BL13

Humor Series 177133

TERHENTI langkah Darlow ketika dia teringat Macbook miliknya tertinggal di dalam bilik. Kakinya kembali melangkah ke tingkat atas. Dia mendengus kasar kerana terpaksa berpatah balik ke biliknya semula.

Darlow memulas tombol pintu dihadapannya. Automatik tubuhnya mengeras saat mendengar suara tangisan sayu seorang wanita. Sebelah tangannya di kepal erat.

Telinganya mula merah menahan amarah.

Diam.

Lama Darlow berdiri terkaku di tempatnya. Mendengar sedu sedan bersama tangisan yang semakin memberat itu. Setiap perkataan yang perlahan keluar dari bibir kecil itu jelas kedengaran di telinganya.

Tangisan Neyla semakin kuat segalanya di hemburkan melepaskan segala tekanan yang berada di jiwanya.

Darlow menarik nafas dalam dan di lepaskan perlahan-lahan. Dia berundur setapak kebelakang. Langkahnya di atur meninggalkan ruang itu.

.....

USAI bersarapan pagi Farah mencuci segala peralatan dapur yang digunakan. Sambil itu terkumat kamit bibirnya itu menyanyi kecil.

Mendengar derapan kaki yang semakin mendekatinya ruangan dapur itu, Farah segera memalingkan tubuhnya. Wajah tegang Gib di pandang sebelah tangan lelaki itu memegang iphone yang masih di tekap di telinganya.

"Wait for me. Aku akan gerak terus ke sana."Pangilan itu dimatikan apabila di tiba di hadapan Isterinya.

Gib memeluk erat Farah sebelum dia tunduk mencium pipi mulus itu.

"Arini aku tak dapat hantar kau kerja. Ada urusan dekat site." Gib melepaskan pelukkan. Briefcase di atas kerusi di capai.

Ada sesuatu yang perlu dia selesaikan.

Sesuatu..

"Nak salam"

Mati langkah Gib saat suara lembut itu menyapanya. Dia menoleh memandang Farah juga memandangnya. Bibirnya menarik senyuman lalu tangan kanan dihulurkan kepada Farah.

"Jaga diri baik-baik."

"Eh?" Pelik Farah mendengarnya. Kata-kata itu dihadam seketika dan dia mendonggok memandang Gib.

"Dah kenapa berkerut pula ni." Soal Gib sebelum dia menyambung langkahnya ke pintu.

"Biasa cakap jumpa malam nanti okey sayang. Semangat sikit orang nak pergi kerja." Ujar Farah sambil tersenyum. Keningnya dia naikkan bersama.

"Pagi-pagi dah mengatal." Jawab Gib mendatar.

"Eleh mengatal pun dengan laki sendiri bukan dengan laki lain pun."

"Berani ke?"

Gib kembali berdiri tegak setelah menyarung kasut kulitnya. Matanya tajam menandang Farah yang selamba memandang ke arahnya dengan senyuman.

"Of cause. Kita ni still Hot tau sekali senyum bersep....."

Gib mula membuka langkahnya mendekati Farah. Senyuman Farah semakin mengendur.
Pinggang Farah di rangkul kemas. Bibir isterinya itu terus di sambar.

"Dah kena renjatan letrik ke?.." soal Gib setelah melepaskan ciuman itu. Dia senyum senget.

"Ish mana adil macam ni." bentak Farah. Gib di hadapannya di jeling geram.

"Siapa yang berani kacau isteri kesayangan aku ni ini makan dia." Sut hitamnya diselak sedikit. Menayang beberapa objek yang tersisip kemas di bahagian dalam sut yang dipakainya.

Terkelip-kelip mata Farah.

Pistol?

Pisau?

Kenapa?

Farah terundur saat Gib melangkah merapatinya kembali. Selangkah demi selangkah sehinggalah tubuh Farah sudah bersandar di dinding. Mengeras tubuh Farah saat Gib membawa bibir rapat ke cuping telinga.

"..Aku tak suka kalau hak aku ada orang sentuh..Lagi-lagi isteri aku.." Bisik suara itu. Gemersik dan cukup buatkan Farah terkaku sendiri.

Terasa bagai sesuatu menjalar di tubuhnya.
suatu perasaan yang dia sendiri tidak pasti.

Apakah?

Gib kembali berundur. Tangan turun memasang semula butang sutnya namun mata memandang Farah. Perlahan lahan bibirnya tersenyum.

Psiko!

"Faham maksud aku, Ya humaira?" Tanya suara itu lagi.

Farah terdiam seketika. Namun sesaat kemudian laju dia jatuhkan kepala tanda mengerti. Bibir bawah digigit. Menahan diri dari membalas kata.

Kenapa aura suaminya lain?

Gib kembali tersenyum.

"Remember that. Take care sayang." Pesan Gib dahi Farah di kucup lembut. Sebelum dia berlalu pergi.

Farah masih berdiri kaku. Lama dia memandang belakang Gib sehingga kereta lelaki itu sudah keluar dari perkarangan rumah mereka.

Ting!!!

Tersedar dari bunyi itu Farah menyeluk poket seluarnya dan telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Mesej dari Mey Ling dibuka dan lantas dibaca.

Dia mendengus perlahan sebaik sahaja membaca mesej itu. Satu keluhan berat juga terlepas dari bibirnya.

Kerja yang akan memenatkan.

.....

MEGAT OMAR berdiri tegak mendengar satu persatu arahan dari pihak atasnya. Segala maklumat yang di terima cuba di hadam.Ekor matanya sempat mencuri memandang Farah di sisinya.

"Tapak pembinaan ini menjadi sarang untuk pihak berkenan menutup mata pihak berkuasa dari menghidu aktiviti mereka. Dengan adanya maklumat yang di perolehi hari ini kita akan menyerbu tapak pembinaan tersebut. Saya harap serbuan ini berjaya." Ujar DSP Zulkarnain.

Mereka yang mendengar taklimat itu mengangguk faham.

"Kita sudah berbagi kumpulan jadi mohon semua anggota dan pegawai bersiap sedia."

Usai berkata demikian, DSP Zulkarnain terus beredar dari bilik taklimat itu. Farah melepaskan nafasnya jantungnya yang dari tadi berdegup laju di sentuh dan tapak tangan itu di gengam.

"Kau OK tak ni Najwa?"soal Mey ling dia memandang pelik sahabatnya itu.

"Entahla Mey, Aku tak sedap hati dari tadi lagi."

"Mainan perasaan je tu."

"Mungkinlah kan." Farah mengangguk bersetuju tapi debaran di jantungnya masih kekal bedegup laju.

"Lepas ni jumpa aku." Ujar Megat Omar setelah beberapa minit memerhatikan tingkah adik perempuannya.

"Baik Tuan." Jawab Farah tubuhnya di tegakkan tanda hormat.

"Haish." sekali lagi keluhan terlepas dari bibir wanita itu.

....

RANGER ROVER Evoque berwarna silver berhenti di hadapan sebuah tapak pembinaan yang lama di tinggalkan.
Sekeliling kawasan itu dipandang sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam. Sut di tubuhnya di kemaskan.

Tiba di dalam bangunan lama itu, Langkah Gib terhenti. Berkepul-kepul asap memenuhi tapak pembinaan itu secara tiba-tiba. Berpusing tubuh Gib memerhatikan kawasan sekitar.

Bau asap berlumba-lumba masuk ke dapam hidung. Dengan keberanian, Gib masih kekal melangkah walaupun dia yakin Api semakin marak.

Dengan langkah penuh yakin Gib melangkah naik ke bahagian atas. Terbuntang matanya melihat ke arah susuk tubuh kecil yang sudah terbaring di satu sudut.

"Shit!" Jeritnya dengan kuat apabila melihat tubuh kaku itu. Pantas Gib menerpa ke arahnya.

"Hei réveillez-vous! ( Bangun)"

Bertalu-talu Gib menjerit ke arah anak kecil itu namun yang di lihat tubuh kaku itu lelah bernafas. Nafas yang semakin perlahan.
Wajah yang berpeluh-peluh itu tidak langsung memberikan tindak balas.

Dengan tangan terketar-ketar tubuh kecil itu di angkat. Kedengaran bunyi letupan kecil beberapa kali.

Oh Tuhan! Gib semakin resah.

Pantas Gib melangkah meninggalkan ruangan atas bangunan itu. Walaupun dadanya semakin sesak dengan kepulan asap, Gib tetap berusaha meninggalkan kawasan itu.

Ternyata api sudah mula merebak menjilat separuh dari tapak pembinaan bangunan lama itu.

Langkahnya semakin lemah. Wajahnya semakin berkerut. Dadanya semakin sesak.
Wajah anak kecil itu di pandang sebelum kedua kaki yang jatuh melulut.

Tubuh kecil yang masih di pangkuannya perlahan-lahan jatuh ke lantai. Kelibat beberapa orang yang mendekatinya di pandang sebelum mata helang itu tertutup rapat.

Share this novel

Indah Rht
2022-10-05 08:39:27 

lama gile tak update...


NovelPlus Premium

The best ads free experience