BAB 3

Romance Series 60498

"MAK LEHA."

Pantas Mak Leha menoleh saat telinga menangkap namanya diseru oleh satu suara parau milik seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dibelakangnya.

"eh Aidil, Tak balik lagi?" penyapu yang sudah selesai digunakan, Mak Leha gantung kembali ditempatnya. Dia membawa kaki menghampiri Aidil yang sedang membantu menyusun perkakas sebaik sahaja pemuda itu tiba. Tergeleng Mak Leha dibuatnya.

"tak payah buatlah Dil. Ni kerja Mak Leha ni. nanti kalau Ustaz Munzir Nampak, habis dia mengadu pada Haji Said. Tak pasal-pasal gaji Mak Leha kena tolak. Macam mana Mak Leha nak beli sunscreen nanti?" dalam pada dia menghalang, sempat lagi dia berseloroh. Aidil sekadar tertawa kecil.

"kalau kena potong, Mak Leha cakap dengan saya. Nanti saya mengadu balik pada Haji Said, gaji siapa yang patut kena potong." Langsung tidak main main pada nada suaranya. Lagi-lagi mak Leha menggelang. Ada saja jawapan si Aidil ni.

"jangan ikut kata hati Aidil. Fikir dulu masak-masak. Untuk berdepan dengan orang macam ni, kita tak boleh sama naik dengan dia. kita tak tahu apa dia boleh buat. Yang kita Nampak pun dah tak tercapai dek akal fikiran orang waras. Yang kita tak Nampak, tak mustahil dia boleh buat lebih teruk." Bukan mahu menguburkan niat baik anak muda itu, Cuma dia mahu Aidil berhati-hati dalam setiap tindak tanduknnya.

"nak tunggu kita berakal? entah siapa lagi yang dia nak tindas Mak Leha. Ni budak-budak ni, cukup ke makan tadi?" soal Aidil. Soal kakitangan, tidak dia kisahkan sangat. Yang menjadi kerisauannya, anak-anak yatim dibawah jagaan Teratak Qaseh seramai 27 orang ini. Risau pada hak mereka yang dinafikan.

Tidak masuk akal langsung, dari pelbagai sudut duit terhulur. Penderma Teratak Qaseh pula bukan calang-calang orangnya. Tetapi, makan masih bercatu. Malah pendapatan dari Teratak Qaseh sendiri bukan main-main. Kemana pergi wang yang diperoleh itu semua?

Dia masih ada kurang dua minggu lagi disini sehigga cuti semesternya berakhir. Sepatutnya dia boleh saja untuk berdiam diri dan bertahan sehingga tarikh tamat perkhidmatan. Tetapi melihat wajah anak-anak disini, rasa tidak sampai hati.

Pengetua terlalu mengambil enteng tentang harta anak yatim. Memikirkan kedudukan pengetua saja dia sudah risau. Bagaimana pengetua yang sebenar boleh duduk selessa dikerusi tanpa berfikir tentang ini. 

Ah, pening dia dibuatnya.

"cukup untuk tengah hari tadi je. Ni petang ni, kena fikir masak lain. Nak kena tengoklah apa yang ada. kalau tak ada, Mak Leha korek aje dapur rumah Mak Leha apa yang ada. sikit-sikit dapatlah. budak-budak ni pun petang tak berapa nak makan sangat."

Nafas kasar dihela. Hatinya membentak keras sebaik mendengar jawapan itu. dapat gaji untuk tampung kehidupan harian sendiri. eh, malah terpaksa jadi sandaran dana makanan anak-anak yatim yang sepatutnya menjadi tanggungjawab pihak Teratak Qaseh.

Bukan mahu berkira. Malah setiap sen yang dikeluarkan untuk makan atau pakai anak-anak yatim tidak akan rugi sikitpun. Tetapi ini soal hukum syariat. Soal hukum hak. hak anak-anak yatim!

"tak apalah, petang ni saya bawa makanan dari rumah saya. Mak Leha tak perlulah susah-susah. Duit untuk bekalan belanja barang basah dah tak ada ke Mak Leha?" soalan itu hanya dijawab dengan gelengan.

"biasa Ustaz bagi bila? Setiap kali bagi berapa?" selama dia disini Tidak cukup makan adalah perkara biasa dan Setiapnya pasti Mak Leha terpaksa membawa makanan menggunakan barang dapur sendiri ataupun membeli barang basah menggunakan duit sendiri.

sedangkan mak Leha juga ada keluarga yang perlu dia tanggung. lebih lebih lagi wanita awal 50 an itu adalah seorang ibu tunggal yang kematian suami beberapa tahun lepas.

"setipa hujung minggu. Itu pun kadang-kadang kena minta baru dapat." Aidil mengetap bibir kegeraman. Tidak boleh jadi begini.

Esok dia akan pergi bertemu muka dengan pengetua untuk mengemukakan hal ini. Lelaki itu perlu sedar, harta anak yatim bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main. Tidak hairan apa yang akan dia kena pada hari esok, janji anak-anak ini tidak mengemis harta yang sepatutnya menjadi hak mereka.

"saya balik dululah mak Leha. Nak cari barang dapur dulu. Nanti petang saya datang lagi."

"tak payahlah Aidil susah-susah. Nak kena datang balik lagi. Mak Leha dah biasa dah macam ni." pintas Mak Leha, tidak sedap pula.

Niatnya sekadar mahu meluah sedikit beban yang tertanggung dibahu, memandangkan anak muda itu sering bertanya tentang keperluan makan anak-anak teratak Qaseh, risau disalah erti pula.

"tak ada apalah Mak Leha. Tak bawa makanan pun saya memang kena datang lagi. hari ni jadual saya penuh. Sampai malam nanti saya ada lagi dekat sini." Balas Aidil lembut. Senyuman manis dihulur buat menghilang rungsing wanita beranak empat itu.

"baik-baik merempit tu." Laung Mak Leha saat susuk anak muda itu sudah sedikit menjauh.

Aidil melambai bersama sengih sebelum dia berlari anak dan terus menghilang dari pandangannya. Tanpa sedar ada dua pasang mata sempat memerhati tingkah sumbang Aidil yang melambai mesra.

Farah dan Iman berpandangan sesama sendiri. "elok pulak dia borak dengan Mak Leha siap melambai." Ujar Farah yang sememang tidak mampu menahan mulutnya dari terus berkata kata. Iman jungkit bahu. Kaki kembali menyambung langkah mendapatkan Mak Leha yang sedang meneguk air dicawan.

Dari belakang wanita itu, dia menjingkit perlahan menghampiri wanita itu. perlahan saja pergerakannya, tidak mahu kehadirannya disedari Mak Leha. Iman bersiap sedia mahu menerkam tubuh gempal mak leha Setelah memastikan Mak Leha sudah menelan habis air yang baru diteguk tadi.

Sesaat kemudian...

"MAK LEHA!" tubuh yang menggelupur dek kerana terkejut yang keterlaluan dia peluk kuat bersama tawa besar. habis tercampak cawan yang dipegang tadi. mujurlah cawan plastik. Latahan mak Leh semakin membuat perutnnya keras dan senak. Farah yang turut menyaksikan kejadian itu juga meledak tawa.

"dah dah mak leha. Ampun!" ucap Iman sekaligus menghentikan latahan Mak Leha yang masih tiada tanda-tanda mahu berhenti. Latahan mak leha ini jika tidak dihentikan, mahu sampai ke afrika pergi dia.

"kenapa dengan Ustaz tu mak Leha?" soal Farah tidak mampu menyembunyikan rasa ingin tahunya. "dia tengah try mak Leha ke?" sambung Farah. Sembarang saja bercakap.

"kepala otak kamu!" balasan spontan yang kelaur dari mulut Mak Leha kembali memecahkan tawa mereka berdua. Iman sampai terbaring di lantai dapur. Suara tawanya sehingga tidak keluar. Semput dibuatnya. Mujurlah lantai ini setiap hari dimop oleh Mak Leha.

Setelah puas berguling dilantai, Iman kembali duduk lalu mengengsot merapati kaki Mak Leha yang sedang duduk dikerusi. Kaki wanita itu dipeluk erat, kepala dia lentokkan atas peha Mak Leha. Selain bonda Mislinah, Mak Leha juga sudah dianggap seperti ibunya sendiri.

meski Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh kedua wanita hebat ini, tidak mampu menandingi kasih sayang seorang ibu dan bapa kandung. Itupun, sudah cukup untuknya yang hanya sekadar menumpang kasih.

Setiap kali dia memeluk susuk tubuh Mak Leha atau Bonda Mislinah membuatkan rasa rindu itu menerpa kuat kedasar hatinya. Bermanja dengan dua wanita itu juga seolah menyuntik ubat pelali supaya kepalanya tidak terbeban dengan masalah yang sering datang bertimpa-timpa. 

Tetapi, sejak kebelakangan ini, Hubungannya dengan Bonda Mislinah tidak boleh serapat dahulu.

tanpa sedar, kerana perkara yng tidak mempunyai jalan keluar itu, dia terpaksa mencipta satu karekter ceria dihadapan semua orang supaya dia sentiasa kelihatan kuat lalu orang sekeliing akan menganggapnya seolah tiada masalah yang menimpanya.

"Mak Leha riki-riki untuk kamu. Nak suruh cari sendiri tak mahu. Lepas tu datang dekat Mak Leha macam kamulah manusia paling tak laku. Suruh cari malas!" serta-merta muncung terbit dari bibir dua gadis yang sedang bersimpuh dihadapanya. Mak Leha gelak.

"Iman dia terdesak Mak Leha. Apakata Mak Leha kenenkan dengan Iman." Sela Farah. Seperti biasa. untuk selamatkan diri sendiri, nama Iman yang akan dijual.

"mana ada. Mak Leha, tengok dia ni. suka betul nak jual nama orang." Panjang muncungnya.

"Iman tak nak Aidil tu? Baik tu budaknya. Rugi kalau terlepas." Lupa pula, mak leha memang geng Farah. Makin panjang muncungnya.

"tak naklah Mak Leha! Tak naklah dia tu. nak jeling pun takut, inikan pulak nak pikat. Eii, tak beranilah Iman." tergeleng kepalanya, mahu membuang bayangan. Bayang pun dah rasa ngeri!

"ruginya tak nak. Cukup pakej tu Man. Yang tak berapa nak ada, Cuma harta je. Kalau Iman sabar sikit, lengkap semuanya." Lagi-lagi mak Leha mengusik. Farah ikut terkekeh.

"Mak Leha, janganlah..." rengek Iman manja. Bukan dia tidak berkenan, hatinya juga tidak menolak. Tetapi, jujur. Dia takut dengan kedinginan lelaki itu. lalu bersebelahan saja, sudah buat bulu romanya meremang habis.

Cukuplah Ustaz Munzir saja satu-satu lelaki yang suka menakutkannya dengan perangai macam orang kena makan ubat. Jika mahu kenenkan pun, carilah yang manis wajahnya. Yang mudah terhibur orangnya.

"Mak Leha gurau jelah. Tak kisah siapapun yang datang nak anak-anak Mak Leha. Janji dia boleh jaga kamu, dia boleh penuhi keperluan kamu. Rumah tangga ni, tak perlukan kekayaan. Secukupnya pun dah bahagia. Yang penting komunikasi. Siapapun suami kamu. Syukur tu penting. Jangan selalu tengok media sosial, tengok lelaki-lelaki kaya yang selalu buat macam-macam untuk isteri dia dengan barang-barang mewah. Syukur je suami masih kerja keras untuk keluarga sendiri." kepala dua anak dara itu dia usap lembut. Dua-dua termenung, entah faham, entah tidak.

Semoga satu hari nanti tuhan campakkan kefahaman dalam diri mereka. semoga juga mereka dipertemukan dengan lelaki baik, ibu mentua yang sentiasa mendepang tangan menyambut kehadiran mereka sebagai keluarga.

assalamualaikum. terima kasih buat yang mengikuti cerita ini. hanya emoat bab pertama saja bacaan percuma. untuk bab seterusnya akan menggunakan kunci ye.. minta maaf diatas segala kesulitan.. terima kasihb..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience