Rate

BAB - 2

Fanfiction - KPOP Series 1243

Pada jam 8.00 pagi Lee Sun Hee sudah berada di hadapan syarikat yang semakin hari semakin dikenali ramai.

"OK! Let's do it. You can do it Sun Hee. Yes you can do it." Lee Sun Hee yang mengenakan pakaian lelaki beserta rambut pendek yang disisip rapi yang telah membuatkan dia seolah seorang lelaki.

"Kenalkan ini Lee Suk-Chin. Bodyguard baharu kamu."seorang lelaki memperkenalkan Lee Sun Hee kepada seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang mempersonakan.

"Kenalkan ini Kim Taehyung. Rasanya saya tidak perlu beritahu kamu secara details tentang dia betul tak? Kamu mesti kenalkan, siapa dia." Panjang lebar dia memberitahu Lee Sun Hee.

"Saya Lee Sun...aaaa.. Lee Suk-Chin." cepat cepat dia mengubah perkataan yang hampir memusnahkan kerja yang belum dia mulakan.

Hanya anggukan yang Kim Taehyung berikan.

"Awak dah tahu seluruh tempat ni?" Tanya Kim Taehyung selepas selesai menghafal lirik lagu yang akan dia nyanyikan sebentar lagi.

"Dah." Lee Sun Hee membetulkan suaranya supaya tidak kedengaran seperti suara seorang wanita.

"Are you ok?" Tanya Kim Taehyung.

"Yes. I'm ok"

Tiga jam menunggu. Akhirnya tiba masa lunch untuk semua pekerja syarikat itu. Lee Sun Hee hanya membuntuti bodyguard yang lain. Setibanya dia di kafe yang disediakan di tingkat bawah yang berhampiran dengan pintu masuk syarikat itu, dia hanya mengambil sebungkus roti dan sebotol air mineral. Lee Sun Hee terus menuju ke meja yang dipenuhi pekerja yang lain.

"Kau makan ni je ke?" Tanya seorang pekerja syarikat itu.

Hanya anggukan yang dia berikan untuk menjawab pertanya pekerja itu.

"Mesti kau tak kenal kitaorang lagi kan" kata pekerja itu lagi.

"Sebelum tu, aku Park Dong-Min bodyguard Kim Nam-joon.. Beom Seok bodyguard Suga.. Ha-Joon bodyguard Jin... Sang-Ook bodyguard J-hope...Yong-Sun bodyguard Jungkook.. Kim Suk-Chin bodyguard Jimin... Kim Bora make-up artis untuk kumpulan BTS."semua pekerja memperkenalkan diri masing masing.

Hampir tersedak Lee Sun Hee mendengar satu nama iaitu Kim Suk-Chin. Nama seperti nama abang kembarnya. Dan nama itu sedang dia gunakan.

"Awak ok?" Tanya Kim Bora iaitu makeup artis untuk kumpulan BTS.

"Saya tak apa apa. Cuma terkejut sebab nama awak hampir serupa dengan sama aaa-saya" beritahu Lee Sun Hee . Hampir saja dia menyebut abang nya.

"Nama awak Kim Suk-Chin tapi nama saya Lee Suk-Chin. Hampir sama cuma berbeza perkataan di hadapan sahaja" sambung Lee Sun Hee lagi.

"Kalau macam tu kitaorang panggil awak Lee Suk-Chin sebab ada dua Suk-Chin dekat sini." kata Kim Bora lagi agak ramah.

Lee Sun Hee hanya menganggukan sahaja apa yang dikatakan oleh Kim Bora.

Usai makan, mereka terus menyambung semula kerja masing masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience