Chapter 9

Fanfiction - KPOP Completed 2792

2 Bulan Kemudian

Pejam celik pejam celik kejap saja hubungan Haneul dengan Taehyung dah masuk dua bulan .Haneul menandakan hari ke hari dalam kelendarnya .

"Tinggal lagi 10 hari lagi ,cukup 3 bulan hubungan kita ". Haneul tersenyum ."Sampai ke hari ini aku masih tak dapat ungkapkan perasaan aku pada Taehyung.Selama 2 bulan ni Taehyung layan aku baik sangat,walaupun kasar tetapi dia sudah banyak berubah .Dia dah tak pergi ke kelab malam ,dia dah tak minum minuman keras dan lagi penting, dia dah tak keluar dengan mana-mana perempuan lagi selain aku .Jujur aku cakap .Aku dah sepenuh hati bgi hati aku dekat Taehyung..tapi dia sukakan aku ke?atau dia buat semua tu hanya suka-suka saja?". Haneul termenung seketika.

/tok tok/ Taehyung mengetuk pintu bilik dah terus masuk ke dalam bilik Haneul .

"Oi! jom keluar jalan-jalan ?aku bosan duduk rumah".

"Sekarang ke?". Haneul merenung jam di dinding menunjukkan pukul 10 pagi .

"Ehh tak la,esok". Taehyung menjeling Haneul.

"Aishh arraso! awak tunggu dekat luar,saya nak siap-siap dulu".Haneul turun dari katil lalu menolak Taehyung.
. .
. Beberapa minit kemudian Haneul turun tangga dengan berpakaian casual tetapi berkarisma gitu .Blouse berwarna pink dan seluar jeans putih.Rambutnya yang panjang dilepaskan .

"Kajja". Haneul terus mencapai beg tangannta di atas meja.

"Bini aku pakai simple pun dah boleh buat aku cair,apatah lagi dia pakai dress lawa-lawa gitu.Runtuh iman aku dibuatnya". Bisik Taehyung dalam hati sambil matanya tak lekang melihat penampilan Haneul.

"Wae?".Tanya Haneul yang melihat Taehyung memandangnya tidak mengelip mata.

"Aniya". Taehyung mencapai kunci kereta Poshe nya.
. skip
. Tiba di destinasi Taehyung menatap wajah Haneul yang tertidur semasa dalam perjalanan ."Kenapa kau cantik sangat haa". Taehyung melihat kening ,mata,hidung dan bibir Haneul.Perfect!! lawa sangat orangnya .Sebenarnya sejak pertama kali lagi Taehyung lihat Haneul dia telah suka pada Haneul sebab Haneul sangat cantik mengenakan baju pengantin .Cuma disebabkan masa tu dia mempunyai ramai sangat teman wanita ,pandangannya pada Haneul sama sahaja seperti dia memandang teman wanitanya yang lain.Ternyata Haneul memang lain dari yang lain dari teman wanitanya dulu.

"Yahh..kenapa awak tengok saya macam tu?". Haneul terus terkejut.Buka sahaja matanya Taehyung menatap wajahnya sambil tersenyum.Sekali pandang memang spesies orang gila tersenyum sorang-sorang.

"Ada nyamuk dekat muka kau tadi,aku nak lempang nyamuk dekat pipi kau tak sampai hati pula,kesian nyamuk tu lapar,dia nak isi perut dia jugak". Kata Taehyung dengan slamber badak.

"Bwoya! awak caring dekat nyamuk dari sayaaa? aahh jinjja!! dekat mana nyamuk tu hisap darah saya?merah la muka saya nanti kesan dia gigit!!". Haneul melihat wajahnya di cermin mekap.

"Gigit paletak kau ! nyamuk mana ada gigi,kau belajar mana?". Taehyung terus keluar dari perut kereta.

"Omo! ni bukan pantai Busan ke ?jauhnya awak bawa saya". Haneul melihat di sekitar pantai .

"Aku bukan nak bawa kau datang sini semata nak tengok pantai je ,rumah haramoni dengan harabujji aku ada dekat sana". Taehyung menunjukkan sebuah rumah agam yang terletak di atas bukit .

"Kenapa awak stop kereta dekat sini?driva la kereta sampai atas sana".

"Aku nak singgah tengok pantai kejap,kejap lagi kita pergi la rumah haramoni tu ". Taehyung terus membuka kasut dan berjalan di gigi air .

"Nak ikuttt". Haneul mencampak heels nya dalam kereta dan berlari pergi pada Taehyung.

"Kau pernah cakap apa dulu?kau teringin nak datang tepi pantai dengan seorang lelaki yang tulus cintakan kau kan?".

"Ada satu perkataan awak terlepas cakap saya nak buat apa dengan lelaki tu duduk dekat pantai".

"Nak tengok matahari terbenam?". Taehyung menyambung ayatnya lagi.

"Yup..tu la impian saya". Kata Haneul sambil menolak air menggunakan kakinya.

Taehyung mengerling jam di tangannya menunjukkan pukul 12 tengah hari ,memandangkan cuaca di korea redup sahaja agak mustahil untuk lihat matahari pada musim sejuk ini.

"Wae? kenapa awak tanya?". Haneul melihat Taehyung di sebelahnya .

"Saja tanya .Aku pun ada tempat yang aku teringin nak bawa orang yang aku cintai juga ".Taehyung memandang air laut yang bergelora.

"Dekat mana?".

Taehyung mendekatkan diri di telinga Haneul sehinggakan Haneul sedikit ke belakang ." Rahsia". Bisik Taehyung di telinga Haneul .

"Bwoya!! baik takyah cakap!". Haneul menjeling Taehyung.

"Dah,jom la jumpa haramoni,harabujji ".Taehyung menarik tangan Haneul .
. .
. Tiba di rumah haramoni harabujji,Taehyung terus pergi ke belakang rumah .Dia tahu time-time macam ni haramoni dengan harabuji sedang berkebun kalau waktu sejuk macam ni .

"Wahh!!!! daebak!!!". Haneul menekup pipi melihat tanaman yang subur di belakang rumah haramoni harabuji .Pelbagai pokok ada.Epal merah,epal hijau , mangga, sawi, ceri , strawberry,anggur dan sebagainya .

"Hah tu pun haramoni dengan harabuji". Taehyung menunjuk arah haramoni dan harabuji nya berada di bawah pokok anggur sambil mengutip buah anggur ."Kajja". Taehyung menarik tangan Haneul.

"Haramoni! harabuji!". Jerit Taehyung setibanya berhampiran dengan mereka.

"Omo! hyungie yaa! bila kau sampai ni nakk". Haramoni terus memeluk Taehyung manakala Haneul pula menunduk hormat pada harabujji .

"Tae sampai tadi lagi,saja jalan-jalan dekat tepi pantai tu dulu sebelum datang sini".Jujur Taehyung.

"Haneul yaa..cantiknya isteri Tae ni". Haramoni memeluk Haneul.Haneul membalas peluk haramoni sambil tersenyum.Tengok kemesraan Taehyung dengan atuk nenek nya buat dia rindu akan mendiang atuk nenek nya yang meninggal 3 tahun dahulu akibat kemalangan jalan raya .Sedih sangat jika dikenang kembali .

"Oi. Kau nak prgi jalan-jalan pusing sekitar pergi la ,aku nak borak dengan haramoni kejap.Nanti aku pergi dekat kau,jangan risau..sini selamat ". Bisik Taehyung pada Haneul di sebelahnya.

"Jinjja!!! wahh saya memang nak ronda-ronda dekat sekitar kawasan ni pun! gomawo!". Tanpa bercakap banyak Haneul terus membawa diri jalan-jalan sambil melihat tanaman buah-buahan di sudut kiri .
. .
. "Macam mana hubungan kau dengan Haneul tu nak? semua ok?". Tanya harabujji sambil menghirup kopi nya.

"Dulu awal-awal kahwin memang Tae tak cintakan dia pun harabujji, Tae layan dia acuh tak acuh je ,tapi sekarang ..Tae rasa Tae dah cintakan Haneul sepenuh hati Tae .Kalau boleh Tae taknak kehilangan dia ". Jujur Taehyung .Nak bandingkan omma dan appa nya ,dia lagi selesa berkongsi cerita dengan haramoni dan harabuji kerana Taehyung dibesarkan oleh haramoni dan harabujinya waktu kecil.

"Bagus la kalau macam tu nak ,senang hati haramoni dengar". Harabuji juga mengangguk .

"Pastu sekarng dia tahu tak yang kamu sukakan dia?". Tanya haramoni.

"Dia tak tahu lagi haramoni .Tae ingat petang ni baru Tae nak ungkapkan perasaan Tae dekat dia ". Taehyung bermain jarinya.

"Bagus la kalau macam tu ,lagi cepat lagi bagus,lagipun nak dekat 3 bulan dah kamu berdua kahwin.Bila la haramoni dapat cicit ni ". Haramoni tergelak kecil memandang Taehyung.

"Hahaha Tae tak dapat nak janjikan bila pasal tu haramoni ,yang pasti..one day la". Taehyung tersenyum penuh makna.

"Haih ada-ada je kau ni nak". Harabuji tergelak melihat cucunya .
. .
. Haneul berjalan di bawah khemah besar di mana terletaknya pokok strawberry . "Wahh!! banyaknya strawberry!!". Haneul terloncat-loncat .Tanpa segan silu Haneul terus memetik strawberry itu lalu memakannya . "Ermm manisnya!!". Haneul tersenyum sendirian .

Kemudian Haneul bergerak di bawah khemah ladang anggur pula .Baru sahaja Haneul memetik satu anggur dan gigit separuh ..

"Yah!!! terkejut saya!!!".

Taehyung datang secara perlahan-lahan tanpa berbunyi suara .Taehyung terus menggigit lagi separuh anggur dari bibir Haneul.

"Manisnyeerrrrrrr". Taehyung mengunyah anggur dengan penuh rasa bangga.

"Lidah awak ada masalah ea? atau deria rasa awak dah tak berfungsi dengan betul?sah-sah anggur tu masam macam mana awak boleh cakap manis?". Haneul memandang Taehyung dengan pelik .

"Aniya ,manis je aku makan .Lidah kau tu yang bermasalah". Endah Taehyung menahan masam pada anggur itu .

"Lidah saya ok la! lidah awak tu yang masalah". Haneul tetap berkeras.

"Lantak kau la". Taehyung terus jalan ke hadapan .

"Yhh tunggu la". Haneul mengikuti Taehyung.
. .
. Jam menunjukkan pukul 7 petang .Taehyung berdiri di pinggir bukit belihat matahari .Ternyata ada matahari,tetapi dilindungi oleh awan sedikit .

"Haneul,jom ikut aku kejap". Taehyung menarik tangan Haneul.

"Pergi mana?". Tanya Haneul,namun pertanyaannya tidak dijawab .

Tiba di pinggir pantai Taehyung telah sediakan satu tempat khas untuk dia dengan Haneul duduk .

"Wahh ..awak sediakan semua ni ke?". Tanya Haneul sambil duduk di atas kerusi rehat di bawah payung besar.

"Taklah.Memang ada dekat sini dari tadi.Mana aku tau sape punya ,kita tumpang duduk dah la". Tipu Taehyung.

"Takpe ke ni?buat orang tu nak duduk macam mana?".

"Takpe ,petang-petang macam ni siapa nak duduk sini dah.Sejuk kot". Taehyung menyelimutkan Haneul dari belakang lalu duduk di sebelah Haneul .

"Awak!!! ada matahari la!!! ". Haneul menunjukkan ke arah matahari yang hampir terbenam.Walaupun samar-samar cahayanya tetapi tetap jelas nampak dari tempat TaeNeul.

"Aku nak cakap something dengan kau ni". Taehyung merapatkan kedudukannya dengan Haneul.

"Hm apa dia?". Tanya Haneul sambil melihat taehyung di sebelahnya .

"Dengar baik-baik,tiada siaran ulangan dah apa aku nak cakap ni ". Taehyung memandang Haneul.Dekat.

"Apadia?". Haneul risau .Takut kalau Taehyung berubah fikiran untuk menceraikannya ke genap 3 bulan nanti.

"Sebenarnya... sejujurnya ,aku dah lama sukakan kau .Dari first aku nampak kau pakai gaun pengantin lagi aku dah ada perasaan dekat kau .tapi masa tu aku masih fikir untuk enjoy lagi,jadi aku buang jauh-jauh perasaan tu dari aku .Dari waktu first lagi kau hadir dalam hidup aku ,aku dah terasa mesti ada benda yang akan berubah tentang diri aku.Ternyata betul .Kau dah ubah diri aku jadi Kim Taehyung seorang yang berguna .Aku tau mungkin agak lambat untuk aku ungkapkan ayat ni tapi aku harap aku tak terlambat ". Taehyung memegang erat tangan Haneul. Haneul terkedu memandang Taehyung .Tak dapat nak ungkap perasaan Haneul ketika ini,bahagia?sedih?terharu? macam-macam la.

"Kim Haneul-ssi , izinkan saya jadi lelaki yang akan tetap setia cintai awak ,izinkan saya terus berada di samping awak,hingga nafas terakhir saya ..". Taehyung menatap lama mata Haneul ."Saranghae..Kim Haneul ". Taehyung tersenyum memandang Haneul .Sebaik sahaja perkataan itu diungkapkap matahari pun hilang ditengelami .

Setitis air mata menuruni pipi Haneul . "Nado saranghaeyo Kim Taehyung ". Haneul terus memeluk erat Kim Taehyung sambil memejam matanya .Taehyung sekadar tersenyum sambil membalas kembali pelukan Haneul .

-BERSAMBUNG-

(A/N; typo berleluasa, mohon fhmkn sndiri ayat ..sila hadam chapter ni,,baca dgn pnuh feel ????and wait for the final chapter after this!! thanks 4 all reader , sanggup tunggu chapter by chapter saya update ni..segala kesilapan harap maaf ,atau part yg agak HAHA tu maaf kalau x biasa ..saya hanya insan biasa okno- mohon komen juseyo )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience