Rate

bab 1

Romance Series 2012

"Eh.."

Mata Nea terpaku disaluti perasaan apabila dia telah melanggar kereta hitam berjenama BMW. Menyesal pula akibat terlalu melayan lamunanya. Tanpa banyak berlengah, Nea segera keluar seraya mengatur langkahnya ke arah kereta yang berada di hadapannya.

"Oh my god! Encik saya betul betul minta maaf...saya tak sengaja...saya memang tak perasan tadi."

Punya besar kereta tu boleh cakap tak perasan? Memang simpan mata kat lututke?

Berkali kali Nea mengetuk cermin kereta. Tanpa disedari, pintu kereta terbuka kasar sehingga mengenakan kaki Nea.

"Auw.."

Diingatkan setelah jejaka itu keluar dari kereta, dia akan menerima kata kata kemaafan darinya.Namun lain pula yang berlaku.

"Hmmm...sakit? padan muka...lain kali..tak payah gunakan mata tu...simpan je kat rumah, lagi pun kau ukannya gunakan sangat pun kan?"

Sekali diimbas, menyesal pula Nea keluar untuk meminta maaf. Baik lenyek terus kereta tu. Buat macam tak nampak. Sudah sakit kaki ditambah pula sakit hati. Menyampah pula apabila melihat wajah jejaka itu kembali. Seiras samseng! gangster ke? muka je hensem perangai mengalahkan syaitan! kalau nak Screenshot hensem tu...screenshot lah syaitan tu sekali.

"Excuse me? Bukan saya dah mintak maaf ke? Yang awak masih tak puas hati lagi ni kenapa? Nak saya melutut? macam tu...baru awak sudi maafkan saya?" Kata Nea sambil matanya dijegilkan kearah jejaka itu.

"Kenapa? Kau nak? Aku tak suruhpun...but if you want to do it...Aku tak halang...Then..Silakan"

Kata kata ego yang disaluti perasaan belagak yang dilontarkan oleh jejaka itu membuatkan hati Nea berbahang. Mentang mentanglah tinggi lampai...dan wajah hensem. Of courselah..kacukan cina. Dah nak berlagak?!

"Hei kalau nak minta ganti rugi tu..cakap jelah! Tak perlu sampai nak putar belitkan cerita... papa saya boleh bayarlah! Setakat kereta murah macam ni... untuk apalah gelaran tan sri tu kan?"

Entah dari manalah datangnya keberanian Nea untuk membalas kata kata jejaka itu... kalau diikutkan hati, macam nak lari je...berdiri kat sebelah pun dah ketara perbezaan
tinggi tu.

"Waw! Tan sri?Ada nampak macam aku ni hairan ke? kau anak loyar? Anak hartawan...jutawan? Menteri? I don't care... understand?"

jejaka itu membalas dengan nada penh sindiran. Merah padam wajah Nea disaat itu. Nak menyindir tu macam je dia anak raja.

"But it's okey.. disebabkan kau ni cute...aku lepaskan kau kali ni..tapi! selepas kau bagi number kau kat aku.."

Nea terdiam seketika. Biar betul mamat ni? Sempat lagi nak menggatal? Bibirnya diketap.

"Nak bagi ke tak?"

Nea mengangguk dengan acu tidak acunya. Selesai sahaja memberikan jejaka itu nombor telefonnya, dia segera masuk ke dalam kerata. Sejuk benar hati tatkala melihat kereta hitam itu berlalu pergi.

Dalam perjalanan, tiba tiba sahaja Nea mengukir senyuman.

"haih...bila fikirkan balik.. kasihan pula mamat tu..tapi salah dia juga...siapa suruh marah marah...Kalau tanya baik baik mungkin juga aku bagi nombor telefon yang memang aku guna...ni..percaya sangat... ingat.. senang senang je aku nak bagi number kat dia? gilalah! mimpi!"

Setelah puas bercakap seorang diri, akhirnya Nea sampai di hadapan sebuah banglo dua tingkat milik ayahnya. Belum sempat turun dari kereta, kelihatan suatu kelibat yang baru sahaja dipandang dari jauh namun sudah mampu menyakitkan mata. Dengan hati yang seberat beratnya Nea mengatur langkahnya kearah pintu utama.

"Haih...sehodoh hodoh kau ni kan ada juga yang nak...tu pun... belum periksa..mata tu rabun ke tak.."

Nea mengeluh panjang sebelum kembali menjawab soalan dari abangnya.

"Amboi? Menyindir ke? Tapi kasihan jugalah kan? Sehensem hensem abang ni...sorang perempuan pun tak sangkut...bayangkanlah abang Nea yang hot, macho and bergaya ni.. kanapa tak khawin khawin lagi eh? Tak laku ke?"

Sindiran dibalas dengan sindiran. Puas benar hati Nea apabila melihat riaksi Niezwan. Sampai berkerut dahi tu wei!!! Pedas sangat kata kata adik aku ni.

"Hmm...boring lah cakap dengan kau ni...ada je jawapan.. Papa tengah tunggu kau kat dalam tu...Oh yah...dengan bakal mentua kau... dan adik ipar aku...hensem tau"

"Jangan merepeklah! Siapa yang nak khawin?" Marah Nea yang menganggap kata kata abangnya itu hanya sebagai satu gurauan.

Masuk sahaja ke ruang tamu, mata Nea membulat seraya jantungnya berdegub kencang tatkala malihat susuk tubuh yang dud uk disebelah ayahnya ialah orang yang benar benar dikenalinya. Orang itu ialah... Dia!! Tak mungkin!! mamat yang aku tipu pagi tadi!!

"Ahh..Nea... Dah balik pun..let me introduce...this is tan sri Razak...and ..this is your future husband riedzal.."

Kata kata dari ayahnya tan sri aznan itu hampir sahaja membuatkan dia pengsan.

"Ha...ha...hai"

Nea berbicara dengan nada tersekat sekat. Tanpa sebarang kerelaan juga dia terpaksa duduk menghadap jejaka poyo itu. haih... menyakitkan hati..Tak apa Nea buat cara tak kenal..

Setelah lama berbual akhirnya Tan Sri Razak meminta keizinan pulang.

"So...Nea setujuh tak...untuk jadi isteri yang sah untuk Riedzal?"

Soalan terakhir dari tan sri Razak itu sedikit membebankan Nea. Apa nak jawab ni? Pandangan Nea berarah ke arah Tan sri Aznan. Tidak sampai hati pula untuk menolak kata kata dari Tan Sri Razak itu apabila melihat kegembiraan yang terukir diwajah ayahnya. Itu jua membuatkan dia tekad memberi keputusan.

"Aa...Yes.."

"Great! Kalau macam tu uncle pergi dulu..oh yah...mulai dari sekarang dah boleh start call me papa...Okey?"

Tan sri Razak mengatur langkahnya ke arah kereta yang terpakir di luar. Aik! Tapi hairan pula apabila melihat Riedzal yang masih terduduk dan sibuk membelek telefon pintar. Oii... ENCIK POYO...taknak balik lagi ke? But? Buat apa aku nak kisah kan? Dah..What ever jelah.

Belum sempat menjejaki anak tangga pertama, langkah Nea terhenti apabila dengan tiba tiba sahaja Tan Sri Aznan membuka bicaranya semula.

"Eh...Nea tolong bawa Riedzal pergi bilik tetamu kat atas tu.."Pinta Tan Sri Aznan seraya tersenyum pada anaknya.

"Wait...yang sebelah bilik Nea tu?"

Terbeliak mata Nea mendengarnya.

"So? Adik Nea yang tak berapa nak comel ni..ada bilik lain ke? Nak kongsi?" Sampuk Niezwan dengan nada sindiran.

Dahlah tiba tiba datang! Tak diundang! Sekarang nak cari pasal pula? Dengan wajah tidak puas hati, Nea mengubah pandangannya kearah Riedzal. Baru nak tunjuk garang.. Aku pula yang takut. Hah? Takut apa? Pandangan lelaki ni lah...Dah tersenyum sinis...Tengok aku pun macam nak ngap terus...

Sampai sahaja dihadapan pintu, Nea lantas memulas tombolnya. Sebaik sahaja pintu terbuka, Riedzal langsung menarik tangan Nea dan membawanya masuk ke dalam bilik.

Debaran di hati Nea semakin kencang tatkala Riedzal merapatinya ke dinding. Seluruh tubuh Nea bagaikan kaku untuk berbicara.

"Hmm... aku rasalah kan.. kau nampak lebih cantik bila dah tengok dekat dekat..and.. Wangi pula tu."
Riedzal berkata seraya cuba mendekatkan wajahnya dengan Nea. Apa dia nak buat eh? Astagfirullahalazim.... apa aku fikir ni? tak baik tak baik..

"Ahh!"

Nea lantas menolak Riedzal ke tepi sebelum segera menjarakkan diri darinya.

"So?Kau ni memang kecik kecik lagi dah pandai menipukan? Number phone konon...But.. Never mind.. Cause now...you are mine... Dari atas sampailah bawa...always mine... Get it!"

sesedap mulut aje nak kata aku ni kau yang punya. Kau ingat...muka kau yang kacukan cina tu hensem sangat ke? Perasan tak ingat dunia!

"Bye.."

Sebelum banyak lagi karenah yang ditimbulkan Riedzal baik Nea segera mengundurkan diri. Kalau memang tak nak mengalah and gaduh terus dengan mamat ni... sampai esok pagi pun tak kan selesai.
"Jumpa esok sayang... Good night.." Kata Riedzal seraya melambai kearah Nea.

"Saya tak sayang awaklah! Menyampah betul! "

Masuk sahaja ke ruangan bilik, Nea segera merabahkan badannya ke katil. Tanpa disedari, matanya terlelap. Entah mengapa di malam itu badannya dirasakan seperti amat penat. Penat sebab gaduh dengan Mamat tu ke?


Nea terjaga sekitar jam 5.45 pagi. Tanpa banyak berlengah, tuala yang berada di kepala kerusi segera dicapai sebelum mula mengatur langkah ke arah bilik mandi.

Tak lama kemudian, barulah kelihatan kelibat Nea yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.setelah selesai mengenakan gaun paras lutut berwarna hijau muda, Nea lantas duduk di hadapan meja solek. Rambutnya yang sederhana panjang sengaja dilepaskan. wah! licin rambut? lurus pula tu?

Belum sempat berdiri, disanalah kedengaran suara ibunya Datin Zila yang memanggil manggil. Langkah Nea lantas diatur menejaki dari mana datangnya suara yang sibuk menyebut namanya. FANS ke?

"Yes mama...kenapa dari tadi asyik panggil panggil Nea..je? What happen?"

"Mana bakal menantu mama tu? Ahh... Riedzal..called him for breakfast.." Herdik datin Zila

"Hah? Apa? Tak dengar...bakal menantu? mungkin mungkin tak jadi...ehh..maybe maut menjemput dia ke? jangan aku sudah."

Amboi mengutuk tak bertempat?

"Ehh...ni nak pergi panggil ke tak? "

Geram benar datin zila apabila melihat gelagat anak bongsunya itu. Tercegat macam tunggul kayu.

"Ni...Nak jalanlah ni..."

Nea mencebik. Namun tidak sampai hati pula untuk menolak permintaan ibunya itu. Jangan ingat aku nak eh.. Kalau tak disuruh ...aku pun tak ingin!!

Nea terlanjur memasuki ruangan bilik yang menempatkan Riadzal tanpa mengetuk pintu. Itulah ikutkan sangat bebelan kat hati tu.

"Eps...sorry...sorry.."

Berkali kali Nea meminta maaf seraya segera berpaling dari Riedzal yang masih belum berbaju. Untunglah pada waktu itu, Riedzal telah memakai seluar terlebih dahulu. Jika tidak...sudah tentu pecah segala gelas, cermin di banglo itu apabila mendengar jeritan nyaring milik Nea.

"Tutup pintu... ingat badan aku ni free ke?"

"Hhis..kalau nak pakai baju tu lain kali...kuncilah pintu dulu.." Kata Nea seraya lantas menutup pintu.

"Tak payah kuncilah...kot kot kau simpan impian untuk tengok badan aku ni kan? so...senanglah kau nak ambil kesempatan .."

Eeleh... mentang mentanglah badan tu berotot dan berkulit cerah...Nak menunjuk nunjuk ke?

Riedzal tersenyum nakal tatkala melihat Nea yang berpaling darinya. Dia mengatur langkahnya secara pelahan lahan sebelum memeluk Nea dari belakang. Adoi...shot drama korea ke?

"Now..you can see...sekarang tak ada orang lain dalam bilik ni...then kau bolehlah...buat apa apa je yang kau nak... Just you and me.."

Hee...ternyata terlebih gatal juga lelaki ni..
Sesekali Nea cuba untuk melepaskan diri. Namun tetap jua gagal. Semakin dia cuba untuk melepaskan diri...semakin kuat juga pelukan Riedzal. Haih Mamat ni...kalau berminat.. cakap jelah terus terang... nak jual mahal buat apa?

"Hee... Pakailah baju tu dulu...kalau..awak pakai macam mana sekali pun... awak tetap takkan dapat menangi hati saya... So.. Jangan nak menggatal. Saya tak hadap langsunglah dengan badan awak tu.."

"Hmm..." Riedzal mendengus kasar. Tak puas hati ke bro?

"Maybe aku perlu tunggu lepas khawin dululah kan? Baru boleh? Macam tu ke? "Kata Riedzal lagi dengan nada sedikit menyindir.

Nea sedikit mencebik. Mamat ni tak ada baju colour lain ke? Asyik warna hitam je..Tengok... baru je cakap..baju dah hitam..jaket pun mesti hitam juga? Wajib ke? Haih.. Warna kegemaran agaknya.

Turun sahaja dari tangga, langkah Nea pantas diatur kearah dapur diikuti oleh Riedzal.

"Hah...sampai pun..apasal lambat sangat?"

Datin Zila memulakan bicaranya.

"Trafik jam...mama.."

Nea mengolah alasan sebelum matanya dijegilkan ke arah Riedzal.

"Sabar jelah...dua minggu lagi dah nak khawin."

Kata kata Datin Zila hampir sahaja membuatkan jantung Nea putus. Apa yang aku dengar ni? Dia cuba untuk menenangkan diri sendiri.

"Wh..What? Khawin? No engage? Tak bincang dengan Nea pun.."

"Buat apa nak engage bagai tu? it's so...so..complicated...So terus khawin jelah...lagi cepat lagi baguskan papa?"

Berkerut dahi Nea tatkala mendengar jawapan yang diberikan oleh ibunya. Manakala Riedzal kekal dengan sifat asalnya..steady.. Buat macam takde apa apa yang berlaku.

Benci benar apabila melihat wajah jejaka itu. Dahlah pandang orang dengan cara menakutkan...Asyik asyik nak renung orang. Rimaslah. Bencinya... Jangan terlalu benci...bak kata orang..benci tu lama lama akan jadi sayang...

Sekali lagi Nea mengeluh...haih... tak habis habis lagi ke? kenapalah aku kena dan perlu tengok rupa mamat ni untuk setiap hidup aku...apasal tak jumpa dengan kucing...anak tupai ke? Ni... Dia? Ahh!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience