VS 10

Drama Completed 85761

“Arrghh! Sakit betul hati saya bang!!”
Dahlia mencampak tas tangan ‘shoulder sling’ berwarna merahnya keatas sofa sebelum menghenyak kuat punggungnya.

“Dah lah yang... jangan fikir lagi.”
Mansor turut melabuhkan pungung di sofa ‘single’ ruang tamu tersebut.

“kenapa mama?”
Eva menuruni anak tangga, apabila mendengar suara mamanya memecah sunyi rumah agam itu.

Daim yang berada didapur turut melangkah ke ruang tamu.

Wajah Dahlia dupusingkan memandang anaknya sehingga Eva menghimpit punggung sebelahnya.
“Mama nak Eva putuskan terus hubungan dengan Lukas.”

Hah?!
Eva bulat mulut.

Daim berdiri jauh menyandar badan diantara pintu dapur dan ruang tamu, sebelah tangan dimasukan kedalam poket. Malas nak masuk campur.

“Yang... sabar lah. Perbincangan masih belum habis kan.”

Kali ni Dahlia berpaling kearah suaminya.
“Takde bang, tak payah nak bincang kali kedua nanti pasti ada kali ketiga, keempat kelima! Sudahnya anak kita yang salah!”

“Lukas tak mengaku ke apa yang dah dia buat pada Eva, mama?”

“Bukan tak mengaku, tapi bila papa mintak Lukas keluarkan statement untuk ceritakan semua apa yang sebenarnya yang berlaku malam tu. Mama Lukas membantah hebat-hebat. Tu yang jadi gaduh sekejap tadi. Tahu lah mulut mama kau ni Eva.”
Mansor menjawab soalan anaknya sambil bibir dijuih kearah Dahlia.

“Mananya saya tak bersuara bang?! Dah dia tuduh anak kita ada hubungan dengan Daim! pulak tu siap menyumpah anak kita ni perempuan murahan! Hati mak mana boleh tahan bang...”
Hujung ayat Dahlia agak sayu. Sedang hatinya benar-benar sedih dengan tuduhan dari keluarga Lukas pada Eva.
“Lagi satu! Eva tahu tak! Bila papa suruh Lukas ceritakan semua kat peminat Eva apa yang berlaku, boleh pulak mama dia bantah, Alasan takut anaknya malu. Tapi dia tak sedarkan sekarang ni Eva dan Daim lebih malu? Satu Negara sedang blame kamu berdua!”

Argghh! Kenapa tiba-tiba Eva rasakan hatinya sakit bagai ditikam-tikam oleh sikap Lukas?
Mana kata setia Lukas?
Mana janji untuk mempercayai hanya pada dirinya?
Mana cinta Lukas yang dipupuk selama 3 tahun bersama Eva?
Walhal punca sebenarnya adalah Lukas, tapi kenapa Eva mesti tanggung seorang diri?

“Yang.. abang tahu perasaan sayang... hati abang pun sakit yang.. tapi kita sabar, fikir jalan untuk jernihkan keadaan. Kan kita dah tetap majlis kahwin dengan Eva dengan Lukas, persiapan pun dah banyak yang siap.”

Kepala Dahlia digeleng laju menatap suaminya.
“Takde bang, saya taknak majlis kahwin ni diteruskan. Saya langsung tak lapar bermenantukan lelaki macam Lukas.”
Wajah Eva ditatap, jemari anaknya digengam.
“Eva.. janji dengan mama yang Eva mesti putuskan hubungan Eva dengan Lukas, hari ni mama dah boleh nampak yang Eva takkan bahagia bersama Lukas.”

Eva telan liur.
Bibir sukar menjawab, sedang hatinya pun masih berbelah.

“Yang.. cukup lah...”
Mansor hampir hilang akal dengan kemarahan isterinya yang tak boleh dikawal lagi.

Dahlia capai tas tangannya sebelum tubuh didirikan.
Mata masih menatap anaknya.
“Takde! Alang-alang semua orang cakap yang Eva ada hubungan dengan Im, apa kata Eva kahwin je dengan Im. Im pun jauh lebih bagus dari jantan berlagak mat salleh tu!”

Sekali lagi Eva teguk liur. Kali ni makin kelat.
Nasib tubuhnya membelakang dari Daim kalau tak pasti wajahnya ditundukan. Takut tertatap mata lelaki itu.

Daim pula yang menyandar badan, terus ditegakan. Kata-kata Dahlia bagai satu arahan.
Halkumnya bergerak kebawah.

“Yang.. jangan nak paksa Daim dan Eva sebab kes macam ni, sayang naik atas rehat ye.”
Mansor menghampiri Dahlia, lengan isterinya dicari namun Dahlia melarikannya.

“Kat dunia ni saya rasa tak ada lelaki yang baik untuk anak saya selain Daim! Dan saya takkan benarkan Eva rapat lagi dengan Lukas!”
Kaki Dahlia terus diderap laju menuju ke anak tangga menuju ke biliknya. Hati terus membara.

“Eeee mama kau ni, kalau cakap tak fikir langsung!”
Mata Mansor masih keatas menghantar tubuh Dahlia hingga hilang dari pandangan.

“Err.. Eva naik atas, bercakap dengan mama ye.”
Eva yang sejak tadi kaku cuba cari alasan untuk lari sedang hatinya turut kencang dengan permintaan mama.

Mansor angguk leher, kalinya matanya turut menghantar Eva menaiki tangga hingga keatas.
Badan didudukan semula sebelum nafas ditarik panjang.

Daim yang sedang tadi hanya mendengar dari jauh menghampiri ruang tamu dan melabuhkan punggung bersebelahan sofa milik Mansor.
“Uncle okay ke?”

Mansor berpaling memandang Daim.
“Sepatutnya uncle yang tanya Im, Im okay ke sekarang ni? Uncle tahu Im mesti malu kan.”

Daim sentuh lengan tua milik mansor. Malu tu memang ada lah, bila satu Negara mengecam dia dan Eva. Tapi nak buat macamana? Mulut manusia bukan boleh ditututp!
“Im okay uncle”

Mansor tatap mata anak kawan baiknya itu. Penuh duka namun masih mahu menyimpan perasaanya lagi.
“Uncle dah cuba nak bersihkan nama Im, tapi susah bila family Lukas taknak bagi kerjasama. Kalau lah Lukas sendiri mengaku depan public, mungkin semua ni akan settle.”

“Uncle... Im tak kisah sangat, Im bukan famous macam Eva, berita ni akan diam tak lama lagi. Sekarang apa yang perlu kita fikirkan adalah untuk pulihkan kerjaya dan nama Eva.”

“Tak boleh Im, uncle rasa bersalah kalau Im terus dikecam atas perkara yang Im tak buat.”
Sekali lagi Mansor mengeluh.

“Jangan uncle fikir pasal Im lagi, Im pun tak pernah salahkan uncle jika masalah ni tak dapat diselesaikan, Im Cuma nak tengok nama Eva kembali bersih.”

Kali ni Mansor pula mengulung lengan Daim dengan jemarinya.
“Im... terus-terang dengan uncle, kenapa selama ni Im selalu protect Eva? Im pun ada simpan perasaan pada anak uncle kan?”

Glup!
Daim cuba tarik lengannya dari gengaman Mansor. Takut lelaki tua tu perasan yang tubuhnya dah sejuk. Jantung seakan mati dengan pertanyaan papa Eva.

“Seperti kata-kata untie, uncle pun setuju kalau Im jadi menantu uncle dan uncle pun sebenarnya taknak Lukas kahwin dengan anak uncle.”

Sekali lagi Diam telan liur kelat.
Tak tahu nak jawab apa.

Mansor senyum selirik melihat wajah pucat Daim, sebenarnya dia perasaan Diam memang mempunyai hati pada anaknya. Daim lelaki, siapa lagi boleh baca hati lelaki selain Mansor?
“Im fikir kan lah ye. Tapi jangan Im ingat uncle nak bagi Eva pada Im sebab kes Lukas ni. Uncle dan Untie amat berbesar hati Kalau Im boleh ambik dan jaga Eva sebagai teman Im selamanya.”

Mmm... Mansor propose aku untuk anak dia ke?
Bibir Daim masih beku.

“Uncle naik dulu ye, nak pujuk untie kau tu!”
Mansor tepuk perlahan lengan daim sebelum tubuhnya didirikan dan melangkah mengira anak tangga menuju ke bilik.

Daim sandar belakang, nafas dihela sebentar.
Rasa jantung mula bergerak balik walaupun tak sekata.
Sepatutnya dia bersorak dengan permintaan Mansor tadi, tapi entah kenapa bayang Danish kembali menjelma.
Bahu daim kembali dikendurkan.
Rasanya kalau dia ikut cakap Mansor sekali pun tak mungkin perkara ni akan selesai. Kalau dia kahwin dengan Eva, seolah-olah mereka berdua mengiyakan kejadian malam semalam. Tentu Nitizen fikir, Daim dan Eva tidur bersama sebagai pasangan kekasih.
Laju kepala Daim digelengkan.
Seram kalau peminat Eva menyalahkannya! Yelah selama ni pun walau sekadar ura-ura, namun ramai yang tahu. Eva menjalinkan hubungan dengan Lukas. Lelaki hero Negara yang punyai segalanya Jika nak dibandingkan dengan Daim, Huh! jauh panggang dari api!.
Kadang-kadang hati Daim sendiri bertanya, kenapa lah dia tak fikir panjang masa nak selamatkan Eva malam tu. kalau tak perkara ni takkan berpanjang.
Yay or not, Eva tetap akan jadi milik Lukas.

Argghh! Tapi aku tak sanggup biarkan Eva terluka!
Masih teringat wajah Eva yang ketakutan malam semalam, ditambah dengan rupa wanita itu yang benar-benar cuba melawan dari terus menjadi mangsa rakus Lukas.
Hati Daim kembali sebak.
Eva milik Lukas, tapi tak sepatutnya Lukas memaksa wanita itu menurut kehendaknya.

Arghhh! Sekali lagi hati Daim menjerit.
Rambut diserabutkan berkali-kali.
Namun jawapan masih belum ditemui.

*****
Keesokannya.
Rumah luar kota Mansor, didatangi oleh Madam Jenny.
Pengurus Starship Entertaiment, dimana Eva adalah salah seorang artis dibawah naungannya.

“So how ley? Lukas masih denied untuk keluarkan kenyataan ke?”
Madam Jenny pandang Eva yang laju mengelengkan kepala.
“Haiya... itu budak banyak biadap lorh..sudah buat salah, tak mahu responsible.”

“Bukan dia tak mahu bertanggungjawab Madam. Dah nya kena paksa bagi kenyataan terbuka, tentu la Lukas malu.”

Wajah Madam Jenny berpaling kearah Zizie, lantas kepala digeleng laju.
“You ni Zizie, sejak dari awal kes ni you still back up Lukas. Who are your bos? Lukas or Eva?”

Zizie yang hanya berdiri ditepi sofa bersebelahan Eva hanya mampu buat muka.

Clara yang duduk bersebelahan Daim dah tergelak kecil.

Semua berkumpul hari ni bagi membincangkan jalan penyelesaian kes Eva dan Daim.
Perkara ni harus diselesaikan secepat mungkin.

“You sudah buat report police ke Eva?”
Sekali lagi Eva geleng kepala dengan pertanyaan Madam Jenny.

“I yang tak bagi Eva buat report, you pun tahu Jenny, Family Lukas hav a big law firm. Dah lah family dia denied untuk keluar kan kenyataan. Kalau kita ambik tindakan undang-undang pasti kes ni tak sebelah pada kita Jenny.”

Kepala Madam Jenny diangguk berkali-kali. Setuju dengan kata-kata Mansor.

“So.. you rasa apa lagi yang perlu kita buat Jenny? I dah buntu ni.”

Wajah Madam Jenny kembali meneroka muka artis kesayangannya. Bahu diangkat sebelum tersenyum.
“Satu je yang i boleh fikir sekarang ni yang i rasa peminat you akan tutup mulut”

Semua mata melirik kepada Madam Jenny.
Wanita itu mengangkat beberapa kali keningnya sebelum kembali mengukir senyum.
“Eva dan Daim Married.”

Jeda sebentar.

Eva bulat biji mata! Mulut dah ternganga.

Daim yang setentang dengannya turut kaku.

Pak! Pak! Pak!
Tepukan Dahlia membuat lamunan semua kembali sedar.
“Untie setuju! Sangat-sangat setuju!”
Senyumnya dah nak sampai ketelinga. Memang ni pun impian Dahlia, bermenantu kan Daim.
Lukas?!
Huh! Lelaki pondan! Anak mommy yang tak sesuai langsung dengan Eva!

“Mama...”
Eva sentuh peha Dahlia disebelah. Melebih pulak mama ni...

Pak! Pak Pak!
Kali semua mata bertumpu pada Clara pula. Sama aksi dengan Dahlia. Menepuk tangan sekuat-kuatnya dengan senyum macam nak terkeluar semua gigi!
“Clara pun setuju! Sangat sangat sangat sangat setuju.”

Mak aiii!
Daim jeling kakaknya mintak diam!

Eva tarik nafas. Wajah pure Cina Madam Jenny ditatap.
“Wait Jenny.. you rasa ini jalan terbaik ke?”

Madam Jenny melirik kembali pada Eva.
“You ada jalan lain?!”

Pulak.. kita tanya dia.. dia pulak tanya kita.. Eva sandar belakang. Tangan disilang ke dada. Sekali lagi keluhan dilepaskan.

“Papa rasa cadangan Jenny adalah yang terbaik buat masa ni.”

Papa... Eva melirik kepada Mansor.
Lelaki itu menyengih pandangnya sebelum berpaling kepada Daim.
“Im.. apa keputusan kau?”

Semua mata tertumpu pada Daim. Lelaki itu masih diam.

“Im.. untie bukan nak memaksa tapi untie rasa keputusan ni yang terbaik untuk Im dan Eva. Untie amat berharap Im dapat tolong Eva bersihkan nama dia sekaligus nama Im jugak.”

Daim telan air liur. Jiwa makin berat. Kata-kata lembut dari Dahlia membuat hati serba salah.
Satu persatu wajah dalam ruang tamu itu ditatap. Namun bila matanya tepat mengenai Eva, terus Daim lari kan pandangan. Sangat sukar untuk membuat keputusan bila semua mengharapkan jawapannya saat ni.
“Jenny.. kalau i follow cadangan you, you tak rasa ke perkara ni akan buat public terfikir yang tanggapan mereka selama ni benar. I dan Eva memang ada hubungan. Bukan kah perkara ni akan mengeruhkan lagi keadaan dan nama I dan Eva makin buruk jadinya.”

Eva ketap bibir.
Kalau tak suka tu cakap je la Im! Takyah la nak cari alasan macam-macam untuk tolak cadangan ni!

Madam Jenny dah tersenyum. Dia pasti Daim akan bertanya soalan macam ni.
Selama yang dia kenal, Daim bukan lelaki biasa! dia lebih peka dengan keadaan sekeliling. Yang pasti kes malam tu, Jenny percaya Daim cuba selamatkan Eva. Bukan buat perkara tak senonoh seperti yang sedang di viralkan oleh nitizen.
Madam Jenny menarik nafas panjang sebelum bersuara kembali.
“Daim and Eva. If you berdua setuju dengan cadangan i, i dah fikir untuk create satu drama then i mahu semua yang ada dalam ni berlakon bersama i. Kalau semua setuju baru kita akan buat sidang media.”

Mata para pendengar dalam ruang tamu tu dah mula tajam memandang Madam Jenny.
Semuanya sedang berkata:
‘Drama apa? Mana skripnya? Yang penting apa tajuk drama tu?’
Erk Drama la sangat!!

Madam Jenny kembali menarik nafas sebelum memulakan bicara dan semua yang ada mendengar dengan teliti.
Jantung Eva dan Daim makin kuat berdegup kerana dalam drama yang dicipta ni, mereka berdua adalah watak utama. Huh!

“Saya rasa cadangan Jenny sangat bagus.”
Mata Mansor melirik kepada Daim.
“Im.. uncle harap Im dapat pertimbangkan cadangan ni. Uncle serahkan Eva pada Im, uncle nak semua ni selesai dengan baik. Uncle percaya pada Im.”

Halkum Daim terus bergerak pantas menelan liur. Nafas ingin dihela panjang.. namun tersangkut.
Badan didirikan perlahan.
“Uncle.. Im terima cadangan ni, tapi pasal berkahwin dengan Eva.. Im rasa Im tak boleh terima.”

Kali ni semua pandangan melirik kearah Daim.

Bibir Eva diketap kuat.
Begitu kuat perasaan benci kau pada aku Im?
Kini ceritanya seolah-olah aku nak sangat kahwin dengan kau! Tapi kau?! Makin nak lari dari aku?!
Buruk sangat ke aku ni Im?
Tak layak sangat kah aku untuk kau?
Hati Eva makin tak kuat.
Lantas tubuhnya didirikan serta merta sebelum kaki mengira anak tangga dan masuk kebilik.

Daim pandang belakang Eva hingga hilang.
Bicaranya mati

Yang lain turut diam..
Bibir menjadi beku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience