BAB 16

Humor Completed 78146

"MUMMY dah atur segala persiapan perkahwinan Adam."Datin Mazni tersenyum bangga.

Kali ini dia nak buat majlis kahwin Adam meriah sekali.Nak jemput semua kawan datin-datin,puan sri, datin sri dan seangkatan dengannya.Tak kan nak buat kecil.Majlis mestilah besar-besaran.Menantu model terkenal kot.Kalau sekadar buat akad nikah saja malu lah muka.Paling hebat mestilah majlis dekat hotel terkenal bertaraf sepuluh bintang.

"Apa mummy!?majlis Adam?"Terkejut Adam nasib tak tersembur jus lemon ke muka Datin Mazni.

Tengahari tadi mummy datang ke pejabat dan mengajak Adam makan di luar.Adam menurut tanpa banyak tanya.

"Adam.Mummy nak yang terbaik untuk Adam.Mummy rasa tak salah kan kita dah mula buat persiapan segalanya.Minggu depan dah cukup tiga bulan kan."Datin Mazni mengingatkan Adam.

"Tapi mummy Adam tak terfikir pun sampai ke tahap tu.Adam pun dah lama tak contact Julia."Adam mula runsing.Tak sangka mummy dah atur segalanya tanpa pengetahuan dia.

"Tak apa sayang...Serah semuanya dekat mummy.Mummy pun dah bincang dengan Julia.Dia pun ikut saja.Semua dia serah dekat mummy.Jadi Adam dan Julia hanya perlu bawa diri saja."Tersenyum Datin Mazni membayangkan hari bahagia buat Adam.

"Tapi mummy..Adam..Adam.Adam belum bersedia."Nasi ayam penyek di kuis-kuisnya.Hilang terus selera nak makan.Ayam penyek yang sedap tu pun dah rasa tawar.

"Belum bersedia?Apa maksud Adam sebenarnya?Belum bersedia nak kahwin dengan Julia atau belum bersedia nak lepaskan perempuan tu?"suara Datin Mazni sedikit meninggi tapi masih cuba dikawal ton suaranya.Malu kalau meja sebelah menyebelah terdengar akan perbincangan mereka dua beranak.

"Mummy please... bagi Adam masa.Adam dah tak ada apa-apa perasaan pada Julia."kata Adam bersungguh.Berharap mummy mengerti.

Datin Mazni meletakkan kembali sudu dan garfu ke dalam pinggan.Adam ni macam nak main tarik tali pula.Ingat senang ker dia nak pujuk Julia kembali pada Adam.Macam-macam janji yang dia taburkan.Boleh kata hari-hari Datin Mazni keluar berdua dengan Julia pergi makan,pergi spa,shopping sana sini.Pujuk punya pujuk akhirnya Julia setuju.Orang sebelah sana dah sudi,belah sini pula buat hal.
Hai Adam.Mummy tak mahu kempunan lagi bermenantukan model terkenal tanah air.Siapa yang tak bangga.Punya menantu cantik.Satu dunia pasti cemburu dengan mummy.Mahu meleleh air liur datin sri puan sri semua.Kempunan nak jadikan Julia menantu mereka.

"Adam, jangan nak buat hal.Julia masih sayangkan Adam.Ker Adam dah suka dengan perempuan tu!"Sedikit mencerlung mata Datin Mazni pada Adam.

Adam mengeluh.Dalam hati Adam masih berbelah bagi.Apa yang mummy cakap tu ada betul nya.Tapi Adam masih keliru.Adam suka atau hanya mainan persaannya sahaja.Terbayang wajah kelembutan Aisyah.

"Adam!"Sedikit terjerit Datin Mazni memanggil Adam yang sedang mengelamun seketika.

"Adam cakap dengan mummy.Adam dah suka perempuan tu ker!?Ker Adam dengan dia dah...."

Adam mendecit.

"Mummy jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak."Adam faham sangat dengan maksud mummy tu.Tak kan kalau Adam dengan Aishah dah 'gitu-gitu' pun nak bagitahu mummy.Hal suami isteri kot.Lagi pun halal kan.Tu pun kalau Aisyah sudi.Sejuta kali Adam sudi.

Pap! Mummy tampar lengan Adam.Adam ni dah kemaruk agaknya.Dok senyum sorang-sorang dah kenapa.

"Adoi! mummy ni.Adam tak boleh la mummy.Julia dengan Adam dah tak ada apa-apa hubungan dah.Perasaan Adam pada Julia dah tak macam dulu.Adam dah penat nak kejar dia."Akhirnya Adam luah juga apa yang terbuku di hati.

"Hei Adam!Jangan nak mengarut boleh tak.Mummy susah payah tolong Adam dapatkan Julia balik.Ini yang Adam cakap.Mummy tak kira macam mana pun Adam kena kahwin dengan Julia!"Datin Mazni dah naik berang.

Mana tak nya.Dia dah siap tempah macam-macam untuk perlahwinan Adam.Hotel pun dah tempah.Tarikh nikah pun telah ditetapkan.Pendek kata segalanya dia dah rancang sendiri.Suami sendiri pun dia belakangkan.Sengaja dia tak nak bagitahu.Kalau bagitahu alamat tak jadi lah nanti.Faham sangat dengan sikap suaminya yang kerap kali membantah sesuatu perkara.Lebih-lebih lagi hal anak-anak.Tambahan pula Aisyah adalah menantu pilihan Dato Rais.Mahu dia di tentang habis-habisan nanti.

Lain pula hal kalau tak jadi.Mana dia nak letak muka dia yang diva ni bila kawan-kawan datin dan seangkatannya tahu.Dah la dia dah war-war kan yang Julia tu bakal isteri Adam.Satu-satunya gadis yang sepadan dengan Adam.Tak boleh jadi aku kena paksa Adam juga.Perempuan tu tahu lah aku nak ajar macam mana.

Datin Mazni ketap bibir.Geram sesangat dah pada Aisyah.

BERTUBI-tubi pintu utama rumah di ketuk.Tak cukup dengan itu loceng dibunyikan tanpa henti.Sehingga membingitkan telinga.Aisyah yang baru usai solat Zohor.Dia terus menyarungkan tudung di kepala.Tak kan Tuan Adam lupa bawa kunci.

Aisyah intai di sebalik lubang pintu.Nampak kelibat mak mertua dan kakak iparnya sedang berdiri di luar pintu.Aisyah segera bukakkan pintu.

Terjengul muka dua wanita yang nampak garang dan bengis.Lagaknya bukan datang bertandang tapi seperti mahu berperang.

Baru Aisyah nak buka mulut mempelawa keduanya masuk.Tanpa duga keduanya terus merempuh bahu Aisyah.Hampir nak terlentang Aisyah di buatnya.Dah la Aisyah ni kecil.

"Maaf datin tadi saya solat."Aisyah menunduk takut.

"Hei perempuan!kau ni tak faham bahasa ker.Aku dah cakap kan jangan sesekali dekat dengan Adam!"mencerlung merah mata Datin Mazni.Tengok Aisyah pun kecik besar kecik besar.

Aisyah terdiam kaku.Tiba-tiba kena serang.Angin tak dak ribut tak ada.Tahu-tahu mak mertua dan kakak iparnya menyerang.Adam pula tak ada di rumah.Awal pagi dah keluar walaupun hari ni hari cuti.

"Maaf datin.Saya tak faham apa maksud datin."Takut-takut Aisyah berkata.

"Kau ni buat-buat tak faham ker apa!?Kau dah buat apa dengan adik aku, Adam?Nampak saja muka polos suci murni tapi perangai buruk!"hambur Adella pula.

"Saya tak faham apa masuk datin dan cik Adella."Muka dah redup.Takut bercampur sedih.Sampai bila pun mereka tak akan menerimanya.

"Ohh.. kau pura-pura tak faham ya.Meh sini aku faham kan.Anak aku Adam akan berkahwin dengan kekasih hati dia,Julia!Kau tu penghalang hubungan mereka berdua saja!Aku tak faham lah perempuan macam kau ni.Tak ada maruah agaknya.Kau jangan sesekali nak goda Adam.Adam tu milik Julia bukannya perempuan miskin macam kau!"Hambur Darin Mazni.

Aisyah terkedu.Dia tak tahu apa-apa terus kena sembur.Adam dah nak kahwin.Elok lah tu.Dia pun baru tahu saat ini.Kalau Datin Mazni tak bagitahu sampai bila pun dia tak tahu.Patut lah dia tengok Tuan Adam happy semacam.Suka senyum-senyum.Tapi Aisyah buat-buat tak nampak saja.Takut terperasan senyuman tu untuk dia.

"Kau dah tahu kan.Jadi jangan kau nak jadi penghalang pulak.Kau sedar diri kau tu sikit perempuan!Nasib adik aku tu baik hati bagi kau tumpang duduk sini.Kalau tak... faham-faham lah sendiri."Sindir Adella sambil buat muka menyampah pada Aisyah.

Atas bawah dia pandang Aisyah yang berdiri hanya satu meter dari mereka.Ikut hati dia nak campak barang Aisyah keluar dari rumah Adam.Tapi kalau baba tahu mati mereka dua beranak dikerjakan.Silap-silap mereka pula yang di halaunya.

"Maaf cik Adella dan datin.Saya tak ada niat pun nak dekat dengan Tuan Adam.Sampai masa saya akan pergi.Jangan risau antara saya dan Tuan Adam tak ada apa-apa hubungan.Saya ingat lagi perjanjian kami."

"Ha,bagus kalau ingat!Aku tak nak tengok muka kau masa Adam nikah dengan Julia.Sebelum Adam nikah aku nak kau berambus dari sini.Berambus terus dari hidup Adam!"

"Baik datin.Jangan risau.Saya akan pergi."lemah suara Aisyah.Dia cuba tahan air mata yang mahu menitis.

"Kalau Adam buat hal tak jadi kahwin dengan Julia.Orang yang aku cari ada lah kau!"tepat jarinya menunding ke muka Aisyah.Ikut hati Datin Mazni nak saja di tangankan muka Aisyah yang putih bersih tu.Berlagak suci sangat.

"Insyallah datin dan cik Adella tak perlu risau.Saya akan pergi sebelum Tuan Adam menikah.Saya jamin tak akan ganggu majlis."Aisyah cuba berlagak kuat padahal dalam hati dah rasa sebak.

"Ingat tu!"Datin Mazni tunjal-tunjal kepala Aisyah.Geram sangat.Nasib Adella tarik tangan dia kalau tak mahu saja dia belasah Aisyah sepuas hati.Baru kena dengan muka yang nampak suci tapi tak tahu malu.Dah sah Adam pun tak ingin kat dia.Ada hati masih bertahan lagi.Angkat kaki cabut lah.

maaf lambat update...ada kala kesibukan tugasan harian.. tq semua :) love Sakura Leo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience