SAMPAI saja ditingkat 17, Juwita segera melangkah ke pantry untuk menenangkan hatinya. Namun dia lebih terkejut melihat keadaan Zailani yang sedang termenung dan baju yang comot. Dia tahu Zailani sangat kemas orangnya, jadi mana mungkin Zailani membiarkan penampilannya comot seperti itu.
"Kau apahal?' soal Juwita keras. Terkejut Zailani dikerjakannya.
"Eh nok... tak ada apa. Tertumpah air." Zailani tayang sengih. Namun dari cara Zailani, Juwita yakin bukan itulah yang berlaku.
"Lebih baik kau cakap benda betul sebelum aku tumbuk muka kau. elok-elok muka kau tak herot, terus jadi herot aku kerjakan." Zailani tersentap. Dalam keterpaksaan, Zailani menceritakan hal yang sebenar. Berang Juwita mendengarnya.
"Zack ni memang nak kena dengan aku. Tak sudah-sudah cari pasal." Juwita terus berlalu meninggalkan Zailani sendirian di pantry. Terpinga-pinga Zailani dibuatnya. Juwita ni ahli nujum ke apa? Tak cerita tapi tahu saja yang Zack selalu cari pasal dengannya.
Juwita yang sememangnya tengah berangin satu badan terus mendapatkan Zack yang sedang leka melayan telefon bimbitnya. Tersengih dia sendirian. Macam orang hilang akal. Memang hilang akal pun Jack ni. Perangai macam budak sekolah. Dah besar gajah pun masih nak membuli orang.
"Apa masalah kau?" Juwita menghentak meja Zack. Terkejut bukan kepalang Zack apabila diserang begitu.
"Apa masalah you ni? Datang bulan ke apa?" soal Zack lembut. Dia sudah lama idamkan Juwita. Sudah pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan Juwita namun, satu pun tidak mengena. Juwita seakan liat untuk ditawan.
"Kau tanya aku apa masalah aku? Kau tu yang apa masalah sampai buat Zai macam tu?" Berkerut dahi Zack dibuatnya. Tak sudah-sudah nak backup Si Kurta tu. Makin panas hati Zack.
"Eh... I buat apa? I tak buat apa pun kat dia." Zack cuba pertahankan dirinya. Juwita memandang tepat ke dalam anak mata Zack.
"Kau jangan nak bodoh-bodohkan aku. Jangan sampai aku report kat Tuan Mansur. Nahas kau nanti." Juwita mula mengugut. Lama dah dia bersabar dengan Zack. Dari sebelum hadirnya Zailani di situ. Namun semenjak Zailani ada, semakin menjadi-jadi perangai Zack.
"Eh pompuan... Kau tak payah nak main ugut-ugut aku ye. Kau ingat kau hebat sangat?" Tangan Juwita dicengkam erat. Juwita cuba melepaskan dirinya namun gagal.
Semakin dia meronta untuk dilepaskan, semakin kuat cengkaman tangan Zack. Wajahnya di dekatkan ke wajah Juwita sehingga hampir tiada jarak antara mereka.
"Kau dengar sini baik-baik. kalau aku tak boleh dapatkan kau cara baik, aku akan dapatkan kau dengan apa cara sekalipun. Waktu tu nanti, kau tahulah siapa Zack." Tubuh Juwita ditolak kuat sehingga Juwita jatuh tersungkur.
Berang dengan tindakan Zack, Juwita bertindak menendang celah kangkang Zack. Tertunduk Zack menahan senak. Merah padam wajahnya ketika itu.
"Itu untuk manusia yang takde adab macam kau nilah. Dan ini untuk apa yang kau buat pada Zai." Satu tumbukan padu dihadiahkan ke perut Zack. Terus Zack jatuh tersungkur menahan senak.
Tak tahulah Juwita ni perempuan spesis apa. Jelmaan jantan ke macam mana? Memang sebiji macam singa kehilangan anak ragamnya.
Mereka yang lain sekadar memerhati. Bila melibatkan Zack, tak ada siapa akan campur tangan. Semua kelihatan takut dengan tindakan yang mampu Zack lalukan.
Zack paling tak suka ada orang mencampuri urusannya. Andai ada sesiapa yang cuba mencampuri, buruk padahnya.
Zack memandang Juwita pergi dengan hati yang berbuku.
Tak apa. Hari ni... hari kau, Ju. Esok aku akan pastikan hari aku dan kau akan menyesal layan aku macam ni. Zack tanam tekad. Dia tak akan lepaskan Juwita.
BERITA Juwita membelasah Zack sampai ke pengetahuan Tuan Mansur. Geleng kepala Tuan Mansur dengan sikap Zack.
Dah tahu Juwita digelar singa jadian, lagi nak cari nahas. Tuan Mansur juga semakin hari, semakin sakit kepala dengan sikap dan perangai Zack. Berbuih dah mulutnya menasihati Zack namun, ibarat mencurah air di daun keladi. Satu pun tak lekat di kepala Zack.
Entah bilalah Zack nak berubah. Dia dah beri peluang yang sepatutnya pada Zack namun sepanjang tempoh enam bulan ni, langsung tak ada sebarang perubahan. Malah dia semakin pening dengan sikap Zack.
Zack merupakan anak kepada adik bongsunya. Kalau ikutkan kata hatinya, memang langsung tiada tempat Zack di situ. Tetapi apabila mengenangkan Zalilah, terpaksalah dia menerima Zack.
Zalilah merupakan adik bongsunya. Mereka hanya tiga beradik. Tapi semenjak kakak sulong mereka diharamkan jejak kaki ke rumah mereka kerana enggan berkahwin dengan pilihan keluarga, tinggallah mereka dua beradik.
Keegooan Tuan Maznah Zaleha menghancurkan kebahagiaan keluarga kecil mereka. Andai saja Zaleha tidak menentingkan harta kekayaan, pasti mereka hidup bahagia sebagai sebuah keluarga.
Penyesalan Zaleha pada saat-saat akhirnya terasa sia-sia apabila anak sulongnya gagal dijejak sehinggalah Zaleha menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Aku bersalah pada dia. Tak seharusnya aku mementingkan diri sendiri. Kerana harta, aku sanggup korbankan kebahagiaan anak-anak aku." Zaleha bersuara dalam kepayahan. Sesekali di terbatuk-batuk.
"Kau janji ye dengan aku Mansur. Kau kena cari mana pergi kakak kau. Cari sampai jumpa. Berikan hak yang sepatutnya menjadi milik dia. Ini amanat aku pada kau."
Itulah kata-kata terakhir Zaleha yang masih Tuan Mansur pegang sehingga ke hari ni. Entah kemana lagi dia harus mencari kakaknya. Kali terakhir info yang diterima, mereka sekeluarga telah keluar dari Malaysia dan sehingga kini dia hilang jejak mereka.
Mana kau kak? Tak teringat ke kau kat kami? Tak rindu ke? Tuan Mansur tersandar lesu.
Share this novel