Bab 25

Romance Completed 207871

Intan yang terkejut dengan tindakan Caden itu, lantas memegang tangan kanan Caden lalu ditarik ke arahnya dan lengan kanannya ditolak ke bahu Caden sehingga Caden berpusing jatuh di atas katil.

Intan yang masih mamai, tidak sedar siapa yang dia serang sekarang ini.

Caden yang terlentang di atas katil terkejut dengan tindakan pantas Intan. Tidak sangka dia akan diserang begitu.

Intan yang seakan baru sedar dari mamai, terkejut melihat Caden yang sudah merah mukanya ditekan lengan Intan di leher.

Pantas Intan bangun dan duduk tapi bukan duduk atas katil sebaliknya duduk di atas pinggul Caden. Sungguh kurang sopan keadaan mereka sekarang ini.

Caden sudah memerah wajahnya. Ada satu rasa lain yang datang. Liur laju ditelan. Intan yang baru bangun tidur itu diperhati, cantik walaupun tanpa sebarang make-up, lurus hitam rambutnya.

Tangan Caden meraba-raba meja sisi lalu pistol di tangan di letakkan di situ.

Intan ni nak duduk berapa lama atas aku ni. Bahaya posisi macam ni. Lain pulak jadinya nanti.

Caden berdeham.

"Ehem"

Intan yang baru tersedar, membuka mata.

Huargh.. Intan menutup mulut sambil mata terpejam. Buruk perangai anak dara.

"Maaflah, saya tumpang tidur." jawab Intan.

"It's okey. Tapi.. boleh tak awak bangun dari badan saya ni" pinta Caden yang makin merah wajahnya.

Intan pantas membuka mata besar-besar, elok sungguh kau kan.

Kalut Intan bangun berdiri, dah tak perasan tangannya naik menekan dada Caden. Malunya..

Caden terus bangun lalu pistol di sisi meja diambil dan disisip di pinggang. Perlahan turun dari katil dan berdiri di sisi Intan.

Kalau lama lagi keadaan mereka tadi, tak tahulah apa yang bakal terjadi. Kuat nafas dihela..

Caden yang berdiri di sisi Intan masih senyap tetapi pandangannya tidak beralih dari wajah itu.

Dia ni dah kenapa, tengok tak mau-mau.

Kepala tak gatal digaru. Kepala? Tudung!

Sebaik sedar kepalanya tidak bertutup, laju tangan menarik selimut dan membungkus kepala. Dah macam ulat gonggok dah.

Ketawa Caden melihat telatah Intan.

"Apa gelak-gelak!" marah Intan.

"Awak buat macam mana pun, tetap cantik Afrina" kata Caden yang masih lagi tegak berdiri di tepi katil.

"Eh.. Awak keluarlah. Saya tak pakai tudung ni. Mandi pun tak lagi" arah Intan.

"Awak tak mandi pun wangi sayang" balas Caden.

Intan pantas membaling bantal pada Caden tapi sempat dielak. Ketawa senang hati Caden.

"Eee.. Siapa sayang awak!" jerit Intan.

Perasan, siapa sayang dia ntah.

Eleh.. Marah konon. Tapi tersengih-sengih. Pirah..

Bergolek-golek Intan atas katil. Gatai.

"Kata nak mandi" tegur Caden yang berdiri di pintu.

Terkejut Intan, terus tegak berdiri. Kuat Caden ketawa.

"Awakkk..!!" jerit Intan. Kalau rumah papan, mau bergegar satu rumah.

Suka Caden menyakat Intan.

Caden beredar lalu pintu bilik ditutup rapat.

Tutup rapat-rapat. Takut nanti aku pulak tak nak keluar dari situ. Jangan buat pasal Caden. Jangan nak gatal sangat ye.

Caden mengurut dada sambil tersenyum. Tak sangka awak datang sendiri pada saya Afrina. Nampak sangat kita berjodoh.

Caden mengatur langkah ke bilik hujung untuk menyimpan semula senjatapinya. Senjata itu digunakan bila perlu sahaja.

Jangan tanya samada pernah makan orang atau tak pistolnya itu.. Mati belum ada. Cedera sudah ramai.

Sementara menunggu Intan mandi, Caden berehat di sofa ruang tamu. Helmet di atas meja, diperhati.

Hm.. Patut la macam pernah nampak, helmet ni yang dia guna untuk hempuk perompak kat pasaraya hari tu.

Tersengih Caden bila mengingatkan kejadian tersebut. Tertiarap budak tu dikerjakan Intan.

Tergeleng kepala Caden.

Sementara menunggu Intan mandi, Caden telah call room service untuk pesanan sarapan pagi. Tidak sampai sepuluh minit, terdengar pintu diketuk.

Caden melangkah ke arah pintu dan skrin di kiri pintu dilihat. Seorang pekerja room service yang datang.

Pintu dibuka dan makanan dibawa masuk lalu diletakkan di atas meja makan. Selesai tugas, pekerja itu tunduk sebagai tanda hormat dan terus berlalu keluar. Pintu Caden tutup rapat.

+++

Sudah, sudah.. Sikit-sikit senyum dah. Pergi mandi. Kau dah lewat ni Intan oi. Pukul tujuh setengah pagi dah.

Intan kalut pergi ke pintu dan menguncinya. Bimbang juga kalau Caden tersasar masuk ke sini.

Kemudian laju kaki melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Hm.. Hari ni kalau tak pakai uniform, agak-agak Caden marah tak?

Jangan nak gatal ye. Kau nak satu hotel ni tau kau siapa ke? Jangan nak mengarut. Ala...

Uniform diambil dan disarung pada badan. Setelah selesai siap berpakaian, Intan keluar dari bilik mencari Caden.

Melilau mata mencari. Ooh... Kat meja makan rupanya.

Intan melangkah perlahan menuju ke meja makan.

"Hm.. Wangi" tegur Caden sambil mempamirkan senyuman manis pada Intan.

"Morning" sapa Intan lalu melabuhkan duduk di sebelah kanan Caden.

"Moning my dear" jawab Caden. Amboi.. Kejap sayang, kejap my dear. Sakan kau kan Caden.

"Kita makan dulu, nanti bincang" pelawa Caden.

Sedapnya.. Nasi goreng kampung. Macam tau-tau je ni favorate aku selain nasi lemak.

"Makanlah sekali" ajak Intan pada Caden yang hanya memerhati dari tadi.

"Makan la, saya tak makan berat pagi-pagi. Cukup roti bakar dan kopi" kata Caden.

Amboi.. Nak kata aku kuat makan ke apa ni. Bukan aku yang mintak, kau yang order. Jangan macam-macam ye.

Tajam Intan memandang Caden.

"Saya tak cakap pun awak kuat makan. Cuma saya memang dah terbiasa makan roti untuk sarapan. Kalau nak berat sikit pukul sepuluh nanti" terang Caden.

Kecik mata Intan perhatikan Caden. Ketawa Caden dengan tingkah Intan.

Sambil menggeleng, Caden mengambil piring lalu disendukkan beberapa sudu nasi goreng kampung ke dalam piring tadi dan dibawa ke depannya. Nasi itu perlahan disuap ke mulutnya.

Terkebil-kebil Intan memandang tidak percaya.

"Kita share. Bolehkan?" soal Caden lalu meneruskan suapannya.

Melihat Caden makan dengan berselera, Intan mula menjamah nasi goreng tersebut. Sedap.. Tak pedas sangat, sedang-sedang saja rasanya.

Share this novel

razmin
2020-05-06 21:20:39 

harap ada cap yg baru

razmin
2020-05-06 21:20:36 

harap ada cap yg baru

razmin
2020-05-06 21:20:34 

harap ada cap yg baru


NovelPlus Premium

The best ads free experience