Rate

Bab 3

Romance Series 4237

Qazra dan Orked saling merenung satu sama lain membuatkan Azalea melihat mereka berdua bersilih ganti. Entah jin apa yang rasuk mereka berdua, dia pun tak dapat teka. Tak rasa membazir masa ke budak berdua ni.

“Orie, Qaz. Korang nak air Yasin ke?” mereka berdua pantas memandang Azalea serentak dengan muka 50 sen.

“Dia ni!” mereka masing masing menuding jari ke arah satu sama lain.

“Qazra silakan bersuara.” ujar Azalea yang mula menjadi hakim tak bertauliah. Kucing mereka, Cencilia, diambilnya lalu dipeluk.

“Aku nak saman dia kalau milo aku masih tak kembali.” Azalea mengangguk dengan mata tertutup.

“Saya bantah, Yang Arif.” Orked mengangkat kedua dua tangannya.

“Lah kenapa pulak, milo tak patut dibantah.”

“Maggiku lenyap tanpa jejak karna dia, Yang Arif.”

“Memanglah lenyap kalau sekali makan, 4 peket kau habiskan.”

“Sang itik tak akan menyerang jika sang penguin tidak memulakannya.” Azalea menongkat dagu sambil memandang Orked.

“Kau ingat cerita Pada Zaman Dahulu ke?” Orked membuat tangan berbentuk pistol ke arah Qazra.

“Kes ditutup.” Azalea mengemas barang barang dan dokumen kerjanya.

“Saya bantah, Yang Arif.”

“Bantahan ditolak.” nak sahaja Azalea mencepuk Orked yang tak habis habis membantah penyataannya. Orked terus berbaring disofa dengan gaya tanpa tulangnya membiarkan Azalea naik keatas menyimpan dokumen dokumen kerjanya.

“Bosanlah,” Qazra memekakkan telinganya, malas mahu melayan Orked.

“Laparlah,”

“Seramlah,” Qazra memandang Orked.

“Apa yang seram?” Orked menunjuk kearah langsir yang menutupi bahagian beranda mereka. Qazra melihat kearah langsir yang berhayun lembut dengan angin malam itu.

“Kau tengok dekat hujung langsir tu.” mengikut kata kata Orked, kepalanya terpaku disitu. Seperti ada orang disana. Mereka berdua saling memandang satu sama lain sebelum ketawa sendiri. Langsung tidak takut.

Pisau yang ada dibawah sofa mereka diambilnya sebelum lantas dibaling. Bunyi sesuatu jatuh berselang dengan erangan itu jelas buat mereka. Mereka berdua membuka tirai beranda itu sebelum jelas melihat seorang berpakaian serba hitam menahan kesakitan dilengannya yang ditikam.

“Hebat hantu ni,” sindir Qazra. Orked mengangguk mengiyakan sebelum mencabut pisau yang terbenam dilengan lelaki itu.

“Nak buat apa ni?”

“Isolate room.” ujar Azalea bagai tak terkejut langsung setelah turun dari tingkat atas.

“But before that, who sent you?” tanya Orked sambil melutut didepan lelaki itu. Senyap, tiada jawapan. Perlahan Orked membisikkan sesuatu ditelinganya.

“Qay-Qayyum yang hantar! Dia nak aku bunuh korang satu satu.” Orked tersenyum sebelum bangun dari posisi itu.

“Jadi kenapa kau tak serang kitorang tadi?” lelaki itu menunduk sebelum menjawab soalan Qazra.

“Qayyum pe-pesan yang aku kena attack korang m-masa korang sorang sorang.” Azalea bersandar diberanda sambil menongkat dagu.

“That bastard already know he can't get us down. But still wanna hold on fake hope.”

“Mungkin dia tertinggal otak dia masa kali terakhir kita tangkap dia.” Orked mengangguk sendiri dengan kenyataannya sebelum memandang lelaki itu dengan senyuman.

“Strike him down.”

****************************************************

Aqeef hanya memandang Ariean yang tekun mengambil pesanan dari meja ke meja. Memang patut ramai yang sukakan dia kalau begini rajin remaja itu. Balik sahaja dari belajar, dia akan ke restoran masakan Malaysia yang terletak di Kousaka itu.

Sedangkan dia masih disini walau ayahnya telah memujuknya pulang dan menolong uruskan syarikat di Malaysia. Syarikat yang sekarang entah diuruskan siapa. Hendak katakan abangnya, memang tidaklah ayah mereka akan beri kepercayaan.

“Bil semuanya 5 ringgit.” dia memandang kearah Ariean yang tiba tiba sahaja memberi bil, makanan pun tak ada atas meja.

“Hantu laut dah sampuk kau ke?”

“Kau termenung kan tadi? So bayar 5 ringgit.” kotak tisu yang dilempar Aqeef pantas ditangkap Ariean.

“Aku juara tangkap bola peringkat lautan kot.” Ariean meletakkan kedua tangannya dimukanya. Loyanya.

“Okelah, kau nak makan apa?” Ariean mulai serius.

“Kau ni memang perlu diajar adab buat kali ke enam kan?” Ariean mencebik.

“Kopi dengan kentang goreng.” Ariean mengangguk sebelum membisik sesuatu ditelinga Aqeef.

“Kau dah putus dengan Lya kan? Apa kata kau try makcik tukang masak tu pulak.” Aqeef tergelak sendiri.

“Muda ke?”

“Janda anak 6. Tu~” Ariean menunjuk seorang makcik dengan muka bengis yang tersenyum kearahnya. Aqeef yang terpandang kearah makcik itu cepat cepat menunduk dan menutup mukanya dengan tangan. Seram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience