BAB 23: Misi Memikat..

Drama Series 28608

Tepung yang telah disukat tadi dimasukkan ke dalam mangkuk yang besar. Fatin membuatnya dengan cukup teliti. Hari ini hanya untuk sebab penting dia bangun awal pada hari cuti begini. Misi hari ini Fatin ingin membuat kek apam untuk Shahir. Bak kata orang nak pikat suami pikat perutnya dulu. Fatin tersenyum sendiri. Fatin tidaklah biasa membuat kek tetapi suatu masa dulu dia pernah selalu membuat kek. Ini ialah resepi mamanya sendiri jadi dia pasti kek ini akan menjadi.

Sebenarnya semua ini ialah sebahagian rancangan Nairah untuk memikat Shahir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Kau kene pikat Shahir supaya dia jatuh cinta dengan kau." kata Nairah.

Fatin mengecilkan matanya mempersoalkan rancangan Nairah.

" Macam mana?" tanya Fatin.

" Hmm."

Nairah mengusap dagunya sambil memikirkan plan. Matanya dikecilkan. Kakinya melangkah ke arah kerusi yang disediakan di pejabat itu. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi itu.

" First, kalau nak pikat suami kene pikat perut dia dulu. Jadi, kau masaklah apa-apa yang sedap supaya dia terpaku." jelas Nairah sambil menganggukkan kepalanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TINGGG..

Kedengaran pemasa sudah berbunyi. Fatin menyarungkan sarung tangan dengan cepat. Penutup periuk kukus dibuka perlahan. Asap berwarna putih mula keluar berkepul-kepul memenuhi permukaan periuk. Kek itu diangkat perlahan-lahan dan diletakkan di atas meja. Kek itu kelihatan cantik. Fatin tersenyum lebar. Teringat kembali kenangan lama.

Shahir melangkah anak tangga terakhir sebelum menjejak ke tingkat bawah. Kelihatan seperti Fatin sedang menyediakan meja untuk sarapan. Aroma yang sedap membuatkan perutnya berkeroncong kuat. Kakinya melangkah laju ke meja makan.

" Wow. Kek apam. Kau buat ke?" tanya Shahir sambil menenung kek yang cantik telah dipotong itu.

"Aah. Makanlah. Saya buat ni special untuk awak." kata Fatin. Lembut.

Beberapa potong kek itu diletakkan ke dalam pinggan kaca bercorak bunga dan diberikan kepada Shahir yang sudah pun duduk. Shahir menyambutnya dengan senyuman yang lebar. Fatin duduk di hadapan Shahir.

Shahir mencucuk satu potong kek itu dan memasukkan ke dalam mulutnya yang sudah pun berair itu. Matanya membulat. Setiap gigitan dinikmatinya. Sedap. Shahir menyuap beberapa potong lagi sehingga mulutnya hampir penuh. Fatin tersenyum puas. Baginya senyuman yang terukir di bibir Shahir sewaktu memakan keknya ialah waktu yang paling memuaskan. Hingga rasa lapar pun boleh hilang.
" Mmm.. Sejak bila kau pandai masak kek apam ni?" tanya Shahir sambil mengunyah kek di dalam mulutnya.

" Dulu, saya selalu buat macam-macam jenis kek dan kuih dengan mama saya sebab itulah saya pandai jugalah dalam bab ni. " terang Fatin sambil tersenyum lebar.

" Ooo. Patutlah.." kata Shahir sambil menganggukkan kepalanya.

Beberapa potong lagi disumbat ke dalam mulut Shahir sebelum menoleh semula ke Fatin. Pinggannya kosong.

" Eh, makanlah." kata Shahir sambil mengisi beberapa potong kek itu ke dalam pinggan Fatin.

" Terima kasih.." kata Fatin. Mesra.

Fatin memandang lagi ke arah Shahir sebelum mula makan. Dia suka melihat Shahir begini. Gembira. Seperti dia telah lupakan kesemua masalahnya di tempat kerja. Fatin tersenyum sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Fatin! Cepat sikit!" pekik Shahir dari luar rumahnya di perkarangan kereta.

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Sepatutnya mereka sudah bertolak ke pusat beli-belah sejam yang lalu tapi semuanya Fatin punya pasal. Shahir mengeluh sendiri. Keningnya berkerut seribu. Baju t-shirt hitamnya sudah basah dek peluh.

" Kejap, kejap!" teriak Fatin dari dalam rumah.

Handbagnya yang berisi bermacam-macam harta karun direntap. Kakinya pantas melangkah ke luar pintu. Kasut wedgesnya disarung pantas. Pintu ditutup dan dikunci.

Fatin tersengih seperti kerang busuk apabila melihat Shahir sudah bermasam muka menunggu.

" Punyalah lama kau bersiap, ini je yang kau pakai?! Haih.." keluh Shahir.

Fatin melihat bajunya. Dia membuat muka. Bukan salah dia kalau dia menghadapi masalah yang hanya perempuan saja yang tahu.

" Saya memang dah siap tadi tapi tudung saya ni buat hal.." kata Fatin sambil membetulkan tudung shawlnya yang berwarna ungu itu.

Shahir memandangnya dengan muka hambar. Apalah yang penting sangat tudung tu? Bukannya dia nak masuk pertandingan ratu cantik pun!!! Shahir mengeluh sendiri.

" Hmm. Dahlah jom masuk kereta." kata Shahir tegas.

Fatin membuka pintu dengan muka yang masam. Pintu dihempas. Kereta Ford yang berwarna kelabu itu pun meluncur pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keadaan sunyi sepi di dalam kereta. Hanya lagu melayu klasik yang dibuka oleh Shahir kedengaran. Kenapa lagu lama yang kitaorang dengar ni? Fatin menekan salah satu butang di radio keretanya. Lagu pop Ismail Izzani kedengaran. Fatin tersenyum. Ini baru menarik..

Baru hati Fatin hendak menghilangkan rasa sunyi. Tiba-tiba jari Shahir menekan butang ke radio klasik tadi. Fatin tersentak. Lagu yang dinyanyikan Saloma kedengaran. Fatin membuat muka. Jarinya menekan balik butang tadi. Shahir menjeling tajam. Fatin membalas dengan renungan yang ganas. Mungkin tadi Shahir berjaya menekan butang radio klasik itu tetapi tidak sekarang kerana kali ini Fatin sudah bersedia.

Shahir memandang butang radio klasik itu. Fatin sudah bersedia. Shahir membuat serangan!! Klik.
Fatin tumbang dalam sekelip mata. Matanya hanya mampu menjeling Shahir yang tersenyum puas. Fatin mendengus.

" Kenapa awak suka sangat radio klasik ni? Bukannya sedap pun.." tanya Fatin dengan muka yang masam.

Shahir memandangnya sekilas lalu. Bibirnya tersenyum nipis.

" Sebab setiap hari masa berlalu tanpa kita sedari betapa berharganya ia, jadi yang tinggal hanya memori. Sedih, gembira. Semua tu boleh didengar dalam lagu lama macam ni. Sebagai memori.." terang Shahir.

Fatin terkedu. Dia tidak pernah menyangka yang Shahir ialah seorang yang puitis. Fatin tersenyum sendiri. Dia mengalah. Kata-kata tadi terlalu mengharukan untuk dilawan.

" Tak sangka. Awak ni seorang yang sensitif macam ni." kata Fatin.

Mukanya merona merah. Dia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Shahir memandang Fatin. Senyuman terukir di bibirnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kereta itu diletakkan tidak jauh dari pintu masuk. Shahir membuka tali pinggang keledarnya apabila dia menoleh ke arah Fatin. Dia tertidur lena. Shahir mendekatkan mukanya dengan muka Fatin. Ingatkan hendak terkejutkan si Fatin namun tiba-tiba niatnya berubah apabila melihat muka Fatin. Teruk. Ada sedikit air liur basi di mulutnya. Shahir ketawa kecil.

Tiba-tiba Fatin bangun secara mengejut. Kepalanya terhantuk ke kepala Shahir dengan kuat.

" Aduh! Argh." kata Shahir sambil mengusap dahinya yang sudah merah.

" Adoii!!!! " pekik Fatin yang turut mengusap dahinya.

Matanya dibuka perlahan. Muka Shahir terpacak dihadapannya dengan muka yang hambar. Tiba-tiba semua kesalahan dijatuhkan ke atas Shahir.

" Isy, yang awak ketuk kepala saya ni kenapa?" tanya Fatin sambil berkerut.

Shahir ternganga. Dia yang hantukkan kepala dia. Salah Shahir pula.

" Kau yang hantukkan kepala kau aku pula yang kena. Dahlah kepala aku yang jadi mangsa. Hisy.." terang Shahir sambil menjeling kepada Fatin.

Fatin mengalihkan pandangannya. Cuba untuk mengingat kembali. Fatin sudah ingat. Dia bermimpi sesuatu yang pelik tentang papanya lagi. Dia termenung seketika.

Shahir yang sedang sakit hati memandang muka Fatin. Kelihatan kesan air liur tadi masih ada. Shahir mengeluh sendiri.

" Fatin. Kau ada.." kata Shahir sambil menunjukkan tempat air liur itu.

Mata Fatin membulat. Tangannya dengan pantas mengesat seluruh mulutnya. Fatin memandang Shahir. Dia tersengih malu. Shahir menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum nipis.

" Dahlah jom." kata Shahir sambil membuka pintu kereta sebelum kakinya menjejak tanah.

Fatin mengambil kesempatan ini. Dia mengeluarkan cermin lipat kecil dari beg tangannya dan mula untuk membetulkan tudung dan make up. Maklumlah tadikan terkeluar air liur. Bila sudah sempurna baru dia keluar dari kereta itu.

" Dah puas hilangkan kesan air liur?" tanya Shahir sebaik sahaja Fatin keluar dari kereta dengan senyuman sinis.

Muka Fatin mencuka. Dia menjeling tajam ke arah Shahir.

" Dahlah. Jom." katanya sambil melulu ke hadapan.

Fatin hanya berjalan tanpa sedar ada kereta yang sedang lalu. Tiba-tiba tangannya direntap kuat ke hadapan. Fatin terkejut. Idlan?

Kelihatan Idlan dengan muka risau memandangnya.

" Awak ni kan, kalau tak cuai tak sah." perli Idlan.

Muka Fatin kembali mencuka. Apalah nasib dia hari ini?

Shahir muncul dari belakang Fatin dengan muka risau. Shahir tersentak. Lelaki ni...

Nairah juga muncul dari belakang Idlan. Nampaknya mereka ke sini bersama.

" Isy, kau ni Fatin. Nak lintas tu tengoklah kiri kanan. Itupun orang nak kene ajar ke?" perli Nairah pula.

Fatin mencemek. Yalah, dialah yang selalu cuai.

Idlan senyum ke arah Shahir. Tangannya dihulur untuk berjabat. Namun Shahir tidak berbuat apa-apa. Ya. Itulah dia. Lelaki di dalam gambar semalam. Hati tiba-tiba panas.

Idlan tersenyum kelat. Fatin memandang Shahir. Dia menyiku Shahir. Yalah manatahu tiba-tiba tertidur sambil mata terbuka sekejap ke? Shahir memandang Fatin setelah disiku. Fatin menggerakkan kepalanya ke arah Idlan. Shahir hanya menurut. Tangannya ditarik pantas. Idlan hanya mengalihkan pandangannya ke bawah. Pelik.

" Korang berdua dah nak balik ke?" tanya Fatin memecahkan suasana.

" Aah. Kitaorang dah sampai lama dah. Kitaorang balik dulu eh? Assalamualaikum.." kata Nairah sambil tersenyum mesra.

" Ha, yalah. Waalaikumsalam." jawab Fatin sambil memerhatikan mereka pergi.

Selepas itu pandangannya kembali merenung Shahir dengan berkerut. Shahir memandangnya kembali. Kepalanya diangkat sedikit. Keliru.

" Kenapa awak taknak salam si Idlan tu tadi?" tanya Fatin.

Kening Shahir terangkat. Idlan? Itu rupanya nama jantan tu..

" Takde apa-apa. Dah, jomlah kita masuk." kata Shahir sambil melangkah ke pintu masuk.

Fatin hanya ternganga sambil berkerut. Dia mengeluh sendiri. Kenapalah suaminya itu pelik sangat? Kakinya melangkah pantas mengejar Shahir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir mencucuk ikan-ikan yang hendak dibelinya menggunakan jari. Fatin di sebelah sudah terkedu. Rasa seperti hendak muntah pun ada.

" Shahir. Pleaselah. Stop using jari awak. Kalau nak guna pun berlapiklah.Geli tahu tak?" kata Fatin sambil berkerut melihat Shahir.

Shahir tersenyum nakal. Rancangan yang nakal sudah terbit di mindanya. Jarinya diangkat.

" Ooo, geli eh.. Ambik ni!" kata Shahir sambil cuba untuk mencucuk Fatin.

Fatin menghalang.

" Eiii..!!! Janganlah. Awak ingat saya ni ikan ke?!" kata Fatin sambil menghalang jari Shahir.

Shahir ketawa jahat. Puas melihat Fatin takut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiger bersembunyi dari jauh melihat gelagat Fatin dan Shahir bergurau senda. Dia tersenyum sinis. Nampaknya Shahir sudah jatuh dari takhtanya sendiri..

Tiger mengeluarkan kamera dan mula menangkap gambar. Setelah cukup bukti untuk menjatuhkan Shahir, dia pergi. Tidak sanggup dia untuk melihat kebahagiaan mereka. Hendak termuntah rasanya. Kakinya terus melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Langit sedikit mendung membuatkan semua bintang terlindung kecuali cahaya bulan yang masih terang menerangi langit malam.

Shahir sedang duduk di hadapan televisyen. Hari ini perlawanan liga bola sepak Malaysia akan berlangsung sebentar lagi. Namun hanya rakaman. Shahir tidak sempat untuk melihat siaran lansung jadi dia rakam perlawanan itu.

Fatin masih di bilik. Buntu. Patut ke dia ikut lagi rancangan Nairah yang sudah bertambah ekstrem ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Yang kedua, apa kata kau pakai yang menjolok mata sikit." kata Nairah.

Fatin ternganga. Air liurnya ditelan.

" Kau ni.. Biar betul! Malulah aku kalau macam tu. Taknaklah." bantah Fatin.

Sexy bukannya perkataan yang ada dalam kamus hidup Fatin. Kalau boleh tak perlu wujud pun. Fatin lebih suka pakai yang bertutup dan selesa.

" Habistu. Apa lagi rancangan yang kau ada? Cakap." kata Nairah.

Nairah sengaja tanya soalan begitu. Dia tahu yang Fatin tentu tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Dia ketawa di dalam hati.

Fatin buntu. Soalan yang cukup susah baginya. Pandangannya dialihkan ke bawah sambil menggigit bibirnya ketika dia berfikir. Macam mana ni??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin mengeluh sendiri. Baju yang sudah dikeluarkan itu hanya direnung sepi. Fatin mendengus. Dia memilih untuk memakai dress berwarna putih yang kecil, jarang-jarang dan pendek itu. Dia sudah malas untuk berfikir. Apa nak jadi, jadilah..

Fatin melangkah ke tingkat bawah dengan muka yang gementar. Gementar dengan keputusannya ini. Nafasnya ditarik dan dilepaskan. Lega sedikit. Dia boleh buat. Kakinya memijak lantai tingkat bawah yang tiba-tiba rasa sejuk semacam.

Kelihatan seperti Fatin sudah turun setelah sekian lama dia mengeram di dalam bilik. Fatin ada bagitahu Shahir yang dia hendak menonton perlawanan bola sepak itu bersamanya. Shahir menoleh ke arah Fatin. Matanya hampir terbeliak melihat Fatin.

Fatin tersenyum kelat.

" K-kenapa pandang saya macam tu? Ada benda yang tak kena ke?" tanya Fatin sambil melihat-lihat badannya.

Shahir menelan air liur. Fatin ni terhantuk ke apa malam-malam buat ni?

" T-tak ada apa-apa. Duduklah. Sya dah nak mulakan ni." kata Shahir sebelum mengalihkan pandangannya ke arah televisyen semula.

Fatin duduk di sebelah Shahir. Mula-mula tidak rapat. Tiba-tiba badannya bergerak sedikit demi sedikit ke arah Shahir. Shahir memandangnya sekilas.

Rancangan pun dimulakan. Fatin menoleh sedikit ke arah Shahir. Matanya tidak berkelip melihat televisyen. Inilah peluang Fatin. Tangannya memegang tangan Shahir. Shahir tersentak. Pelik betul perangai Fatin hari ini. Shahir layankan sahaja.

Fatin melihat televisyen itu. Tiba-tiba semakin kabur. Kabur, kabur dan kabur. Gelap. Matanya tidak dapat menahan mengantuk. Sehari suntuk dia mengeluarkan tenaga. Dia perlu tidur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perlawanan itu sudah habis. Shahir menoleh ke arah Fatin yang sudah tidur itu. Kepala Fatin terlentok di bahu Shahir. Shahir bangun dari duduknya. Fatin jatuh. Shahir tidak kesah. Dia hampir naik ke atas untuk tidur. Tiba-tiba ada sesuatu yang melembutkan hatinya. Shahir mengeluh sendiri. Dia kembali ke sofa dan mendukung Fatin dengan lembut ke atas katil. Akhirnya dia pun menghempaskan dirinya ke atas katil. Hari yang memenatkan.

BERSAMBUNG..

Lagu: I WANT YOU TO LOVE ME..
Dimainkan..

Share this novel

suzana mariza
2020-08-20 06:43:43 

episod seterusnya?


NovelPlus Premium

The best ads free experience