Bab 58

Romance Completed 207871

"Morning pretty" tegur Carlos yang baru sampai.

"Morning Carlos" jawab Intan sambil mempamirkan senyum manis.

"Mana Caden?" soal Carlos.

Baru sahaja Intan nak membuka mulut, terpacul Caden dari pintu bilik air.

"Ada bawa barang yang aku pesan?" soal Caden sebaik melihat Carlos di sisi Intan.

Carlos hanya menganguk lalu menyerahkan beg yang mengandungi pakaian dan peralatan mandinya.

"Sayang tunggu sekejap ye, abang nak mandi dan salin pakaian" kata Caden pada Intan yang sedang bersandar di kepala katil.

"Okey" jawab Intan tersenyum.

Caden kemudian terus melangkah masuk ke bilik air bersama beg yang dibawa Carlos tadi.

"Pretty macam mana pagi ni, okey?" soal Carlos berbahasa.

"Pagi ni rasa sihat sikit dari semalam. Tekak pun dah kurang perit" jawab Intan.

"Alhamdulillah.. Gembira saya dengar" jawab Carlos.

"Awak tak kerja ke hari ni?" soal Intan pada Carlos yang dilihat santai memakai seluar jeans dan tshirt. Lain nampak penampilannya.

"Hari ni saya tak masuk pejabat. Nak temankan pretty." balas Carlos pula.

"Hm.. Saya tanya sikit boleh?" soal Carlos.

"Tapi kalau pretty tak nak jawab pun tak apa" sambung Carlos.

Ketawa perlahan Intan.

"Nak tanya apa ni, macam serius je" soal Intan pula.

"Hm.. Apa yang buatkan pretty sedar?" soal Carlos.

"Ntah tapi apa yang pasti saya rasa marah dan sakit hati bila tau Caden ada housekeeper lain" jawab Intan keliru dengan jawapan sendiri.

"Mana pretty dengar yang Caden ada housekeeper lain?" soal Carlos pula.

"Saya macam dengar ada orang cakap pada saya, tapi suara orang tu macam suara awak" jawab Intan sambil menoleh pandang pada Carlos di sebelahnya.

"Awak ada cakap apa-apa pada saya ke masa saya tak sedar?" soal Intan pula.

Terdiam sekejap Carlos memikirkannya.

"Memang saya ada cakap pada pretty tapi tak sangka pula lepas saya cakap macam tu pretty terus bangun. Kuat betul sayang pretty pada Caden" usik Carlos.

Intan hanya tersenyum simpul. Merah mukanya.

"Tapi betul ke Amira yang bersihkan bilik rehat Caden seminggu sekali? Tak ada orang lain?" soal Intan

"Tak ada sayang.. Mana ada orang lain" jawab Caden yang baru keluar bilik air yang sudah lengkap menukar pakaian lain.

Segaknya.. Suami sapa la ni.. Kata Intan dalam hati sambil tersenyum-senyum.

"Sayang, kenapa ni? Pandang abang, lepas tu senyum-senyum" tegur Caden yang sudahpun berada di sisi Intan.

"Tak ada apa-apa" jawab Intan sambil memegang pipi Caden.

Kedua-duanya senyap, hanya saling memandang satu sama lain.

"Ehem" bunyi suara Carlos.

"Kat sini ada orang ye" usik Carlos.

Menjeling Caden apabila diganggu.

"Lupa nak bagitau, tadi masa saya lalu di depan kaunter ni tadi, jururawat beritahu pihak hospital dah maklumkan pada ayah Intan mengenai keadaan Intan sekarang dan mungkin pagi ni, dia akan datang" kata Carlos pada Intan dan Caden.

Berubah wajah Caden. Kalau ayah Intan datang, pasti perkara itu yang akan dibangkitkan.

Sedang bergelut dengan fikiran sendiri, daun pintu wad dibuka.

"Assalamualaikum" sapa Dr. Dani yang melangkah masuk bersama seorang jururawat.

"Waalaikumsalam" serentak salam disambut.

"Puan Intan macam mana pagi ni?" soal Dr. Dani.

"Saya rasa sihat dan lebih bertenanga dari semalam" jawab Intan.

Carlos yang berada di kiri katil Intan bergerak ke hujung katil bagi memberi ruang pada Dr. Dani dan jururawat membuat pemeriksaan.

Dr. Dani membaca fail yang digantung pada katil intan. Diteliti helaian kertas itu sambil mengangguk.

"Hm.. Kalau kesihatan Puan Intan semakin baik dan selera makan tak ada masalah, dalam tiga empat hari dah boleh keluar tapi nanti kena datang untuk fisioterapi. Penting untuk aktifkan semula otot-otot supaya kuat" terang Dr. Dani.

Bercahaya wajah Intan gembira mendengar berita yang disampaikan.

"Betul ke doktor?" soal Intan tidak percaya.

Dr. Dani hanya tersenyum dan kepala dianggukkan.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu" kata Dr. Dani lalu keluar dari wad bersama jururawat tadi.

"Terima kasih doktor" ucap mereka bertiga.

"Suka la tu tak lama lagi dah boleh keluar" usik Carlos sambil berjalan dan melabuhkan duduk di kerusi di sisi katil.

"Mestilah. Rasa macam dah lama tak balik rumah" balas Intan.

"Sayang nak abang belikan apa-apa tak?" soal Caden pada Intan.

"Tak apa, sayang makan makanan yang diberi hospital je, tengah hari nantilah abang belikan makan tengah hari" kata Intan.

"Kalau macam tu, sayang makan ni dulu, okey" kata Caden lalu menyuap sandwic tuna yang diberikan oleh hospital.

Setelah selesai makan, Caden dan Carlos tinggalkan Intan untuk berehat sementara kedua mereka turun ke cafe untuk sarapan.

+++

"Den, Intan dah sedar dan tak lama lagi dia semakin pulih. Apa yang kau nak buat sekarang" soal Carlos yang mengambil tempat di hadapan Caden.

Duduk Caden labuhkan lalu bersuara.

"Aku pun tak pasti Carl. Ikutkan hati aku, nak saja aku biarkan supaya dia tidak sedar dari koma" balas Caden.

"Kenapa kau cakap macam tu, kau tak suka Intan dah sedar dari koma ke macam mana?" soal Carlos tidak faham.

"Ayah Afrina nak aku ceraikan dia bila dia dah sedar. Aku tak sanggup. Aku lebih rela biarkan Afrina koma sebab aku masih boleh sentiasa berada di sisi dia Carl. Kejam ke aku?" soal Caden pada Carlos.

Nasi goreng di pinggan hanya dikuis-kuis sahaja dengan sudu.

Mengeluh Carlos apabila mendengar kata-kata sahabatnya itu.

"Den, aku dah cakap awal-awal lagi kan. Kalau kau betul sayang dan cintakan Intan, kau mesti pertahankan cinta dan rumahtangga kau"

"Lagi satu, kau rasa Intan akan setuju dengan apa yang ayah dia minta dan dapat tak kau bayangkan apa perasaan Intan kalau kau ceraikan dia?" soal Carlos.

Wajah sahabatnya itu dipandang.

"Den, aku gembira bila melihat hubungan kau dengan Intan bahagia. Aku tak nak kau merana dan Intan kecewa" nasihat Carlos lagi.

"Apa yang aku patut buat Carl" soal Caden buntu.

"Kau kena bantu Intan untuk pulih sepenuhnya. Hantar dia ke fisioterapi dan buat aktiviti yang boleh membantu dia sihat semula. Biar Intan yang tentukan nanti. Yang penting biar ayah Intan utarakan perkara ini lagi sekali dan waktu tu baru kau bincang dengan Intan untuk penyelesaian"

"Selagi ayah Intan tak sebut apa-apa mengenai perkara ni, kau jangan ambil apa-apa tindakan" terang Carlos.

"Ingat, jangan sesekali buat tindakan melulu" pesan Carlos lagi.

"Dah, makan cepat. Lama Intan tunggu kita sarapan" arah Carlos.

Urm.. Kalau bab pengurusan perniagaan memang tip top tapi bila sampai bab kasih sayang, perasaan, langsung hilang skill.

Kalau tak ada yang guard, habis hancur.. Caden Caden..

Sebaik selesai sarapan, Carlos dan Caden menapak naik ke wad Intan.

Daun pintu wad ditolak dan langkah yang hendak diatur, terhenti.

"Dah kenapa kau berenti tiba-tiba macam ni?" marah Carlos di belakang Caden.

Caden mengintai ke dalam wad.

Oo.. Patut la.. Ayah Intan.

"Abang, masuklah. Jumpa ayah" panggil Intan.

Caden sudah serba salah wajahnya.

Perlahan kaki diatur menghampiri katil Intan. Sebaik Caden sampai, Intan pantas memaut jemari Caden.

"Ayah dah kenalkan ni Caden Anaqi, suami Intan" Intan kenalkan pada ayahnya.

Caden hulurkan tangan untuk bersalaman. Tuan Rahman menyambut huluran. Wajahnya bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang riak.

"Ayah dah kenal dengan suami Intan ni" jawab Tuan Rahman.

Intan tersengih pada ayahnya. Lupa, mesti ayahnya dah kenal sewaktu dia koma tempoh hari.

"Bila Intan boleh keluar wad" soal Tuan Rahman.

"Doktor cakap empat lima hari lagi" jawab Intan.

Caden di sebelah hanya diam mendengar perbualan dua beranak itu, Carlos pula sudah bersandar di sofa di tepi bilik.

"Nanti keluar wad, balik mana?" soal Tuan Rahman pada Intan tapi mata menjeling Caden.

Intan tidak menjawab tetapi menoleh pada Caden di sisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience