Pagi itu Isha sarapan di restoran yang berlainan kerana dia tidak mahu terserempak dengan Iman di situ seperti semalam. Ternyata Iman tiada di situ dan membuatkan dirinya sedikit lega. Dia bergegas ke lobi setelah jam menunjukkan pukul 6.55 pagi. Menurut Mr.Edward dia akan menjemput Isha di situ pada pukul 7 pagi memandangkan mesyuarat itu bermula pukul 8 pagi. Mujur perjalanannya ke bangunan Willace Trade hanya memakan masa lebih kurang setengah jam. Jadi dia tidak perlu kelam kabut untuk ke sana. Lima minit kemudian kereta Toyota Fairlady milik Mr.Edward sampai di hadapan hotel. Isha pantas berjalan dan masuk ke dalam kereta. “How was your day here? Is everything alright?” soal Mr.Edward memulakan perbualan. “It’s great! I love here. Everything was fine!” balas Isha dengan ceria. “Have you take your breakfast? Should we stop anywhere to buy a breakfast meal?” pelawa Mr.Edward. “Oh no, no! I’m having my breakfast just now at the hotel.” kata Isha. Dia tidak mahu mengambil kesempatan ke atas Mr.Edward yang telah memberi layanan yan baik padanya sejak sampai di situ. Setelah sampai di destinasi yang dituju, Isha mengekori Mr.Edward masuk ke dalam bilik persidangan. Ia agak berbeza dengan bilik mesyuarat di pejabatnya kerana bilik persidangan itu lebih besar dan boleh memuatkan lebih daripada 100 orang. Setelah mengambil tempat di sebelah Mr.Edward, Isha sempat berborak dengannya tentang negara yang dikunjunginya itu. Semua tetamu bangun setelah beberapa orang penting mula memasuki bilik tersebut dan membuatkan Isha terkejut kerana salah seorang daripada mereka adalah Iman. Lelaki yang baru dijumpainya semalam. ‘Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia boleh ada dalam bilik ni? Apa aku nak buat?’soalnya dalam hati. Isha mula cemas. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia seboleh mungkin menyembunyikan wajahnya daripada pandangan Iman. “Tak boleh jadi ni! Kejap lagi kau kena pergi depan jugak untuk present projek tu! Mati lah aku!” katanya perlahan. “Did You say something miss? I heard your voice just now. Are you okay? Should i get anything for you?” soal Mr.Edward di sebelahnya. “Nothing!” jawabnya ringkas. Dalam kekalutan itu akhirnya namanya disebut dan dia akur dengan berjalan ke hadapan tanpa menoleh walau sekali pun ke arah Iman. Iman terkejut setelah melihat Isha keluar ke hadapan bersama Mr.Edward. matanya tidak lari dari memerhati Isha. Dia berasa seperti bermimpi kerana sekali lagi bertemu dengan wanita itu di situ. Isha memperkenalkan namanya dan syarikat yang diwakilinya. “Hello everyone and very good morning! I’m Nur Faisha Izariqa binti Muhammad Faizul as the representer of Anissa Corporation, Kuala Lumpur, Malaysia will present our plan for the 30 level building project development in Perth roughly.” jelas Isha dengan perasaan yang gugup. Dia memulakan pembentangannya dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh setelah tamat tugasannya di hadapan. Dia menarik nafas lega kerana berjaya melakukan pembentangan tanpa sebarang masalah. Dia juga tidak mempunyai masalah dalam menghuraikan persoalan yang diajukan oleh tetamu lain dari negara yang berbeza-beza yang turut hadir pada hari itu. Dia juga baru mengetahui yang Iman adalah pemilik projek pembinaan kapal pelayaran mewah terbesar di Asia dari syarikat gergasi D’amerz Holding yang berpusat di Shah Alam itu. Ternyata dia bukan calang-calang orang yang ditemui Isha di situ. ‘His identity was revealed coincidentally today’bisik hati kecilnya. Dia telah mengetahui identiti ringkas Iman pada hari itu. Iman Amar, ketua projek dari syarikat D’merz Holding. ‘It’s a relief that he’s not a bad guy instead he was better that i thought!’ hati kecilnya berbicara lagi. Setelah persidangan itu tamat, Isha pantas beredar keluar dan berjalan ke arah Mr.Edward yang telah menunggu di kereta untuk menghantarnya pulang ke hotel. “Faisha Izariqa! Wait a minute!” arah Iman dari belakang. Isha memberhentikan langkahnya dan menoleh ke belakang dengan perlahan. Dia cuba mengalih pandangannya ke tempat lain kerana tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Rasa malu dan bersalahnya tentang insiden yang berlaku antara dia dan Iman semalam masih belum hilang. “Ada apa?” soal Isha setelah beberapa kali berdehem bagi menyembunyikan rasa gugupnya. “You nak balik hotel dah ke? I hantar you? I pun nak balik sana jugak ni.” pelawa Iman. “It’s okey! Tak payah susah-susah. I balik dengan Mr.Edward je.” balas Isha menolak pelawaan itu. Dia pantas berjalan masuk ke dalam kereta. Dia tidak mahu terserempak dengan lelaki itu lagi. Iman hanya memandang kereta itu berlalu pergi. Dia terus menuju ke keretanya yang diparking di tepi jalan dan pulang ke hotel. Isha terus membersihkan dirinya setelah sampai di bilik dan solat. Dia kemudian bergegas turun untuk makan tengah hari. Dia membuat pesanan dan duduk di hujung restoran yang agak jauh dari orang ramai seperti kebiasaanya. Dia menikmati makanan yang panas itu perlahan-lahan sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Sekali lagi dia dikejutkan dengan suara seorang lelaki. Dia menoleh dan seperti yang diduga, lelaki itu adalah Iman Amar. “Boleh I duduk sini?” soalnya dengan penuh berhati-hati. Kali ini Isha hanya mengangguk tanpa bersuara. Dia tidak ada mood untuk berbual dengan siapa-siapa buat masa sekarang. Perasaan bercelaru memikirkan Akmal yang tidak menjawab panggilannya daripada semalam. “Sorry kalau I tanya, You nampak macam ada masalah je.” Iman cuba meneka. “Tak ada lah. Cuma rindu family je.” jelas Isha cuba menafikan perkara sebenar. “Yeke? Tapi I tengok You macam tengah fikirkan seseorang.” kata Iman. Isha hanya tersenyum bagi menyembunyikan perasaan. “Anyway sorry about yesterday. Mood I tak berapa baik masa tu. I’m so sorry.” kata Isha dengan rasa bersalah. “It’s okey! I tak ambik hati pun. Kan elok senyum macam ni.” kata Iman. “So, you lah owner of the biggest cruise in Asia under D’amerz?” soal Isha. “Yup! Kenapa? You ingat I ni bad guy yang tunggu masa nak ragut or kidnap You ke?” soal Iman dan diiringi dengan ketawa kecil. Ternyata Iman juga mempunyai lesung pipit tetapi hanya di sebelah kiri. Apa yang dikatakan Iman itu membuatkan muka Isha merah kerana memang itu yang difikirkannya sebelum ini. “Muka You merah. You malu dengan I ke? Or by any chance You panas? But it doesn’t make a sense lah kalau You panas sebab sekarang ni tengah winter.” kata Iman. “Bukan apa. I still rasa bersalah pasal semalam. I tak berniat nak bersikap biadab dengan You. I..” belum sempat Isha menghabiskan ayatnya Iman pantas memotong. “It’s okey Faisha. I dah maafkan You kan. Tak payah fikir benda yang dah lepas.” Iman membalas. Isha tersenyum lega. Ternyata lelaki itu mudah memaafkan. ‘Baiknya lah dia ni. Semudah tu dia maafkan aku. Kalau aku jadi dia, aku kutuk habis-habisan perempuan yang tak reti beradab macam aku ni!’ bisik hatinya. “So, esok You ada plan nak pergi mana-mana ke? Or just stay in your room?” soal Iman. “Esok I kena jumpa client untuk confirmkan projek kami. Lepas tu I ingat nak pergi jalan-jalan ambik angin. Yelah, bukan selalu dapat pergi negara orang.” jelas Isha padanya. “Kalau macam tu I bawak You keluar lepas zohor esok?” pelawa Iman. “Eh, tak apa. Tak payah susah-susah. I boleh keluar sendiri.” Isha menolak pelawaannya sekali lagi. “Mana ada susah. Lagipun I ikhlas. Tak ada niat lain pun. Flight I hari selasa. Lambat sehari dari You. So I pun ingat nak jalan-jalan dulu kat sini sementara ada masa ni.” jelas Iman. Isha hanya terdiam mendengar penjelasan itu. ‘Jangan balik Malaysia nanti dia cari aku dah lah!’ hatinya berbisik. “So macam mana? Kalau You setuju, I fetch You here at 2 pm.” kata Iman. “Okey! I’ll wait you here.” Isha akhirnya menerima pelawaan itu. Selesai sahaja makan dia meminta diri untuk masuk ke biliknya. Iman hanya senyum dan mengangguk. Dia memerhati Isha sehingga hilang dari pandangannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia ingin mendekati wanita itu. Perasaan hatinya sendiri berbolak-balik.
Share this novel