Rate

BAB 1

Fantasy Series 199

"Kau ni bosanlah...Tengok cerita Korea ni pun dah nangis nangis.Emo tetiba pulak.Ni mesti ada apa apa happen ni. Cuba cerita pada aku."
Ujar teman baik Beverly yang bernama Emily sambil mengusap belakang badan Beverly.
"Amy....Aku...Aku..."
Beverly tergagap gagap dalam tangisnya itu.
"Kenapa ni..."
Soal Emily prihatin.
"Drisella tu...Dia...Dia..."
Beverly tidak dapat bercakap dengan baik lalu menyambung tangisnya.
Emily mengeluh.
"Dia buat apa lagi pada kau ni?"
Emily kenal sangat dengan Drisella perasan cantik tu.Suka berlagak tak kena tempat dan masa.
"Dia...Dia dengan Drank...Mereka..."
Beverly benar benar kecewa.
Lelaki yang dia cinta separuh mati sudah pandai curanginya dan mengecewakannya.
Kalau nak bercinta dengan orang lain pun mengapa mesti Drisella?Asyik Drisella ! Drisella !
Drisella !
Sudahla budak Drisella tu suka menyeksa perasaannya.Jika menyeksa fizikalnya tak mengapa lagi.Tetapi apabila menyeksa perasaannya itu sudah keterlaluan.
Suka memfitnah dan sentiasa mencemburui Beverly yang cantik tanpa cela dan baik pekertinya.
'Drisella adalah manusia bertopengkan syaitan!!!'
Jerit Beverly bersungguh dalam hatinya.
"Alah...Bevvie.Kalau setakat bercinta saja apalah gunanya.Banyak lagi laki yang lebih baik di luar sana tu...Lupakan aje lelaki tak guna tu."
Emily mengata Drank terang terang.
Beverly sudah teresak esak.
"Diorang dah...Diorang dah tido bersama...
Diorang....."
Kasihan Beverly.
Jahat benar mereka tu.
Drisella tak habis habis dengan dengkinya.
Mencemburui Beverly saja kerjanya.
Emily mengeluh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience