Bab 24

Romance Series 106380

ADRIAN hanya mampu mengetap bibir memandang Juwita yang sedang galak ketawa bersama Haris. Bukan dia tak kenal siapa Haris. Lelaki pujaan para gadis ketika di universiti dulu. Sememangnya dari dulu Juwita rapat dengan Haris. Namun dia tidak menyangka keakraban itu masih kekal walau masing-masing telah meninggalkan alam universiti.

"Ni semua salah you tau bie. Sepatutnya dari dulu I tackle je Haris tu. Sekarang you tengok apa jadi." Maisara meluah geram.

Niat hati ke situ nak makan tengah hari bersama. Namun apa yang terhidang depan mata cukup membuatkan dia putus selera makan.

"You tahu kan, dari dulu lagi kita plan nak biar hidup perempuan tu huru hara. sekarang ni I tak kira. Kita jalankan rancangan kita. I nak dia dapat malu besar sampai tak berani nak tunjuk muka dekat luar." Wajah Maisara merona merah menahan marah.

Adrian merengus geram. Dia fikir lepas apa yang berlaku, Juwita takkan bangkit lagi. Tapi dia silap. Juwita tetap teguh berdiri. Malah sikapnya yang sentiasa dingin seringkali mencabar egonya.

Bagaimana dia boleh bergelak ketawa dengan Haris sedangkan sudah lama dia tidak melihat Juwita tersenyum gembira.

Maisara menarik tangan Adrian. Dia ingin segera beredar dari situ. Sakit matanya melihat senyuman di wajah Juwita. Juwita tak layak miliki senyuman itu. Maisara yakin dan pasti.

Hari ni kau senyumlah puas-puas Ju. Esok lusa belum tentu kau mampu berdepan dengan dunia ni. Silap hari bulan, kau mati bunuh diri. Maisara kulum senyum puas. Rancangannya perlu berhasil. Dia takkan lepaskan Juwita macam tu je.

"Masih simpan video dulu?" Maisara menyoal. Sekadar ingin tahu. Jika Adrian tidak menyimpannya sekalipun, dia masih punya salinan yang lain.

Melihat anggukan Adrian, dia tersenyum puas. Setelah sekian lama. Misi seterusnya harus dijalankan.

"You nak teruskan rancangan dulu?" Adrian ingin kepastian.

Ye rancangan dulu yang tergendala kerana Adrian tidak sampai hati. Sejujurnya dia menyintai Juwita. Namun akibat desakan hidup, dia terpaksa menuruti telunjuk Maisara.

Maisara bukan calang-calang orangnya. Walau bukan dari kalangan mereka yang berpengaruh, dia tetap mempunyai pengaruh yang tersendiri.

"Kenapa? You jangan cakap yang you betul-betul cintakan Ju ye. I tarik semua yang I bagi pada you nanti." Maisara mula mengugut. Geram pula dengan sikap Adrian.

Adrian mengeluh. Maisara masih seperti dulu. Menggunakan duit untuk membeli sesiapa saja. Malah salahnya juga, kerana duit sanggup buat apa saja walaupun benda tu salah.

"Cepatlah bie. I lapar ni." Maisara menarik tangan Adrian apabila melihat Adrian seakan hanyut dengan dunianya sendiri.

"SO macam mana offer aku?" Juwita masih ketawa. Masam mencuka wajah Haris.

"Please... kali ni je. Aku naik rimas dah ni. Rasa nak jerut diri sendiri dah." Wajah Juwita berkerut.

"Nak makan pelempang ke nak makan kasut tumit aku?" soal Juwita serius. Geram pula dengar ayat Haris.

"Habis tu? Kau tak kesian ke kat aku. Kang aku masuk Tanjung Rambutan macam mana?" Juwita tepuk dahi. Macam-macamlah ayat pasrah Si Haris ni.

"Okey. Tapi kali ni je tau. Lepas ni aku tak nak tolong dah. Siapa suruh kau cari penyakit. Sekarang susahkan aku pulak." Haris ketawa riang mendengar persetujuan Juwita.

"Ni yang aku makin sayang ni." Laju saja tangan Juwita mencampak tisu pada Haris.

"Kau jangan macam-macam. Makan penumbuk aku kejap lagi. Dahlah. Aku nak masuk office sebelum banyak lagi gosip pasal aku keluar." Juwita bangkit dari kerusi.

"Ni semua kau bayar ye." Sempat Juwita berpesan sebelum melangkah pergi. Dia ketawa kecil melihat Haris yang melopong. Tangan kirinya di angkat dan dilambai sepintas lalu.

Laju kakinya melangkah masuk ke pejabat. Belum pun sempat lift yang dinaikinya tertutup, ianya terbuka semula dan masuk dua orang gadis.

"Aku dah cakap kau tak percaya. Dah nampak kan tadi?" Seorang gadis dengan kemeja biru dan mini skirt hitam berkata.

"Aku tak percayalah. Cik Juwita bukan macam tu. Ye memang aku tak kenal dia tapi hati aku yakin dia bukan macam tu." Bidas gadis berkebaya moden.

Juwita tersengih.

Dorang ni nak mengata aku, takkan tak perasan aku dekat sini. Keluh Juwita sendiri.

"Kau ingat kerja macam dia boleh pakai kereta mewah macam tu ke? Bulan-bulan dah berapa? Kalau tak buat kerja tak senonoh, mana datang duitnya." Juwita picit dahi. Entah bila gosip mengenai dirinya itu akan hilang.

Makin hari makin banyak cerita baru. Yang peliknya, menarik sangat ke kisah hidupnya sampai mereka semua terlalu sibuk untuk tahu?

Juwita berdehem. Menarik perhatian kedua gadis itu. Dia melangkah ke depan. Tangannya disilangkan ke dada. Ada segaris senyuman manis dari gadis berkebaya moden.

Tapi dia bukanlah Juwita yang mudah mengukir senyum. Maka, senyuman itu hanya dipandang sepi.

"Dah lama ke buat kerja mengata orang? Datang kerja kat sini memang dibayar untuk mengata ke? Saya tak perlu jelaskan bagaimana dan macam mana saya ada duit untuk bayar kereta Honda yang tak seberapa tu. Tapi cukup saya katakan, saya belum gila nak buat kerja terkutuk macam yang kamu cakap tu."

Fuh... masih lembut lagi bicara Juwita. Walhal hatinya dah menggelegak panas. Tunggu masa nak bagi pelempang je.

Gadis berbaju kemeja itu memandang sinis Juwita. Dia turut menyilang tangan ke dada.

"Well said Cik Juwita. Mana ada orang berak tepi jalan lepas tu mengaku." Kedengaran ketawa sinis. Berdesing telinga Juwita ketika itu.

"Well said miss... kalau muka tak cantik, janganlah hati pun ikut sama tak cantik ye." Juwita masih cuba mengawal kemarahannya.

"And you miss..." Mata Juwita memandang tepat ke arah gadis berkebaya.

"Thanks sebab pertahankan saya." Juwita segera melangkah keluar sebaik saja pintu lift terbuka.

Sebal rasa hatinya. Sudahlah terpaksa berdepan dengan pujuk rayu Haris ketika makan tengah hari tadi. Lepas tu berdepan pula dengan mulut longkang macam tu.

Lumrah manusia. Tak boleh tengok orang lain lebih. Juwita tarik nafas panjang sebelum meneruskan langkah ke mejanya.

Aish... tolonglah jangan spoil mood. Rosak segala plan hari ni nanti. Masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience