juga?’ tanya Lisa sinis.

Leah hairan, bagaimana Lisa tahu akan aktivitinya, dia pasti Abil takkan bagitahu apa yang mereka bualkan kerana Abil juga benci pada Lisa dan sayang padanya.

‘Saya cuma berbual-bual kosong saja puan,’ jawab Lisa.

‘Oh come on! Cut the crap will you! Fine awak tak nak mengaku, saya akan cari bukti, in the meantime awak better cari kerja tempat lain,’jelas Lisa.

‘Mem bagi saya second chance, saya janji saya akan jujur dengan puan please,’ rayu Leah.

‘Awak balik dulu Leah, datang esok hari okay.

Lisa beredar ke dapur meninggalkan benjy dan Leah, dia cuba mengawal marahnya namun gagal dek sikap aneh Leah sebentar tadi, dicapainya gelas di dalam kabinet dan dia terpandang messenger bag Leah.

Inilah peluangnya, ini saja caranya, dia perlu pantas mencari bukti. Dia melihat ke arah ruang tamu, Benjy masih berdiri berpeluk tubuh sementara Leah menangis teresak-esak di sofa.

Lisa selongkar beg dompet Leah dan dia nampak kad pelajar Leah, serta mykad Leah, dia benar-benar terkejut. Segera diambilnya pkad pelajar Leah lalu diletakkan beg tersebut di tempatnya semula.

Lisa cuba tenang, diteguknya semula air namun kelibat Leah di belakangnya benar-benar mengejutkannya hingga buat dia teserdak.

‘Mem, okay nak saya buatkan teh?’tanya Leah namun pandangannya tertumpu pada arah kabinet dapur.

‘No, it’s okay awak boleh balik,’

‘Saya boleh datang esok kan puan?’

‘Suka hati awak.’

Leah mengambil begnya lalu beredar meninggalkan rumah tersebut. Dia perlu pantas sebelum lebih banyak rahsianya dibongkar.

‘I rasa you agak kasar dengan Leah tadi sayang, bagilah dia peluang, apa yang jadi masalahnya kalau dia larikan diri dari family sendiri, itu hal peribadi dia,’ tanya Benjy, Lisa mengecaj ipadnya lalu membuka komputer, hati Benjy mula berdegup laju. Serangan panik mengalir diseluruh pembuluh darahnya dan dia berharap dia akan selamat.

‘Sayang you kan tahu I paling tak suka dengan orang yang menipu, menipu satu hal! You tahu tak betina tu sampai ke tahap cerita pasal benda-benda lucah dengan Abil? I tahu for now I macam serkaap jarang, tapi I percaya cakap anak I itu nombor satu, yang kedua I akan percaya apa yang akan nampak which is thanks god, thanks human coz ada teknologi spy cam ni dan ketiga I akan gali sampai ke lubang cacing itu cara I, so please excuse me and stop defend betina tu,’ ujar Leah sinis, entah syaitan mana yang merasuknya, selama ini dia sangat percayakan suaminya namun jauh di sudut hati, ada satu ruang yang terlalu sakit menekn-nekan menyatakan ada sesuatu di antara suaminya dan Leah.

Benjy jauh sekali berniat untuk curang, selepas kejadiaan petang tadi ada satu sisi dirinya yang seperti puas dengan belaian yang selama ini didahagakannya, satu perhatian dari seorang isteri, dia suka dan dalam masa merasa bersalah.

‘Apa ni! Apa dah jadi dengan rakaman hari ni? Tiada langsung rekod untuk hari ini! You padam ke? Agak kebetulan kan hari awak migraine, balik awal berdua dengan betina tu berjam-jam, hari tulah hilang, eh magic sayang,’sindir Lisa.

‘Lisa, how could you say that! Mind your words I tak tahu apa-apa tentang mainan you tu, you yang beli, pandai-pandailah you check!,’ marah Benjy, penipuannya seakan satu kebenaran sehingga membuatkan dia percaya pada penipuannya sendiri. Dia perlu selamatkan diri.

‘You pergi tengok ntah-ntah bateri mainan awak tu dah habis, dah berapa lama tak tukar? Ataupun barang tu memang tak berkualiti, you bawalah jumpa tauke kedai tu lagi, suruh dia check. Saya taknak masuk campur urusan awak! Sebelum terlupa charity show anak awak lusa, dari awak fokus benda tu baik awak fokus pada benda bernyawa di rumah ni,’ ujar Benjy, dia mencapaai bantal lalu segera beredar.

‘Taknak masuk campur!!! you suami saya, head of this family of course you kena ambil tahu, ini usaha I and I want you support me! How could you, you don’t have any fucking idea how stressfull I am? Kita beerdepan dengan orang tak dikenali yang cakap benda-benda lucah dengan anak you, semua tu tak bawa apa-apa makna kat You? You yang support I beli benda ni since you merayu nak hired betina tu, sebab nak tolerate dengan you I mengalah, now you blame me and kata ni mainan i? Lisa menangis teresak-esak, Benjy yang berada di luar bilik menghantuk-hantukkan kepalanya, luluh hatinya mendengar tangisan Lisa. Seperti Lisa, dia juga menangis, namun ego lelaki menghalangnya dari mendekati dan memujuk lisa.

Penipuan yang direka seakan benar dan apa yang dilihatnya kini adalah kesalahan isterinya, diletakkan semua kesalahan itu pada isterinya, bisikan kata-kata Leah selang seli bermain di mindanya. Mungkinkah semua perasaaan ini terbit dari perasaan dendam pada isterinya? Kesunyian saban minggu diabaikan, makan minum yang tidak menentu dan malam-malam sunyi saban 365 hari selama tiga tahun? Kalau ada pun ikut mood Lisa. Dia sudah cuba menjadi suami dan ayah terbaik, sumpah dia sudah mencuba tapi kesabarannya juga ada batas. Benjy turun ke bilik studio dan tidur di situ.

Pertengkaran mereka disaksikan oleh Abil yang bersembunyi disebalik tangga, deraian air matanya membasahi tangga. Ada satu kebencian wujud dalam hatinya, kerana dia tahu siapa kekasih yang Leah maksudkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience