Chapter 69

Romance Completed 35261

Kepala terasa berdenyut-denyut. Matanya terlalu berat. Tidak mampu untuk membuka matanya pada saat itu. Telinganya dapat hanya mendengar bunyi derapan manusia yang berlalu-lintas. Dengan rasa susah-payah Wahidah Tiara membuka mata yang masih berat itu.

“Allah…” mulut Wahidah Tiara lancar mengeluarkan nama Yang Maha Esa.

Lensa dalam mata bundar milik Wahidah Tiara melihat sekitar tempat yang dia berada sekarang. Otaknya ligat berfikir apa yang telah berlaku kepada dirinya.

“Auchhh!” Wahidah Tiara merintih kesakitan apabila dia cuba untuk bangun dari pembaringan.

“Pelan-pelan bangun Puan.” tegur seorang jururawat. Jururawat itu terus menolong Wahidah Tiara untuk bersandar.

“Cik, macam mana saya boleh ada di sini?” tanya Wahidah Tiara selepas menyelesakan kedudukannya.

“Petang semalam Puan telah jatuh. Hari ini baru Puan sedar.” cerita jururawat itu.

“Jatuh? Ya Allah, macam mana dengan kandungan aku?” berderau darah apabila mendapat tahu dirinya telah jatuh dan hampir seharian pengsan.

“Puan, bertenang ye. Jangan stress.”

“Cik, macam mana dengan anak saya? Dia selamat kan?” Wahidah Tiara soal panik.

“Erm Puan…” gugup jururawat. Tidak tahu bagaimana hendak memberitahu berita seterusnya.

“Ada apa cik? Cepat bagitahu!” meninggi suara Wahidah Tiara. Tetapi, masih dapat dikawal.

“Saya minta maaf Puan. Kami tidak dapat menyelamatkan kandungan Puan.” beritahu jururawat perlahan sambil mengosok lengan Wahidah Tiara.

“Tidak!!!”


******************

“Tak guna betina itu! Mata letak mana?” Datin Mariam mendengus kuat.

“Mummy, mana Tiara?” Hafiz tanya Datin Mariam tergesa-gesa.

“Entah.” Datin Mariam jawab acuh tak acuh.

“Mummy, Hafiz tanya ni. Mana Tiara? Bagaimana keadaan Tiara?” bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada Datin Mariam.

“Mummy cakap mummy tak tahu. Mummy tak kisah lah dia hidup ke mati ke. Mummy lebih bahagia kalau dia dan anak dalam kandungan dia itu berambus!”

“Mummy!!!” jerkah Hafiz. Dia tidak mampu untuk mendengar kata-kata negatif dari mulut Datin Mariam.

Terkedu Datin Mariam. Inilah kali pertama Hafiz menjerkah Datin Mariam.

“Hafiz lupa ke awak cakap dengan siapa? Siapa yang berdiri depan awak?”

“Hafiz tak lupa mummy. At the same time, mummy kena ingat! Yang mummy tak kisah hidup atau mati itu adalah isteri dan anak Hafiz. Darah daging Hafiz! Sampai hati mummy cakap macam itu. I am very disappointed mummy!” sayu suara Hafiz. Dia terasa dengan layanan Datin Mariam terhadap isterinya.

“Hafiz dengar cakap mummy ini. Sampai mati pun mummy tak akan terima betina itu sebagai menantu mummy! Apatah pula anak dalam perut dia itu. They are no one to me.” suara Datin Mariam naik seoktaf.

Hafiz senyum sinis. Dia tahu ibunya tidak akan menganggap Wahidah Tiara sebagai menantunya.

“I don’t care mummy. Hafiz tahu what is her stand at your eyes. Tapi, Hafiz tak sangka mummy ini seorang yang tidak ada berhati perut.”

“Apa awak cakap? Mummy tak ada berhati perut?” Hati seorang ibu tergores apabila anaknya berkata sebegitu.

“Yes. Ada ke mummy call Hafiz dan beritahu Tiara jatuh pengsan? Tak ada kan. Ada ke mummy call ambulans untuk bawa Tiara ke hospital? Tak ada kan. Hafiz tahu mummy tak suka Tiara. Tapi tak akan mummy tak terfikir untuk bawa Tiara ke hospital. Mummy tak call Hafiz pun. Nasib baik Sara call Hafiz. Kalau tak sampai sekarang Hafiz tak tahu keadaan Tiara.”

Dari malam Hafiz cuba menghubungi Wahidah Tiara. Tetapi panggilannya tidak dijawab. Hampir 35 panggilan telah dibuat oleh Hafiz. Hatinya berdegup kencang pada saat itu. Otaknya buntu. Tidak dapat berfikir untuk hubungi siapa. Sehinggalah Sara menghubungi Hafiz dan menceritakan segala-galanya.

“Mummy…” Datin Mariam tidak dapat mempertahankan dirinya. Dia tahu dia bersalah.

“Done mummy. Hafiz tak nak dengar apa-apa pun.”

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor Sara didail.

“Sara, Tiara admit di hospital mana? Share location!” arah Hafiz dan meninggalkan rumahnya.


***********************

“You! You! Bangun.”

Wahidah Tiara membuka matanya apabila pipinya dirasa ditepuk oleh seseorang. Dahinya berpeluh.

“You okay tak? Nak I panggilkan doktor?” gegendang telinga menangkap suara seorang wanita.

“Anak saya, cik.” sayu suara Wahidah Tiara. Tangannya mengusap perut.

“Anak you tak ada apa-apa. You tak perlu risau.”

Wahidah Tiara terus mengalihkan pandangan mata ke arah wanita itu. Muka Sara diperhatikan.

“Cik jangan nak tipu saya. Nurse sudah bagitahu saya.” air mata merembes keluar dari mata Wahidah Tiara.

“Bila masa pula nurse bagitahu you? You just gained consciousness.” bingung Sara. Dari malam semalam Sara meneman Wahidah Tiara. Tiada sesiapa pun berbual dengan Wahidah Tiara. Sudah lah Wahidah Tiara tidur panjang.

“Tiara! Sayang!” panggil Hafiz saat melihat muka isterinya. Terlalu rindu. Tambah lagi rasa risau dalam hati.

Tanpa menghiraukan keberadaan Sara, Hafiz memeluk Wahidah Tiara. Sara pula terasa dengan layanan Hafiz. Perempuan mana yang tidak terasa apabila bakal suaminya memeluk wanita lain walaupun wanita itu telahpun digelar isteri?

“Anak kita…” belum sempat Wahidah Tiara habiskan percakapan, Hafiz memotong.

“Shhh… saya tak nak awak bercakap. You take enough rest.” kata Hafiz perlahan.

“Sara, how’s her condition? How’s baby?” kini pandangan Hafiz dihala ke arah Sara.

“She is fine, Hafiz. Baby also fine. Tiara, you tak perlu risau. Baby you sihat. You tak jatuh pun semalam. Nasib baik I sempat sambut you dari jatuh. Akibat panik, you pengsan. Itu je.” cerita Sara kejadian sebenar.

Kebetulan, Sara naik ke atas untuk berjumpa dengan Wahidah Tiara semalam. Pada masa itulah Wahidah Tiara tergesa-gesa keluar dari bilik solat. Tanpa sedar kaki Wahidah Tiara terhentak di bucu almari. Nasib baik Sara menyelamatkan Wahidah Tiara dengan memegang lengannya. Kalau tidak, tidak tahu apa yang telah berlaku.

“Thank you so much Sara. Terima kasih sebab sudi menolong dan jaga Tiara.” Hafiz mengucapkan terima kasih kepada Sara.

“Awak, saya lapar.” bersuara Wahidah Tiara setelah lama berdiam.

“Lapar? Nak makan apa? Saya belikan.” soal Hafiz.

“Nasi goreng.” jawab Wahidah Tiara.

“Okay, saya pergi beli. Sara awak dah makan?”

“Belum.” jawab Sara.

“Kau nak apa? Aku belanja.” tawar Hafiz.

“It’s okay. I tak nak apa-apa. I tak lapar pun.”menolak Sara. Entah kenapa dia terasa sedih melihat layanan Hafiz dekat Wahidah Tiara. Hatinya sakit sangat!

“Kalau macam itu aku beli makanan untuk Tiara je.” kata Hafiz dan mengorak langkah untuk menuju ke kafe.

Sara dan Wahidah Tiara hanya memandang pemergian Hafiz.

“Cik…” Wahidah Tiara memanggil perlahan.

“Ye? You nak air ke?” tanya Sara prihatin.

“Saya berjanji saya akan kahwinkan cik dengan Hafiz.” Wahidah Tiara tidak menjawab soalan Sara. Malah, Wahidah Tiara berjanji kepada Sara.

“Tiara, you tak payah lah fikir pasal perkahwinan kami. For now, you take care of yourself and the little life in your womb.” ujar Sara.

“I will, thank you. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya. Saya tak akan lupakan segala pertolongan cik.”

“It’s okay Tiara. Small matter.” senyum Sara.

“Saya akan menyatukan Hafiz dan Sara. Ini adalah balasan saya sebagai tanda terima kasih kepada Sara.” nekad Wahidah Tiara.


****************************

“Sayang, did you have taken the vitamins?”

“Yes abang. Sayang sudah makan.” jawab Sofia Amelia. Dahinya berkerut seperti menahan sakit.

“Kasihan sayang abang ni. Tahan sikit ye sayang.” kata Iskandar Faiz sambil mengurut kaki Sofia Amelia yang bengkak seperti kaki gajah.

“Abang, slow. Sakit.”

“Sorry.” Iskandar Faiz memperlahankan urutannya.

“Abang, macam mana rumah kita lepas sayang sudah bersalin?” soal Sofia Amelia tiba-tiba.

“Mesti lah bising-bising. Rumah kita penuh dengan tangisan baby nanti.” jawab Iskandar Faiz. Mukanya ceria.

“I could not imagine how our triplets would be.” Sofia Amelia membayangkan wajah anak-anaknya. Tetapi, tidak boleh dapatkan suatu gambaran yang jelas.

“Me too sayang. Abang excited sangat untuk tengok triplets kita. Tak apa. Lagi tiga bulan je.”

“Nanti kuranglah sayang abang kat sayang. Sikit-sikit anak je.” Sofia Amelia memuncungkan bibirnya.

“Alololo… sayang jealous eh?” Iskandar Faiz senyum melihat muka cemberut isterinya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Sofia Amelia setelah selesai urut.

“Sayang, look at me.” bisik Iskandar Faiz. Tetapi Sofia Amelia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Duduk statik sahaja.

“Amboi, kuat merajuk isteri abang.” dagu isterinya disentuh. Perlahan-lahan Sofia Amelia menoleh ke arah suaminya. Pandangan mereka bertaut. Mata Iskandar Faiz memfokuskan bibir isterinya. Tanpa sebarang isyarat, Iskandar Faiz mencium bibir Sofia Amelia.

“Sayang, rasa sayang dan cinta abang pada sayang tak akan kurang walaupun sikit. You don’t think alot.” ujar Iskandar Faiz selepas melepaskan bibir isterinya. Dia tidak mahu isterinya terasa tidak penting baginya.

“I love you abang. I am sorry. Sayang tak teringin untuk sakitkan hati abang tadi.” Sofia Amelia sedar akan keterlanjuran kata-katanya tadi.

“No dear. Abang tak terasa pun. Abang just cakap je.”

Sofia Amelia senyum manis. Kepala disandarkan di dada suaminya.

“Tapi kan…”

“Tapi apa abang?” soal Sofia Amelia.

“Entah-entah sayang tak ambil kisah pasal abang lepas anak-anak kita berlahir.”

“Hish! Apa pula cakap macam ni abang. You are my first baby. You are my first priority.”

“Abang tahu. I just kidding.” Iskandar Faiz mengeratkan pelukan.

Perbualan bersama Dato’Johari teringat secara tiba-tiba. Iskandar Faiz terlupa untuk memberitahu kepada isterinya.

“Sayang, tadi papa ada call.” Iskandar Faiz mula untuk bercerita.

Sofia Amelia angkat wajahnya. Mata suaminya ditatap. Keningnya diangkat.

“Sabtu minggu depan papa nak buat majlis doa selamat untuk sayang di rumah papa.” bagitahu Iskandar Faiz.

“Owh. okay.” balas Sofia Amelia.

“Sayang, tak nak call papa ke?” tanya Iskandar Faiz lembut.

Sofia Amelia menggeleng kepala. Dia masih belum bersedia untuk bercakap dengan ayahnya. Insiden di rumah Dato’Othman masih segar di otak. Walaupun Sofia Amelia berdiri di sebelah Dato’Johari, Dato’Johari tidak melayan.

“Sayang, tak baik tau. He is your father. You should start talking with him sayang.” pujuk Iskandar Faiz. Iskandar Faiz tahu isterinya merindukan ayahnya. Setiap malam Sofia Amelia memeluk gambar Dato’Johari.

“Tapi daddy sudah maafkan sayang ke?”

“Sayang, kalau papa tak maafkan sayang, kenapa papa nak buatkan kenduri doa selamat?” soal Iskandar Faiz balik.

Sofia Amelia berdiam. Betul juga kata Iskandar Faiz. Mengapakah Dato’Johari perlu bersusah-payah membuatkan kenduri doa selamat kalau masih marah?

“Abang harap sayang cakap dengan papa.”

“Sayang akan cuba abang. InshaAllah sayang akan call daddy esok.” kata Sofia Amelia sambil memejam matanya. Iskandar Faiz mencium ubun-ubun isterinya sebelum mencempung Sofia Amelia ke bilik. Itulah rutin setiap malam Iskandar Faiz. Tidak membenarkan Sofia Amelia untuk menaiki tangga.

Selamat membaca darlings :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience