Bab 15

Drama Completed 5973

“...If all it is is eight letters why is it so hard to say?
If all it is is eight letters why am I in my own way?
Why do I pull you close and then ask you for space?
If all it is is eight letters why is it so hard to say?...”

-8 Letters, Why Don't We

Tok! Tok! Tok!

Sedang Saraa asyik mendengar lagu kegemarannya, pintu bilik diketuk kuat. Saraa terus memberhentikan lagu kegemarannya itu untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu biliknya.

Sebaik sahaja Saraa membuka pintu biliknya, dia terkejut apabila dia ditolak kasar oleh Afrina. Dia terjatuh kerana tidak dapat menyeimbangkan badannya. Afrina mengunci pintu bilik lalu mendekatinya.

"Kau memang dah tahu kan yang dia akan tolak aku?" tanya Afrina. Matanya jelas menunjukkan kemarahan yang membuak-buak dalam dirinya.

"Kau cakap apa ni? Aku tak faham," Saraa yang masih terkejut dengan tindakan Afrina itu hanya mengekalkan riak wajah tenang.

Afrina kini lebih agresif. Dia memegang kedua-dua belah bahu Saraa lalu menggoncangnya dengan kuat.

"KAU TAHU KAN YANG ADAM AKAN TOLAK AKU?! SEKARANG PUASLAH HATI KAU KAN?! SEBAB DIA PILIH KAU, BUKAN AKU!" Afrina kini tidak dapat mengawal amarahnya.

Saraa menolak Afrina lalu menamparnya. Hatinya sakit apabila diperlakukan begitu.

"Kau ni dah apehal?! Kau sepatutnya berterima kasih kat aku sebab aku dah tolong kau confess dekat abang Adam kesayangan kau tu. Dia nak terima ke tak tu bukan urusan aku! Itu perasaan dia bukan aku!" ujar Saraa dengan nafas yang sudah tidak menentu.

"Tapi kau dah tahu kan?!" Afrina masih lagi mengulang soalan yang sama.

"YES!" jerit Saraa.

"Aku memang taknak bagitahu kat kau yang dia tolak kau. Aku nak dia sendiri yang jujur dengan kau. At least kau dah tahu kan apa perasaan dia kat kau," sambungnya lagi.

Afrina kini sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa. Hanya air matanya yang mengalir membasahi pipi.

"Kau tak perlu la nak nangis hanya kerana seorang lelaki. Perjalanan kau masih jauh. Sekarang kau lap air mata kau lepastu keluar dari bilik aku," ujar Saraa.

Dia membuka pintu biliknya sebagai tanda dia mahu Afrina keluar dari biliknya secapat mungkin.

"Urusan kita belum selesai. Kau ingat tu," kata Afrina sambil menyeka air matanya lalu keluar dari bilik Saraa.

Saraa hanya mendengar tanpa menunjukkan apa-apa reaksi.

...

"Paksu tengok Af masuk dalam bilik Saraa tadi. Kenapa?" tanya Paksu.

"Takde apa-apa. Dia saja je nak berborak dengan Saraa. Nothing important," jawab Saraa selamba.

Sufrina yang juga berada di ruang tamu pada waktu itu menjeling Saraa apabila mendengar jawapan Saraa.

'Aku tak sangka perangai kau macam ni. Kau dah sakitkan hati kakak aku lepastu act like nothing happen pulak' katanya dalam hati.

"Suf, kakak mana? Kenapa tak keluar lagi dari bilik? Dia buat apa?" tanya Maksu kepada Sufrina.

"Dia tidur. Pening katanya," jawabnya.

Maksu hanya mengangguk faham.

"Su, aku nak mintak tolong sikit boleh tak?" ujar ayah.

"Along nak mintak tolong apa?" tanya Maksu.

"Along nak pinjam duit sikit. Nanti kalau Alang dah pulangkan duit yang dia pinjam kat Along, Along bayar balik duit kau," terang ayah.

"Along nak pinjam berapa? Duit kami pun cukup-cukup makan untuk kami lima beranak je," sampuk Paksu.

"Kak Saraa kan dah kerja, mestila dia ada duit. Kenapa tak mintak dengan Kak Saraa je?" sambung Sufrina.

Saraa terkilan dengan jawapan Paksu dan Sufrina.

"Ye la, ayah. Saraa kan sekarang dah ada duit sendiri. Ayah mintak je la kat Saraa. Lagipun Saraa memang kerja untuk bantu ayah dan ibu. Saraa pun bukannya pakai banyak sangat duit. Tak payah dah nak mintak-mintak kat orang. Biar orang je yang mintak-mintak kat kita. Orang tu pun bukan orang lain, keluarga jugak kan. Takpe nanti Saraa bagi duit kat ayah, ye," kata Saraa seakan-akan menyindir.

"Ammm ye, baiklah Saraa," ujar ayah yang faham akan isi hati anaknya.

Saraa bangun dari tempat duduknya lalu mengatur langkah hendak ke dapur.

"Saraa nak pergi mana tu?" tanya ayah.

"Saraa nak tolong ibu kat dapur," jawab Saraa berlalu pergi.

...

Usai solat maghrib, Saraa mengetuk pintu bilik ibu dan ayahnya.

"Ye Saraa? Ada apa ni?" tanya ibu.

"Nah," Saraa menghulurkan duit sebanyak RM500 kepada ibunya.

"Duit apa pulak ni?" ibu mengerutkan dahi.

"Ayah kan nak pakai duit, so ambillah duit Saraa ni,"

"Saraa, sini jap," panggil ayah apabila mendengar perbualan Saraa dan ibunya.

Saraa masuk ke dalam bilik ayah dan ibunya untuk menghulurkan duit itu kepada ayah.

"Saraa simpan je duit tu," ujar ayah.

Ibu yang masih tidak faham dengan apa yang berlaku hanya duduk diam di sebelah ayah.

"Tapi kan ayah nak guna duit, ayah pakai je la duit Saraa. Saraa tak kisah pun,"

"Ayah masih ada duit simpanan sendiri. Nanti kalau ayah betul-betul nak guna duit, ayah mintak kat Saraa ye,"

"Habistu, kenapa tadi ayah nak pinjam duit kat Maksu?"

"Abang pinjam duit kat diorang? Kenapa?" sampuk ibu.

Ayah hanya tersenyum.

"Ayah saja je nak uji diorang. Ayah nak tengok diorang sanggup ke tak nak tolong kita kalau kita dalam kesusahan. Saraa dah tengokkan apa respon diorang? Jadi ayah nak Saraa mesti berusaha hidup berdikari. Sebab nanti kalau ada apa-apa yang terjadi kat ayah ataupun ibu, Saraa tak perlu nak susahkan diorang," jelas ayah panjang lebar.

Saraa yang kini faham dengan tindakan ayahnya hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Okeyla Saraa nak masuk bilik dulu. Dah nak isyak dah ni,"

"Dah alang-alang Saraa kat sini, kita solat jemaah je la. Lepastu kita makan malam sama-sama," cadang ibu.

"Ha'ah ye la Saraa. Kita jemaah je la kat sini," ayah bersetuju dengan cadangan ibu.

Saraa mengangguk lalu duduk berborak bersama-sama ayah dan ibunya sementara menunggu masuk waktu isyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience